
Dua peguam yang didakwa memaksa Rahimi Osman membuat dua akuan bersumpah memberi amaran mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Peguam  N Surendran berkata, kenyataan Rahimi itu jelas pembohongan dan fitnah  terhadap dua anak guamnya Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli."Tanpa ragu, kami rasakan ia merupakah satu fitnah. Kami akan keluarkan surat peguam supaya beliau membuat permohonan maaf terbuka atau menghadapi tindakan undang-undang," kata Surendran.
Ditanya sama ada beliau akan memberikan seminggu kepada Rahimi menarik balik dakwaannya semalam, Surendran berkata: "Lebih cepat daripada itu."
"Saya rasa dia tak perlu seminggu. Dia tahu dia berbohong. Hanya perlu 24 jam untuk tarik balik," katanya.
Tangan belakang
Sementara  itu bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR tengah hari ini,  Latheefa dan Saiful secara rasmi menafikan dakwaan Rahimi bahawa lelaki  itu dipaksa membuat akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib  Razak dan Rosmah Mansor.
Menurut mereka, Rahimi sebaliknya membuat akuan tersebut dengan kerelaan.
Latheefa  dan Saiful - kedua-duanya pemimpin kanan PKR - juga mempersolakan  dakwaan Rahimi semalam memandangkan ia dibuat selepas dua tahun  setengah.
  
“Beliau  sahkan bahawa beliau tahu Saiful (Bukhari) telah menemui Najib dan  Rosmah. Beliau juga memberitahu polis bahawa dibawa oleh Mumtaz Jaafar,  rakan baik Rosmah untuk menemuinya dan Najib. Rahimi konsi maklumat ini  dengan kami selepas memberikan keterangan kepada polis,” kata Latheefa.
Manakala  Saiful Izham pula yang mendakwa terkejut dengan berita semalam mendakwa  Rahimi membuat kenyataan media itu bagi memberikan kesan negatif  terhadap perjalanan posiding melibatkan kes Anwar.
  "Saya hairan, sekiranya dia ditahan, mana mungkin dia dengan parti  selepas itu, turun berkempan dalam pilihan raya kecil, khususnya di  Permatang Pauh," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR R Sivarasa pula berkata, pihaknya mengesyaki ada pihak lain di belakang Rahimi.
"Ada  tangan di belakang dia yang merancang episod baru ini? Itu akan kita  ceritakan. Itu akan jadi bab kedua dalam beberapa hari lagi. Kami akan  beritahu," kata Sivarasa masih berteka-teki.
MK


