Ikuti Blog ini

MAHER ZAIN in MALAYSIA.....barakallahufikum..!


Maher Zain kini sudah tiba di Malaysia. Semua sedia maklum kan yg beliau akan perform satu konsert 15 hb ni. InsyaAllah, aku doakan semuanya berjalan lancar dan sesiapa yang berpeluang pegi tu halo2 la gambar ke ape ok.. Sementara nak tunggu konsert tu berlangsung beliau kini tengah buat latihan sambil berjalan-jalan makan angin di Malaysia ni. to Maher Zain, "Welcome to Malaysia,brother"

Kepada rakan-rakan Muslim sekalian, jika anda ingin kenal siapa Maher Zain serba sedikit boleh klik sini.. (siap boleh download album Thank You Allah lagi) :D atau anda boleh saja menjadi Fan of Maher Zain di Facebook dan terus saja suggest pd rakan taulan anda.. barakallahufikum..

PKR: Ada 'tangan' di belakang Rahimi



Dua peguam yang didakwa memaksa Rahimi Osman membuat dua akuan bersumpah memberi amaran mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

NONEPeguam N Surendran berkata, kenyataan Rahimi itu jelas pembohongan dan fitnah terhadap dua anak guamnya Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli.

"Tanpa ragu, kami rasakan ia merupakah satu fitnah. Kami akan keluarkan surat peguam supaya beliau membuat permohonan maaf terbuka atau menghadapi tindakan undang-undang," kata Surendran.

Ditanya sama ada beliau akan memberikan seminggu kepada Rahimi menarik balik dakwaannya semalam, Surendran berkata: "Lebih cepat daripada itu."

"Saya rasa dia tak perlu seminggu. Dia tahu dia berbohong. Hanya perlu 24 jam untuk tarik balik," katanya.

Tangan belakang

Sementara itu bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR tengah hari ini, Latheefa dan Saiful secara rasmi menafikan dakwaan Rahimi bahawa lelaki itu dipaksa membuat akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Menurut mereka, Rahimi sebaliknya membuat akuan tersebut dengan kerelaan.

NONELatheefa dan Saiful - kedua-duanya pemimpin kanan PKR - juga mempersolakan dakwaan Rahimi semalam memandangkan ia dibuat selepas dua tahun setengah.


“Beliau sahkan bahawa beliau tahu Saiful (Bukhari) telah menemui Najib dan Rosmah. Beliau juga memberitahu polis bahawa dibawa oleh Mumtaz Jaafar, rakan baik Rosmah untuk menemuinya dan Najib. Rahimi konsi maklumat ini dengan kami selepas memberikan keterangan kepada polis,” kata Latheefa.

Manakala Saiful Izham pula yang mendakwa terkejut dengan berita semalam mendakwa Rahimi membuat kenyataan media itu bagi memberikan kesan negatif terhadap perjalanan posiding melibatkan kes Anwar.

"Saya hairan, sekiranya dia ditahan, mana mungkin dia dengan parti selepas itu, turun berkempan dalam pilihan raya kecil, khususnya di Permatang Pauh," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR R Sivarasa pula berkata, pihaknya mengesyaki ada pihak lain di belakang Rahimi.

"Ada tangan di belakang dia yang merancang episod baru ini? Itu akan kita ceritakan. Itu akan jadi bab kedua dalam beberapa hari lagi. Kami akan beritahu," kata Sivarasa masih berteka-teki.

MK

Kelantan Mungkin Isytihar 4 Nov Cuti Peristiwa


Galas: Kelantan cadang 4 Nov cuti peristiwa

KOTA BHARU, 7 Okt: Kerajaan Kelantan kemungkinan akan mengisytiharkan cuti peristiwa pada 4 November ini berikutan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas yang jatuh pada hari bekerja, iaitu Khamis.

Gambar: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memukul gong merasmikan Matta Fair peringkat negeri Kelantan sambil diperhatikan Presiden Matta Malaysia, Datuk Mohd Khalid Harun (kiri) di pusat beli-belah KB Mall di sini hari ini.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Nik Mat berkata, ianya bagi memudahkan pengundi untuk keluar mengundi, khususnya yang tinggal di luar kawasan.

Katanya lagi, urusan mengundi bukan satu perkara main-main, dan sesuatu yang menyukarkan jika ianya jatuh pada hari bekerja.

“Jadi bila begini tentu sekali akan berlaku kelam kabut dan sebagainya bila hari mengundi jatuh pada hari bekerja,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas tarikh penamaan calon dan PRK Dun Galas jatuh pada hari bekerja.

Beliau sebelum itu merasmikan majlis Ekspo Pelancongan 2010 Matta Fair disebuah pasaraya di sini sebentar tadi.

Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menentukan tarikh penamaan calon dan mengundi pada hari bekerja.

Sambungnya, tindakan itu amat tidak wajar apa lagi Persidangan Dun Kelantan (Belanjawan) masih berjalan.

“Terang-terang saya katakan SPR ni menjaga Umno dan Barisan Nasional (BN), langsung tidak jaga orang lain.

“Sepatutnya tanya juga pihak sini (Kelantan) boleh kah buat tarikh tu, dia (SPR) tahu waktu tu sidang Dun Kelantan sedang berjalan,”ujarnya.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS mendakwa, tindakan yang hanya mementingkan diri dan sebelah pihak tanpa memikirkan orang lain itu akan membangkitkan rasa benci terhadap kerajaan pusat.

Menurutnya lagi, SPR hanya berfikir untuk menyenangkan Umno BN sahja dengan mengenepikan kepentingan pihak lain.

Semalam SPR mengumumkan tarikh penamaan calon 26 Oktober ini, manakala tarikh mengundi pada 4 November. -Hrkh

PAS miliki 48 peratus peluang untuk menang di DUN Galas


PAS yakin kekalkan Galas, Ku Li tak tanding kerana fenomena Mac 2008

Mengambil kira “fenomena” arah aliran undi pada Mac 2008, PAS masih yakin Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan bertanding di kerusi Galas dan pada masa yang sama, parti Islam itu percaya boleh mempertahankan kerusi DUN tersebut.

Bagaimanapun PAS meletakkan pihaknya sebagai ‘underdog’ dalam menghadapi cabaran pilihan raya kecil DUN Galas yang akan berlangsung akhir bulan ini.

“Kami akan turun di Galas dengan 48 peratus sokongan dan 52 peratus sokongan bagi BN,” kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Datuk Halim Abdul Rahman pada sidang media di sini hari ini.

“Kami anggap kami sebagai underdog, walaupun kami optimis akan menang dan mempertahankan kerusi, tetapi oleh kerana ini pilihan raya kecil, kami anggap kami sebagai underdog,” katanya.

Tengku Razaleigh yang bertanding di Gua Musang sejak pilihan raya umum 1969, terus mempertahankan kerusinya dua tahun lalu tetapi beliau tewas dari segi undi diperoleh dari bahagian DUN Galas.

Pada 8 Mac 2008, Tengku Razaleigh dicabar oleh calon PAS Zulkefli Mohamed di peringkat saingan kerusi Dewan Rakyat.

Halim yang dilantik sebagai pengarah jawatankuasa strategi pilihan raya kecil DUN Galas berkata, Tengku Razaleigh menerima 3,826 undi dari DUN Galas manakala Zulkefli pula 4,143 undi.

“Maknanya dari segi ini, kalau Tengku Razaleigh jadi calon pun, dari segi... dia sudah kalah di Galas, pengundi di Galas ini... PAS sudah mengalahkan Tengku Razaleigh dengan perbezaan undi 317 undi.

“Jadi fenomena ini, kita tengok tidaklah payah sangat untuk kita tidak pertahankan kerusi ini,” kata beliau yang juga bekas timbalan menteri besar Kelantan.

Halim menjadi timbalan menteri besar selepas PAS membentuk kerajaan negeri Kelantan 1990, kejayaan yang antara lain disumbangkan oleh kerjasama Tengku Razaleigh ketika itu menerajui Parti Melayu Semangat 46.

Tengku Razaleigh kembali ke Umno selepas pilihan raya umum 1995.

Buat pertama kali PAS memenangi DUN Galas, salah satu daripada tiga kerusi negeri dalam bahagaian Gua Musang, dua tahun lalu.

Penyandangnya Che Hashim Sulaima meninggal dunia minggu lalu dan ia membawa kepada pilihan raya kecil yang ke-12.

Teka-teki sama ada Tengku Razaleigh akan menjadi calon berterusan di sebalik keputusan Umno-BN melantik beliau sebagai pengarah pilihan raya.

Umno-BN menyerahkan kepada bahagian Gua Musang mengemukakan nama calon kepada pucuk kepimpinan untuk pilih.

Tengku Razaleigh dijangka akan menjawab spekulasi itu apabila pulang ke tanah air dari London Sabtu ini.

Sambil mengakui kedudukan Tengku Razaleigh yang akan mempengaruhi persekitaran pilihan raya kecil kali ini, Halim memberitahu, PAS akan bermula sokongan pada tahap 48 peratus.

“Kita harapkan satu sentuhan yang strategi untuk menghadapi pilihan raya, ini pilihan raya kecil, bukan pilihan raya umum,” kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa ini.

“Sekarang kita bermula dengan 48 peratus,” kata beliau.

Mengenai keajaiban yang diharapkan, Halim berkata, pihaknya berharap dapat mengekalkan sokongan pengundi Cina.

“Dan, sebahagian (besar) sokongan pengundi Melayu yang kita peroleh itu kita boleh kekalkan, kita memerlukan satu strategi untuk mengekalkan... kalau kita dapat kekalkan ini, kita rasa dapat mempertahankan kerusi Galas,” katanya lagi.

Berhubung sokongan pengundi Orang Asli, kata beliau, pihaknya meletakkan sasaran 30 peratus.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang turut bersama pada sidang media pagi ini mencelah dengan berkata, jangkaan 48:52 peratus itu adalah berdasarkan kedudukan semasa.

“Masa masih panjang (dan ia boleh berubah),” kata beliau.

“Kita menang dengan 600 undi di DUN di Galas, tetapi Tengku Razaleigh kalah 371 undi di bahagian Galas,” kata Halim lagi.

“Mengambil kira kali ini sebagai pilihan raya kecil, kita bermula dengan 48 peratus,” katanya.

Mustafa pula berkata, dalam mana-mana pilihan raya kecil yang dihadapi bukan calon dan jentera setempat semata-mata tetapi keseluruhan kerajaan BN.

“Kita jangkakan perkara-perkara macam ini, oleh itu tidak semudah (untuk menghadapi pilihan raya kecil),” kata Mustafa.

Ditanya sama ada PAS boleh mengekalkan kerusi DUN Galas dengan mudah, Halim berkata, Tengku Razaleigh sangat berpengaruh di kalangan Orang Asli.

DUN Galas selama ini dikuasai Umno, namun dalam pilihan raya lalu Che Hashim berjaya menawan kerusi itu dengan menewaskan calon Umno, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

DUN Galas mempunyai seramai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos.

Pecahan peratus pengundi adalah Melayu terdiri daripada 61.63 peratus, Cina 20.08 peratus, India 1.6 peratus, Bumiputera 0.9 peratus, orang Asli 16.37 peratus dan lain-lain 0.23 peratus.

SPR akan menggunakan Bilik Gerakan Tanah dan Jajahan Gua Musang sebagai Pusat Penamaan Calon dan Dewan Sivik Gua Musang sebagai Pusat Penjumlahan Rasmi Undi. TMI

Janji di Manik Urai belum terlaksana , kini apa pula janji di Galas

PAS mengingatkan Umno Barisan Nasional agar tidak menabur janji pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas kerana janji mereka di Manek Urai dahulu belum ditunaikan.

Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, Umno BN tidak wajar membuat janji baru selagi belum menunaikan janji lama.

"Janji di Manek Urai dahulu belum selesai, apa lagi yang mereka (Umno BN) nak janji di Gua Musang?" soal beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Dun galas dalam satu sidang media di Pejabat PAS Agung, Jalan Raja Laut, hari ini.

Abdul Halim yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa juga berkata, PAS optimis untuk mempertahankan kerusi di Dun berkenaan berdasarkan analisis pada pilihan raya umum lalu.

Menurut beliau, pada pilihan raya itu, jumlah pengundi di Dun Galas yang memilih calon BN sebanyak 3,826 manakala calon PAS mendapat 4,143.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali pula ketika mengulas mengenai pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya di Galas berkata, perkara itu ada baik dan buruk kepada Umno BN dan PAS.

Beliau berkata, PAS mengakui Tengku Razaleigh merupakan pemimpin berpengaruh Umno di Kelantan, namun beliau juga mempunyai banyakperbezaan pandangan dengan kerajaan pusat.

"Itu hak BN untuk melantik sesiapa sahaja sebagai pengarah (pilihan raya) tetapi saya melihat Ku Li akan mempunyai tanggungjawab besar dalam pilihan raya ini dan menjadi 'pedang dua mata'.

"Memang PAS menganggap Ku Li orang yang berpengaruh atas isu royalti dan sebagainya tapi sari segi perspektif lain dia merupakan pedang dua mata.

"Kalau dia menjadi pengarah dan BN kalah itu satu satu perkara yang boleh digunakan Pakatan tapi kalau dia menang dia boleh menaikkan imej BN," kata beliau.

Ujarnya juga, PAS tidak memandang remeh PRK kali ini dan akan menyusun strategi sebaik mungkuin dengan dibantu Pakatan Rakyat dari seluruh negeri.

"Kita tidak pandang mudah perkara ini sebab itu kita akan masuk PRK ini dan yakin Datuk Halim dengan pengalaman yang lama dan mengetahui politik di Kelantan ini akan bersama dengan pengarah jentera operasi akan dapat memainkan peranan yang terbaik dibantu oleh Pakatan Rakyat dari setiap negeri," katanya.

Menyentuh mengenai hari pembuangan undi yang jatuh pada hari berkerja, Mustafa berkata, ianya akan mempengaruhi peratusan keluar mengundi namun yakin kedua-dua parti akan mengerahkan pengundi untuk melaksankan tanggungjawab itu.

"Oleh sebab hari mengundi pada hari berkerja, tidak akan berlaku maksimum keluar mengundi tapi kalau semua kerah mungkin peratusan keluar mengundi tingggi.

"Saya nampak kedua-dua parti akan kerah pengundi untuk keluar mengundi," katanya.

Abdul Halim pula berkata, faktor musim haji juga mempengarui peratusan keluar mengundi.

"Yang keluar mengundi tidak akan sampai 80 peratus seperti dinyatakan SPR sebab orang sudah mula pergi Mekah. Walaupun saya belum buat analisis di Gua Musang tapi inilah realitinya samaada PAS atau Umno," katanya.

Sementara itu, Mustaffa memberitahu, pengarah pilihan raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun dilantik sebagai pengarah jentera operasi.

Mengenai calon yang akan bertanding, M ustafa berkata, perakra tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat minggu hadapan selepas menerima senarai pendek calon yang layak daripada PAS Kelantan.

Galas: SPR pilih tarikh ikut kehendak Umno?


KOTA BHARU : Ada ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu peratusan keluar mengundi lebih ramai, namun dalam masa yang sama hari mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas diadakan pada hari bekerja.

Ia seumpama kata orang cakap tidak serupa bikin. Malah ada pihak menggambarkan SPR mempunyai tuan yang lebih berkuasa iaitu pemimpin Umno.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamad Fadzli Hassan (kiri) berkata, SPR sepatutnya mengambil kira banyak situasi dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil Dun Galas termasuk persidangan Dun Kelantan.

“Ketika itu persidangan Dun Kelantan sedang berlangsung dan perasmiannya akan disempurnakan Al-Sultan Kelantan pada 1 November.

“Persidangan Dun diadakan bermula 1 hingga 8 November. Saya hairan mengapa SPR tidak mengambil kira perkara tersebut. Tentunya program besar seperti itu ada dalam pengetahuan mereka,” katanya di sini.

Hari ini SPR menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dun Galas, Gua Musang diadakan pada hari Khamis, 4 November depan, manakala penamaan calon pada hari Selasa, 26 Oktober ini.

Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar di Putrajaya.

Pada pilihan raya tersebut SPR menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010.

Jumlah pengundi seramai 11,553 orang, di mana 27 daripadanya merupakan pengundi pos.

Dr Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, SPR sepatutnya mempamerkan sikap tidak berpihak dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil.

Bagaimanapun katanya, PAS tetap akan meneruskan cabaran bagi mempertahankan Dun tersebut dengan menggerakkan seluruh jentera PAS dengan dibantu Pakatan Rakyat dari seluruh negara.

”Kita tahu Umno akan menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan Malaysia bagi berdepan dengan PAS pada pilihan raya tersebut,” katanya.

Satu sumber pula memberitahu mesyuarat penyelarasan jabatan-jabatan kerajaan pusat bagi membantu kempen calon BN telah diadakan termasuk membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam dan Hal Ehwal Pengguna.

Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamed berkata, tindakan SPR menetapkan hari pengundian pada hari bekerja tentunya akan menyukarkan orang ramai keluar mengundi.

”Saya pun hairan sebelum ini SPR berkempen supaya pengundi keluar mengundi, namun dalam masa yang sama ditetapkan hari mengundi di Galas pada hari Khamis,” ujarnya.

Menurutnya keadaan itu tentunya sedikit sebanyak menyukarkan pengundi keluar mengundi lebih-lebih lagi Dun Galas meliputi kawasan yang luas.

Naib Yang Dipertua PAS Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi (kanan) berkata, SPR tidak sensitif terhadap persidangan Dun Kelantan yang juga berlangsung pada hari tersebut.

Katanya, tarikh persidangan Dun sudah lama ditetapkan dan SPR mustahil tidak mengetahui perkara itu kalau merujuk terlebih dahulu kepada kerajaan negeri.

Namun kata beliau apa yang jelas SPR lebih mengambil kira perkembangan yang berlaku dalam Umno dalam menentukan segala tindakan.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, tarikh penamaan calon dan hari mengundi di Galas bertindan dengan tarikh sambutan ulangtahun ke-20 kerajaan PAS Kelantan.

”Program itu merupakan satu program besar di peringkat negeri. Selain itu ia bertembung dengan tarikh persidangan Dun yang bermula 1 November ini,” katanya di Kota Darulnaim.

Menurutnya SPR hanya mengambil kira persidangan Agung Umno, sedangkan ia adalah urusan parti.

”Nampak sangatlah SPR tidak peka terhadap program kerajaan di Kelantan. Sepatutnya mereka lebih peka hal sebegini,” kata beliau. -Hrkh

MB Kedah serah SPRM siasat penyelewengan air

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat apa yang didakwanya sebagai penyelewengan berhubung isu air semasa Barisan Nasional memerintah negeri itu.

Beliau berkata pihaknya telah mengenal pasti banyak penyelewengan yang berlaku semasa pemerintahan BN membabitkan isu air dan setiap dakwaan adalah berasaskan fakta serta rekod.

"Kita tengok banyak penyelewengan dari segi harga contohnya pembinaan loji air di Lubuk Buntar (dekat Kulim) untuk 25 juta liter air, kos sebenar pembinaannya ialah antara RM25 juta hingga RM30 juta, tapi wang yang dibelanjakan ialah RM65 juta.

"Maklumat ini kita dapat secara tak rasmi, kalau nak yang rasmi SPRM kena cari," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Nawawi Ahmad semalam bahawa pemimpin BN tidak takut dengan ugutan Azizan untuk mendedahkan mengenai penyelewengan berhubung isu air itu.

Azizan berkata bukan tugasnya untuk membuat laporan kepada SPRM sebaliknya sesiapa sahaja boleh berbuat demikian kerana beliau telah membuat pendedahan mengenai penyelewengan itu.

"Kerja lain banyak lagi nak buat. SPRM kan rajin, tengok (berdasarkan) kenyataan dalam blog pun mereka dah siasat," katanya.

Anak 'Halal' Ali Rustam Yang Pertama Dilahirkan Di Melaka

Oleh : Lan Iisma

Ali Rustam tentunya gumbira. Anak 'halal'nya yang pertama dilahirkan pada Isnin lepas di Hospital Jasin, Melaka.

Hasilnya dapat dituai sebelum sebulan sekolah itu dibuka iaitu pada 17 September lepas. Jarang orang mendapat hasil sebegini cepat walau apa kerjanya tetapi Ali mampu. Itu membuatkan Ali mampu tersenyum. Sembilan lagi anak 'halal' Ali yang menunggu.

Ali juga mendapat sokongan kuat Rosmah, Rosmah terpaksa pergi makan angin menimba ilmu di Brussels, Belgium, tujuannya untuk mengelakkan pembuangan bayi. Oleh itu selepas ini kita cuba kira-kiralah, bertambahnya atau berkurangnya mereka yang mengandung secara haram kerana mendapat sokongan kuat Ali dan Rosmah. Tentang yang 'projek' haram jangan dikiralah, tentulah semakin bertambah kerana Ali dan Rosmah bukannya mengira itu semua.

Apakan daya, itulah yang mampu difikirkannya.


Seorang pelajar Sekolah Harapan, institusi khas untuk remaja hamil luar nikah di Jasin di sini, selamat melahirkan seorang bayi lelaki Isnin lalu.

Pengerusi Sekolah Wanita Bunting, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim (gambar) berkata, pelajar perempuan berusia 17 tahun berasal dari Melaka itu dimasukkan ke Hospital Jasin pada pukul 5 pagi setelah menunjukkan tanda-tanda hendak bersalin.

“Pelajar ini selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.6 kilogram pada pukul 8 pagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Penubuhan Sekolah Harapan dicetuskan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang bertujuan memberi perlindungan kepada remaja hamil luar nikah selain menangani gejala buang bayi yang semakin berleluasa.

Sekolah Harapan yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) itu menerima kumpulan pertama lima pelajarnya pada 20 September lalu.

Muhyididin 'berubah' kerana kerusi no 1

Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub berkata, mantan bosnya Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berubah menggunakan pendekatan “mengapi-apikan sentimen Melayu” disebabkan penangan kerusi perdana menteri yang sedang diintainya.

Mustaffa – bekas setiausaha politik Muhyiddin selama empat tahun sehingga Disember 2008 berkata – perkara itu juga disebakan keadaan politik sekarang berbeza berbanding ketika Muhyididin memimpin kementerian belia dan sukan lebih sepuluh tahun lalu.

“Ada perbezaan pendekatan sebab dalam hal sekarang ini, beliau sudah mula mengintai kerusi nombor satu negara,” katanya ketika ditanya sama ada Muhyididin masih merupakan orang yang sama.

“Jadi sebab itu (sekarang ini), segala langkah yang beliau (Muhyiddin) ambil, sifatnya adalah untuk mengintai peluang kerusi nombor satu negara.”

Mustaffa - yang meletakkan jawatan bagi menyertai reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim – berkata, pendekatan Muhyididin kini “berganjak” kerana kedudukannya dalam Umno tidak lagi “terancam”,

Sebelum ini, menurut Mustaffa, Muhyiddin bergelut membuang label sebagai “orang kanan Anwar”, antaranya kerana menjadi antara menteri terawal melawat Anwar setelah dibebaskan daripada penjara.

Alat Dr Mahathir


“Sehingga dalam banyak keadaan (pada masa itu) beliau agak tersisih daripada arus perdana politik (perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) pada masa itu.

“Tetapi kini beliau sudah dapat rasakan ada kekuatan yang tersendiri, oleh itu pendekatan dan imej yang beliau ketengahkan agak berbeza berbanding 10 tahun lalu,” kata aktivis belia dan NGO Islam itu.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur tengah hari semalam, Mustaffa tidak menolak kemungkinan timbalan perdana menteri “yang sukar senyum tetapi berhati baik” itu mungkin diperalatkan Dr Mahathir bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap kepada Datuk Seri Najib Razak.

“Dalam konteks politik Umno, hal itu mungkin saja berlaku,” katanya sambil berkata perkara itu mungkin bertujuan mempertahankan legasi panjang pemerintahan Dr Mahathir sebelum ini.

Tanpa segan, Mustaffa - yang kini mengorak perjalanan politiknya sendiri melalui PKR dan mula menggapai kedudukannya yang sama dengan Muhyiddin dalam Umno sebagai timbalan – sanggup berdebat dengan mantan bosnya itu berhubung isu Melayu.

“Apa yang tidak betul, kita akan kritik, termasuk (isu) yang terbaru ini. Beliau yang kita faham berada di belakang PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) membawa sentimen Melayu... Dan saya sedia mencabar beliau (nyatakan) juga bagaimana bentuk Melayu yang kita ketengahkan?

Tiga persamaan dengan Muhyididin


“Apakah Melayu yang boleh mengizinkan rasuah boleh berleluasa? Ataukan pimpinan Melayu boleh membenarkan penyelengan wang rakyat terbiar begitu sahaja?” soal Mustaffa bertubi-tubi.

“Jika ingin beliau gunakan sebagai alat untuk memenuhi aspirasi serta serakah politik Umno, itu kita akan serang habis-habisan. Dan jika beliau ingin berdebat, kita juga sedia berdebat dengan beliau dalam hal itu.”

Menurut analisis Mustaffa juga, dalam masa yang sama pendekatan Muhyiddin dilihat berbeza dengan Najib yang menurutnya cuba mengambil hati masyarakat bukan Melayu.

“Itu sifatnya (politik) pedang bermata dua, double standard (pilih kasih) dalam politik yang mereka lakukan,” kata Mustaffa.

Menegaskan PKR mengamalkan politik nilai yang tidak berasaskan perkauman, 'politik lama' Umno dan BN itu sudah mula pecah, terutamanya apabila peneroka Felda dan Felcra sebagai penyokong kuat kerajaan didakwa sudah berubah.

Bagaimanapun, di sebalik semua kritikan keras itu, Mustaffa mengakui, beliau pada 12 tahun lalu berkongsi tiga persamaan dengan Muhyididin, iaitu saling menekuni aspek kepemudaan, hampir dengan nilai keagamaan dan memberi “dokongan baik” kepada Anwar.

Karektor itulah yang mungkin mewujudkan keserasian antara mereka dalam satu pasukan, akui Mustaffa.-M'kini

Sah...SPR Memang "Lembu" UMNO/BN.....!!!


SPR DIDAKWA BANTU BN KURANGKAN PENGUNDI – HD

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cuba membantu BN meminimumkan penyertaan pengundi luar dalam Pilihan Raya Kecil Dun Galas
Dakwaan itu katanya, munasabah memandangkan SPR mengumumkan tarikh penamaan calon dan membuang undi adalah pada hari bekerja iaitu penamaan calon pada Selasa, 26 Oktober manakala mengundi pada Khamis, 4 November depan.

"Pihak Barisan Nasional ingin menentukan bahawa orang-orang Kelantan di perantauan tidak dapat balik," ujarnya petang tadi di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini.

Menurut beliau, sepatutnya SPR menentukan hari pembuangan undi pada hari cuti, iaitu Sabtu.

Kes Libatkan Dadah Terus Meningkat, Walaupun di Nafi Kerajaan Negeri

http://buletinonline.net/images/stories/berita34/roslandrugsbra.jpgKUALA TERENGGANU - Setiap hari pasti ada paparan berita kejadian libatkan kes dadah di negeri Terengganu dalam akhbar media perdana, samada pengedaran atau penagihan.

Ia menjadi satu indikator menunjukkan kes-kes dadah memang serius dan semakin meningkat berlaku di negeri Darul Iman ini, walaupun dinafikan oleh kerajaan Umno dan Barisan Naional

(Gambar Fail - Supt Roslan menunjukkan bahan bukti pengedaran dadah yang di sembunyikan dalam coli seorang wanita pada bulan Jun lalu)

Di KUALA TERENGGANU
, seorang lelaki yang memiliki ijazah pemasaran ditahan kerana memiliki 1.4 kilogram ganja bernilai RM98,000 di Wakaf Mempelam di sini Ahad lalu

Lelaki terbabit yang juga pemborong kain sutera dan berumur 28 tahun ditahan di sebuah rumah di Kampung Tok Jamal kira-kira 9 malam.

Ketua Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, Supt Roslan Abdul Wahid dipetik Bernama berkata dadah tersebut diperolehi dari negara jiran dan bakal dijual di sekitar sini.

Suspek juga seorang penagih dan kini ditahan reman sehingga Ahad ini.

Sementara itu ganja seberat 234 gram bernilai RM16,000 dirampas dari seorang lelaki di Kampung Mengabang Telipot kira-kira 9 malam pada hari Sabtu.

"Ketika polis hendak memeriksa kereta yang dinaikinya, suspek yang menyedari kehadiran polis segera mengundurkan kereta itu sehingga melanggar sebuah kenderaan polis.

"Bagaimanapun usaha suspek yang berusia 28 tahun dan sudah berkahwin itu melarikan diri gagal kerana kenderaannya telah terkepung," kata Roslan.

Suspek yang kini ditahan reman didapati mengedar dadah di sekitar Kampung Mengabang Telipot dan Chendering.

Di DUNGUN – rahsia pengambilan dadah jenis morfin membabitkan adik beradik di sebuah rumah kawasan perkampungan nela-yan tradisional dekat sini terbongkar apabila 'port' mereka diserbu polis, petang kelmarin.

Lebih mengharukan, kesemua suspek yang ditahan mempunyai pertalian darah dan difahamkan hidup bersama sejak lebih 20 tahun lalu.

Bagaimanapun, godaan kuat terhadap barang khayal itu menyebabkan kesemua adik-beradik masing-masing: berumur 30, 26, 22 dan 20 ini tewas sehingga dipercayai menjadikan aktiviti pengambilan barang terlarang itu sebagai rutin harian mereka.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor berkata, empat suspek, kesemuanya adik-beradik yang ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Pantai Laut itu berjaya membongkar aktiviti pengambilan dadah jenis morfin membabitkan adik-beradik.

Dahlan berkata, seorang daripada suspek terbabit adalah penagih tegar morfin dan mempunyai beberapa rekod jenayah manakala tiga lagi adik-beradiknya dipercayai turut mengikuti jejaknya.

Katanya, bertindak atas maklumat dan risikan, pihaknya menyerbu lokasi berkenaan kira-kira jam 6.20 petang kelmarin lalu menahan empat adik-beradik itu untuk siasatan lanjut.

“Kesemua suspek selepas menjalani ujian saringan air kencing disahkan positif dadah jenis morfin dan ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983 (rawatan dan pemulihan),

“Jika sabit kesalahan empat beradik ini boleh dikenakan hukuman menjalani rawatan di pusat serenti dan tempoh pengawasan selama dua tahun," katanya dilaporkan Sinar Harian 5 Oktober

Manakala di BESUT, seorang lelaki yang disyaki pengedar dadah kecil-kecilan tergamam apabila dia dicekup polis ketika asyik melihat bahagian enjin kereta di depan rumahnya di Jalan Tandak, dekat Jertih di sini, kelmarin.

Suspek berusia 34 tahun dipercayai sedang memeriksa enjin keretanya sebelum didatangi sepasukan anggota polis.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, atas maklumat awam sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah ke rumah suspek.

Menurutnya, polis menahan suspek dan melakukan pemeriksaan pada badannya dan menemui dua tiub straw mengandungi sembilan pil dipercayai pil kuda dalam pokok seluar suspek.

“Pemeriksaan sari-ngan air kencing mendapati suspek positif dadah methamphetamine dan siasa-tan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau sebagai penagih dadah,” katanya.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai pendawai elektrik sudah berkeluarga ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan menagih dadah kes ini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan diwajibkan pengawasan.

Kerajaan negeri Terengganu pada 28 September lalu memberikan penjelasan sekaligus menafikan pertambahan penagih dadah yang dikatakan meningkat sehingga lebih 1,000 peratus di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata laporan yang dikeluarkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) adalah tidak tepat.

"Kita terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan AADK baru-baru ini yang mengatakan pertambahan penagihan dadah negeri Terengganu sampai 1,000 peratus lebih," katanya kepada Bernama, di sini.

Mengikut laporan AADK, Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,583 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.

Ahmad Razif yang juga Pengerusi Kelab Pencegahan Jenayah Negeri Terengganu berkata sebenarnya peningkatan 1,000 peratus itu disebabkan mulai 1 Jan 2010 lalu, AADK telah menerima semua penagih dadah sintetik yang sebelum itu di bawah jagaan polis. -BO

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .