Ikuti Blog ini

PAS selesai lantik AJK, Pesuruhjaya

PAS umum lantikan baru, Tuan Ibrahim ketua penerangan

KUALA LUMPUR: PAS membuat beberapa rombakan tetapi mengekalkan Datuk Mustafa Ali sebagai setiausaha agung parti bagi penggal kedua.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang kalah jawatan timbalan presiden dilantik ketua penerangan menggantikan Idris Ahmad.

Pengarah Pilihan raya Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dilantik bendahari. Dr Hatta Ramli bendahari sejak 2007 menjadi pengarah pilihan raya yang baru.

Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pelantikan baru selepas mengadakan mesyuarat dengan pimpinan baru PAS di pejabat agung di sini hari ini.

Seorang lagi calon timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa dilantik sebagai AJK tambahan.

Turut dilantik Idris Ahmad, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Zulkifli Omar dan Abang Ahmad Kardi Ahmad Agus, iaitu calon PAS Beting Maro, Sarawak.

Manakala Terengganu, Selangor, Melaka dan Sabah mendapat pesuruhjaya yang baru.

Mereka ialah Abdul Wahid bagi Terengganu, Adly Zahary (Melaka), Dr Rani Osman (Selangor), Aminuddin Alim (Sabah).

Menurut, perlantikan baru berkuatkuasa serta merta dan mereka telah setuju menerimanya.


PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Ustaz Abu Kasim

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Hussin Ismail

PRESIDEN

Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

Mohamad Sabu, Hj

NAIB PRESIDEN

Salahuddin Ayub, YB
Husam Musa , YB Dato’
Mahfuz Omar, YB Dato’

SETIAUSAHA AGONG

Mustapha Ali

PENOLONG SETIAUSAHA AGONG

Takiyuddin Hassan, YB Datuk
Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB
Ahmad Sabki Yusuf


BENDAHARI

Abdul Halim Abdul Rahman, YB Datuk

KETUA PENERANGAN

Tuan Ibrahim Tuan Man

PENGARAH PILIHANRAYA

Dr Hatta Ramli, YB

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Mazlan Aliman
Kamarudin Jaffar, YB
Hanipa Maidin
Azizan Abdul Razak, YAB Datuk Seri
Dzulkefly Ahmad, YB
Mujahid Yusuf Rawa, YB
Khalid Samad, YB
Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
Amiruddin Hamzah
Abdul Wahid Endut
Abu Bakar Chik
Mohd Amar Abdullah
Mahfodz Mohamed, Dr. Ustaz
Siti Mariah Mahmud, YB Dr.
Hassan Mohamed Ali, YB Datuk Dr.
Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz
Nuridah Salleh
Nizar Jamaluddin, YB Dato’ Seri
Idris Haji Ahmad, Ustaz
Nasharuddin Mat Isa, Ustaz
Asmuni Awi
Anuar Tahir
Zulkefly Mohammad Omar
Abang Ahmad Kerdee Masagus


PESURUHJAYA-PESURUHJAYA NEGERI

Terengganu- Abdul Wahid Endut,
Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani,
Selangor- Dr Abd Rani Osman,
Melaka- Adly Zahari
Sabah- Aminuddin Halim.
Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam Ahid


KETUA PEMUDA - Nasruddin Hassan A Tantawi

KETUA MUSLIMAT - Siti Zailah Mohd Yusoff, YB

KETUA DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS - Hu Pang Chaw

* berhuruf condong ialah lantikan Presiden

Pakatan, Umno mahu perjanjian PPA didedahkan

Kedua-dua parti - Umno and Pakatan Rakyat, iaitu PAS dan PKR - bersetuju supaya Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) didedahkan kepada umum demi kepentingan negara.

youth leaders wacana ekonomi 120611 ahmad zaki zahid.JPGAhli panel forum subsidi dari ketiga-tiga parti terbabit berkata paling
tidak pun, PPA itu didedahkan kepada sebuah panel pakar atau ahli parlimen.

Forum anjuran Dewan Pemuda PAS, diadakan di Kuala Lumpur pagi ini dan disertai oleh exco Pemuda Umno, Ahmad Zaki Zahid (kanan); pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli and ahli jawatankuasa Pemuda PAS, Mohd Zuhdi Marzuki.

Ahmad Zaki bersetuju PPA dikaji semula dan didedahkan sekiranya itulah kehendak rakyat.

Sekurang-kurangnya, bentuk sebuah panel pakar atau ahli parlimen untuk mengkaji PPA, katanya, sambil menambah isu berhubung pengeluar tenaga bebas (IPP), telah menjadi satu isu 'emosional'.

youth leaders wacana ekonomi 120611 mohd zuhdi marzuki.JPGAhmad Zaki turut menyokong gesaan ahli parlimen Gua Musang MP dan bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah semalam supaya suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk mengkaji PPA.

Sementara itu, Mohd Zuhdi (kanan) pula berkata, semua dokumen syarikat kaitan kerajaan yang membabitkan kepentingan awam, mestilah diumumkan dan telus.

Gesaan supaya PPAs didedahkan kepada umum semakin mendapat sokongan banyak pihak.

youth leaders wacana ekonomi 120611 rafizi ramli.JPGManakala Rafizi (kanan), seorang tokoh korporat yang pernah
bersama Petronas dan Pharmaniaga, menjadi tumpuan apabila beliau mendedahkan angka-angka sensasi dan kemahirannya berpidato.

Beliau mendakwa, YTL Corporation, dengan hanya memiliki sebuah IPP, memberi dividen berjumlah RM1.9 bilion pada 2009 sedangkan TNB hanya memberi RM900 juta dividen. -M'kini

Semoga Ibrahim dapat mengerah tentera PERKASA untuk menghentikan gelombang BERSIH 2.0


oleh Kiyai Al Marpokeh

Ibrahim katak mengganas lagi..

Pada tanggal 9 Julai 2011 nanti, satu lagi sejarah baru akan terpahat di dalam arena politik negara. Kesungguhan rakyat untuk keluar beramai-ramai menuntut satu pilihanraya yang adil di Himpunan Bersih 1 pada November 2007, jelas membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia kini sudah sedar dari tidur yang cukup lama di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Kematangan berpolitik tanpa pertumpahan darah seperti yang berlaku di negara timur tengah telah berjaya mengubah sedikit demi sedikit cara pengamalan berdemokrasi mahupun berdemontrasi di Malaysia.

Namun begitu tahap kematangan ini masih belum mampu dicapai oleh orang Melayu Umno. Ini berbeza dengan parti kompenennya iaitu MCA dan MIC yang mana kematangan berpolitik seperti yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat terutamanya Pas kini telah mula mengubah cara pemikiran mereka agar seiring fitrah manusia yang menolak kezaliman dan menuntut keadilan. Yang salah tetap salah dan yang betul akan sentiasa betul. Kebodohan yang nyata pada orang Melayu Umno ini adalah sangat memalukan sehingga sanggup menjadi pak turut dan menyokong setiap dasar-dasar kerajaan yang mereka sendiri tahu akan menjahanamkan orang Melayu.

Inilah yang dinamakan pak pandir. Bila tol naik, orang Umno naik motor. Bila minyak naik orang Umno naik bas atau komuter. Bila harga barang naik, orang Umno terpaksa ikat perut atas alasan berjimat. Bil letrik naik, orang Umno sanggup bergelap di dalam rumah sendiri. Tak pernah lagi saya tengok orang Umno mengamuk kepada pemimpin mereka hasil daripada segala ketidaksempurnaan yang berlaku atas diri mereka. Berbeza dengan ahli Mca mahupun Mic. Kerajaan gubal lah apa dasar pun mereka tetap hidup sempurna. Kenapa orang Melayu Umno bengap sampai ke tahap itu?

Parti Pas sejak dari dahulu lagi berusaha untuk membuka minda orang Melayu agar tidak terjerumus ke lembah yang hina seperti orang Melayu Umno. Soal kemiskinan dan kezaliman yang berlaku pada rakyat amat diberi perhatian. Kita begitu konsisten dalam memperjuangkan bab kesempurnaan hidup di negara sendiri sehingga sanggup menggadaikan nyawa seperti yang berlaku di Memali. Kerana Islam itu kesempurnaan. "Islam is the way of life".

Mempertahankan Islam adalah wajib. Dan kalau kita mati kerana mempertahankanya adalah syahid.

Saya teringat kata-kata sheikh Ibrahim ali al- froggori yang sanggup perang salib dengan orang kristian demi agama Islam. Belakang kalu, Husam Musa suruh dia bayar hutang dulu baru boleh mati syahid. Inilah dia satu contoh pemimpin acuan Umno yang paling tak matang pernah ada di Malaysia ni.

Kali ni dia suruh ahli perkasa buat laporan polis berkenaan dengan Himpunan Bersih 2 nanti. Tak cukup dengan itu dia suruh Mat Sabu hentikan Himpunan Bersih 2 atau dia akan bermesyuarat dengan badan tertinggi perkasa untuk menghalang Himpunan Bersih 2.

Saya harap tok sheikh bawa lah seluruh ahli perkasa turun pada hari tu. Kami bukan mcm orang Melayu Umno. Nak gertak orang Umno boleh la. Kalau nak buat undang-undang rimba silakan. Kalau hang menjual kami sedia membeli. Kita jumpa di Himpunan Bersih 2 nanti. Kalau dah katak tetap katak. Sebab tu kalau terpandang wajah hang ada iras-iras katak puru yang tak hensem tu. Muka makan duit. Apabila kita berusaha untuk menegakkan keadilan di muka bumi Allah ni pasti akan ada musuh yang akan menghalangnya. Dan musuh itu ialah HANG.

"Guruh berdentum bumi bergegar,Ayam jaguh sedang bersabung Jangan cakap sahaja berdegar,Hulur senjata kita bertarung".

"Cik Embun orang berbidan, Pandai mengurut sakit kepala, Biar berkalang nyawa di badan, Kedaulatan Islam kupertahankan jua".

Hanya Kerajaan PAKATAN RAKYAT Boleh Pastikan Taib Mahmud Didakwa

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian tidak percaya bahawa Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan didakwa selagi BN menguasai kerajaan pusat.

"Dia akan didakwa atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa hanya apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang," katanya di majlis makan malam sempena sambutan Hari Gawai di Batu Kawah, dekat Kuching, malam tadi

"Itulah sebabnya mengapa saya mengatakan bahawa ia penting bagi Pakatan memenangi pilihan raya umum jika kita mahu lihat Taib didakwa atas tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa," katanya, merujuk kepada pengesahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ia sedang menyiasat laporan yang dibuat terhadap Taib.

Baru (kanan), yang juga ADUN Ba'Kelalan kerajaan, adalah salah
seorang daripada individu yang membuat laporan terhadap ketua menteri yang paling lama berkhidmat itu.

Katanya, adalah sukar untuk mendakwa Taib selagi BN terus memegang kuasa di peringkat pusat disebabkan mereka terhutang budi kepadanya.

Baru berkata, ketua menteri tersebut akan kekal bebas sekalipun Pembangkang memenangi pilihan raya negeri Sarawak baru-baru.

Oleh itu, beliau menyeru rakyat Sarawak supaya memberi sokongan kepada PKR dan rakan-rakannya dalam Pakatannya - DAP dan PAS - dalam pilihan raya umum akan datang, jika mereka mahu lihat Taib didakwa di mahkamah.

Katanya, jika Pakatan boleh memenangi kerusi parlimen yang mencukupi di Sarawak, maka kemungkinan Pakatan membentuk kerajaan pusat, tidak boleh diketepikan.

"Lantaran itu, PKR perlu memperkuat dan menggilap jentera pilihan rayanya di semua peringkat parti di negeri itu supaya kita boleh memenangi.

"Post-mortem kita mengenai prestasi PKR dalam pilihan raya negeri baru-baru ini menunjukkan jentera kita lemah kerana kita tidak membuka cabang baru dan gagal mendaftar pengundi baru," katanya.-Malaysiakini

Gani sembunyi kehilangan berbillion Ringgit

Dalam tempoh 1994 hingga 1996 itu juga, Gani Patail turut sibuk memainkan peranannya menutup kes atau membenamkan maklumat yang melibatkan Menteri-Menteri atau Ketua Menteri berkaitan yang boleh dibuktikan sebagai telah melakukan salahguna kuasa dan rasuah.

Tidak ketinggalan juga berkaitan kes Perwaja dan kemudiannya yang berkaitan dengan TRI. Ikuti pendedahan Datuk Mat Zain bin Ibrahim melalui Surat terbuka terbarunya kepada Perdana Menteri Malaysia.


Mat Zain bin Ibrahim,
10hb.Jun 2011.

Kepada;

YAB Dato Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak,


Perdana Menteri Malaysia,
Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Dengan Tangan
62152 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan.


Yang Amat Berhormat Dato Seri,

PERANAN PEGUAM NEGARA DALAM SKANDAL MAS.


Assalamualaikum wbt.

1. Saya muncul kali ini untuk, menarik perhatian YAB kepada pengumuman yang dibuat oleh Tan Sri Dr.Hadenan Abdul Jalil pada 31.5.2011 yang “membersihkan” Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara sekali lagi, daripada sebarang salah laku jenayah,berkaitan pemergiannya menunaikan Haji di-Mekah, bersama-sama dengan seorang Shahidan Shafie yang dikatakan seorang proxy kepada Tan Sri Tajuddin Ramli.

2. Saya menyatakan bahawa tindakan Tan Sri Hadenan sedemikian itu, adalah tidak teratur serta tidak mengikut peraturan Undang-Undang sedia ada.Ini memandangkan beliau, sama ada secara persendirian atau sebagai sifat Pengerusi Operation Review Panel MACC tidak mempunyai sebarang kuasa atau hak mengikut Perlembagaan atau mana-mana Undang-Undang,untuk menyemak apa-apa keputusan yang dibuat oleh Pendakwa Raya atau SPRM sendiri.

3. Untuk penekanan yang lebih jelas,saya sertakan salinan surat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bertarikh 23.7.2009, menyentuh bidangkuasa mereka,yang ditanda tangani sendiri oleh YA Bhg.Tun Abdul Hamid bin Haji Mohamad,Pengerusi LPPR dengan maksudnya berpenerangan sendiri.

4. Sekiranya Jawatankuasa induk LPPR yang diperngerusikan oleh seorang mantan Ketua Hakim Negara, telah mengesahkan bahawa mereka sendiri TIDAK mempunyai kuasa menyemak keputusan yang dibuat oleh Pendakwa Raya atau SPRM,maka persoalannya ialah;darimana pula Tan Sri Hadenan memperolehi kuasa beliau untuk membersihkan Gani Patail.Selain itu Tan Sri Hadenan sendiri dipercayai telah menerima surat rayuan saya bertarikh 15.4.2009 dialamatkan kepada LPPR dan dipercayai juga, telah mengambil pendirian secara kolektif sepertimana jawapan Pengerusi LPPR bertarikh 23.7.2009 tersebut.

5. Pada pendapat saya persoalan sama ada Tan Sri Hadenan serta Ahli-Ahli jawatankuasa beliau berpuas hati atau sebaliknya, berkaitan siasatan SPRM itu tidak timbul,memandangkan beliau tidak ada kuasa untuk berbuat apa-apa sekalipun beliau tidak berpuas hati.Malahan Tan Sri Hadenan sendiri telah membuat kenyataan umum, bahawa Operations Review Panel (ORP) tidak terlibat didalam sebarang proses penyiasatan SPRM memandangkan ORP bukan sebagai sebahagian organisasi SPRM melainkan sekadar mewakili orang ramai sahaja,sepertimana yang dilaporkan oleh Bernama pada 12.11.2009. Beliau membuat kenyataan ini ketika mengesahkan akan menghantar peromohan ORP kepada Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran bertulis meneliti kes berkaitan V.K.Lingam.Saya sendiri tidak nampak apa yang ORP boleh buat dengan kes berkenaan oleh kerana ORP tidak mempunyai kuasa penyiasatan atau pendakwaan ataupun kuasa dan hak menyemak semula apa apa keputusan yang dibuat oleh SPRM atau Pendakwa Raya.

6. Seterusnya saya berpendapat bahawa tindakan Tan Sri Hadenan membuat pengumuman berkaitan pemergian Peguam Negara ke-Mekah sedemikian itu, sekadar merupakan suatu eksesais “white-washing” yang tidak teratur dan sia-sia,bertujuan untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman jenayah, berdasarkan daripada penerangan yang saya berikan diatas dan juga hujah lanjutan dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul selepas ini.

7. Antara dakwaan utama yang dibuat terhadap Gani Patail berkaitan isu pemergiannya ke-Mekah itu,ialah beliau didapati bersekongkol dengan seorang En.Shahidan Shafie yang dikatakan sebagai seorang proxy kepada Tan Sri Tajuddin Ramli (TRI) yang sedang menghadapi penyiasatan SPRM berkaitan skandal MAS.Hubungan erat antara Gani Patail dengan Shahidan seperti ahli keluarga didakwa telah mempengaruhi Gani Patail untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap TRI.

8. Saya menyatakan bahawa Shahidan bukan sekadar seorangproxy biasa kepada TRI.Malah Shahidan mempunyai liabiliti penjenayahannya yang tersendiri dalam Skandal MAS tersebut, berasingan dengan liabiliti jenayah TRI.Dakwaan ini dapat dilihat dengan jelas dalam laporan kepada SPRM yang dibuat oleh En.Shahari bin Sulaiman Pengarah Urusan MASKargo Sdn Bhd.sebuah anak syarikat MAS pada 20.5.2009.Untuk kemudahan rujukan,saya lampirkan salinan laporan berkenaan yang pernah disiarkan kepada umum oleh blog Malaysia Today sekitar bulan Ogos 2010.

9. Siapa Shahidan, apa hubungan beliau dengan TRI dan apa peranan yang dimainkan oleh Shahidan, dilaporkan secara teratur dan kemas dalam laporan berkenaan.Begitu juga dengan peranan dan tanggungan liabiliti jenayah oleh individu-individu lain yang dinamakan dalam laporan sama.Kredibiliti laporan oleh MAS tersebut tidak boleh dipertikaikan memandangkan terdapat wakil Kerajaan dalam Lembaga Pengarah MAS sendiri. Malahan laporan dari MAS itu seharusnya dianggap sebagai laporan daripada Kerajaan.Kerugian terkumpul RM 8 Billion akibat Skandal MAS itu juga wajar dianggap sebagai pendedahan oleh Kerajaan sendiri.

10. Pada 15 Disember 2010,Tan Sri Hadenan telah membuat pengumuman bahawa Skandal MAS tersebut masih dalam siasatan SPRM setelah muncul keterangan dan saksi-saksi baru.Pengumuman ini telah disiarkan secara meluas oleh media MSM dan alternatif.Ini bermakna status TRI ialah beliau masih dalam siasatan.Begitu juga dengan status setiap seorang yang dinamakan dalam laporan MAS tersebut.Ini juga bermakna bahawa status Shahidan dalam Skandal MAS ini juga, adalah beliau masih dalam siasatan SPRM.

11. Persoalannya ialah adakah wajar, Gani Patail seorang Peguam Negara yang masih berkhidmat dilihat sebagai bersekongkol dengan Shahidan, seorang yang masih dalam siasatan serious SPRM, yang mana hasil siasatannya kelak, dipertimbangkan oleh Jabatan Peguam Negara yang diketuai oleh Gani Patail sendiri. Mampukah SPRM atau Jabatan Peguam Negara bertindak berkecuali serta memberikan pertimbangan yang adil dan saksama dalam kes ini sedangkan skandal ini melibatkan kerugian melebihi RM 8 Billion wang Rakyat.

12. Ketika membuat pengumuman pada 31.5.2011 itu pula,Tan Sri Hadenan tidak langsung menyebut berkaitan status Shahidan dalam penyiasatan SPRM ataupun mengesahkan sama ada Gani Patail dan keluarganya benar telah pergi dan tinggal bersama dengan Shahidan ketika di-Mekah ,walapun fakta ini adalah fakta material dalam penyiasatan.Sekiranya Tan Sri Hadenan mengharapkan untuk menemui rekod transaksi kewangan antara TRI atau Shahidan didalam akaun persendirian Gani Patail,maka itu seolah mengharapkan bulan jatuh keriba.Sama ada beliau sedar atau tidak,Tan Sri Hadenan boleh disifatkan telah menyembunyikan sesuatu fakta material yang boleh dianggap sebagai suatu perdayaan sepertimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan.

13. Perkara utama dalam isu ini, tidak lain daripada mempertimbangkan tingkah laku atau conduct Gani Patail. Sama ada sebagai seorang Peguam Negara, sepadan atau tidak, beliau bersekongkol secara terang-terang dengan seorang yang sedang dalam penyiasatan pihak berkuasa kerana didakwa terlibat dalam suatu skandal besar melibatkan wang Rakyat. Apabila ianya melibatkan isu conduct seorang Peguam Negara yang sedang berhidmat, maka pihak yang mempunyai kuasa atau hak mengadilinya, hanyalah sebuah Tribunal yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri, sepertimana yang sedia ada secara spesifiknya dalam Artikel 125 (3) dibaca bersama Artikel 145 (6) Perlembagaan.Saya yakin saya tidak perlu menjelaskan perkara ini lebih lanjut lagi memandangkan Kerajaan sendiri pernah menghadapi situasi serupa dalam isu conduct mantan Ketua Hakim Negara, YA.Bhg.Tun Salleh Abbas.

14. Seorang Peguam Negara yang berwibawa dan mempunyai kredibiliti tidak tercemar, akan mempertahankan hak dan keistimewaan jawatan beliau yang sedia diperuntukkan dalam Perlembagaan. Beliau tidak akan sama sekali membenarkan, mana-mana pihak yang tidak berkenaan, sewenang-wenangnya mengadili atau meneliti perihal conduct beliau sepertimana yang pernah dicabar oleh Tun Salleh Abbas suatu ketika dahulu. Malangnya Gani Patail yang kita kenali, sanggup merelakan dirinya diadili oleh sesiapa jua asalkan pihak berkenaan sanggup mengisytiharkan secara umum, bahawa beliau bebas daripada sebarang salah laku jenayah.Sekiranya Gani Patail tidak mampu dan berani mempertahankan hak dan keistimewaan jawatan beliau sendiri,maka bagaimanakah Rakyat boleh mengharapkan beliau menjadi pelindung serta mempertahankan hak kesamarataan Rakyat dari sudut Perlembagaan dan undang-undang Negara.

15. Walau bagaimanapun perkara yang, menarik dalam laporan Pengarah Urusan MASKargo itu ialah; “modus operandi” (M.O.) yang diamalkan oleh TRI dan lain-lain individu terlibat dalam Skandal MAS tersebut. M.O yang dimaksudkan ialah, “membuat perjanjian/konrak jangka panjang yang berat sebelah”. M.O sebegini dikatakan telah diamalkan oleh TRI dalam beberapa perjanjian/kontrak sejak beliau mengambil alih MAS dari tahun 1994 sehingga 2001 yang menyebabkan kerugian terkumpul lebih daripada RM 8 Billion.

15.1. Rakyat juga kini mendapat tahu bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga dilaporkan telah menandatangani beberapa perjanjian/kontrak jangka panjang yang berat sebelah dengan beberapa Penjanakuasa Bebas (IPP),yang mengakibatkan Rakyat menanggung kerugian lingkungan RM 20 Billion.

15.2. Begitu juga dalam hal skandal kewangan Syarikat Perwaja Steel, dimana beberapa perjanjian/kontrak jangka panjang yang berat sebelah telah dibuat dengan beberapa Syarikat dalam dan Luar Negara yang mengakibatkan dana Rakyat sekitar RM 4 Billion lesap.

16. Secara kebetulan pula ketiga-tiga “skandal kewangan” ini berlaku atau bermula antara tahun 1994 hingga tahun 1996. Tidak salah jika demi kepentingan Rakyat, Kerajaan meneliti semula kesemua perjanjian/kontrak yang dikatakan berat sebelah itu memandangkan terdapat keserupaan dalam M.O yang digunakan oleh ketiga-tiga Syarikat terlibat untuk mencari “common factor” yang mungkin boleh ditemui jika penyiasatannya dilakukan dengan teliti. Kita tidak boleh mengenepikan kemungkinan mendapati orang atau kumpulan orang-orang yang menyediakan terma-terma perjanjian/kontrak berkenaan terdiri dari kumpulan orang yang sama. Kajian kriminologis telah membuktikan bahawa pencuri,perompak dan penipu lazimnya akan mengamalkan M.O yang sama setiap kali melakukan jenayah kerana itu adalah kelebihan atau kemahiran mereka.

16.1. Saya percaya eksesais ini berbaloi memandangkan kerugian yang Rakyat telah tanggung melebihi RM 30 Billion.Mungkin Rakyat sendiri tidak dapat membayangkan nikmat dan kemudahan yang mereka akan rasai jika wang sebanyak itu telah dibelanjakan untuk kepentingan mereka.

17. Boleh dikatakan tahun 1994 hingga 1996 merupakan suatu tempoh bila mana “skandal-skandal” dan kontroversi menggemparkan Negara berlaku atau bermula.Selain daripada skandal kewangan melibatkan MAS,TNB dan Perwaja Steel yang telah dibincangkan dalam perenggan diatas, beberapa peristiwa menarik perhatian umum yang saya masih ingat antaranya;

17.1. Beberapa orang Menteri Kanan dan Ketua Menteri didedahkan melakukan salahgunakuasa dan rasuah melibatkan ratusan juta Ringgit.

17.2. Pendedahan percutian mantan Ketua Hakim Negara Tun Eusuff Chin dan keluarga ke New Zealand bersama VK Lingam dan keluarga.

17.3. Pendedahan percutian Peguam Negara Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah dengan VK Lingam dan ahli perniagaan Vincent Tan ke-Italy/Spain.

17.4. Rompakan terbesar dalam sejarah Negara berlaku di-gudang MASKargo, Terminal B Lapangan Terbang Subang dalam bulan Ogos 1994. Dalam kejadian ini kumpulan “Geng Mamak” terdiri daripada kumpulan 6 adik-beradik berasal dari Kuala Kangsar, Perak telah melakukan rompakan nekad, 300 ketul jongkong emas bernilai RM 10 juta. Kami mengenalpasti Geng Mamak yang melakukan rompakkan ini berdasarkan daripada kajian M.O mereka.

18. Kecuali kes rompakan 300 jongkong emas di-MASKargo itu, peristiwa-peristiwa lain yang disebutkan diatas masih lagi diperbualkan dan dibahaskan sehingga hari ini. ungkin kerana kerugian lebih RM 30 Billion itu adalah terlalu besar untuk Rakyat berdiam diri atau memaafkan sesiapa juga yang terlibat mengakibatkan kerugian sebanyak itu yang menyebabkan sebilangan besar Rakyat menderita selama itu.

19. Dalam tempoh 1994 hingga 1996 itu juga, Gani Patail turut sibuk memainkan peranannya menutup kes atau membenamkan maklumat yang melibatkan Menteri-Menteri atau Ketua Menteri berkaitan yang boleh dibuktikan sebagai telah melakukan salahguna kuasa dan rasuah. idak ketinggalan juga berkaitan kes Perwaja dan kemudiannya yang berkaitan dengan TRI.

20. Berbalik kepada perkara eksesais membersihkan Gani Patail daripada sebarang salahlaku jenayah pada 31.5.2011 itu, bukanlah kali pertama SPRM lakukan. Bukan sahaja keputusan ini sudah dijangkakan,malahan Rakyat telah sampai ketahap meluat dengan tindak-tanduk SPRM yang tidak putus-putus berbohong, semata-mata untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman jenayah. Rakyat telah hilang keyakinan terhadap SPRM sehinggakan apa juga kebaikkan dan kejayaan yang dipamirkan oleh SPRM dianggap sebagai sandiwara untuk mengabui mata Rakyat semata-mata.

21. Padahalnya, Operasi 3B yang SPRM lancarkan 2 bulan lalu, yang menghasilkan kejayaan cemerlang, patut diberi pujian dan sepatutnya mampu mengembalikan maruah SPRM yang telah tercemar.Bukan mudah untuk mencapai kejayaan sedemikian itu,melainkan operasinya dirancang dan dilaksanakan dengan tahap professionalisma yang tinggi dan kerahsiaan maklumat yang ketat, yang diamalkan oleh setiap seorang Pegawai dan angguta terlibat dalam operasi tersebut. Malangnya segala usaha mereka dianggap sebagai sandiwara semata-mata.Namun kita tidak boleh menyalahkan Rakyat kerana mereka mempunyai sebab untuk membentuk persepsi sedemikian.

22. Walaubagaimanapun dalam hal ini hanya SPRM sahaja yang berhak memilih jalan terbaik untuk mereka.Sama ada mereka terus memilih untuk melindungi Gani Patail seorang dan sanggup membiarkan Rakyat terus mengecam mereka, ataupun mereka memilih mempertahankan nama baik dan maruah organisasi dan setiap seorang warga SPRM dan keluarga mereka.Saya yakin Yang Amat Berhormat tidak keberatan membantu mereka.

Selamat sejahtera.Wassalam.

Terima kasih,

Yang benar,

(MAT ZAIN IBRAHIM)

AWANG SELAMAT UTUSAN MALAYSIA DI JUMPAI MATI DI BELAKANG SOGO

Ini kisah Awang. Awang datang dari kampung. mendapat kerja kilang. Pergi pagi pulang petang. Opss termenyanyi lagu Awang Tharasher Wings la pulak..

Ini kisah sekoq mamat yang namakan dirinya awang. Si Awang ni nampak sangat gelabah umnonya bila rakyat nak bikin demo.

Awang ni kononnya rasa dangkal sebab katannya ada NGO anti Islam pun turut serta jugak. Kah kah kah kah.

Oi Awang la ni orang dah tak kira anti islam ka Anti kristian ka.. yang penting la Umno mesti kasi jatuh dulu... Kah kah kah..

Umno la punca orang anti Islam sebab umno sejak dulu anti Islam. Umno bekerjasama dengan orang putih yang anti islam untuk membunuh orang Islam yang lawan orang putih.

Hari ini segala yang umno cipta itu akan makan diri umno sendiri. Padan muka hang wahai Awang selamat dan parti dia yang nama umno tu kah kah kah.

Oleh itu pada semua pastikan 9 julai 2011 tidak ada kenduri kendara, tidak ada kuliah agama, tidak ada kerja kerji. Kalau nak mengongkek pun adalah di haramkan pada hari itu.

Pada ostad ostad hangpa semua jangan dok sembang besaq dalam masjid saja. Jihad itu jihad ini tapi 9 Julai dok ada jadual kuliah lagi. Bukan kata 9 tapi 8 dan 10 pun semua kuliah atau ceramah mesti di hentikan. Hangpa jangan dok kira pokek hangpa saja wahai pak pak ostad oii.

Mulai sekarang pak pak ostad yang kononnya pejuang Islam tu kena dok kempen kasi semua orang yang mai masjid turun 9 julai ni. Kalau tak samalah taraf hangpa semua dengan ostad Pas tapi umno yang nama Kazim Elias tu.

Ok jumpak di sana... tapi jangan cari Abu Nawas kat sebelah depan tapi carilah Abu Nawas kat sebelah...ermmm sebelah kedai mamak sebab Abu Nawas menyorok kat situ pasai Abu Nawas takut kena tangkap kah kah kah...

40 Pemuda UMNO Masuk PAS, Gelombang Merah Gagal.

KOTA BHARU - Seramai 40 Pemuda UMNO Cawangan Hutan Pasir dan Tok Akil, Ketereh menyertai Pas dan menyerahkan borang keahlian terbabit kepada Ketua Pemuda Pas Pusat Nasrudin Hassan di pejabat Pas Ketereh di sini, semalam.

Ketua Pemuda UMNO Cawangan Hutan Pasir, Nor Azman Sulaiman berkata, penyertaannya bersama ahli yang lain merupakan satu penghijrahan yang dilakukan atas kesedaran sendiri dan ingin berjihad ke jalan yang benar.

“Inilah yang kami mahukan selama ini bagi menegakkan perjuangan yang lebih mementingkan nilai-nilai keislaman dan tidak terpesong.

“Perjuangan yang dibawa dalam UMNO kini semakin goyah dan seolah-olah seperti tidak nampak arah tujuannya,” katanya selepas majlis ramah mesra bersama Ketua Pemuda Pas yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pemuda, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Sementara itu menurut Penyelia Pas Kawasan Ketereh, Nik Mahadi Nik Mahmood, kemasukan ahli baru dalam Pas di kawasan Ketereh akan lebih menyemarakkan lagi perjuangan parti untuk berjihad dan menegakkan syiar Islam.

“Saya yang juga sebagai setiausaha Pas kawasan, amat mengalu-alukan penyertaan lebih ramai lagi ahli UMNO untuk menyertai kami,” katanya. -sumber

Kisah beg tangan"Birkin" Rosmah Mansur berharga RM1 Juta?

Beg tangan Birkin adalah beg buatan tangan Hermes dan dinamakan dengan nama seorang pelakon dan penyanyi Jane Birkin. Beg tangan ini menjadil simbol kekayaan kerana harganya yang tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh orang awam. Harga bagi sebuah beg adalah diantara US$9,000 (lebih RM25 ribu) hingga US$150,000 (lebih RM450 ribu).

Harganya menjadi lebih mahal bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Beg-beg tangan ini diedarkan ke butik Hermes pada jadual yang tidak berkala dan dalam jumlah yang terhad, ini mencetuskan rebutan dan, secara tidak langsung ia telah menjadi eksklusif. Ia akhirnya menjadi kegilaan ramai, ia dikatakan mempunyai senarai menunggu yang panjang sehingga 6 tahun, dan dikatakan mempunyai senarai menunggu paling lama dalam sejarah.


Dan gambar-gambar Rosmah di bawah ialah bersama dengan beg tangan Birkins hadiah daripada Robin Tan, anak lelaki Vincent Tan kepada wanita pertama Malaysia. Dianggarkan setiap beg tangan Birkins berharga US$ 120,000 (lebih RM360 ribu) dan telah dibayar dibawah nama Sports Toto.


Gambar-gambar Rosmah bersama 3 beg tangan Birkins yang berbeza.

Pemimpin-pemimpin PAS telah merancang untuk menaikkan isu koleksi beg tangan Rosmah, yang dipercayai bernilai RM1 juta dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu.

"Ini bukan satu isu yang remeh. Bagaimana dia mampu memiliki beg-beg yang mahal seperti itu. Mengapa dia dan Najib boleh berbelanja melebihi kemampuannya? Ini adalah isu serius. RM1 juta boleh dibelanjakan dengan baik untuk pembinaan kemudahan-kemudahan di luar bandar, untuk biasiswa dan lain-lain," menurut Mahfuz.

Victoria Beckham antara artis antarabangsa yang mempunyai koleksi beg tangan Birkins.

8 TUNTUTAN HIMPUNAN BERSIH 2.0


Himpunan Bersih 2 yang dijangka menghimpun 300,000 orang pada 9 hb Julai 2011 membuat 8 tuntutan iaitu:

1. BERSIHKAN SENARAI UNDI

2. MENREFORMASI UNDI POS

3. GUNA DAKWAT KEKAL

4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI

5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL

6. KUKOHKAN INSTITUSI AWAM

7. HENTIKAN RASUAH

8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

Bila Utusan Cuba MengIslamkan Umno...

Wira Arjuna


KOMENTAR : Sokong bawa rebah. Sepatutnya sebagai akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bijaksana untuk memelihara kepentingan politik dan maruah Umno. Namun oleh kerana pimpinan Umno sendiri malas berfikir tanggungjawab untuk menjaga nama baik parti itu sendiri , tugas itu diserahkan kepada mereka yang kurang arif dan golongan yang mempunyai agenda sendiri di akhbar berkenaan.

Bayangkan betapa murahannya politik Umno apabila ada pengarang Utusan sendiri yang mengakui bahawa Islam umno memang banyak kelemahannya. Mungkin didorong oleh hasrat untuk memperagakan kewibawaan dan ketrampilan analisis politiknya, Utusan secara rasmi menyarankan Umno supaya menubuhkan sayap ulamanya sendiri.

Jalan ini telah dirintis oleh PAS, seteru politik Umno. Bagaimanapun pada pengamatan yang kabur pengarang Utusan, PAS dilihat seolah-olah telah mengenepikan golongan ulama dan lantas membuat rumusan peranan ulama dalam PAS sudah tidak releven lagi. Oleh itu, tanpa segan silu, Utusan menyarankan supaya Umno segera mengambil kesempatan politik daripada keadaan ini dan menubuhkan sayap ulamanya.

Apa yang agak melucukan ialah, Utusan mahu beberapa pemimpin PAS yang disyaki tertarik dengan pendekatan politik Umno supaya dijemput menerajui Dewan Ulama Umno yang mahu ditubuhkan ini.

Di sini jelas kedangkalan pengarang Utusan. Jika Umno teruja dengan saranan ini dan melaksanakannya, ia akan menjadi satu pengakuan bahawa Umno selama ini memang yakin bahawa ulama mesti diberi peranan lebih besar dalam mengemudi keperluan politik parti. Atau, dengan perkataan lain, Umno mengakui pengertian Islamnya selama ini lompong dan cacat. Sebab itu, ia memerlukan pimpinan dan panduan ulama.

Dalam nafas yang sama sekaligus ia adalah pengakuan bahawa Umno memang selama ini tidak memberi tempat wajar kepada pandangan Islam dalam tindak tanduk politiknya. Lantas, apabila PAS dilihat kurang mengambil berat soal input agama dalam politik kerana kononnya berkiblatkan kemenangan pilihanraya dan menakluki kuasa memerintah, maka Umno layak (kata Utusan) untuk mengambil alih usaha meletakkan ulama di tempat yang lebih wajar dalam sistem politik negara!

Lebai malang betul Umno ini. Orang-orang yang dianggap panglima komunikasinya di Utusan kini menjadi musuh yang mengaibkan lagi maruah parti itu. Sudahlah rumusan yang mereka (Utusan) buat mengenai muktamar PAS lalu silap, malah cadangan yang dilontarkan kepada majikannya pula cuma menambah contengan arang di muka Umno.

Cadangan itu juga menemplak bahawa memang selama ini Biro Agama Umno memang tidak mempunya ketrampilan, ilmu dan juga wibawa yang cukup ampuh untuk menafsirkan tuntutan Islam dalam politik. Dalilnya, Utusan mencadangkan supaya ulama-ulama yang terpinggir dari PAS dinobatkan sebagai pengemudi jalan agama bagi Umno pula!

Memang tidak sukar difahami mengapa Utusan bersikap demikian. Yang jelasnya, perubahan besar yang berlaku kepada pemikiran politik terkini PAS hingga membariskan golongan profesional memimpin pengurusan parti sebenarnya adalah hasil kempen Utusan sendiri. Dengan membuat pelbagai andaian, sindiran dan ramalan bahawa golongan ulama akan menyapu bersih pimpinan PAS dan menwar-warkan formula Kerajaan Perpaduan akan melindungi nasib Melayu dan Islam di Malaysia, ia sebenarnya menakutkan golongan yang kurang mesra dengan ulama dalam Umno sendiri.

Malah tahniah harus diberikan kepada Utusan kerana berkempen untuk golongan profesional PAS secara efektif kerana dengan memomokkan pimpinan ulama PAS seolah-olah lemah dan akan tunduk serta mahu bekerjasama ke arah Kerajaan Perpaduan dengan Umno.

Maka menjelang muktamar yang baru lalu, perwakilan PAS teruja untuk membuktikan bahawa ulama bukanlah mesti diukur dari insitusi mana mereka menimbu ilmu tetapi ciri-ciri ulama harus dihayati oleh semua barisan pimpinannya. Hatta lahirlah barisan profesional dalam badan pengurusan PAS.

Enggan mengaku pendekatan politik Islam PAS lebih syumul atau komprehensif berbanding Islam tempelan dalam Umno (yang hanya meletakkan Islam di peringkat biro dalam soal pemikiran politik parti), kini Utusan mengesyorkan Umno supaya mempertingkatkan komitmen Islamnya dengan mempunyai sayap ulamanya sendiri.

Umat Islam yang komited pada ajaran agama akan sentiasa berdoa agar Umno benar –benar mengutamakan pandangan ulama dalam keputusan dan tindakan politik mereka. Ini kerana lantaran kabur mengenai pemikiran dan konsep keadilan, kesamarataan insan di hadapan Allah dan juga erti Negara Berkebajikan, Umno selama ini meletakkan taraf dan pandangan ulama sebaris dengan Biro Kebudayaannya sahaja.

Syor Utusan ini benar-benar menyerlahkan betapa dangkalnya pemikiran politik Islam Umno. Adakah dengan meletakkan ulama dalam satu sayap setaraf Pemuda, Wanita atau Puteri dan Puteranya, Umno tiba-tiba akan berjaya mengubah persepsi dan pemikiran rakyat terhadapnya?

Namun sebelum sampai ke tahap itu, yang perlu dipersoalkan ialah, apakah pemimpin Umno hari ini akan serasi dengan pandangan ulama dalam membuat keputusan politik mereka?

Bolehkah dibayangkan betapa Presiden,Ttimbalan Presiden dan ahli Majlis Tertinggi Umno akan akur kepada pandangan ulama bahawa Anwar Ibrahim patut diberi peluang membela diri dengan melaksanakah hukum qazaf terhadap Saiful Bukhari yang jelas tidak ada beliau saksi diliwat?

Begitu juga dengan Datuk Trio – Rahim Thamby Chik, Shazryl Eskay Abdullah dan Shuib Lazim – patutkan mereka dihukum qazaf serta disebat 80 kali kerana menuduh Anwar berzina dan menyebarkan video seks lucah?

Atau, adakah Utusan hendak mengatakan bahawa tahap kefahaman Islam pemimpin Umno selama ini memang kabur dan lebih buruk lagi memang tidak mengikuti ajaran Islam? Sebab itu, agaknya, Utusan tergamak mencadangkan supaya dewan Ulama Umno ditubuhkan supaya dapat “menunjukkan jalan yang benar” kepada pemimpin Umno?

Syor utusan memang berbaur politik. Ia cuba mencadangkan Umno supaya mengambil kesempatan politik daripada apa yang berlaku dalam PAS bagi mencatat satu kemenangann politik. Malangnya, ia menemplak Umno sendiri yang menjadi tauke mereka sebagai “kurang beragama” dan perlu bimbingan Dewan Ulama.

Anggaran 5 hingga 7 peratus pengundi Melayu-Islam akan termakan dengan kelongsong politik bahawa Umno kini lebih Islamik kerana ada Dewan Ulamanya sendiri, adalah satu khayalan, kerana dalam soal Islam selama ini gelagat pemimpin Umno ibarat “cakap tak serupa bikin”. Rasa lebih meloya dan benci mungkin lebih menebal terhadap Umno.

Bak syor Utusan “Satu Melayu, Satu Bumi” sebelum ini, syor kali ini membuktikan bahawa yang paling kuat mengejek Umno sekarang ini ialah juak-juak yang dilantiknya sendiri untuk melakar kempen memburukkan seteru Umno. Ternyata wartawan-wartawan upahan ini bukan sahaja terhad imaginasi mereka malah semakin jauh dihanyut arus politik lucah yang mereka cipta sendiri.

Tidak Perlu Meniru Mesir, Cukuplah Dengan Turki, Melalui BERSIH 2.0


Kita jarang untuk mengambil kisah tentang Pilihanraya Umum di luar negara dan disebab itulah kita semua begitu menyanjungi demokrasi pilihanraya yang dipamerkan oleh SPR. Alhamdulillah, Pakatan Rakyat telah mengambil peluang untuk menjadi pemantau pilihanraya di Turki yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Saya tertarik dengan apa yang YB Saifuddin Nasution 'tweet'kan, ikutilah perbezaan pilihanraya di Turki dan bandingkan sejujurnya apa yang kita telah lalui di saban pilihanraya.

Perkara pertama; Kebebasan Media.
"Pru turki-capaian media kpd semua parti,election board benarkn semua rapat umum,pemerhati a'bangsa diizinkn ...tiada FRU berlegar! Malaysia?"
Perkara kedua; Kerjasama Pihak Polis.
"Rapat umum pru turki cuma perlu maklum kat polis, polis hadir dan kawal lalulintas,tak payah permit! Rapat umum AK Parti hadir ratusan ribu"
Perkara ketiga; Tiada Penyalahgunaan Jentera Kerajaan.
"Tiada penggunaan jentera dan media kerajaan utk kempen, election board akan batal kemenangan jika blku pelanggaranTiada u help me i help u!"
Perkara keempat; Projek Mee Segera Tidak Dibenarkan
"Election board tak benarkn umum projek kjaan sepjg tempoh kempen!"
Perkara kelima; Semua Parti Berhak Untuk Berkempen di TV.
"Sempat ikuti kempen parti2 pembangkng, parti Has, parti Saadet dan parti chp melalui siaran tv ...terangkn manifesto masing2 ...RTM,TV3 ???"
Kesimpulannya; Kita tidak perlu mengikuti jejak rakyat Mesir, jika masih ada lagi jalan untuk pilihanraya yang adil, untuk menjadikan ia sebegitu hendaklah kita menuntut Kerajaan Barisan Nasional memberikan hak keadilan tersebut kepada kita melalui BERSIH 2.0 nanti.

Bagaimana?

Hendaklah kita turun ke perhimpunan BERSIH nanti pada 9 Julai 2011, di sana adalah satu-satunya jalan untuk kita mendapat suatu pilihanraya yang BERSIH dan ADIL. Kita bukan merusuh, akan tetapi kita menuntut secara aman.

Mogok Terbesar Nelayan Di Pahang, Negeri Kelahiran PM Najib... Kenapa Mereka Sanggup Memalukan PM Najib?

KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 nelayan laut dalam di tiga negeri melancarkan mogok mulai semalam sekali gus bakal menjejaskan bekalan ikan negara jika tindakan tersebut berlarutan.

Mogok diketuai oleh hampir 200 pengusaha bot itu diadakan secara serentak di jeti-jeti nelayan di Kuantan, Pahang; Endau di Mersing, Johor dan Kangar, Perlis.

Mogok berpunca daripada tindakan kerajaan memansuhkan subsidi diesel yang menyebabkan pemilik bot terpaksa membeli bahan api itu pada harga RM1.80 seliter berbanding RM1.25 seliter sebelum ini.

Pemansuhan subsidi itu menyebabkan para pemilik bot terpaksa menanggung kenaikan kos melebihi RM20,000 sebulan berbanding RM7,000 sebulan sebelum ini.

UMNO Tak Lena Tidur

TG Nik Aziz dakwa UMNO semakin lesu

GOMBAK – UMNO kini dipercayai semakin lesu apabila perjuangannya memburukkan dasar Islam diperjuangkan Pas menemui kegagalan.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mereka gagal mempertikaikan dasar Islam diperjuangkan parti, sedangkan Islam untuk semua tanpa mengira latar belakang agama atau perkauman.

”Islam untuk semua manusia yang diciptakan Allah SWT yang juga ciptakan Islam. Islam bukan untuk masyarakat Arab sahaja, tetapi untuk semua bangsa di seluruh dunia ini.

“Mereka (UMNO) gagal mempertikaikan (dasar) Islam (yang diperjuangkan parti) sehingga tidak lena tidur,” katanya.

Beliau yakin Pas dapat memintas UMNO kerana dasar parti yang memperjuangkan negara berkebajikan.

“Dulu mereka menuduh Pas ketinggalan, kini kami yang akan pintas mereka,” katanya

Menurutnya, UMNO kini berdepan dengan tekanan kerana kenaikan harga barang yang membebankan rakya:t.

“UMNO sudah tua dan tertekan dengan bebanan yang banyak kerana dulu memperjuangkan rakyat didahulukan, kini sebaliknya sehingga memakan diri sendiri.

“Ini dapat dilihat apabila mereka terpaksa menangguhkan mesyuarat agung sedangkan kami tetap meneruskan mesyuarat agung seperti biasa terutama menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, isu video seks menyebabkan suasana politik negara bertambah busuk.

“Video seks itu tiada bukti, mengarut dan membusukkan nama negara sahaja.

“Sesiapa sahaja boleh buat video dengan mengambil muka orang lain dan letakkan pada muka orang lain,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan negara kebajikan memberi kelebihan kepada DAP yang juga parti komponen dalam Pakatan Rakyat.

“Kita tidak sama kerana negara kebajikan yang kami perjuangkan mengikut perlembagaan parti berlandaskan al-Quran dan hadis.

“Mereka (UMNO) yang tidak faham maksud negara kebajikan kerana kami ada amar makruf nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran), mereka tiada
,” katanya.

Beliau turut mengumumkan akan menulis buku untuk memberi penjelasan mengenai negara kebajikan diperjuangkan parti. -SH


Piala FA: Presiden PAS ucap tahniah




KUALA LUMPUR, 11 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak Terengganu yang telah berjaya menjuarai Piala FA 2011.

“Juga syabas kepada pasukan Kelantan yang menunjukkan permainan yang konsisten sehingga saat-saat terakhir perlawanan,” ujarnya di laman Facebook.

Beliau yang juga ahli parlimen Marang sekali lagi mengingatkan kepada penyokong kedua-dua pasukan yang berada di Stadium Nasional Bukit Jalil agar berhati-hati di jalan raya dan selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Musyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Terengganu yang telah menjuarai Piala FA pada malam ini.

"Kepada pasukan Kelantan, saya bangga," ujarnya melalui laman Facebook.



Terengganu muncul juara Piala FA 2011 setelah berjaya menewaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Ahmad Nordin Alias menjaringkan gol kemenangan Terengganu pada minit ke-109 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada tamat permainan penuh.

Kelantan menjaringkan gol terlebih dahulu menerusi Mohd Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 sebelum rakan sepasukan, Mohd Daudsu Jamaluddin menjaringkan gol sendiri melalui tandukan pada masa kecederaan bagi membolehkan Terengganu menyamakan kedudukan.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V turut menyaksikan perlawanan akhir itu.

Turut sama ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Kabinet Pilihan Raya (Hard Talk bersama Mohamad Sabu)



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .