Ikuti Blog ini

Isu Khutbah: UMNO Mendedahkan Kejahilannya

Asri: Jangan politikkan isu khutbah, tak salah doa pemimpin sejahtera

Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) tidak mempolitikkan isu membaca doa membabitkan kesejahteraan Ketua Menteri Pulau Pinang semasa khutbah sehingga boleh mencetuskan suasana tidak senang di kalangan rakyat.

Sambil menegaskan beliau tidak pasti bentuk doa yang telah dibacakan sebagaimana didakwa oleh Umno Pulau Pinang, bekas mufti Perlis kelahiran Pulau Pinang itu menganggap membacakan kesejahteraan Lim selaku Ketua Menteri atau seabgai ketua kerajaan negeri adalah perkara kecil.

“Jangan mempolitikkan isu ini, saya katakan perkara ini kepada Pakatan dan juga BN, jangan mempolitikkan,” kata beliau.

Asri menambah, parti-parti politik perlu ada semangat “negarawan” tanpa melihat sesuatu isu itu dalam skop yang terbatas atau kerangka politik semata-mata atau kepentingan kelompok tertentu.

“Saya tidak memihak kepada mana-mana pihak... kita (sebenarnya) ada banyak perkara besar untuk dilakukan bagi rakyat negara ini... isu ini (membaca doa kesejahteraan) bukanlah besar sangat pun,” kata beliau yang pulang ke tanah air dari Mekah kelmarin.

“Saya tidak tahu apakah doa yang dibacakan, kita kena melihat pada kandungan doa,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam sambil menjelaskan, doa jatuh dalam empat kategori.

Doa pertama menurut beliau, meminta seseorang pemimpin diberikan petunjuk atau hidayah manakala yang kedua berharap agar seseorang pemimpin itu bersikap adil atau bersimpati dengan nasib rakyat.

“Doa ini boleh dibacakan ke atas pemimpin sama ada mereka itu Islam atau bukan Islam,”
katanya.

PR melihat Umno menggunakan isu itu menyerang kepimpinan negeri diterajui Lim sejak Mac 2008. Isu khutbah dilihat siri terbaru serangan ke atas kerajaan negeri pimpinan PR.

“Dua doa yang lain ialah kita mendoakan kesejahteraan seseorang pemimpin itu walaupun dia berlaku tidak adil, seolah-olah kita bersetuju dengan kezaliman dia, dan satu lagi ialah berdoa memuji kepimpinan, seolah-olah doa penghias kepimpinan)... kedua-dua ini tidak boleh dilakukan,” katanya.

Asri juga membangkitkan persoalan mengapa isu doa dijadikan sebagai satu isu besar sekarang sedangkan ada parti-parti politik yang pernah berdoa agar membawa kemenangan seseorang calon bukan Islam yang diletakkan dalam pilihan raya.



Katanya, jika doa kemenangan dibolehkkan ke atas calon bukan Islam, mengapa doa kesejahteraan pemimpin bukan Islam tidak boleh demi menunjukkan hidayah atau petunjuk dan agar berlaku adil kepada rakyat.

“Saya tidak mahu menyebut parti mana yang berbuat demikian, tetapi jangan mempolitikkan isu doa sekarang... pernah ada parti yang membacakan doa agar membawa kemenangan kepada calon mereka yang bukan Islam, mengapa dulu boleh tetapi sekarang tidak boleh, jadi ada doa yang boleh dan ada doa yang tidak boleh... doa untuk kebaikan kita boleh lakukan,” katanya.

Asri juga menasihatkan agar isu khutbah dan doa dilihat dari sudut agama yang akan memberikan penyelesaian adil dan berfakta, bukannya menerusi platform politik yang lebih bersifat emosional.

Ketika ditanya mengenai penggunaan nama Ketua Menteri untuk digantikan dengan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Asri berkata, beliau tidak pasti soal tersebut baru pulang dari luar negara.

“Aspek ini saya belum ada maklumat sebab saya baru pulang dari luar negara,” kata beliau.

Setakat semalam polis sudah pun menerima tiga laporan berhubung dakwaan penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

Laporan Utusan Malaysia semalam memetik Imam Masjid Jamek Padang Menora, Ibrahim Ishak yang mengakui khatib ada menyebut nama Ketua Menteri dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, ia bermaksud semoga Allah membukakan hati Guan Eng untuk menerima Islam.

Khamis lepas, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama Ketua Menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.

Beliau berkata tindakan menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan perkara tersebut berdasarkan siasatan awal.

“Biar siasatan dijalankan untuk menentukan khatib atau imam masjid mana yang terlibat dan kalau benar tindakan tegas akan diambil,” kata Timbalan Ketua Menteri I Dr Mansor Othman dan Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik Kassim dalam satu kenyataan bersama semalam.

“Hanya khatib atau imam yang tak siuman berani menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim Guan Eng. Sekiranya dakwaan ini benar, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas,” kata pemimpin itu.

Dalam kenyataan itu juga, Abdul Malik dan Mansor menambah, dakwaan yang lebih merupakan fitnah terhadap kerajaan negeri adalah sangat serius kerana boleh mencetuskan kemarahan, kebencian dan ketegangan kaum dan agama dan membawa insiden yang tidak diingini.

“Lim Guan Eng, yang tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Islam, pun dianiayai,” kata mereka.

Umno Pulau Pinang mempertahankan pendirian mereka dengan menafikan dakwaan bahawa parti itu sengaja mencipta isu kononnya nama Ketua Menteri digunakan dalam khutbah untuk menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

Ketika menjelaskan kepada The Malaysian Insider, Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman mendakwa perkara itu benar-benar berlaku di beberapa masjid, sejak awal tahun ini.

Beliau menamakan enam masjid yang menurut parti itu telah menggunakan nama sama ada “Ketua Menteri ataupun Lim Guan Eng” dalam khutbah, yang dikesan sejak Februari lalu.

Rasulullah S.A.W sendiri pernah berdoa agar Islam dikuatkan oleh salah satu dari dua Umar. Dan akhirnya Umar bin Al-Khattab memeluk Islam.

Oh, begitu jahil puak UMNO ni dari Presiden sampai ke akar umbinya terhadap agamanya. -GB

Umno pencetus kacau bilau

http://3.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/THAE2e3nmLI/AAAAAAAAD4U/gTQd5OPXFv4/s1600/2010-08-22_005210.jpg


LEPAS SATU, SATU, ! TAK SUDAH,SUDAH ! BUAT KERJA BUSUK ,.. PASTI ADA LAGI LEPAS INI.

Tuduh kerajaan Pulau Pinang dah melampau ! masukkan nama Guan Eng dalam khutbah Jumaat..

Belum siasat dah hebuh ! Belum pasti hujung pangkal dah kecoh satu dunia. Siasat lah dulu !... Heemm! siasat ? Kita berani jamin,,.. memang mereka tak akan siasat. Kalau siasat akan terkena batang hidung UMNO sendiri !

Isunya,.. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Zahid Hamidi dengan serius menuduh nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di sebut dalam Khutbah Jumaat, kononya sebagai mengganti nama Agong/ Tuanku Mizan. Berita ini dihebuhkan keseluruh nusantara, agar orang Melayu bangkit , bangkit menentang Guan Eng. Tapi nampaknya Alhamdulillah...Orang-orang Melayu bukan UMNO pekat nampak cool saja.

Yang buat-buat marah , hebuh dan melalak macam orang gila meroyan cuma beberapa kerat orang UMNO. Kita pasti dan yakin kebanyakan orang Melayu sekarang sudah cerdik, sudah bukak mata. Mereka tak mahu lagi terus menerus diperbodohkan. Mereka tahu Lim Guan Eng sangat waras. Lim Guan Eng bukan buta agama, lebih-lebih lagi sejak beliau rapat dengan TG Nik Aziz. Mereka tahu itu Lim Guan Eng tak akan buat atau merestui kerja nakal dan bodoh itu.

Syabas ! Lim Guan Eng.. anda kelihatannya rilek saja, tak panik dan tak melatah. Kenyataan balas anda kepada tuduhan zahid itu bahawa semua ini adalah bermotif politik provokasi tepat sekali.

Kita imbau kembali usaha-usaha jahat UMNO untuk menarik sokongan Melayu
1. Kes seret kepala lembu di depan bangunan SUK Shah Alam.
2. Kes baling kepala babi di kawasan masjid
3. Kes bakar gereja, di Semenanjung dan Sabah
4. Kes tuntutan penduduk kampong Buah Pala Pulau Pinang
5. Kes kain rentang PKR libatkan Sultan Johor
6. Tuduh menuduh dengan MCA pasal hak istimewa orang Melayu.
7. Ugut orang Cina tentang kemungkinan ulangan peristiwa 13 Mei.
8. Isu “Perlembagaan Baru” yang dilontarkan oleh Mufti Perak
9. Terbaru – Isu nama Lim Guan Eng disebut dalam khutbah Jumaat
10. Zahid marahkan Lim Guan Eng kerana hadir dalam majlis pemberian zakat – konon telah mencemarkan kesucian agama Islam ! ( kepala hotak dia, ini le Islam Umno,, punya le bangang !)
Oleh : rahimothman

Surat Seorang Ibu



Sebuah filem pendek yang diarahkan oleh jurufoto perkahwinan, Saiful Nang bersama krew daripada CandidSyndrome. Juga bersama krew kamera daripada CST Production dan penolong pengarah daripada IDMopix.

Filem pendek ini ditujukan khas untuk Rumah Pengasih Warga Prihatin, Kajang.


Sebuah filem pendek yang dihasilkan oleh kumpulan amatur tetapi mempunyai jiwa yang begitu besar dan mesej yang begitu mendalam.

"Memandang ibubapa (dengan kasih sayang) adalah ibadah" hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud.

Airmata menjadi peneman dikala menontonnya. Sesuai untuk tontonan semua menjelang Aidilfitri ini.-Ajijoi

Ahlan Wa Shah Alam, Umno Wal Baghal



DEY MACHA!!!! YUSOP TAIYOOOOOOOOOB BETUL LA UMNO NI.ENTE TERLEBIH MAKAN KURMA KA?
RAMADHAN JADI RAMADAHAN.ENTE INGAT INI DAHAN KURMA KA?

AHLAN WASAHLAM NASIB BAIK TAK JADI AHLAN WA SHAH ALAM. KAH! KAH! KAH!

NI LAGI SATU BANNER YANG MENGESAHKAN UMNO WAL BAGHAL...



"SABUTan" Ramadzan Al-"MuRABAK"...???

Aidilfitri "Al-Mubarak"...???

APA ADA HAL,SEKALI SEKALA TUNJUK BAGHAL MACAM UNTA..KAH! KAH! KAH!

82% Melayu Luar Bandar Masih Miskin, UMNO BN Selewengkan DEB Untuk Bolot Kekayaan

Akibat Umno-BN Seleweng DEB 82 Peratus Melayu Luar Bandar Masih Miskin

Penyelewengan Dasar Ekonomi Baru oleh Umno-Barisan Nasional selama 40 tahun yang melibatkan ratusan bilion ringgit telah gagal meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat Melayu sehingga 82 peratus rakyat di luar bandar dan 62 peratus di bandar yang miskin masih terdiri daripada kaum Melayu.

Sehubungan itu Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata kenyataan Pengerusi SP Setia Berhad, Tan Sri Liew Kee Sin berhubung DEB tidak memberi gambaran realiti yang sebenar kerana dasar itu hanya dibolot segelintir golongan kaya yang tamak.

Sebelum ini Kee Sin menyediakan statistik bagi menunjukkan ahli perniagaan Cina maju dan berkembang di bawah DEB dengan menguasai 73 peratus kekayaan.

Beliau sendiri tersenarai antara 40 rakyat Malaysia yang terkaya dan menduduki tangga ke lapan daripada sepuluh orang terkaya di Malaysia.

"Semua orang tahu siapa mereka. Mereka bukan sahaja antara yang terkaya di Malaysia, tetapi juga di dunia. Semua orang tahu bagaimana mereka mencipta kekayaan sepanjang tempoh 40 tahun yang lalu.

"Keluhan selama ini bukan berkisar sekitar soal bahawa Cina, India, Sikh, Kadazan, Dusun, Iban dan bukan Bumiputera lain turut bersama mencipta peluang kekayaan di bawah Dasar Ekonomi Baru. Biarpun di negara yang diperintah oleh rejim yang paling menekan rakyat, memang akan wujud golongan yang berjaya," jelas beliau.

Menurut Willaim, penyalahgunaan DEB telah mengakibatkan rakyat dinafikan hak sebagai warga yang bermaruah sedangkan semua rakyat tanpa mengira kaum, agama berhak sebagai warganegara dan mempunyai kesaksamaan dalam meningkatkan taraf hidup untuk diri dan keluarga.

"Rakyat Malaysia tertakluk untuk menikmati kehidupan dengan penuh bermaruah. Tidak perlu untuk bergelut seperti Raja Tikus dalam novel John Clavell yang memaksa kita untuk melakukan rasuah dan terlibat dalam pasaran gelap semata-mata untuk hidup dalam kem tahanan perang Jepun," ujar William.

Menurutnya, watak Raja Tikus dalam novel itu telah menjadi satu kuasa kuat di dalam penjara dengan menjadi orang yang paling berjaya menerusi amalan rasuah dan pasaran gelap.

"Tentera Jepun hanya memberi tahanan sebuah tempat tinggal yang kecil dan makanan yang terhad. Semua pegawai hanya memakai cebisan pakaian buruk dan diberi layanan yang tidak berperikemanusiaaan. Bahkan pegawai kanan terpaksa mendekati Raja Tikus untuk menjualbarang-barang bernilai demi mendapatkan makanan.

"Raja Tikus bergelut dengan keadaan penjara yang cukup zalim. Penyalahgunaan dan kegagalan DEB sepertimana yang didakwa oleh Datuk Seri Nazir Razak telah mencipta satu keadaan yang serupa dalam kisah Raja Tikus," ujar beliau.

Menurut Wiliam lagi, pelaksanaan DEB telah memberi kuasa yang besar kepada pegawai kerajaan untuk meluluskan lesen, permit dan segala bentuk intervensi dalam akitiviti ekonomi.

"Dengan memiliki kuasa sebesar itu, peluang itu digunakan oleh pegawai untuk mendapatkan bayaran daripada pemilik perniagaan besar sehinggalah ke peniaga jalanan untuk mendapatkan kelulusan permit dan lesen. Penjaja dan peniaga jalanan membuat bayaran bawah kaunter untuk mendapatkan lesen.

"Peniaga besar terpaksa membayar sejumlah wang besar untuk berniaga. Inilah yang menimbulkan persepsi rasuah dan sebagainya. Bagaimana anda dapat mencari nafkah di negara yang berada pada tangga 56 dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International?," soal beliau.

Menurut William, rakyat umumnya mengetahui seruan Kee Sin yang meminta peniaga Cina bekerjasama dengan rakan kongsi Melayu di bawah semangat DEB kerana kebanyakan kontrak yang diberikan kepada Melayu telah disubkontrakkan kepada kontraktor Cina.

"Kontrak kelas F yang diberikan khasnya kepada Bumiputera dianugerahkan mengikut citarasa pegawai kerajaan ataupun Yang DiPertua Majlis Perbandaran dan bukan melalui cara bidaan terbuka. Sistem Ali Baba ini diwujudkan atas nama suci memberikan kontrak, lesen dan permit kepada peniaga Melayu untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.

"Selagi majoriti Melayu masih berada dalam keadaan miskin, Perkasa dan ekstremis akan menuntut bahawa DEB masih perlu diteruskan. DEB kemudian akan digelar Never Ending Policy, ataupun dasar yang tidak ada penamatannya," ujar beliau. -SK

Siapa Mek Hawa di Sisi Ahmad Said?

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/ahmadmekhawa.gif(Kemaskini - Mek Hawa Dapat Projek Bekal baju Sekolah)
KUALA TERENGGANU
- Siapakah seorang perempuan yang bernama Mek Hawa di sisi Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said, yang cukup istimewa nasibnya?

Ahli dan penyokong PAS mungkin tidak mengetahui dan mengenali tentang Mek Hawa yang istimewa ini kerana semakan dibuat sehingga kini, Mek Hawa bukan ahli mahupun penyokong PAS.

Walaupun begitu, bukan semua ahli dan penyokong Umno yang mungkin mengenali Mek Hawa ini, kerana Mek Hawa bukanlah dikalangan pemimpin Wanita Umno ataupun pemimpin Puteri Umno.

Oleh yang demikian, mestilah Mek Hawa ini seorang yang benar-benar istimewa di sisi Ahmad Said.

Kalau Mek Hawa tidak istimewa takkan Ahmad selaku Menteri Besar Terengganu menganugerahkan Mek Hawa projek bernilai hampir RM8 juta.

(Gambar - Hiasan dan Santai)

Mek Hawa Dapat Projek Membekalkan Baju Sekolah

Sekitar bulan November 2008, sebuah syarikat bernama Hamie Enterprise telah menghantar surat secara terus kepada Menteri Besar Terengganu, menyatakan ia adalah sebuah syarikat yang membekalkan pakaian sekolah dengan jenama 'Ganu Kita'.

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/hamie%20ent.jpgDalam surat tersebut, tidak pula dinyatakan bahawa Hamie Enterprise memohon untuk membekalkan pakaian sekolah kepada pihak kerajaan negeri.

Namun surat Hamie Enterprise yang ditandatangani oleh penama Hamie Azreen bin Ami Nordin telah diperkenankan oleh Menteri Besar untuk menjadi syarikat yang membekalkan pakaian sekolah.

Bahkan, walaupun waktu itu sudah bulan November (hujung tahun), Ahmad dilaporkan memilih Hamie Enterprise secara rundingan untuk membekalkan pakaian sekolah bagi tahun 2008 juga.

Berdasrkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Hamie Azreen bukanlah pemilik ataupun rakan kongsi Hamie Enterprise ketika ia ditubuhkan pada tahun 1994. Hamie Enterprise adalah syarikat perniagaan tunggal Mek Hawa binti Abdul Rahman

Hamie Azreen hanya dimasukkan sebagai rakan kongsi pada 6 Januari, 2008 dan kemudiannya meninggalkan Hamie Enterprise pada 26 Ogos, 2008. Menurut rekod Hamie Azreen meninggalkan syarikat tersebut adalah kerana menarik diri.

Namun dari tarikh-tarikh diatas menunjukkan Hamie Azreen digunakan sebagai penama untuk tujuan memperolehi projek membekalkan baju sekolah sebagaimana yang diluluskan pada 31 November, 2008.

Pakaian Sekolah Tidak Habih Diagihkan


Apabila diluluskan oleh Menteri Besar, Mek Hawa binti Abdul Rahman sebagai pemilik tunggal syarikat Hamie Enterprise telah mendapat tender membekalkan pakaian sekolah kepada 53,300 orang pelajar sekolah bernilai RM7,995,000.00.

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/hamie%20ent2.jpgOleh kerana keputusan tergesa-gesa yang dibuat pada hujung tahun, perbelanjaan sebesar itu yang sepatutnya ditender oleh kerajaan negeri telah diberikan begitu sahaja secara rundingan.

Maka, Mek Hawa pun kerana kesuntukan masa dilaporkan telah membuat pembelian pakaian seragam sekolah dan peralatan tersebut dari negeri China, tanpa membuat rujukan sebenar kepada keperluan pakaian dan peralatan sekolah menurut saiz secara terperinci.

Akibatnya, sehingga kini, walaupun sudah berlalu hampir dua tahun, pakaian sekolah termasuk stokin dan kasut masih 'bertambung-tambung' tidak habis diagih-agihkan kerana saiz yang tidak sesuai.

Menurut laporan setelah semakan dibuat oleh Pejabat Pelajaran Hulu Terengganu sahaja, setelah hitungan semula pada 5 Oktober, 2009, mengesahkan stok yang masih ada dalam stor pejabat pelajaran daerah tersebut adalah seperti berikut;

Kasut - 5402 pasang
Seluar Panjang - 5066 helai
Kemeja Lengan Pendek - 4222 helai
Baju Kurung Putih - 4415 helai
Kain Sarung Biru - 936 helai
Tudung - 2910 helai

Lebihan pakaian dan peralatan sekolah yang tidak habis diagih-agihkan itu dilaporkan kini berada dalam Dwan Badminton berhampiran kediaman rasmi Menteri Besar

Pembaziran tersebut bukan sahaja telah dipersoalkan oleh wakil-wakil rakyat PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri sejak sesi lalu, malah wakil-wakil kerajaan juga mempersoalkan justifikasi Ahmad menganugerahkan projek tanpa tender bernilai RM7,995,000.00 kepada Hamie Enterprise.

Asakan yang datang bukan sahaja dari pembangkang, malah dari ADUN Umno sendiri telah menyebabkan Ahmad Said naik darah dan bersumpah pada Sidang DUN lalu.

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/dokumensulit%20026.jpgKatanya segala projek yang dilakukan oleh kerajaan adalah mengikut prosedur yang ditetapkan dan semuanya dilakukan adalah untuk kepentingan rakyat semata-mata.

"Saya merasa sedih apabila ada wakil rakyat mempersoalkan mengenai pemberian kurma dan air zam-zam, malah ada andaian berlaku penyelewengan.

"Dengan nama Allah, bismillahirrahmanirrahim, wallahi, wabillahi, wataallahi...tidak ada penyelewengan, rasuah dalam kes ini atau dalam kes-kes lain. Saya telus. Saya boleh jelaskan hal ini demi kepentingan rakyat," katanya.

Ahmad berkata bahawa bungkusan kurma yang diagihkan kepada rakyat Terengganu dengan kos RM20 adalah berpatutan dan tidak ada sebarang penyelewengan dalam pemberian kontrak pembelian tiga jenis kurma dan air zam-zam itu.

Beliau mengulas mengenai soal pengagihan air zam-zam dan kurma yang dibangkitkan oleh Alias Abdullah (BN-Alur Limbat) dalam sesi perbahasan bajet semalam.

Sepanjang persidangan tiga hari Disember lalu, antara persoalan yang dibangkitkan ialah mengenai pemberian kontrak melombong bijih besi di Bukit Besi, kontrak pemberian baju sekolah kepada pelajar miskin dan dasar rundingan terus yang dilakukan oleh kerajaan dalam soal pembaikan dan penurapan jalan.

Namun benarkah Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu telus dalam pemberian kontrak dan projek???

Kalau benar, mengapa Mek Hawa tiba-tiba boleh mendapat 'kurniaan' balak pula seluas 1,200 hektar pula??

Mek Hawa Dapat Balak Pula.....???? -BO

Dinar: Tiada masalah jika rakyat Kelantan setuju

KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat, tiada masalah jika kerajaan Kelatan mahu menggunakan dinar emas dan dirham perak sesama rakyat negeri itu.

Menurutnya selagi rakyat negeri itu bersetuju menggunakan dinar dan dirham sebagai alat pertukaran, maka tidak timbul sebarang masalah.

"Undang-undang kata Bank Negara sahaja yang dibenarkan kerajaan persekutuan, keluarkan wang sebagai mata wang.

"Kalau nak ganti itu memang salah, tetapi kalau nak guna sesama dia tidak salah saya rasa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di satu majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur hari ini.

Tambah beliau lagi, kejayaan penggunaan dinar dan dirham bergantung kepada keyakinan masyarakat terhadap wang berkenaan.

Berucap sebelum itu, beliau juga berkata, kerajaan Kelantan bagaimanapun mesti memberi penerangan secara meluas agar rakyat negeri itu itu keliru dengan nilai dinar dan dirham tersebut.

"Tapi nak guna dirham untuk seluruh negara tak bolehlah. Kerajaan Kelantan tak ada kuasa di bawah undang-undang.

Katanya lagi, kerajaan negeri juga tidak boleh dipersalahkan sekiranya masyarakat tidak mahu menggunakan dinar dan dirham tersebut.

Turut berucap di majlis anjuran Persatuan Anak Darul Naim Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERSADA) itu ialah exco kanan kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa.

Husam berkata, dinar adalah bersifat pelengkap kepada ringgit dan kedua-duanya boleh digunakan.

Alasan tidak munasabah

Beliau turut membidas pihak yang yang mendakwa mengguna dinar akan merugikan kerana mudah dipalsukan dengan menganggap alasan tersebut tidak munasabah.

"Ringgit pun boleh dipalsukan, tapi bank negara boleh membezakan yang tulen dan palsu.

"Dinar pun ada alat yang boleh bezakan yang tulen atau palsu.

Selain itu dinar jelasnya lebih stabil kerana ianya aset yang sentiasa berkembang dan harganya meningkat mengikut masa berbanding mata wang dunia.

"Kalau judi bola boleh dihalalkan, tapi hairan kenapa tak boleh iktiraf dinar dan dirham," katanya. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .