KERDAU, 2 Feb - Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, Hasanuddin Salim (foto) menegaskan betapa pentingnya pengundi DUN Kerdau memilih pembangkang (Pakatan Rakyat) dalam pilihan raya kecil ini. "Berilah  undi kepada pembangkang, berilah undi kepada PAS yang mewakili Pakatan  Rakyat.Insya Allah kerajaan ini akan memberi perhatian kepada kita bersama. Kenapa saya berkata demikian, tuan-tuan tengok di tempat yang adanya pembangkang "balance" maknanya ada imbangan.
Kerajaan dia tengok masyarakat di sini bijak, dia cerdik, dia pilih pemimpin berdasarkan kepada keperluan dia. Maka kerajaan yang memerintah dia akan pergi kepada rakyat, dia akan bantu rakyat sejajar dengan perkembangan pada masa itu. Ini yang kita nak, hari ini tuan-tuan tengok itu contoh jalanraya.
Contoh yang lain kita tengok di masjid-masjid, saya berterima kasih kepada pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang diarahkan ke seluruh masjid dalam DUN Kerdau bersempena pilihan raya kecil", katanya. "Dia kena kuliah antara Maghrib dengan Isyak. Tak tau lah mungkin dia takut orang PAS kuliah dan sebagainya itu kita tak kisah. Itu satu perkara yang lain, tetapi saya berterima kasih kepada pegawai JAIP ini yang sepanjang berkempen mereka beri kuliah. Itu satu perkara yang baik".

Ceria, Hasanuddin Salim dan Ustaz Fadhil Nor (Exco Pemuda PAS Pahang)
ketika singgah untuk bersarapan di Felcra Rumpun Makmur pagi tadi
Tok-tok guru , alim ulamak dan pegawai JAIP diletakkan di masjid-masjid untuk mengadakan kuliah. Alangkah indah dan baik, saya tak marah dengan rakan-rakan saya pegawai-pegawai JAIP, mereka ini kerja dan mereka bukan pembuat polisi. Pembuat polisi adalah orang yang dipilih dalam pilihan raya seperti Menteri Besar, Timbalan dan Exco, ini semua orang yang membuat polisi. Dia dipilih melalui pilihan raya, tetapi pegawai JAIP itu tidak", katanya di Felda Jengka 25 malam tadi.
Banyak projek-projek yang tidak dijangka kini dipunggahkan ke kawasan DUN Kerdau. Semuanya kerena mahu membuktikan konon "rakyat didahulukan". Padahal sudah sekian lama BN berkuasa di kawasan itu, Kerdau dilihat begitu "daif" jika dibandaingkan dengan kawasan-kawasan lain di negeri ini.
Sedangkan Kerdau letakkan berhampiran dengan Temerloh dan mempunyai stesyen keretapinya sendiri. Tapi sungguh "teruja" sekali apabila melihat Pekan Kerdau umpama "pekan koboi" yang terasing dari arus pembangunan itu sendiri. Soalnya, apakah yang dilakukan oleh wakil rakyat terdahulu agaknya. Sekadar berjanji dan terus berjanji tetapi tidak ditunaikan. Mujurlah ada pilihan raya kecil, jika tidak sudah pasti penduduk di kawasan DUN Kerdau akan terus ketinggalan]. -PahangDaily













Sementara  itu, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS  telah diutuskan khas oleh Abdul Hadi untuk mewakili beliau ke majlis  perkebumian Erbakan.
"Beliau pergi buat selama-lamanya meninggalkan kita," tulis beliau dari sana.
"Saya  yang sempat hadir mewakili Presiden serta seluruh kepimpinan PAS di  majlis perkebumian beliau, merasa amat pilu dan sayu apabila melihat  hampir dua juta rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat hadir untuk  sama-sama bersolat jenazah di masjid Al Fateh di tengah-tengah kota  Istanbul.



Sebaliknya,  ketua pembangkang itu berkata beliau memusuhi pemimpin-pemimpin parti  Melayu terbesar itu yang zalim kepada rakyat dan mengamalkan rasuah,.
Dalam  ucapannya, Anwar menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah  peribadi dengan  sesiapa termasuk dengan Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Razak dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Lagu itu ditujukan khas kepada 'seseorang' yang pada 
"Ke-be-tu-lan," sindir Anwar dengan disambut sorakan ribuan hadirin.
Anwar  juga pada ceramah berkenaan turut membawa salinan dokumen laporan  Global Financial Integrity (GFI) yang menunjukkan aliran keluar wang  haram dari Malaysia sebanyak RM888 bilion (AS$291 bilion) dalam tempoh  sembilan tahun sejak 2000.
"Saya percaya kita boleh buat satu kejutan untuk mengubah landskap politik negara bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
TEMERLOH, 2 Mac:  Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi jaminan, PAS akan  memberikan tekanan yang sewajarnya agar masalah rakyat di Kerdau  diselesaikan dengan baik jika calonnya terpilih dalam pilihan raya kecil  ini.
Wartawan dipanggil polis lagi kerana ‘sentuh’ Rosmah Mansor?
 
Isp. Asyraf dalam reaksi spontan dilaporkan berkata, “kami hanya mahu merakam keterangan mengenai laporan MIDA sahaja, abang boleh untuk menjawab atau tidak jawab…”





