MERLIMAU: Seorang lelaki warga emas, pitam berikutan keadaan sesak perkarangan rumah yang menjadi lokasi ceramah Pakatan Rakyat di Merlimau Pasir di sini,
Keadaan sempit dan sesak dipercayai punca lelaki berusia lingkungan 50 tahun itu dikatakan tiba-tiba rebah ketika sedang mengikut ceramah seorang pimpinan Pakatan Rakyat sebelum dibantu beberapa pengunjung yang memberikannya air mineral dan mengipas-ngipas tubuhnya.
Dianggar, kira-kira 3,000 orang hadir ceramah berkenaan, malah, bilangan yang hadir dilihat melimpah ke jalan raya.
Kejadian berlaku kurang 30 minit sebelum Anwar tiba untuk memberi ucapan sekaligus mengakhiri program ceramah itu.
Antara pimpinan yang menyampaikan ucapan ialah calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah; Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani; Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.