Ikuti Blog ini

Ahli UMNO Melaka sertai PAS malam ini..?

Kalau 2 hari lepas Ketua Menteri Melaka mendakwa 40 orang ahli ‘celup’ PAS menyertai Umno, malam ini Insya Allah 19 orang ahli tulen Umno akan menyertai PAS. Majlis ini akan berlangsung di sebuah restoran di negeri Melaka.


Saya akan melaporkan berita ini dengan lebih lengkap selepas majlis tersebut berlangsung.


Bak kata Pendekar Musytar dalam Filem Pendekar Bujang Lapok, “ini betul-betul bukan main-main”.


Kalau Umno main-main dalam hal penyertaan ahli PAS celup ke dalam Umno, PAS tidak berbuat demikian sebaliknya akan memeriksa dahulu kesahihan orang-orang tersebut samada benar-benar ahli Umno atau sekadar penyokong Umno atau mungkin juga tidak berparti. Tidak sebagaimana Umno seringkali mengelirukan rakyat dengan dakwaan bahawa sesiapa sahaja yang mendakwa ahli PAS mereka percaya. Sedangkan mereka yang mengaku ahli PAS tersebut adalah ahli PAS yang sudah terlucut keahliannya; sekadar penyokong; tidak berparti malah kadang-kadang ahli Umno yang berlakon menjadi PAS. Mereka sebenarnya hanya mahukan duit dan habuan yang diterima dari Umno dalam apa juga bentuk.


Sebab itulah PAS tidak risau dengan berita-berita kemasukan ahlinya ke dalam Umno kerana kebanyakan kes itu adalah tidak benar dan palsu. Ini termasuklah isu kemasukan Senin Tumpang dan kononnya 40 orang ahli PAS ke dalam Umno 2 hari lepas. Setelah diperiksa ahli-ahli di Musai boleh dikatakan tiada kerana cawangan PAS Musai juga sudah lama tidak ujud.


Jadi persoalannya sekarang siapa yang menipu dan siapa yang kena tipu. Mungkin Senin Tumpang menipu YAB Ketua Menteri atau sebaliknya.

akujanji

Aku Janji Wakil Rakyat UMNO & BN Memperbodohkan Diri…





Dr Halimah sedia saman My Kmu.net RM40 juta

Harakahdaily: Fitnah khalwat: Dr Halimah sedia saman My Kmu.net RM40 juta


Dr Halimah Ali : Semalam saya telah membuat laporan polis berhubung dakwaan dalam forum di sebuah laman web Gerbang Tempur Maya UMNO bahawa saya telah ditangkap basah.

Perkara ini adalah tidak benar dan merupakan satu tuduhan berniat jahat dan mahu mengaibkan saya selaku aktivis Muslimat PAS.

Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu, malah perkara tersebut juga telah disangkal oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di mana tiada serbuan atau tangkapan dibuat oleh pihak JAIS sepanjang minggu lepas. Sehubungan itu saya telah menghubungi Peguam PAS dan kami telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang petang semalam (27/01/09).

Dakwaan palsu itu disebarkan dalam laman web Mykmu.net oleh Jamilisa yang menggunakan nama ‘Brigade Commander Selangor’ mempunyai lokasi di Shah Alam dengan tajuk

"Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap basah"

Jamilisa dalam ruangan forum politik Malaysia pada 25 Jan 2008 telah memulakan thread mendakwa beliau dimaklumkan rakannya dari Kampung Idaman yang Adun Selat Klang itu ditangkap basah di sebuah hotel di sekitar Pelabuhan Klang.

Tuduhan yang dilemparkan kepada saya itu tidak masuk akal selain menjatuhkan maruahnya sebagai wanita, wakil rakyat dan juga Exco kerajaan negeri Selangor. Kg Idaman bukan di bawah DUN Selat Klang dan Hotel Crystal Crown adalah dalam kawasan Pandamaran.

Saya adalah wakil rakyat Pas, sudah tentulah yang saya dokong ini adalah Islam dan sebagai Exco Pembangunan Modal Insan sudah tentulah kita hendak memerangi perkara mungkar dan maksiat ini secara jamaei atau berkumpulan.

Bagaimana pula saya boleh terjebak dalam perkara yang mungkar dan maksiat di tempat sendiri. Tuduhan itu juga sama sekali tidak berasas sedangkan pada masa yang dinyatakan itu saya berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor kerana diundang menghadiri Program Forum Perdana sebagai ahli panel.

Saya telah dimaklumkan tentang tulisan mengenai diri saya di laman web mykmu.net oleh seorang pengunjung blog saya ini pada pagi 26/01/09. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas keprihatinan beliau.

Sehubungan itu, saya amat berharap agar pihak polis dapat menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pemilik, penulis blog dan ‘Brigade Selangor’ dengan segera mengikut Seksyen 509 / 298 Kanun Keseksaan.

Saya berharap pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menghalang penyebaran berita palsu atau fitnah seperti ini yang jelas menjatuhkan maruah mereka yang tidak bersalah.

Laporan selanjutnya SINI




TARIK TALI ISU LETAK JAWATAN BUKTI UMNO TERUK BERGOLAK

Isu perletakan jawatan Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perak semakin memeningkan. Kejap kata letak jawatan tiba-tiba tak semena-mena orang empunya diri menafikannya. Tetapi tak sungguh tak melata…Tak kan akhbar utama sanggup letak berita muka depan kalau maklumat tu tak sahih. Kalau betul hanya sekadar khabar angin akhbar terus letak muka depan memang layak pun akhbar tu hanya layak dijadikan alas tempat duduk masa ceramah atau alas untuk jemur ikan masin!

Jika betul tidak letak jawatan apa perlu Majlis Tertunggi Umno bincangkan itu sebagai salah satu agenda malam ini? Dalam satu kenyataan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata Umno masih belum membuat sebarang keputusan mengenai pengganti Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak.

Bagaimanapun Najib berkata perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis Tertinggi Umno yang akan diadakan malam ini.

"Belum ada apa-apa keputusan lagi...beliau hanya gambarkan hasratnya (letak jawatan)," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Jika Tajol Rosli benar-benar tidak meletak jawatan atau menarik balik niat untuk letak jawatan, siapa yang sebenarnya yang beria-ia mahukan beliau meletakkan jawatan? Adakah Ustaz Ahmad Awang, Pesuruhjaya Pas perak yang minta beliau letak jawatan atau MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin yang desak beliau letak jawatan? Mungkinkah juga Pengerusi DAP Perak Dato' Ngeh Koo Ham yang paksa Tajol Rosli yang letak jawatan?

Semua ini menjadi persoalan bahawa Umno Perak kini sedang menghadapi pergolakan yang parah. Dalam keadaan begini saya yakin akan ada berita lagi Adun Umno menyertai pakatan Rakyat.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .