Ikuti Blog ini

Anwar: S'wak jalan baru ke Putrajaya


Datuk Seri Anwar Ibrahim menyusun strategi baru - menggegarkan Sarawak sebagai langkah baru menuju Putrajaya dalam merealisasikan 'projek 16 September' menukar kerajaan persekutuan.

Katanya, beliau akan ke Sarawak pada pertengahan bulan depan dan mengarahkan semua pimpinan PKR bergilir-gilir untuk ke sana setiap minggu untuk meraih keyakinan masyarakat di sana menjelang pilihanraya negeri, selewat-lewatnya dijangka diadakan 2010.

"Langkah pertama, gegarkan Sarawak. Sarawak barisan hadapan kita sekarang," kata penasihat PKR dalam ceramah khas malam tadi bersempena kongres nasional kelima partinya selama dua hari di Shah Alam mulai semalam.

"Selesai 14 haribulan saya ke Miri, saya akan minta menteri besar, ahli-ahli parlimen bergilir, tiap-tiap minggu mesti ada rombongan ahli Yang Berhormat dari Semenanjung yang turun ke Sarawak.

"Tanpa kecuali, semua mesti tetapkan jadual dan ikut disiplin parti."

Kempen terbaru mantan timbalan perdana menteri itu dilancarkan di hadapan beberapa ribu hadirin yang memenuhi Stadium Malawati, yang ternanti-nanti kupasan terbaru berhubung isu pertukaran kerajaan, asalnya diura-urakan 16 September lepas.

Langkah PKR itu diumumkan susulan penerimaan baik 12,000 penduduk Sarawak yang dilaporkan menyertai parti itu dua minggu lalu.

Anwar berkata, tarikh 16 September itu, merupakan sasaran ke arah membina satu kekuatan bagi menubuhkan kerajaan baru bersama dengan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, mengambil alih kerajaan bukan perkara mudah dan menasihatkan agar rakyat bersabar menunggu masanya.

"Ini isu yang tidak mudah diungkap dan dilakar dengan kata-kata kerana ada sebab, ada hal yang saya tidak dapat sebutkan.

"Orang yang bersetuju, menunggu waktu untuk menyeberang, syaratnya tidak didedahkan sehingga mereka bersedia. Jadi, cakap salah, tidak cakap pun salah.

"Cakap salah, tidak cakap salah, jadi semua serba salah," katanya dengan gaya bernyanyi dan disambut dengan gelak ketawa para penyokongnya.

Sehubungan itu, Anwar berharap orang ramai bersabar walaupun beliau mengakui terdapat ahli-ahli PKR dan rakyat yang ragu-ragu dan tertanya-tanya bilakah beliau akan membentuk kerajaan baru dan berada di Putrajaya.

"Jika Allah mentakdirkan kita menang, kita menang.

"Saya yakin, insya Allah (ke Putrajaya) sebagaimana saya yakin (dapat menang lima negeri) sebelum 8 Mac," tambah Anwar.

Beberapa hari sebelum pilihanraya umum ke-12, beliau membuat kejutan dalam ceramahnya di Singapura apabila mendedahkan lima negeri akan jatuh ke tangan gabungan pembangkang.

Kenyataannya itu tidak diterima dengan mudah, termasuk oleh jentera kempen PKR sendiri waktu itu. Bagaimanapun keputusan akhirnya menyerlahkan ketepatan ramalan Anwar.

Tambahnya, keyakinannya untuk mengambil alih kerajaan pusat digerakkan juga oleh penerimaan ramai terhadap Pakatan Rakyat dalam pilihanraya itu dan juga kemenangan beliau di Permatang Pauh, Ogos lepas.

Menjelaskan kegagalannya merebut kekuasaan pada September lepas, Anwar menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang enggan berunding untuk membincangkan isu penyerahan kuasa.

Permintaan Pakatan Rakyat untuk mengadakan satu sidang khas tergempar Dewan Rakyat untuk membentangkan undi tidak percaya terhadap perdana menteri juga telah ditolak, tambahnya.

Dalam ceramah itu juga Anwar menyatakan beliau tidak berasa bimbang tentang ketandusan kepemimpinan dalam parti itu untuk meneruskan kesinambungan perjuangan PKR.

Ini kerana, tambahnya, parti itu mempunyai pemimpin-pemimpin muda yang berkelayakan untuk menentukan arah perjalanan parti itu walaupun tanpanya.

Ketua pembangkang itu menjelaskan, PKR akan mengadakan kongres khas untuk merancang penjanaan kekuatan parti pada Februari depan.

Beliau juga menegaskan kesediaan PKR mempertimbangkan desakan sayap Wanitanya yang menuntut penglibatan 30 peratus peranan wanita dalam membuat keputusan dan jawatan utama dalam parti.


Kerusi Parlimen Kuala Terengganu milik PAS - Azmin

dfgty
Malam kelmarin, PKR adakan mesyuarat khas. Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) mengambil ketetapan kerusi (Parlimen ) ini (Kuala Terengganu) secara tradisinya milik teman kita, PAS - Azmin

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedia memberi laluan kepada PAS untuk meletakkan calonnya bagi menghadapi pilihan raya kecil Kuala Terenggganu.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata, pimpinan tertinggi PKR dalam mesyuaratnya semalam menetapkan sedia memberi peluang kepada rakannya dalam pakatan pembangkang itu.

“Malam kelmarin, PKR adakan mesyuarat khas. Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) mengambil ketetapan kerusi (Parlimen ) ini (Kuala Terengganu) secara tradisinya milik teman kita, PAS, ” katanya di Kongres Nasional Tahunan PKR di sini.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong kerana penyandangnya sebelum ini iaitu Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismailmeninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland kira-kira pukul 6.30 petang, Jumaat lalu.

Azmin juga berkata, walau apa jua keputusan yang diputuskan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, PAS dan DAP, mereka akan sentiasa berpegang teguh kepada pendirian itu dan akan turun padang memberikan sokongan pada pilihan raya kecil brekenaan nanti.

Dalam pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, Allahyarham Razali yang mewakili Barisan Nasional (BN) memperoleh 32,562 undi menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu (31,562 undi) dan calon Bebas,Maimon Yusof, 89, (685 undi).

Ahli Parlimen Gombak itu juga berkata, Pakatan Rakyat akan memberikan tentangan hebat bagi memastikan kerusi Parlimen Kuala Terengganu itu menjadi milik mereka.

“Dulu, Mat Sabu pun kalah dengan majoriti kecil, itu pun sebab ada seorang makcik (Maimon) yang kacau.

“Tapi tak apa, makcik itu pada malam ini sudah setuju akan sokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil itu nanti…tapi makcik mana saya tak tahu,” katanya.

Dalam pada itu, Azmin juga berkata, Pakatan Rakyat bersedia menghadapi BN jika pilihan raya kecil juga berlaku di Pensiangan, sabah.

“Insya Allah, kalau BN kalah, sekali lagi kita akan turun berkampung di Pensiangan untuk rampas satu lagi kerusi bagi Pakatan Rakyat,” katanya.




M.Kayveas, Parti Progresif Rakyat Akan Keluar BN Jika Akta Zalim ISA Itu Tidak Dipinda !!

KUALA LUMPUR – Parti Progresif Rakyat (PPP) mengancam akan keluar dari Barisan Nasional sekiranya kerajaan tidak membuat sebarang pindaan ke atas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), kata Presidennya, Datuk M. Kayveas.

[Nampaknya berita ini pasti memanaskan telinga para pemimpin UMNO dan kerajaan yang lain. Mereka kini ditentang dari segenap arah oleh parti kompnonen mereka. Jika dilihat senario semasa kini UMNO ditentang oleh PPP dan Gerakan menerusi isu ISA, dan terkini ditentang pula oleh MCA menerusi isu ketuanan Melayu. Walhal kedua-dua isu itu dimulakan dan dimainkan oleh mereka sendiri. Inilah padahnya bila buat tindakan tanpa usul periksa. Akhirnya apa yang dicanang-canangkan bukan sahaja ditolak oleh rakyat malah kroni sendiri].


Guan Eng tidak nafi penyertaan Arif Shah ke PKR


SHAH ALAM: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak menafikan khabar angin yang mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah (gambar) menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau bagaimanapun turut tidak mengesahkan sejauh mana kebenaran khabar angin yang mula tersebar itu yang kononnya penyertaan Arif ke PKR kerana kecewa dengan penyokong Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang.

"Kami dalam Pakatan Rakyat menerima sesiapa sahaja yang ingin masuk menyertai kami yang menyokong prinsip yang kami perjuangkan.

"Saya pun tidak tahu dari mana laporan ini datang," katanya dalam sidang media selepas menghadri Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, hari ini.

Menurut Lim lagi Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti demokratik mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertai mana-mana komponen Pakatan Rakyat sama ada DAP, PKR mahupun PAS.

Tambah beliau lagi, sesiapa sahaja yang menyertai Pakatan Rakyat seharusnya sedar mengenai matlamat yang diperjuangkan berdasarkan prinsip keadilan sejagat.

Ditanya sama ada wujudnya usaha daripada pihaknya untuk membawa Arif yang menjadi calon Barisan Nasional (BN) menentang Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh yang lalu menyertai Pakatan Rakyat, beliau enggan mengulas lanjut.

Mengulas mengenai kehadiran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim ke Pulau Pinang Jumaat lalu, Lim berkata perkara itu tidak memberi sebarang pengertian mengenai pendirian politik Zaid.

"Saya menghargai kehadiran Zaid bukan sahaja ke Kongres PKR malah ke Jamuan Makan Malam Raksaksa di Pulau Pinang.

"Ini menunjukkan beliau berkongsi wawasan yang sama dengan Pakatan Rakyat untuk wujudkan sebuah negara yang adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama," katanya.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan, Arif Shah berada dalam keadaan dilema sama ada ingin terus kekal bersama Umno atau menyertai Pakatan Rakyat.

Arif Shah yang merupakan satu-satunya ADUN yang berjaya mengekalkan kerusi cawangannya untuk penggal kedua di bahagian Permatang Pauh berkata, beliau sedang serius mempertimbangkan kedudukan politikynya itu berikutan apa yang disifatkannya sebagai penyalahgunaan kuasa yang teruk dalam kepimpinan Umno Permatang Pauh yang diketuai Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.




KEWAJIPAN MENGUNDI MENGIKUT HUKUM SYARA’



OLEH DATO' HAJI HARUN TAIB
(Artikel ini dipetik dari lamanweb PAS yang lama)

Menegakkan Pemerintahan Islam

Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun al Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud :

“mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya”.

Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya:

“Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”.

Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa’adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w.

Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam

Ramai di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap tentang perkara ini, yang biasa didengari ialah seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yu;la, Ibnu Khaldun, (faqih Siasi), Imam Al Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtima’ie), Imam Al Ghazali, (Faqih Tasawwuf) dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al Faqih al Ma’ruf Ibnu Hazam Al Andalusi:

“Para ulama’ daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji’ah, As Syiah dan Khawarij bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Namun begitu terdapat satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat mengatakan bahawa tidak wajibnya menegekkan kerajaan yang serupa itu. Walau bagaimanapun mereka sudah tidak wujud lagi dewasa ini.

Pendapat mereka ditolak oleh Ijma’ mereka yang telah disebutkan itu, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.

Wajibnya menegakkan Pemerintahan Islam itu berdasarkan Syara’ dan berdasarkan ‘Aqal

Kita telah menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syara’ atau berdasarkan ‘aqal atau kedua-duanya sekali?

Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Hazam dan Ibnu Khaldun menyatakan bahawa syara’ dan ‘aqal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam. Hal ini berdasarkan Al-Quran, Al-sunnah, Al-Ijma dan ‘aqal (logik). Antara lain Firman Allah Ta’ala:

Ayat ini menfardhukan kepada kita mentaati Allah, Rasul dan Ulu Al Amri yang memerintah kita. Rasulullah s.a.w. antara lainnya ada bersabda:

Selain dari Al-Quran dan Al-Sunnah, para sahabat dan tabi’in telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (Pemerintahan Islam).

Dari segi logiknya pula, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu kepada pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Jika tiga orang berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua”.

Hadis ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam kumpulan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan tersebar.

Cara-cara Menegakkan Pemerintahan Islam

Sebelum itu, kita telah menyatakan bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukan dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.

Dalam keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Ia dikenali dengan Bai’ah Ammah.

Hal ini dipetik dari peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, di mana beliau dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan Saqifah Bani Saidah, kemudian selepas itu dilakukan ‘baiah 'ammah’ di masjid Al Nabawi.

Baiah 'ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara ramai, kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah iaitu para saksi yang juga dipanggil pengundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.

Kewajipan Ummah di dalam Menegakkan Pemerintahan Islam

Sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat atas nama ‘Baiah Ammah’ atau ‘Al Syahadah’ maka setiap umat Islam yang aqil baligh wajiblah menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Sesiapa yang mati dan tidak pernah melakukan baiah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyyah”.

Antara maksud lafaz baiah itu ialah:

“Aku memberi baiah kepad kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”.

Adapun atas nama Al Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepada antara lainnya Firman Allah Ta’ala, maksudnya:

“Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu”. (At Talaq:2)

Firman Allah lagi, maksudnya:

“Dan hendaklah menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah”. (At-Talaq:2)

Firman Allah Ta’ala lagi, maksudnya:

“Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya”. (Al-Baqarah: 283)

Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat adil. Mereka memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan peribadi dan matlamat pencalonan seperti mana hadith Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.

Mendaftar Diri Sebagai Pemilih

Sayugia diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan rakyat atau dewan undangan negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam dewan-dewan tersebut.

Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah mempunyai pengundi yang ramai (majority). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi.

Mereka tidak akan layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih. Oleh kerana itu dan berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kita bentangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiqh:

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.

Maka dengan itu mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syara’.

Kesimpulan dan Penutup

Semua mengetahui bahawa melaksanakan hukum syara’ itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib.

Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib.

“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”.



Jom kita pakat lobi untuk Mat Sabu


Salam takziah untuk seluruh keluarga Allahyarham Razali Ismail terutama isteriToh Puan Nooraini binti Lob Yusoff dan 5 orang anak beliau; Muhammad Nurazli, Asrul Shah, Khairul Amar dan Khairul Arif.

Bila dah meninggal wakil rakyat dan belum cukup tempoh matang tempoh maka SPR kena la buat pilihanraya dalam masa 60 hari selepas dimaklumkan.

Ada yang kata pilihanraya kecik akan dibuat dalam masa cuti sekolah ni jugak. Tak kira laa bila pun, walaupun bukan masa cuti sekolah, dah saheh laa jem pekan Kuala Terengganu. Melimpah ruah laa rezeki peniaga kat sana. Tokey² hotel termasuk rumah tumpangan dah mula senyum sampai ke telinga.

Siasahdaily awai-awai lagi dah lobi Datuk Wan Mutalib Embong untuk calon PR. Selain tu disebut jugak nama Datuk Mustafa Ali. Yang aku heran pasai apa tak sebut pun nama Bang Mat Sabu. Kalau pun tak suka dia jadi calon, patutnya sebut laa nama dia kurang² pun sebagai calon yang kalah sebelum ni.

Aku cukup tak puaih hati pasai pada aku takdak calon lain yang lebih sesuai selain dari Tuan Hj Mohamad bin Sabu, Naib Presiden PAS. Seorang bekas ahli parlimen pembangkang yang cukup berkesan dan cukup istiqamah memperjuangkan demokrasi.

Walaupun dia kalah pilihanraya umum dulu, tapi kalah sikit jaa, 628 undi, Makcik Maimun pun dapat 685 undi. Pada pendapat aku peluang Bang Mat menang sangat cerah, walaupun ramai calon macam makcik Maimun masuk calon.

Hujjah aku yang pertama. Antara sebab Bang Mat kalah dulu pasai ada saraf kuat dok main kata orang kuat mencarut macam Bang Mat tak sesuai jadi calon PAS. Ramai jugak yang termakan sampai ada khabar angin mengatakan yang petugas PAS pun ada yang tak bagi undi kat Bang Mat.

Tapi rasanya depa dah sedar kesilapan depa. Walaupun mungkin bagi depa mulut Bang Mat capui tapi banding dengan isu minyak naik, jadi kecik sangat, tak padan sangat depa buat lagu tu dulu. Tambah pulak yang banyak tak bagi undi dulu tu katanya budak-budak muda, penuh emosi.

Hujjah aku yang kedua. Semua kepakaran PAS akan tertumpu kat sana. Tambah pulak sebelum ni orang Kuala Terengganu belum pernah tengok orang India kerja keras kempen calon PAS. Kali ni Hindraf Pt Buntar tengah cari sponser dua biji bas, belanja lain depa tanggung sendiri.

Hujjah aku yang ketiga. Orang Umnoi Terengganu perang saudara tak habih lagi. Kem Deris Jusuh lawan kem Mat Said. Banyak jugak undi orang Umnoi akan dapat kat Bang Mat sebagai undi protes. Tambah pulak tengah musim merasuah. Depa ramai-ramai pi sana bukan nak bagi tolong rasuah untuk pilihanraya tapi akan sibuk bagi rasuah untuk pemilihan. Senang, tak payah susah² nak turun bahagian².

Hujjah aku yang keempat. Semenjak dua menjak harga minyak naik turun ni, ramai orang Umnoi yang belah bawah bengang dengan pemimpin depa. Depa cukup terasa bila harga barang melambung pasai harga minyak naik mencanak baru ni. Aku rasa gelombang tu hebat jugak kat Kuala Terengganu. Depa dok harap Bang Mat Sabu belasah pemimpin Umnoi kat Parlimen.

Hujjah aku yang kelima. PAS sendiri akan pastikan dengan apa cara sekali pun untuk menang. Tambah lagi untuk PAS Terengganu. Aku tak boleh bayang laa kalau letak Bang Mat pun kalah jugak. Depa akan jaja kat tv tiap-tiap malam, "Berlagak sangat PAS ni, konon hebat, awat kalah??" Masa tu jugak tak kira tinggi mana pun 'junjung', 'kaduk' mesti panjat punya.

Oleh itu, aku mengajak semua bloggers yang bersimpati dengan Pakatan Rakyat, terutama BloggersNetwork@Perak bersama² semua BloggersNetwork@negeri-negeri lain yang dalam proses penubuhan supaya melobi untuk Bang Mat Sabu.

Segala pertengkaran, segala perbezaan pendapat dan segala rasa tidak puas hati. Marilah kita bersatu hati, berganding bahu, bersama² melobi bersungguh² supaya Tuan Haji Mohamad bin Sabu dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat untuk pilihanraya kecil P036 - Parlimen Kuala Terengganu



Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu – Umno Sukar Menentukan Calon



http://buletinonline.net/images/berita14/umnosukarcalonkt.jpg

Kuala Terengganu
– Petunjuk berkaitan calon-calon yang akan bertanding untuk Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu mungkin akan diketahui awal minggu hadapan.

Secara rasmi, PAS Terengganu belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan PRK Kuala Terengganu.

Manakala pihak lawan UMNO, menurut Ketua Penerangannya Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, parti itu dijangka akan membincangkan agenda PRK Kuala Terengganu pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang akan diadakan pada Rabu ini (3hb).

Namun mesyuarat tersebut mungkin tidak dapat memutuskan calon yang akan bertanding sebagaimana kenyataan beliau yang di petik The Star Online.

Ia adalah kerana menurut Mohammad UMNO juga akan turun ke Kuala Terengganu untuk membuat tinjauan bagi menentukan calon.

“UMNO akan turun ke Kuala Terengganu secepat mungkin untuk melihat apa yang harus dibuat dan tindakan yang akan diambil bagi persiapan memastikan kerusi tersebut dikekalkan oleh Barisan Nasional,”kata beliau di Putrajaya semalam.

Mengulas kenyataan Mohammad, Ahli Jawatankuasa PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat@Ramli berkata tindakan Umno pusat untuk turun ke Kuala Terengganu adalah kerana parti itu dalam keadaan tertekan dan sukar untuk menentukan calon.

Beliau yang juga Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Terengganu berkata masalah perpecahan Umno Terengganu masih belum selesai.

“Pihak yang menyokong Pengerusi UMNO Terengganu, Dato’ Ahmad Said, mahukan calon (PRK Kuala Terengganu) dari kalangan mereka,

“manakala pihak yang menyokong bekas Pengerusi, Dato’ Seri Idris Jusoh juga mahukan calon dari kalangan mereka,”kata Hanafiah.

Dalam perkembangan yang sama, Hanafiah berkata PAS Terengganu mungkin akan turut membincangkan perkara berkaitan PRK Kuala Terengganu pada mesyuarat ‘rutin’ Perhubungan PAS Negeri Terengganu yang dijadualkan pada 6hb depan.

Perkara itu turut disahkan oleh seorang lagi Jawatankuasa PAS Terengganu, Ustaz Mohd Pauzi Muda yang dihubungi semalam.

“Oleh kerana perkara ini (PRK Kuala Terengganu) baru timbul, mungkin akan dibincangkan,”kata Mohd Pauzi.


Surat Takziah Allahyarham YB Dato' Haji Razali Ismail


 Bagi pihak Pimpinan dan ahli-ahli Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat), saya merakamkan ucapan takziah kepada Y.Bhg. Datin serta ahli keluarga di atas kembalinya kerahmatullah Allahyarham Y.B. Dato' Haji Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu pada hari semalam.

Kepada :

Datin Noraini Lob Yusoff

Batu Burok, Terengganu.



Y.Bhg. Datin;


UCAPAN TAKZIAH


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Bagi pihak Pimpinan dan ahli-ahli Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat), saya merakamkan ucapan takziah kepada Y.Bhg. Datin serta ahli keluarga di atas kembalinya kerahmatullah Allahyarham Y.B. Dato' Haji Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu pada hari semalam.

Kembalinya kerahmatullah Allahyarham adalah kehilangan besar dalam sistem pembangunan pendidikan negara. Allahyarham banyak memberikan perkembangan positif dalam usaha membangunkan sistem pendidikan negara untuk generasi yang akan datang.

Kami berharap dan mendoakan agar Y.Bhg. Datin serta ahli keluarga Allahyarham bersabar dan tabah di atas ujian yang telah melanda. Kami juga mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang soleh jua. Amin

Sekian, terima kasih.



Yang menjalankan amanah;


YB SALAHUDDIN AYUB

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat


Presiden PAS ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Razali Ismail


KUALA LUMPUR, 29 Nov - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan takziah dari bagi pihak diri beliau dan keluarga serta seluruh ahli-ahli PAS kepada keluarga Allahyarham Dato' Razali Ismail (Ahli Parlimen Kuala Terengganu) yang telah pulang ke rahmatullah.

Dalam satu kenyataan yang dihantar oleh Setiausaha Akhbarnya, Presiden PAS berkata pihaknya mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham petang semalam akibat serangan jantung.

Allahyarham adalah Timbalan Menteri Pelajaran dan ahli parlimen Kuala Terengganu dan Tuan Guru mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah swt dan semoga isteri dan keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian yang besar ini.

"Allahyarham adalah seorang ahli parlimen dan Timbalan Menteri yang baik dan sangat komited dalam menjalankan tugas-tugasnya terutama semasa sesi sidang dewan di Parlimen," kata kenyataan itu.

Menurut Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir, Tuan Guru kini berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadat haji dan dijangka pulang ke tanahair sekitar pertengahan bulan Disember nanti.


Dengan harapan rakyat, kerajaan baru Pakatan Rakyat akan direalisasikan - Wan Azizah

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan dengan harapan rakyat dan kerjasama yang tinggi di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, usaha untuk membentuk kerajaan baru di peringkat pusat akan direalisasikan juga akhirnya.

Semasa menyampaikan ucapan dasar sempena Kongres KeADILan di Stadium Malawati Shah Alam ketika ini, Dr Wan Azizah menyatakan, rakyat terus berharap agar terbentuknya kerajaan Pakatan Rakyat yang sedang diusahakan.

ImageUjarnya, kerajaan Pakatan Rakyat akan terbentuk dengan 'izin Allah' dan kerajaan ini akan menjadi kerajaan yang prihatin, selamat dan bebas dari belenggu rasuah, campur tangan kehakiman dan dikenali wibawanya di seluruh dunia.

Presiden KeADILan itu juga berjanji jika terbentuknya kerajaan Pakatan Rakyat ini, semua manifesto yang diucapankan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-12 lalu akan dilaksanakan.

Beliau menyebut, pengguna dan rakyat akan mendapat nikmat barangan pada harga yang rendah dan bersesuaian, harga perkhidmatan pada harga yang rendah dan pelbagai kebajikan lain yang kini dinafikan oleh kerajaan Umno/BN.

Beliau menyelar tindakan kerajaan BN yang tidak mahu mengubah dan membentangkan semula Belanjawan 2009 di Parlimen walaupun berlakunya kemelut ekonomi dan penurunan harga minyak.

Beliau menyebut antara kelemahan kerajaan BN hari ini ialah terjadinya aliran keluar FDI (pelaburan dari luar) yang semakin tinggi.

Selain itu Wan Azizah juga menyebut permasalah yang membelenggu dasar-dasar kerajaan yang ada hari ini antaranya, pengganguran, kelemut akhlak remaja, kemiskinan, kemelut ekonomi yang melampau dan permasalahan rakyat yang tidak pernah terlerai.

Beliau juga mengkritik sistem pendidikan hari ini yang sebenarnya perlu dikaji semula bagi meningkatkan taraf rakyat.

Dengan kemelut tersebut, selain kepinggiran warga luar bandar oleh kerajaan Umno/BN, beliau melihat bahawa rakyat kini mula mendampingi KeADILan terutamanya di Sarawak.

"Saya yakin dengan penambahan ahli KeADILan di Sarawak, pilihan raya negeri di peringkat Sarawak tidak lama lagi akan menjadi medan kepada KeADILan untuk membentuk kerajaan baru," katanya.

Justeru beliau mengharapkan usaha yang sedang dijalankan oleh Pakatan Rakyat hari ini akan membentuk satu kerajaan baru berdasarkan kepada 'Harapan Rakyat'.

ImageBeliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pimpinan Pakatan Rakyat dalam membina gagasan pakatan ini sebelum dan selepas pilihan raya hingga kini ia mantap.

"Terima kasih kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan seluruh kepimpinan PAS," katanya.

"Terma kasih juga kepada Lim Kit Siang, Karpal Sing dah rakan-rakan dalam DAP kerana kerjasama selama ini hingga Pakatan mantap," katanya.

Kejayaan pada pilihan raya umum ke-12 telah menyebabkan kerjasama dalam Pakatn Rakyat semakin tinggi, an kepercayaan antara pemimpin telah menyebabkan penubuhan sekratariat kepimpinan pakatan.

"Kita telahpun berjaya merentasi idealogi parti antara kita yang sebelum ini amat berbeza semata-mata kerana rakyat, dan kerana rakyatlah kita membentuk pakatan ini," katanya.

Justeru beliau mengharapkan dengan kerjasama ini, impian membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat di peringkat pusat akan direalisasikan akhirnya.

Ucapan Wan Azizah bagaimanapun tidak menyentuh isu kegagalan Anwar untuk menukar kerajaan persekutuan pada 16 September lepas.

Sebaliknya, bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengkritik pelan penggantian kuasa perdana menteri kepada timbalannya yang dianggap "sebuah pentadbiran yang mirip kepada regim lama" yang menyebabkan "kemusnahan dahsyat" kebanyakan insitusi pentadbiran dalam negara.

Semalam, sewaktu merasmikan kongres Wanita dan Angkatan Muda parti itu, timbalan presiden Dr Syed Husin Ali menjangkakan isu pertukaran kerajaan yang sedang diusahakan oleh Anwar akan disentuh oleh Dr Wan Azizah dan Anwar.

Anwar akan menyampaikan ucapannya, yang dijangka menyentuh beberapa isu penting PKR dan nasional, tidak lama selepas ucapan presiden.

Pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir ialah, Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa; Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Samad; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; AJK PAS Pusat, Dr Lo Lo Mohd Gahazali yang juga ahli Parlimen Titiwangsa; Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad; Karpal Sing (DAP) dan Teresa Kok.

Dr Munawar Anees (second, left), Datuk Zaid Ibrahim (centre),
Sabah Progressive Party president Yong Teck Lee (second, right)

Pesuruhjaya PAS Terengganu Ziarah Keluarga Dato’ Razali

http://buletinonline.net/images/berita14/dato%5C%27paziarah.jpg

Kuala Terengganu - Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Mustafa Ali mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato’ Razali Ismail yang meninggal dunia secara mengejut pada petang semalam. Gambar - Dato' Mustafa bertanya khabar dengan Abang Allahyarham, turut sama Azmi Lop Yusuf (berbaju putih)


Beliau berkata kematian Dato’ Razali itu hanya diketahui beliau apabila mengesahkannya melalui ipar Allahyarham, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Azmi Lop Yusuf.

Beliau turut rasa terkejut dengan pemergian Allahyarham Dato’ Razali kerana menurutnya beliau sudah kenal lama dan rapat dengan Allahyarham ditambah mempunyai pertalian keluarga.

“Saya memang terkejut dan memang tak pernah tahu tentang penyakitnya, memang saya rapat dengan dia (Razali) dan saya ada hubungan keluarga di antara isteri saya dengan isteri beliau.

“Bagi pihak PAS Terengganu, saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan diharap masing-masing dapat bersabar,” ujarnya kepada pihak media.


Diminta mengulas lanjut tentang Allahyarham semasa menjawat jawatan Menteri Pelajaran, Dato’ Mustafa berpendapat Allahyarham seorang yang komited serta bersungguh dalam melaksanakan tugasnya.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak dapat turut serta menziarahi keluarga Allahyarham kerana berada di tanah suci bersama Adun Batu Burok, Dr
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayob.


Hadir sama menziarahi Allahyarham Dato’ Razali, Bendahari PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Naib Yang Dipertua PAS Kuala Nerus, Haji Shukrimun Shamsudin.



PKR sedia 'tempur' Sarawak, Anwar terus beri harapan tubuh kerajaan



SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memulakan langkah drastik 'menggempur' Sarawak bagi memastikan pengaruhnya dapat menembusi negeri berkenaan bemula bulan hadapan.

Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rintihan dan kemahuan rakyat di Sarawak yang sangat inginkan perubahan sentiasa didengari dan akan diberi perhatian yang serius.

"Mudah-mudahan kita dapat menjana kekuatan yang lebih dan seruan rakan di Sarawak juga kita dengar dan kita sudah putuskan mulai bulan hadapan ahli-ahli Parlimen dan pimpinan PKR untuk 'bertempur' di Sarawak," katanya semasa menyampaikan Ucapan Khas Penasihat PKR di Kongres Tahunan Nasional ke-5 PKR di sini hari ini.

Anwar juga melahirkan keyakinan Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, PAS dan DAP akan terus bekerjasama bagi memastikan perubahan besar akan berlaku di Sarawak malah terus memberi harapan untuk membentuk kerajaan.

"Kita percaya pimpinan PAS dan DAP akan sama-sama membantu kita supaya kita saksikan perubahan besar di Sarawak dan mudah-mudahan ada juga perubahan besar lainnya yang akan berlaku di negara kita," katanya sambil disambut tepukan gemuruh penyokongnya.

Kongres berkenaan dihadiri oleh kira-kira tujuh ribu penyokong parti itu yang terdiri datipada 1927 perwakilan, 1200 pemerhati dan hampir empat ribu pemerhati terbuka yang datang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata harapan seluruh rakyat masih tinggi untuk melihat perubahan dalam kepimpinan politik negara.

"Saya percaya harapan kita masih tinggi kerani kita janjikan perubahan walaupun perubahan ini masih belum capai sepenuhnya.

"Harus ingat, perubahan ini bukan untuk politik peribadi tetapi untuk tegakkan satu sistem yang bebas," katanya.

Tegas beliau walaupun perubahan kuasa masih belum berlaku pada 16 September namun semangat perjuangan yang diperjuangkan rakyat tidak akan tergugat walaupun menghadapi cabaran dari pelbagai pihak.

"Saya percaya walaupun dengan sepak terajang mereka tak mungkin akan gugat semangat kejituan dan kepahlawanan rakyat jelata," katanya.

Tambah beliau lagi, sentimen perkauman yang dimainkan Umno dan Barisan Nasional (BN) seolah-olah 'jaguh Melayu tulen' yang mempertahankan hak kaum Melayu.

"Padahal mereka sendiri yang melakukan pembohongan...merekalah pemimpin Melayu yang pecah amanah," katanya.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata pakatan itu tidak akan sekali-kali mempertikaikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kita janjikan suara rakyat...suara keramat. Apa yang termaktub dalam Perlembagaan mengenai soal kedudukan bahasa Melayu, agama Islam, kuasa Raja-raja serta hak keistimewaan orang Melayu tidak akan kita pertikaikan," katanya.




Kalendar PAS & PKR eksklusif












Sesiapa berminat dengan kalendar di atas sila hubungi
Ustaz Nazri 019 6644320
Harga;

Kalendar Besar
01 - 10 RM 5.00
11 - 50 RM 4.00
51 -100 RM 3.50
101 - 200 RM 3.00
201 - 999 RM 2.50
1000 ke atas RM 2.00

Kalendar Kecil
01 - 10 RM 2.50
11 - 50 RM 2.30
51 -100 RM 2.10
101 - 200 RM 1.90
201 - 999 RM 1.70
1000 ke atas RM 1.50
kos penghantaran ditanggung oleh pelanggan



DMPP ucap takziah kepada keluarga Razali

KUALA LUMPUR - Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah ImageMohd Salleh mengucapkan takziah kepada keluarga Timbalan Menteri Pelajaran, Dato' Razali Ismail yang meninggal secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Higlands, jam 6.30 petang semalam.

Mudah-mudahan roh Allahyarham akan dicucuri rahmat dan digolongkan dalam kumpulan orang yang dikasihi Allah SWT.

Beliau berharap kepada semua rakyat Terengganu supaya bersabar dengan kehilangan Razali yang merupakan Timbalan Menteri yang sangat berwibawa dan berdedikasi dalam tugasnya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Datin Nooraini Lob Yusoff dan beberapa orang anak. Image

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Razali menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dengan majoriti 628 undi.

Ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu, Ustazah Fatimah@Zainab Ibrahim turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Beliau mewakili seluruh muslimat Kuala Terengganu mendaokan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal solleh.

Fatimah ditemui dalam Konvensyen Pendakwah Muslimah Malaysia (Kon P-Mall) di Dewan Dato Fadzil Noor, Taman Melewar.




PRK Kuala Terengganu: Malapetaka buat BN, Mat Sabu calon favourite!


 PILIHANRAYA kecil (PRK) bagi kerusi Kuala Terengganu ekoran pemergian ke rahmatullah Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail dijangka menjadi titik tolak sama ada keutuhan BN didalangi Umno mampu dipertahankan atau sebaliknya akan diketahui tidak lama lagi.

Walaupun bermacam-macam kaedah dan tolenrasi dipamerkan kepemimpinan BN untuk melembutkan hati rakyat selepas kekalahan teruk pada pilihanraya kebangsaan ke-12 lalu sehingga terpaksa menyerah Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor kepada Pakatan Rakyat,

Rakyat hari ini dikatakan masih menyimpan rasa sangsi keupayaan BN memerintah apatah lagi nada yang selama ini begitu lantang di Dewan Rakyat semakin hari semakin hilang dari pendengaran ramai kerana dibayangi kepetahan barisan pembangkang yang tidak memberi sedikit pun ruang untuk menteri kabinet dan anggota BN berasa selesa.

Tentunya ramai ternanti-nanti apakah PRK Kuala Terengganu bakal mencetus malapetaka lagi buat BN selepas tewas besar di Permatang Pauh? Tak kurang juga ada yang menganggap peluang BN mengekalkan kerusi tersebut semakin sukar bukan sahaja dibebani isu-isu kontroversi seperti kenaikan harga minyak dan barangan tetapi masih banyak urusan pembangunan di ibu negeri Terengganu ini gagal ditangani dengan baik malah mencetuskan fenomena rasa tidak puas hati warganya yang dikatakan sudah hilang kepercayaan kepada kepemimpinan BN.

Ada juga pendapat menyatakan bahawa PRK membuka ruang kepada Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu untuk mengadu untung nasib kembali bergelar YB selepas terpaksa menjadi penganggur kehormat apabila tewas tipis ditangan Razali Mac lalu.

Setakat ini, Mohamad Sabu dilihat calon favourite mewakili PAS biarpun ada cubaan pihak tertentu mahu menampilkan pemimpin lain.

Pada pilihanraya kebangsaan lalu, parlimen Kuala Terengganu menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan Razali, Mohamad Sabu dan Maimun Yusuf seorang nenek dan calon paling tua. Razali yang memperolehi 32,562 undi berjaya mengungguli kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 628 undi sahaja mengenepikan cabaran Mohamad Sabu (31,934 undi) dan Maimun (685 undi).

Dengan adanya pemimpin hebat berpidato seperti Mohamad Sabu di Dewan Rakyat nescaya suara Pakatan Rakyat dan rakyat Kuala Terengganu akan bergema lebih kuat lagi dan tidak hanya bergantung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Tuan Guru Abd Hadi Awang, Saifuddin Nasution, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayob, Karpal Singh, Gobind Singh Deo, Teresa Kok dan Lim Guan Eng semata-mata.

Walaupun PRK dijangka berlangsung dalam tempoh 60 hari lagi, namun perkhabaran terbaru yang diterima menunjukkan golongan pengundi muda serta mereka yang berada 'diatas pagar' akan dilihat menjadi penentu kemenangan dan isu-isu semasa yang melanda negara termasuk harga minyak dan barangan akan terus menerus menjadi bahan kempen yang bakal bercambah tidak lama lagi.

{Tentu ramai terindu-rindukan untuk mendengar pidato Mohamad Sabu bergema semula dalam sidang Dewan Rakyat. Siapa yang tak kenal kepetahannya bercakap dengan hujah -hujah penuh berapi diselangseli usikan yang pasti tidak menjemukan suasana dewan.}

PAS ADA PELUANG DI PARLIMEN KUALA TERENGGANU


Takziah diucapkan kepada Datin Nooraini Lob Yusoff dan keluarga di atas pulangnya ke rahmatullah Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail, 59, ketika bermain badminton di IAB Genting Highland pada 28hb November 2008.


Susulan kematian beliau, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Sementara itu pemerhati politik berpendapat peluang PAS untuk merampas kerusi adalah cerah berikutan suasana semasa yang berpihak kepada Pakatan Rakyat sekarang ini.

BN dan Umno khasnya sudah pasti akan menghadapi tamparan hebat untuk mempertahankan Parlimen ini kerana 3 dari 4 DUN di parlimen iaitu DUN Ladang, DUN Wakaf Mempelam dan DUN Batu Buruk dikuasai oleh PAS. BN hanya memenangi satu DUN sahaja iaitu DUN Bandar.

DUN Ladang dimenangi oleh YB Datuk Tengku Hassan; DUN Wakaf Mempelam, YB Mohd Abdul Wahid Endut dan DUN Batu Burok, YB Dr Syed Azman Syed Ahmad An Nawawi.



Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail yang meninggal dunia semalam menjalankan tugas secara professional dan mengatasi politik kepartian.

"Allahyarham Razali bagi saya adalah seorang Timbalan Menteri yang professional dan mengatasi politik kepartian walaupun beliau datang dari negeri yang sangat kuat mendiskriminasikan rakyat yang menentang Umno dan negeri Wang Ehsan (setelah royalti minyak disekat)," katanya.

SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM DATO’ RAZALI ISMAIL.

Kenyataan Media : Terima kasih DBKL, konsert Inul dibatalkan

p1070400Dewan Pemuda PAS Wilayah mengucapkan terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana membatalkan permit konsert Inul Darastita yang dijadualkan berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 29 November 2008 ini. Laman web The Star dan Kompas Entertainment melaporkan berita tersebut semalam (klik disini: thestar dan Kompas.)

Pembatalan ini penting untuk menjaga kehormatan dan maruah negara Malaysia di mata dunia Islam. Selain itu masalah akhlak dan moral juga dapat di kurangkan.

Ini adalah kali yang ketiga konsert Inul dibatalkan, selepas ia dibatalkan pada 18 Julai 2008 di Johor dan 25 Julai 2008 di Stadium Putra Kuala Lumpur. Difahamkan, ia adalah atas nasihat pihak polis kerana faktor keselamatan.

Pada 26 November 2008 yang lepas Pemuda PAS Wilayah telah menghantar memorandum bantahan penganjuran konsert Inul yang dijadualkan pada hari sabtu ini kepada Jakim. Memorandum tersebut disampaikan kepada Ketua Pengarah Jakim Dato’ Wan Mohamad Bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz. Dalam memorandum tersebut Pemuda PAS Wilayah mendesak Jakim berperanan lebih dan bertegas membatalkan konsert Inul tersebut.

Pemuda PAS Wilayah tidak akan menghalang, hiburan dan persembahan artis selagi ia tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan adab-adab kesopanan melayu.

Malah Pemuda PAS sendiri telah menganjurkan konsert alternatif pada 9 November 2008 baru-baru ini di Lembah Pantai, yang menampilkan juara akademi nasyid, Azhan dan bekas vokalis kumpulan rock Gamma.

Selepas daripada ini diharapkan pihak berkuasa seperti DBKL dan Puspal terus konsisten memastikan artis-artis yang mahu membuat persembahan di Malaysia menghormati umat Islam dan budaya Melayu di negara ini. Perkara ini perlu ditekankan dan di beri perhatian yang serius oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Selain itu, Pemuda PAS Wilayah juga akan cuba mengatur perjumpaan dengan pihak penganjur dan beberapa badan yang berkaitan bagi membincangkan isu ini. Pemuda PAS Wilayah tidak mahu berkonfrantasi dengan sesiapapun. Walaubagaimanapun Pemuda PAS Wilayah tetap tegas dengan prinsip Islam yang di bawa.

Kita akan cuba menerangkan hiburan daripada sudut pandangan Islam dan bagaimana Islam menangani kehendak manusia kepada hiburan. Pemuda PAS Wilayah akan memastikan seni dan budaya dimartabatkan seiring dengan Islam dan yang diperjuangkan.

Kamaruzaman Mohamad
Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan




Timbalan menteri mati mengejut

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira 6.30 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut.

Difahamkan Razali, 59, rebah ketika bermain badminton di institut itu.

razali ismailDalam pilihanraya umum Mac lalu, beliau menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf.

Razali menang dengan majoriti tipis 628 undi. Allahyarham mendapat 32,562 undi, manakala Mohamad memperolehi 31,934 undi.

Maimun, seorang nenek yang dipercayai calon paling tua, pula mendapat 685 undi.

Allahyarham menghadiri sesi permukiman dua hari bagi pemimpin Umno Terengganu di situ yang bermula hari ini.

Alimuddin berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Bentong, Pahang.

Razali meninggalkan seorang isteri Datin Nooraini Lob Yusoff dan lima
anak.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampungnya di Terengganu malam ini.

Susulan kematian beliau, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari bagi kerusi parlimen Kuala Terengganu.




Hari Raya Haji 8 Disember


KUALA LUMPUR — Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah hari ini mengisytiharkan Hari Raya Aidiladha bagi seluruh Malaysia ditetapkan Isnin, 8 Disember ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1429 Hijrah ialah pada 29 November 2008 Masihi.

“Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 8 Disember,” menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.


PULANGKAN ABAH KU.

Saya kesihan melihat Umi bekerja keras mencari ruang dan peluang untuk mendedahkan kejahatan ISA yang sedang menganiaya keluarga kami. Tugas Umi untuk mencari rezeki demi penerusan hidup kami berdua sudah cukup memenatkan , ditambah pula dengan kerja-kerja bersama Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) yang tidak kurang beratnya.... Ramai orang bersimpati kepada kami, saya sering dengar orang berkata "We are behind you..." tetapi kata-kata, tinggal kata-kata.Tak apa lah, saya selalu denar Umi pujuk diri sendiri... kita kan ada Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Kaya...

Ada ketikanya saya rasa Umi macam buat kerja yang tidak mendatangkan hasil. Contohnya pergi PUTRAJAYA nak sampaikan surat pada PM.Jam 9 pagi sudah bertolak,sampai disana, menunggu beberapa jam, tak dapat jumpa PA Pak Lah, akhirnya yang menyambut surat itu hanyalah seorang pelayan pejabat.Jam 2 petang, barulah Umi tiba di rumah di Taman Keramat....Namun, kata Umi, ada sedikit berita di media alternatif, jadilah...Dan banyak lagi peristiwa yang menghampakan perasaan seperti itu...

Itu tidak termasuk kata-kata sindiran yang Umi terpaksa telan, kerana ramai orang merasakan, kita tidak layak untuk menhapuskan akta zalim itu.Kita hanya akan jadi seperti anjing yang menyalak bukit, anjing jadi serak, bukit tetap teguh"...

Jika terus berusaha, lama-lama Allah akan beri kejayaan juga. Bermula bulan Mac tahun 2008, Umi mengambil cuti tanpa gaji kerana ingin memberi perhatian pada Kempen 6 Tahun -ISA. Syukur, dengan kemenangan Pakatan Rakyat, tidak sia-sia Umi bercuti selama ini kerana beliau mendapat lebih banyak ruang untuk mendedahkan nasib Abah dan semua tahanan ISA yang lain. Saya tahu, ramai Ahli Parlimen PR kenal Umi, antaranya YB Dr Lo Lo.
Hampir 7 tahun saya berulang-alik 700 km dari K.L ke Taiping. Penat sangat rasanya walaupun bukan saya yang membawa kereta itu.Pagi-pagi selepas Subuh sudah keluar, rehat di R&R Sungai Perak dan biasanya tiba di pintu utama pada jam 11 pagi. Saya membesar di jalanan, bayangkanlah sejak berusia lapan tahun, saya telah biasa tidur baring didalam kereta, untuk melawat Abah di Kem Kamunting.

Duit belanja ke Kem? Dari tahun 2002 hingga tahun 2008.... RM300 sekali lawatan , dua kali sebulan, selama 6 tahun. Berapa jumlahnya?Itu tidak termasuk duit belanja untuk Abah dan duit untuk membeli keperluan seperti buku, majalah, kitab dsb....(Zalim tak ISA ni?)


Alhamdulillah, sekarang ada bas dari kerajaan Pakatan Rakyat, Negeri Selangor yang membawa keluarga ke kem dua kali sebulan.

Beberapa hari lepas, usia saya cukup 15 tahun. Hari jadi saya memang sentiasa tiba di hujung tahun kerana saya lahir di bulan November.Ketika Abah belum ditahan dibawah ISA, hujung tahun adalah waktu yang amat menggembirakan kerana kami akan pergi bercuti samada balik kampung atau ke destinasi pelancungan dalam negara.
Sejak tahun 2002, kami jarang bercuti atau berehat kecuali jika Umi ada urusan di luar daerah.Faktor masa dan kewangan menyebabkan kami hanya ada satu tempat saja untuk dilawati iaitu, Kem Kamunting.Saya amat gembira bila pergi ke kem, tetapi bila nak balik, bila berpisah dengan Abah, saya rasa sedih dan kecewa....
Ada ketikanya saya ingin menjerit untuk meluahkan kekecewaan saya itu......


Bermula dari 18 April 2002 hinggalah November 2008, ianya bukanlah satu jangkamasa yang pendek.Mengikut pendapat ahli psikology, ia adalah masa kritikal untuk pembinaan jati diribagi remaja seperti saya...Saya membesar dalam suasana yang keras dan kejam.
-Saya melihat SB memberi kata-kata amaran pada Umi.
-Saya pernah melihat seorang warden ingin membelasah Abah dihadapan saya.
-Sewaktu saya bercakap di interkom, talian tiba-tiba diputuskan.
-Seorang SB bergaduh dengan Umi ketika Umi menegur mereka ,kenapa SB bernama Ayub itu meminta Abah menanggalkan baju dan seluar dihadapan kami.
-Kami sudah 7 kali menyambut Aidilfitri di tempat yang sama seperti penjara.
-Saya pernah melihat Umi menangis sambil memandu kereta,dalam perjalanan pulang dari Taiping ke Kuala Lumpur
Ada banyak lagi perkara buruk yang tidak dapat dituliskan satu persatu...semuanya memberi pengaruh yang tidak sedikit dalam tumbesaran saya....
Saya sentiasa berdoa, penganiayaan ini segera berlalu dari hidup saya.
Suhaib Mat Sah.
24 Nov 1993.


SEMOGA ALLAH KURNIAKAN HAJI MABRUR



Doa dari kami mengiringi Dato' Seri Tuan Guru Presiden Hj. Abdul Hadi Awang dan Yb. Sdr Salahudin Ayub Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
yang akan berangkat ke Tanah suci untuk menunaikan ibadah haji beberapa minit sahaja lagi .

Tidak lupa kepada rakan - rakan lain yang kini telah pun berada di tanah suci . Antaranya ialah Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz , Ustaz Yusuf Embong , ustaz Misbahul Munir dan ramai lagi . Semoga semuanya dikurniakan haji mabrur .

Selamat pergi untuk bertamu di baitillahilharam dan selamat pulang untuk meneruskan perjuangan . Jangan lupa buat kami di tanahair agar senantiasa tabah menghadapi cabaran dan ujian .

Buat sahabat yang belum berkesempatan , ada rezeki tahun - tahun depan kita pula akan ke Makkah insyaallah .



MB : Blogger berperanan sebar maklumat Kerajaan Negeri Perak.

IPOH :- Blogger dari negeri Perak dapat memainkan peranan yang aktif dalam menyebarkan segala maklumat kerajaan negeri turun kepada rakyat. Sambil mengakui terdapat beberapa masalah berkaitan urusan penyebaran maklumat dari kerajaan negeri, beliau meminta para blogger bersikap lebih proaktif dalam membalas fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan negeri oleh pihak musuh. Demikian antara amanat YAB Menteri Besar Perak, Muhammad Nizar Jamaluddin dalam diantara blogger-blogger Pas Perak disini semalam.

Hadir sama dalam pertemuan pertama kali seumpama itu ialah ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim,Setiausaha Politik, Misbahulmunir dan SU Akhbar MB Perak , Anuar Hashim.

Diantara blogger yang hadir ialah Cina-Islam, Alhusseyn, Warta Sg Rapat, Bumi Perak, Anak Sengat, Budak Ipoh Timur, Pas Tambun, Telok Bakong Online, wakil YB Roslan Shaharom (dari Bukit Gantang) dan Ajijoi.

MB sendiri juga mempunyai blog sendiri (kamparinn.blogspot.com), Setiausaha politik dengan blognya, misabah.blogspot.com dan Setiausaha Akhbar MB, Sdr Anuar dengan blog anuarhashim.com.

Kesudian YAB MB meluangkan sedikit masa untuk mendengar sendiri pandangan dan saranan daripada kami demi penambah baikan penerangan dan juga isu-isu yang timbul mengenai kerajaan negeri amat kami hargai. Perjumpaan antara blogger dengan MB

Perjumpaan juga dapat menambahkan lagi ikatan ukhuwwah diantara blogger disamping dapat berkongsi-kongsi pandangan dan idea untuk memantapkan dan menyelaraskan berita-berita serta komentar tentang sesuatu isu didalam blog-blog yang selenggarakan.

Antara keputusan penting yang diambil ialah penubuhan sebuah Jawatankuasa untuk menyelaras sebuah wbsite yang dicadangkan dengan nama perakini.com. jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh ADUN Titi Serong, Timbalannya, Al Husyyen, dan Setiausahanya SU Akhbar MB.



Nasyid Syahid Imam Samudera

Hidup mulia atau Mati syahid - Nasyid ini di nyanyikan sebelum di tahan atau sebelum di bunuh...



Henti pertikai fatwa haram yoga


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa supaya pelbagai pihak berhenti daripada mempertikaikan fatwa pengharaman amalan yoga secara sistematik yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyokong fatwa tersebut dan berpendapat tidak ada masalah untuk mewartakannya di negeri ini kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Beliau berkata, kewujudan amalan seperti jampi yang digunakan dalam senaman menjurus kepada kaitan hubungan dengan tuhan adalah perkara yang boleh memesongkan akidah umat Islam.

"Saya secara peribadi bersetuju dengan fatwa ini, saya rasa ia tidak masalah untuk diwartakan di sini... terpulang kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) untuk melaksanakannya. "Saya tidak tahu apa yang disebut dalam jampi yoga, tetapi disebabkan yoga ini datang daripada mereka yang tidak bertuhankan Allah, sudah pasti dalam jampi dia sebut nama benda lain," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai fatwa yang meminta umat Islam negara ini tidak mengamalkan senaman yoga secara sistematik yang didapati mengandungi unsur-unsur keagamaan, mantera dan pemujaan.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, Majlis Muzakarah Kebangsaan memutuskan apa jua bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang kerana bertentangan dengan Islam.

Semalam, Sisters In Islam (SIS) dilaporkan menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan senaman yoga kerana tiada sebarang bukti dikemukakan bagi mewajarkan yoga diharamkan.

Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi berkata, sehingga kini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga.

Nik Abdul Aziz berkata, tidak ada ajaran dalam Islam melalui al-Quran atau hadis yang mengatakan senaman boleh menyatukan diri dengan tuhan. "Sebagai orang Islam, masing-masing mengetahui kekuasaan tuhan dan mengakuinya, jadi kenapa perlu sebut nama lain dalam jampi selain Allah. "Tuhan bukan manusia, kita bukan boleh berunding dan berbincang, apa jaminan kita ini (manusia) boleh bersatu dengan Allah?,'' katanya.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .