
YAB DS Ust Azizan Abd Razak - Betoi Ka DUN Kedah Bubar..?
![]() |
KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib berkata kemenangan pembangkang di kerusi Parlimen Sibu, Sarawak dalam pilihan raya kecil, Ahad lalu sebagai tanda permulaan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, kemenangan mengejutkan itu dianggap sebagai perubahan mendadak rakyat terhadap politik negara dan ia merupakan isyarat penolakan terhadap BN.
Beliau juga tidak menolak pemimpin BN berkemungkinan ‘tidak senang duduk’ dengan kemenangan di Sibu selepas berbangga dengan kemenangan sementara di Hulu Selangor.
“Sekarang ini, angin sudah mula bertiup ke Timur Malaysia untuk menyatakan mereka tidak suka kepada BN.
“Gelombang itu sebelum ini berlaku di Semenanjung, tetapi orang Sarawak sudah mula memberi ke-yakinan kepada Pakatan Rakyat (PR),” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.
Sehubungan itu, beliau yakin bahawa kemenangan pembangkang di Sibu boleh dijadikan penanda aras terhadap kebangkitan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Mengulas lanjut, beliau berkata, rakyat dilihat sudah bersedia menolak BN, sekali gus memberi tempat kepada PR dalam menguasai politik negara.
“Dalam pilihan raya kecil di Hulu Selangor baru-baru ini, tidak ramai yang turun, tidak cukup tenaga tetapi di Sibu sama-sama turun. Insya-Allah PR dapat sokongan daripada rakyat,” katanya.
Dalam pilihan raya tersebut, calon DAP, Wong Ho Leng menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew dengan majoriti 398 undi.
Dalam pertandingan tiga penjuru itu, Ho Leng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek mendapat 18,845 manakala calon Bebas, Narawi Haron mendapat 232 undi dan 395 undi rosak. -BO
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika semua kaum dan etnik di negara digabungkan dengan baik, ianya akan menghasilkan natijah yang baik untuk manfaat negara.
"PAS cuba menyatupadukan seluruh kaum di negara ini dengan membuka pintu kepada orang bukan Islam menyertai PAS.
"Ini terbukti apabila Kelab Penyokong PAS dinaiktaraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan pelancaran DHPP di Klang hari ini.
Sebagai gimik pelancaran, beliau menyentuh sebuah glob bertulis DHPP.
Terdahulu dalam ucapannya beliau juga berkata, apa yang boleh menyatukan kaum ialah keadilan dan saling menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain, dan ianya sedang dibuktikan oleh PAS.
Mengulas lanjut beliau memberitahu, PAS mengambil langkah proaktif sewaktu memerintah Terengganu apabila mencadangkan supaya orang bukan Islam dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
"Ini membuktikan bahawa PAS tidak mengenepikan orang bukan Islam," katanya lagi.
Turut hadir Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari, Dr. Hatta Ramli, Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.
Manakala pimpinan lain termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali, Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum, Dr. Mujahid Yusof, Timabalannya, Dr.Halimah Ali yang juga pengarah program serta pengerusi dan timbalan pengerusi DHPP Hu Pang Chaw dan N.Balasubramaniam.
Assalamualaikum wrh wbt.Tapi nak kesian sangat pun tak berapa nak boleh jugak pasai puak-puak ni sendiri yang sengaja cari masalah. Bukan depa taktau yang Umno tu macam kata Anwar Ibrahim dulu "macam tong taik".
Kepada sahabat lama Jamil Khir Baharom,
Semoga Allah memberkatimu, walau lama kita tak bersua. Semoga Allah melimpah belas kasihanNya ke atasmu.
Terlebih dahulu aku merakamkan ucapan takziah di atas bebanan yang sedang engkau pikul, kerana engkau tidak lebih baik dari Imam Ahmad yang menolak perlantikan sebagai Mufti, kerana itu bermakna ia meredhai kezaliman khalifah. Tetapi engkau juga tidak sekejam Hajjah bin Yusuf al-Thaqafi yang bertindak membelakangkan hukum Allah bagi menunjukkan kekuasaan yang ada.
Tetapi jauh lebih membimbangkan aku terhadapmu ialah engkau akan terpaksa menentang Jamaah Islam, engkau akan menentang Parti Islam. Kami tahu kami bukanlah yang terbaik, tetapi aku lebih bimbang bilamana kamu menganggap UMNO lebih baik. Engkau akan terpaksa meredhai kemungkaran yang diizinkan pemerintah dan membenarkan kezaliman ISA dan lainnya. Aku tahu engkau tidak kuat menahan kemurkaan Allah di akhirat seandainya Ia murka. Aku memohon perlindungan dariNya untuk aku dan kamu.
Lantaran itu, kumpullah mereka yang takutkan Allah, satulah kekuatan bagi menentang kezaliman , tegaklah makruf dan tentanglah kemungkaran dari dalaman UMNO yang kamu mampu; tetapi akhirnya kamu akan kecewa. Kerana kamu dilingkungi oleh bukan ahlinya.
Sekian, ingatan sahabat sementara hidup, kerana tiada pesanan di akhirat.
Wassalam.
Sahabat Lama;
TUAN IBRAHIM TUAN MAN.
RAWANG : Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhamad (Kuizm) yang ditubuhkan oleh PAS akan memulakan pengambilan pelajarnya Julai ini.
Untuk permulaan, kolej universiti itu akan menawarkan lima kursus peringkat diploma iaitu ilmu wahyu, syariah, muamalat, pembankan Islam, usuludin, dakwah dan ICT.
Demikian beritahu Pengerusi Lembaganya, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dalam majlis makan malam kutipan dana untuk Kuizm di Perangsang Templer Golf Resort, di sini, malam tadi.
Kira-kira 400 orang tetamu menyertai majlis yang dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu.
Kuizm akan beroperasi di tapak Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar.
Menurut Abdul Hadi, penubuhan Kuizm sangat penting kerana Islam sendiri sangat pentingkan ilmu apabila ayat Al Quran pertama adalah tentang ilmu.
Tamadun barat sedang alami kehancuran kerana kegagalan pembangunan insan mereka.
“Oleh itu Islam perlu meminpin semula dunia. Atas dasar itu pentingnya penubuhan Kuizm ini untuk menyediakan umat Islam dengan ilmu bagi memimpin,” kata Abdul Hadi. -Hrkh