Ikuti Blog ini

60 petisyen gambaran kredibiliti SPR dipertikai


KUALA LUMPUR:
60 petisyen yang difailkan Pakatan Rakyat dan BN bagi membantah keputusan pilihan raya menggambarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agak kelam-kabut dalam menjalankan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Hatta Md. Ramli, berkata keadaan itu juga menunjukkan dakwaan bahawa SPR tidak menjalankan tanggungjawab itu dengan baik memang berasas.

"Apabila banyak petisyen difailkan, ia menggambarkan banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan pilihan raya baru-baru ini. Sekaligus, rasa tidak puas hati itu serba-sedikit ada kesan secara tidak langsung dengan peranan SPR," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Bagaimanapun, kata beliau masih banyak perkara yang membabitkan SPR yang dipertikaikan, tetapi tidak dapat disertakan sekali bersama petisyen.

"Seperti contoh, dakwaan berkaitan dakwat kekal, di mana kita mahu letakkan dalam petisyen? Begitu juga dengan hal 'care-taker government'. Saya fikir, jika perkara sedemikian boleh dimasukkan ke dalam petisyen, lebih banyak agaknya petisyen difailkan," kata beliau.

Daripada jumlah keseluruhan 60 petisyen itu, 39 dikemukakan oleh Pakatan Rakyat manakala 21 lagi oleh BN.

Bagi Pakatan Rakyat, 39 petisyen tersebut adalah membabitkan 25 kerusi parlimen manakala 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Bagi BN pula, 21 kawasan yang terlibat adalah masing-masing enam parlimen dan 15 Dun. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .