Dua bekas orang kanan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad 
hari ini dikaitkan oleh saksi-saksi yang memberi keterangan kepada 
suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung dakwaan pemberian 
kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah.

Bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah memberi 
keterangan
 bahawa dia dan yang lain-lainnya menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz 
Shamsuddin (kanan), yang ketika itu merupakan setiausaha politik kepada 
Dr Mahathir, untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang 
asing.
Yakup Damsah, yang ketika itu ketua JPN Tamparuli, 
memberitahu RCI bahawa beliau dan pegawai lain JPN telah diterbangkan 
dari Sabah ke Kuala Lumpur.
Katanya, selepas menerima arahan dari
 pengarah JPN Sabah ketika itu, Abdul Rauf Sani, mereka diminta pergi ke
 Kuala Lumpur dan ditempatkan di kediaman Abdul Aziz di Kampung Pandan.
Beliau
 berkata mereka ditugaskan untuk menandatangani kad pengenalan yang akan
 diberikan kepada pendatang, yang kemudiannya dilamina di ibu pejabat 
JPN di Petaling Jaya dan dihantar ke JPN Kota Kinabalu untuk pengagihan.
Ditahan di bawah ISAYakup
 berkata, mereka telah diberi taklimat mengenai tugasan khas oleh 
seseorang yang mereka tidak diketahui, bernama 'Mat Nor'. 
"Beliau minta kami mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang," katanya.
Yakup,
 yang kemudiannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), 
berkata dia sedar bahawa operasi itu adalah haram, tetapi dia mengikuti 
arahan kerana dia adalah seorang penjawat awam.
"Kami telah diberitahu bahawa kami akan dilindungi daripada sebarang tindakan undang-undang," katanya.
Yakup
 berkata, kumpulannya menandatangani sebanyak 40,000 kad pengenalan biru
 dalam tempoh sebulan, berdasarkan borang permohonan yang telah diisi 
yang diberikan kepada mereka.
Katanya, mereka tidak melihat borang secara terperinci, "kita hanya tandatangan..." 
"Kami
 tahu mereka adalah pendatang, kebanyakannya warga Indonesia dan 
Filipina, tetapi kami tidak tahu sama ada mereka pendatang yang sah atau
 tidak," katanya.
Beliau menambah bahawa niat tindakan mereka itu
 adalah untuk meningkatkan bilangan pengundi Islam di Sabah dan untuk 
memastikan bahawa mereka akan mengundi untuk Umno dalam pilihan raya 
1994 di negeri Sabah.
Pada masa yang sama, kata Yakup, 
kumpulannya juga terlibat dalam operasi lain, di mana mereka tidak 
memberikan kewarganegaraan kepada pendatang tetapi memberi mereka resit 
kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput, semata-mata 
untuk tujuan pilihan raya.
Bekas timbalan menteri dalam negeri juga dikaitkan 
Sebelum
 itu, dalam keterangannya, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, 
Ramli Kamaruddin yang menggantikan Abdul Rauf, mendakwa operasi itu 
bermula hampir dengan tarikh pilihan raya.
Ramli mendakwa operasi 
itu dijalankan selepas secara peribadi menerima arahan dari timbalan 
menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

Menjelaskan
 lebih lanjut mengenai operasi itu, Ramli mendakwa beliau telah 
diarahkan untuk mengeluarkan resit kad pengenalan kepada pendatang asing
 menggunakan butiran mereka yang sudahpun ada dalam daftar pemilih 
tetapi tidak pernah mengundi sebelumnya.
Beliau mendakwa menerima
 panggilan dua minggu sebelum pilihan raya negeri Sabah pada 1994 untuk 
menemui Megat Junid di sebuah hotel. 
Beliau mendakwa telah 
diarahkan untuk membantu memastikan akan kemenangan kerajaan negeri yang
 disokong oleh kerajaan persekutuan.
Ramli mendakwa telah 
diarahkan untuk mengeluarkan resit JPN menggunakan nama dan nombor IC 
pengundi yang sudah ada dalam daftar pemilih dengan tujuan bagi memboleh
 mereka mengundi.
Resit JPN adalah slip kad pengenalan sementara 
yang dikeluarkan sebelum menerima kad pengenalan sebenarnya. Dokumen 
tersebut adalah memadai untuk mengundi, jelas beliau.
Personaliti lain yang hadir di hotel tersebut ketika itu ialah Datuk Osu Sukam yang menjadi ketua menteri Sabah pada tahun 1999.
Ketika dihubungi lewat petang ini, jawapan ringkas Aziz ialah: "Saya tak ingat apa-apa mengenai perkara itu. Terima kasih." 
-M'kini