Oleh : Lan Iisma
Ali Rustam tentunya gumbira. Anak 'halal'nya yang pertama dilahirkan pada Isnin lepas di Hospital Jasin, Melaka. 
Hasilnya  dapat dituai sebelum  sebulan sekolah itu dibuka iaitu pada 17 September  lepas. Jarang orang  mendapat hasil sebegini cepat walau apa kerjanya  tetapi Ali mampu. Itu  membuatkan Ali mampu tersenyum. Sembilan lagi anak  'halal' Ali yang  menunggu. 
Ali juga mendapat sokongan kuat Rosmah, Rosmah terpaksa pergi   makan angin menimba ilmu di Brussels, Belgium, tujuannya untuk   mengelakkan pembuangan bayi. Oleh itu selepas ini kita cuba   kira-kiralah, bertambahnya atau berkurangnya mereka yang mengandung   secara haram kerana mendapat sokongan kuat Ali dan Rosmah. Tentang yang 'projek' haram jangan dikiralah, tentulah semakin bertambah kerana Ali dan Rosmah bukannya mengira itu semua. 
Apakan daya, itulah yang mampu difikirkannya.
    
Seorang pelajar Sekolah Harapan, institusi khas untuk remaja hamil luar nikah di Jasin di sini, selamat melahirkan seorang bayi lelaki Isnin lalu.
Pengerusi Sekolah Wanita Bunting, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim (gambar) berkata, pelajar perempuan berusia 17 tahun berasal dari Melaka itu dimasukkan ke Hospital Jasin pada pukul 5 pagi setelah menunjukkan tanda-tanda hendak bersalin.
“Pelajar ini selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.6 kilogram pada pukul 8 pagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Penubuhan Sekolah Harapan dicetuskan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang bertujuan memberi perlindungan kepada remaja hamil luar nikah selain menangani gejala buang bayi yang semakin berleluasa.
Sekolah Harapan yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) itu menerima kumpulan pertama lima pelajarnya pada 20 September lalu.