(Orang ramai yang memenuhi Padang Ahmad Badawi)
BUTTERWORTH:  Bak kata perpatah 'bagaikan sireh 
pulang ke gangang' itulah perumpamanya yang boleh digarapkan bila 
melihat kira-kira 10,000 ahli dan penyokong PAS membanjiri Padang Haji 
Ahmad Badawi iaitu tempat di mana PAS mula ditubuhkan tahun 1951.
Bezanya
 dulu perhimpunan para ulamak dan pemikir Islam tetapi setelah 61 tahun 
perhimpunan besar PAS berulang kembali di tempat asal penubuhanya 
setelah Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertukar tangan kepada Pakatan 
Rakyat.

Itulah
 kelainan PAS dulu dan sekarang.  Ianya nampak lebih mantap dan sesuai 
dengan peredaran zaman yang menyaksikan Malaysia tetap bersatu dalam 
suasana berbilang bangsa.
(Afnan [kiri] mengendalikan majlis)
Ada suara yang mengatakan PAS tidak boleh bersama dengan bangsa atau 
agama lain ekoran berlainan adat dan budaya namun hari ini hasil 
pendekatan para pemimpin PAS yang mengkaji dan meneliti senario politik 
semasa.
Mereka membuat pendekatan baru dengan berusaha untuk 
mentadbir negara bersama Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti 
Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat.
Isu inilah yang 
kadang-kadang tidak difahami oleh sebahagian kecil ahli PAS yang sampai 
kini tidak boleh terima perubahan yang dilaksanakan dalam PAS 
berdasarkan keputusan Majlis Syura Ulama berdasarkan pandangan ulama 
luar yang berkalibar.
"Taaluf Siasi bukan keputusan persendirian 
saya sebagai Presiden.  Ia adalah keputusan jemaah serta kesepakatan 
dalam Majlis Syura, " ungkapan itu sering kedengaran ketika Datuk Seri 
Abdul Hadi Awang berucap dalam majlis tertutup dengan jentera parti 
khususnya di peringkat negeri.

Perubahan
 yang tercetus dalam organisasi PAS pada suatu ketika dulu bekerjasama 
dengan CCC sehingga meletakan calun berbangsa Tionghua sekitar 
penghujung tahun 1980 an.
(Masyarakat Cina yang turut serta)
Seterusnya PAS bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) bersama
 Parti Melayu Semangat 46 (Semangat 46) pimpinan Tengku Razaleigh 
Hamzah, Hamim dan Berjasa membolehkan PAS merampas kembali Kelantan pada
 pilihanraya umum tahun 1990.
Kaedah dan peluang itulah diambil 
apabila berlakunya pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar 
Ibrahim penghujung 1998 oleh Datuk Fadhil Noor.
Waktu itu beliau 
yang bertimbalankan Ustaz Abdul Hadi menubuhkan GERAK dengan kerjasama 
erat beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) sehingga berjaya menonjolkan 
kecemerlangan PAS apabila PAS berjaya menambah banyak kerusi di 
Parlimen.
Selepas Anwar Ibrahim dibebaskan dan pemergian Al 
Marhum Datuk Fadhil ke rahmatullah semangat perjuangan diteruskan oleh 
Anwar yang menawarkan pendekatan demi pendekatan serta berjaya 
menghubungkan kembali keretakan antara DAP dan PAS khususnya berkenaan 
isu 'Negara Islam'.
Hari ini PAS, DAP dan PKR berjaya melangkah atau dengan kata lain melayarkan bahtera dengan selamat.
Walaupun ada kalanya berdepan dengan badai besar tetapi tidak 
memberi kesan kerana pembinaan kapal berlantaikan kayu yang cukup baik 
dan berlayarkan kain yang mahal.
Manakala Umno pula mempunyai 
kapal yang sarat dengan barangan lama dan usang.  Bukan sahaja barangan 
muatanya merupakan barangan yang sudah 'berkarat' bahkan badan kapal 
juga sudah berlubang di sana sini.
Ia hanya menanti badai laut mengakibatkan kapal lama itu bakal tenggelam ke dasar laut tanpa kesan.
Berbalik
 kepada Himpunan Hijau Peringkat Negeri Pulau Pinang kedatangan bukan 
Melayu untuk mendengar kupasan isu terkini bukan lagi perkara pelik 
sebaliknya sudah menjadi kebiasaan.
Tertubuhnya Kelab Penyokong 
PAS yang kini bertukar nama kepada Dewan Perhimpunan PAS nampak lebih 
efisyen dan mengusarkan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Kedatangan
 anak-anak muda yang terus duduk sehingga selesai majlis penutupan 
dengan bacaan doa oleh Ustaz Nasrudin sendiri menyaksikan betapa 
berakhlaknya ahli dan penyokong PAS tidak meninggalkan majlis sebelum 
semuanya selesai.

Sejak
 petang lagi berbagai program diatur khas untuk pemuda seperti konvoi 
bermotorsikal berkuasa tinggi, persembahan silat, persembahan pentas 
dari Zua XPDC dan boria hasil sumbangan kreatif anak muda Kampung Dodoi 
Pulau Pinang amat mencuit hati.
(India juga turut serta)
Apapun segunung penghargaan dan tahniah kepada pasukan IT Pulau 
Pinang dan Kedah yang buat pertama kalinya bergabung tenaga mengadakan 
siaran secara langsung ucapan Presiden PAS dari Dubai dan Mursyidul Am 
PAS dari Kelantan.
Antara lain yang berucap di majlis yang 
bermakna buat negeri Pulau Pinang itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS 
Malaysia, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, 
Mazlan Aliman, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat,  Dr Khairudin Aman 
Razalo At Takiri, Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Rosni 
Adam.
Personaliti TV9, Ustaz Syed Abdul Qader Al Jufree dan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan  Kamalrulzaman Mohamad.
Sepanjang majlis tersebut diacarakan oleh Setiausaha Dewan Pemuda
 PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi dan Pengarah Jabatan 
Penerangan dan Media Baru Dewan Pemuda PAS Malaysia, Saudara Nurul 
Islam.
 -Hrkh