Ikuti Blog ini

Pemimpin UMNO Mengarut, Menipu !




http://www.buletinonline.net/images/stories/berita8/KaptenBZahar.jpgKUALA NERUS - Dakwaan pemimpin UMNO bahawa parti itu adalah sebuah parti orang-orang Melayu dan juga parti Islam disanggah oleh Kapten (B) Datuk Zahar Hashim, Bekas Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya Selatan.

Beliau yang telah menjadi ahli UMNO selama 29 tahun berkata, dakwaan tersebut adalah mengarut dan satu penipuan oleh pemimpin UMNO.

”Kita nak tanya dengan (pemimpin) UMNO, macamana yang dia boleh menganggap parti dia tu parti Melayu parti Islam, sedangkan menurut definasi dalam perlembagaan, UMNO ni bukan parti Melyu (dan) parti Islam,

”sebab ahlinya terdiri dari orang Kadazan, orang….. berbagai-bagi lagi di Sabah yang menganut ugama Kristian,

”jadi tak betul kalau dia kata UMNO parti Melayu, parti Islam…. Itu mengarut…menipu,”kata beliau yang telah keluar dari UMNO dan menyertai PAS tujuh bulan lalu.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ceramah Isu Semasa, sempena Program Bersama Pemuda Kuala Nerus di Padang Bola Batu Enam, dekat sini, semalam.

Beliau turut mempersoalkan, apa yang perlu dibanggakan oleh rakyat Terengganu berbanding dalam kemajuan yang telah dicapai sejak UMNO memerintah negeri ini.

Ronnie Liu Dipelawa Ke Kelantan



Kerajaan Pas Kelantan sedia membantu Selangor jika kerajaan negeri itu berminat mempelajari kaedah pengurusan dan penjualan arak kepada penduduknya yang bukan beragama Islam.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sistem penjualan arak di negeri ini berkesan dan mampu memberikan keselesaan kepada pengguna dan peniaga bukan Islam mengikut kaedah yang dituntut Islam.

“Kalau Ronnie Liu (Exco Selangor) nak mari, sebagai tuan rumah kita kena sambut tetamu yang mahu datang atau berkunjung ke rumah kita untuk belajar cara-cara kita mengendalikan sistem penjualan dan pengurusan kedai minuman arak kepada bukan Islam negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan durian bersama masyarakat Cina di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan Kelantan mula melaksanakan sistem pengurusan penjualan arak di negeri ini selepas Pas mula mengambil alih teraju pentadbiran negeri ini pada 1990.

“Kalau boleh saya tak mahu campur urusan negeri Selangor itu kerana saya sendiri tidak tahu secara jelas apa punca kejadian itu, selain dari surat khabar dan media,” katanya.

Sementara itu di SHAH ALAM, Ronnie menyambut baik pelawaan Nik Aziz menjemput beliau ke Kelantan untuk melihat bagaimana Kerajaan Kelantan melaksanakan penguatkuasaan mengenai minuman keras.

“Saya difahamkan, negeri-negeri di Pantai Timur tidak mengharamkan penjualan minuman keras dan tiada halangan untuk berbuat demikian, Cuma penjualannya perlu mempunyai lesen.

“Kaedah permohonan lesen adalah sama dengan negeri-negeri lain iaitu sebarang permohonan perlulah mendapat kelulusan daripada Pegawai Daerah masing-masing,” katanya, semalam.

Mengulas desakan Datuk Dr Hasan Mohammed Ali, Ronnie berkata: “Beliau seorang pemimpin yang baik, malah hubungan beliau dengan saya sama ada dari segi peribadi dan urusan kerja tidak mempunyai sebarang masalah, berbeza pendapat adalah biasa."
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .