![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEguZ4ujxY0d75O39KmZX8xukG8IciZ7mTEKeJlHgKZLVkUV9BHTuhT0LWBLRdqh2cmN4CktK0lU6rNBc9UiZ03vFpCG5A5Z5hH542kHc3d2NQOuLRQF3rbdDxOO_xNl4dH0b7lUjq9sOsXw/s800/herd_of_goats.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMuHr0fX5T4B0Ugh-mjQyQlmE3BvGN4_qL4HbGB79ih3Azc5iTrjYAxyOzc3noRJFaPiJXmaNGhgcH0ZsTcrC1vP3ORhCOLLtqWzH1zbPXsrASinV8Sx_jEoczPqD9_xols5GHg8VLWiB6/s800/goat_herd.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhs4XrSXeHFwNCjg5TbMNxy7rbqvuOQBqTxeITCn1Dc-WAsQGfCOCcwZ0uV3qHyRK58IL5YDVXychsi8RYhISkwd3n0wDuyCgBhBpG5Ou9tDdoD27paORBU8FheS65mUdG6Hg10ahOROMx4/s800/June-2007-13-782938.jpg)
Perasan tak geng-geng Blogger Pembela Kambing pun ada... wakhakhakha...!!!
Khalid Bakal Dedah Nama Pemimpin Umno-BN Dapat Lesen Lombong Pasir
SHAH ALAM 15 Julai - Kerajaan negeri Selangor akan mengumumkan senarai individu yang diberikan lesen melombong pasir oleh kerajaan Umno-BN sebelum ini sebagai langkah menegakkan prinsip ketelusan dalam pentadbirannya, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid juga berkata beliau akan menyertakan semua maklumat mengenai kegiatan curi pasir yang telah diperolehi oleh anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Polis DiRaja Malaysia untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.
Beliau juga berharap pemimpin Umno-Barisan Nasional tidak membangkitkan isu kecurian pasir untuk tujuan politik.
"Saya berharap agar dokumen yang diberikan memadai untuk Timbalan Perdana Menteri memberi arahan kepada pihak berkuasa bertindak secara professional.
"Ini dilakukan bagi membolehkan individu tersebut dinilai sama ada mereka layak menerima lesen berkenaan meskipun langkah tersebut diketahui tidak akan disenangi beberapa pihak," kata Menteri Besar pada sidang Dewan Negeri Selangor semalam.
Semalam kerajaan negeri surat kepada Muhyiddin bagi menjelaskan isu curi pasir di Selangor serta menjemput beliau dan agensi persekutuan untuk memerangi gejala ini.
Salinan surat juga dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan dalam surat tersebut kejadian curi pasir berlaku secara berleluasa sebelum 2008 ketika Selangor diperintah Barisan Nasional. -SK
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (Gambar) mengesahkan yang beliau sedang mempertimbangkan dengan serius untuk tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti dijangka diadakan tahun depan.
Ketua Pemuda penggal pertama ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
“Betullah apa yang ditulis dalam Agendadaily itu,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia.
Menurut laporan Agendadaily semalam, Khairy sedang menimbangkan secara serius untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti nanti.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, keputusannya untuk melepaskan jawatan itu semata-mata kerana mahu memberi laluan kepada bakat baru.
Dia dah tahu Umno dan Najib tidak memerlukannya lagi. Belum sempat merasa kerusi menteri atau timbalan menteri, sudah 'kena' berundur. kesian.
Beberapa kali cubaan untuk sertai kabinet Najib, tapi tidak diendahkan. Dari bermalu muka Ketua Pemuda yang dipinggirkan, baiklah berundur. Mungkinlah kot. Tapi dia cover line, nak bagi peluang kat muka baru.
WarkahDaily
PUTRAJAYA, 15 Julai: Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berpuashati dengan penjelasan terhadap surat tunjuk sebab memutuskan untuk memperbaharui permit penerbitan Harakah dengan diberikan ‘amaran keras’ supaya hanya dijual di markas dan pejabat urusan PAS sahaja.
Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN, Datuk Zaitun Ab Samad dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
1. Kementerian Dalam Negeri ingin memaklumkan bahawa pihak penerbitan HARAKAH telah memberikan perhatian yang serius terhadap Surat Tunjuk Sebab yang dikeluarkan oleh Kementerian ini dan telah menunjukkan kerjasama yang baik kepada Kementerian.
2. Pengerusi Jemaah Pengarah HARAKAH, Dato’ Mustafa bin Ali dan Pengarah Urusan HARAKAH, Dato’ Kamarudin bin Jaffar telah datang berjumpa Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri pada 12 JULAI 2010 (ISNIN) untuk memberikan penjelasan.
3. Pihak penerbitan HARAKAH juga telah menjawab Surat Tunjuk Sebab Kementerian pada 13 JULAI 2010 (SELASA) dengan mengemukakan penjelasan serta beberapa akujanji seperti berikut:-
i. Akan mematuhi semua syarat-syarat permit penerbitan, garis panduan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984;
ii. Akan mencetak perkataan “UNTUK AHLI SAHAJA” di muka hadapan setiap keluaran dan naskhah penerbitan HARAKAH sebagai peringatan kepada pembeli; dan
iii. Akan menghantar lapan (8) naskhah setiap keluaran penerbitan HARAKAH ke Kementerian sebaik sahaja ianya dicetak.
4. Dengan mengambil kira kerjasama, penjelasan serta janji pihak penerbitan HARAKAH untuk mematuhi syarat-syarat permit penerbitan serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Kementerian Dalam Negeri dengan ini berpuashati dan memutuskan untuk memperbaharui permit penerbitan HARAKAH dengan diberikan AMARAN KERAS supaya hanya dijual di markas dan pejabat urusan PAS sahaja.
5. Kementerian akan sentiasa memantau penerbitan HARAKAH untuk memastikan pemantuhan. -Hrkh
Kepil Maklumat Curi Pasir, Khalid Cabar Muhyiddin Selesai Isu Pasir
Kerajaan Selangor sudah menghantar surat kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menjelaskan isu curi pasir di Selangor serta menjemput beliau dan agensi persekutuan untuk memerangi jenayah ini.
Salinan surat itu dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Khalid berkata, surat yang dihantar ini kepada kedua-dua pemimpin Umno menyatakan penjelasan bahawa kejadian curi pasir ini berlaku secara berleluasa sebelum 2008 ketika Selangor diperintah Barisan Nasional (BN).
"Kerajaan negeri sekarang membuat pelbagai usaha termasuk menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri serta menawarkan ganjaran kepada orang ramai yang menolong menangkap penjenayah terlibat.
"Saya juga menyertakan semua maklumat mengenai kegiatan curi pasir yang telah diperolehi oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) supaya Timbalan Menteri dan agensi persekutuan seperti polis dapat membuat tindakan yang sewajarnya," katanya pada satu kenyataan media, hari ini.
Khalid berkata, kerajaan negeri berharap, pemimpin – pemimpin Umno tidak hanya mengutarakan isu pasir ini atas dasar politik dan berharap agar dokumen yang diberikan adalah memadai untuk Timbalan Perdana Menteri untuk memberi arahan kepada pihak berkuasa untuk bertindak secara professional.
Katanya, walaupun kerajaan negeri akur pengurusan KSSB boleh diperkemaskan lagi, namun sistem yang ada sekarang telah berjaya meningkatkan hasil pasir daripada RM2.9 juta (2007) kepada RM6.3 juta (2008), RM5.4 juta (2009) dan RM10.3 juta (sebelum cukai setakat Jun 2010). -TVS
KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat hari ini membuat keputusan untuk menangguhkan penerbitan akhbar rasmi ketiga-tiga parti, Harakah, Suara Keadilan dan Roket buat sementara waktu sehingga mendapat penjelasan rasmi daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berhubung permit tiga akhbar tersebut.
Keputusan itu diumumkan pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang, parlimen hari ini.
Hadir sama pada sidang media tersebut, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan ahli pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti.
"Kita akan ikut semua proses dan peraturan yang dikehendaki. Parti-parti telah menunjukkan surat tunjuk sebab dan lain-lain yang dikehendaki. Buat sementara waktu, akhbar rasmi ketiga-tiga parti ditangguhkan penerbitannya," kata Anwar.
Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh juga meminta pertemuan dengan Hishammuddin dipercepatkan bagi membolehkan Pakatan membuat keputusan mengenai langkah yang harus diambil.
"Kita meminta supaya dipercepatkan pertemuan dengan Datuk Hishamuddin. Ini kerana menteri yang bertanggungjawab sepenuhnya dan memberikan pertimbangan yang sewajarnya dan memberi ruang supaya jangan nampak Malaysia ini tidak mengamalkan demokratik dan kebebasan media," katanya lagi.
Tuan Guru Abdul Hadi pula berkata, semua parti bersedia untuk menghantar wakil daripada pihak pengurusan akhbar untuk bertemu dengan Hishammuddin dan bersedia untuk memberikan kerjasama kepada pihak kementerian.
"Kita memberi jawapan kepada semua soalan yang dikemukakan dan semua parti akan menghantar wakil dari pihak pengurusan suratkhabar menemui Kementerian Dalam Negeri untuk memberi penjelasan dan menjawab soalan yang dikemukakan dan lepas itu kita tunggu dan lihat," katanya.
Mengulas pujian KDN kepada kerjasama yang diberikan pihak Harakah, Anwar berkata, KDN sewajarnya membenarkan akhbar tersebut diterbitkan jika pujian itu benar-benar ikhlas.
"Kita ucap tahniah dan kalau betul dia puji berilah kebenaran Harakah bukan sahaja dijual kepada ahli tapi dibenarkan dijual kepada seluruh rakyat. Barulah benar pujian itu. Kalau tidak, pujian itu berniat jahat," katanya. -Hrkh