Kuala
Lumpur: Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, di bawah
Pakatan Rakyat kelak peristiwa seperti himpunan di Pulau Pinang dan
Kuantan (perhimpunan Lynas) tempoh hari akan diterima sebagai KPI polis.
Peristiwa seperti di Kuala Lumpur akan dilihat sebagai kegagalan mereka, kata Khalid melalui twitternya hari ini.
Beliau merujuk kepada kekecohan yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 semalam di Kuala Lumpur.
Perhimpunan
yang asalnya berjalan dengan aman bertukar kecoh apabila polis
bertindak menembak gas pemedih mata di tengah-tengah orang ramai.
Orang
ramai juga mula marah apabila melihat sebuah kereta polis masuk ke
kawasan mereka dalam keadaan pemandu kereta itu memakai topi kledar.
Akibatnya orang ramai melempar botol air dan sebagainya ke kereta itu.
Kereta itu kemudiannya melanggar orang ramai dan berhenti di tembok komplek Sogo.
Tiga orang dikatakan cedera manakala seorang disahkan cedera parah serta mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Sebagai reaksinya, pemnadu kereta bertopi keledar itu di belasah oleh orang ramai.
Bagi
Khalid, Walaupun dikatakan ada yang cuba merempuh pagar berduri di
Dataran Merdeka, menembak gas ke arah ribuan orang yang sedang berkumpul
secara aman hanya menjanjikan kekecohan.
"Polis yang pro tidak
bertindak begitu, sebaliknya berusaha mengawal keadaan, menjaga
keselamatan orang ramai, termasuk pendemonstran kerana polis bersenjata,
rakyat tidak," katanya.
Oleh kerana hanya polis bersenjata,
tindakan polis mesti lebih terkawal, lebih profesional. Mereka
sepatutnya dilatih untuk jaga rakyat bukan memukul rakyat, tambah Khalid
yang juga AJK PAS Pusat.
"Bawah PR kelak, polis akan dilatih
menjadi pelindung/pembela rakyat. Perubahan ini wajib dilakukan demi
masa depan hubungan rakyat dan institusi polis," tegas Khalid lagi.
Seorang
lagi rakan beliau, Dr Syed Azman Syed Ahmad dalam kenyataannya pula
mempertikaikan laporan media tradisional yang dikawal oleh Umno dan
Barisan Nasional hari ini.
"Meneliti berita Bersih dalam akhbar New Straits Times, The Star, BHarian dan Mingguan Malaysia sambil sarapan.
"Takada yang baik dari himpunan aman Bersih..akhbar jijik," tulis beliau yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS.
Salah satu tuntutan Bersih 3.0 adalah liputan media yang adil. -HD
Tragedi perlanggaran kereta peronda polis dengan peserta Bersih
semalam di Kompleks Sogo dijadikan sandaran utama bukti kununnya
keganasan dimulakan peserta himpunan yang bertempiaran lari setelah
tembakan gas pemedih mata pusingan pertama dilepaskan tepat jam 3.01
petang.
Namun untuk membuktikan bahawa media pencacai Umno-APCO sebenarnya
berbohong, contohnya pada Bersih 2.0 gambar 'peserta' diubah imej, kali
ini kecekapan pihak media dan orang awam merakamkan saat-saat insiden
berlaku sangat menggusarkan Umno-APCO kembali.
Fitnah yang dilempar kununnya peserta Bersih menterbalikkan kereta
peronda adalah hakikat bahawa seorang peserta telah terperangkap di
bawah kenderaan itu dan apabila pemandunya keluar, terbongkarlah
sebenarnya siapa yang menipu.
Pemandunya memakai baju t berwarna kelabu, memakai topi keledar berwarna
hitam yang hanya dipakai sekiranya berlumba di litar dan berseluar
pendek serta bercermin mata hitam seolah-olah menyamar menjadi salah
seorang dari peserta himpunan.
Dan saksi kejadian turut menceritakan selepas keluar dari kereta yang
remuk akibat hentaman kuat mengenai tangga kompleks tersebut, pemandunya
cuba lari setelah dibelasah teruk oleh peserta himpunan yang menyedari
ada jasad terperosok dibawah kereta itu, dan disambut oleh seorang
penunggang motosikal yang sudah sedia cabut lari, apakah ia kebetulan
semata-mata?
Taktik sebegini agak baru, tetapi tidak sukar untuk kita meneka siapa
sebenarnya penjenayah yang dilesenkan Umno-APCO untuk melakukan
keganasan.
Polis Cawangan Khas (SB) sebenarnya adalah dalang yang bertindak sebagai
agen yang menyamar menjadi 'peserta' sebagaimana yang dilakukan rakan
mereka sewaktu kawat duri dipotong sejurus Anwar Ibrahim tiba di Jalan
Tun Perak kurang sejam sebelum insiden berdarah ini berlaku.
Rakaman video dari pelbagai sumber membuktikan media pencacai Umno-APCO
sudah tidak lagi beretika dalam melaporkan berita hingga terpaksa menipu
kununnya hanya 3000 peserta yang hadir sekaligus gagal mencapai
matlamatnya.
Sedangkan laporan dari Reuters misalnya, menganggarkan lebih 25 ribu
atau lebih, BBC turut menganggar lebih 50 ribu dan Al Jazeera 75 ribu.
Persoalannya di sini:
1) Mengapakah hanya jurugambar media pencacai Umno-APCO seperti Utusan
dan Berita Hairan tidak dirampas kamera dan kad memori mereka sedangkan
wartawan Al Jazzera dan Malaysiakini terpaksa berputih mata melihat
harta mereka dirosakkan sekelip mata?
2) Apakah Standard Prosedur Operasi (SOP) polis terbaru mula
diaplikasikan dengan merampas bahan bukti bergambar dan video sebagai
satu langkah melindungi keganasan mereka?
3) Siapakah sebenarnya yang memberi arahan sekejam ini dengan
mengarahkan anggota bawahan yang menyamar sebagai peserta menggunakan
harta awam seperti kereta peronda untuk mencetuskan provokasi dan
melanggar orang awam sesuka hati hingga cedera parah?
Ternyata dua anggota polis yang cedera tidak mampu melawan kecederaan
rakyat yang beribu kali ganda lebih teruk hingga kununnya menagih
simpati rakyat atas keganasan yang mereka sendiri mulakan.
Bukti paling jelas, pada jam 635 petang, puluhan 'peserta baju t Bersih'
menedang kon milik polis ke arah polis beruniform tanpa ada sebarang
tangkapan di hadapan ibu pejabat bank milik Singapura, OCBC di Jalan Tun
Perak.
Provokasi yang dicetuskan dengan cara sebegitu menyebabkan polis
beruniform dan meriam air mara kununnya untuk menembak air ke arah
'peserta' tetapi sebenarnya disasarkan ke arah peserta Bersih tulen yang
berkumpul di perkarangan Masjid Jamek.
Apa yang tinggal lagi dengan pasukan polis kita di bawah Menteri Dalam Negeri yang juga sepupu Najib, Hishamuddin Hussien?
Integriti? Profesionalisme? MESRA RAKYAT????
Tepuk dada tanyalah iman.
Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta
peronda polis adalah untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di
bawah kereta itu selepas dilanggar.
Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan
melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang
itu terperosok di bawah kereta itu.
Untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai menterbalikkan kereta peronda polis. -jln Pulang
(Kereta peronda polis yang remuk teruk di hadapan selepas melanggar
tembok Sogo dan tiga peserta perhimpunan. Ia menunjukkan ia dipandu
dengan laju sebelum melanggar peserta perhimpunan.)
Menurut seorang aktivis dari Terengganu yang menyertai perhimpunan hari
ini, kejadian itu berlaku di depan mata beliau berhampiran pasaraya
Sogo.
"Ambe (maksudnya saya) petang (tadi) jadi saksi kejadian polis rempuh
pendemo. YA! Memang ade provokasi tapi setelah check-check, rupanya yang
start lempar botol air mineral kat kereta polis tu adalah Sahabat Bodoh
(SB)...!
"Mana tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO.
"Berita yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang
dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis,
sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan
wanita tu.
"Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo.
"Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu.
"Suasana pilu, tangisan kedengaran melihat insiden itu.
"Ya, memang ada yang mulakan provokasi, dah kejar orang tu tapi tak
sempat sebab dia naik motor lari," cerita saksi itu dalam facebooknya.
Cerita yang beliau tulis itu amat sepadan sekali dengan video yang disiarkan oleh Malaysiakini di bawah ini.
Ia dapat disahkan apabila seorang wanita yang bersuara nyaring dalam
video ini berkata, "Astaghfirullah... angkat-angkat" sementara seorang
lagi peserta demonstrasi melihat ke bawah kereta peronda polis itu.
Melalui video yang lain pula, pemandu kereta polis itu dilihat memandu secara laju.
Kereta itu kemudiannya merempuh orang ramai yang berada di sekitar Sogo itu dan kemudiannya merempuh tembok.
Orang ramai membelasah pemandu yang bertopi keledar itu tetapi membawa
keluar dengan baik anggota polis yang turut berada dalam kereta itu.
Kereta itu kemudiannya diterbalikkan kerana menganggap masih ada orang yang terperangkap di bawah kereta itu.
Inilah yang dikatakan Polis tidak ganas???Yang ganas peserta Bersih?? Mamat tu berdiri kat tepi saja beb,
yang polis peronda "Barua" and "Pencacai" pegi kejar,tangkap dan belasah
ramai-ramai apa hal..??Kalau lu tak dapat nak control nafsu syaitan lu
orang,lebih baik lu buang uniform dan jadi Gangster!!
Gua rasa kalau video nii..berlaku kat luar negara,wa pasti polis nii
kantoii habis,atau rakyat negara tersebut akan merusuk gila-gila,seperti
apa yang pernah terjadi di US.Tapi negara kita,polis ada kuasa penuh
dan dilindungi 200% oleh pemerintah "Bangsat" dan meluat..bagi
menghalang rakyat daripada bangun meyuarakan bantahan terhadap kezaliman
Kera jaan BN!!
Bagi
pihak pimpinan PAS, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada
seluruh ahli dan penyokong yang telah berjaya mengikut arahan pimpinan
sehingga Bersih 3.0 berjaya diadakan dengan jayanya.
Ahli-ahli PAS telah menunjukkan komitmen bersungguh, sehingga jumlah
yang ramai berjaya hadir dan bertugas dengan baik khususnya anggota Unit
Amal. Begitu juga rakyat yang datang daripada pelbagai latar belakang
politik dan tidak berparti juga turut menjayakan.
Saya sempat berjalan bersama rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat dari
Masjid Negara hingga ke tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya bersyukur
kepada Allah SWT dan moga semua yang menjayakan diberi ganjaran oleh
Allah. Dalam masa yang sama saya mengucapkan terima kasih dan tahniah
kepada rakan Pakatan Rakyat yang ikut serta dan NGO-NGO yang memulakan
himpunan sehingga tercapai kejayaan lebih besar daripada Bersih 2.0.
Kepada pihak kerajaan, saya mengingatkan supaya segera melakukan
perubahan dalam demokrasi di negara kita. Segera bersihkan daftar
pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi. Jangan tulikan
telinga dengan protes besar rakyat kelmarin.
Jika sekiranya tuntutan rakyat kekal tidak didengari, kita sedia
menganjurkan perhimpunan lebih besar dengan jumlah berganda daripada
Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihanraya diterima.
Kita mahukan perubahan kerajaan dalam keadaan aman dan matang
sebagaimana amalan negara-negara maju yang telah matang amalan
demokrasinya.
Menurut polis, sehingga
jam 7 petang tadi, seramai 388 orang telah ditahan…Kesalahannya Apa?
Demo secara Aman,bertukar menjadi kelam kabut akibat kezaliman
polis…depa tembak dengan Gas pemedih mata,sembur dengan air
kimia…beginikah caranya kerajaan melayan tuntutan rakyat jelata…
Macam negara tidak bertamadun….Tak malukah kita pada dunia yang menonton peristiwa ini…