Ikuti Blog ini

BERSIH 3.0: Siapa Pemandu Kereta Polis Pakai Topi Keledar Dan Seluar Pendek?


Tragedi perlanggaran kereta peronda polis dengan peserta Bersih semalam di Kompleks Sogo dijadikan sandaran utama bukti kununnya keganasan dimulakan peserta himpunan yang bertempiaran lari setelah tembakan gas pemedih mata pusingan pertama dilepaskan tepat jam 3.01 petang.

Namun untuk membuktikan bahawa media pencacai Umno-APCO sebenarnya berbohong, contohnya pada Bersih 2.0 gambar 'peserta' diubah imej, kali ini kecekapan pihak media dan orang awam merakamkan saat-saat insiden berlaku sangat menggusarkan Umno-APCO kembali.

Fitnah yang dilempar kununnya peserta Bersih menterbalikkan kereta peronda adalah hakikat bahawa seorang peserta telah terperangkap di bawah kenderaan itu dan apabila pemandunya keluar, terbongkarlah sebenarnya siapa yang menipu.

Pemandunya memakai baju t berwarna kelabu, memakai topi keledar berwarna hitam yang hanya dipakai sekiranya berlumba di litar dan berseluar pendek serta bercermin mata hitam seolah-olah menyamar menjadi salah seorang dari peserta himpunan.

Dan saksi kejadian turut menceritakan selepas keluar dari kereta yang remuk akibat hentaman kuat mengenai tangga kompleks tersebut, pemandunya cuba lari setelah dibelasah teruk oleh peserta himpunan yang menyedari ada jasad terperosok dibawah kereta itu, dan disambut oleh seorang penunggang motosikal yang sudah sedia cabut lari, apakah ia kebetulan semata-mata?

Taktik sebegini agak baru, tetapi tidak sukar untuk kita meneka siapa sebenarnya penjenayah yang dilesenkan Umno-APCO untuk melakukan keganasan.

Polis Cawangan Khas (SB) sebenarnya adalah dalang yang bertindak sebagai agen yang menyamar menjadi 'peserta' sebagaimana yang dilakukan rakan mereka sewaktu kawat duri dipotong sejurus Anwar Ibrahim tiba di Jalan Tun Perak kurang sejam sebelum insiden berdarah ini berlaku.



Rakaman video dari pelbagai sumber membuktikan media pencacai Umno-APCO sudah tidak lagi beretika dalam melaporkan berita hingga terpaksa menipu kununnya hanya 3000 peserta yang hadir sekaligus gagal mencapai matlamatnya.

Sedangkan laporan dari Reuters misalnya, menganggarkan lebih 25 ribu atau lebih, BBC turut menganggar lebih 50 ribu dan Al Jazeera 75 ribu.

Persoalannya di sini:

1) Mengapakah hanya jurugambar media pencacai Umno-APCO seperti Utusan dan Berita Hairan tidak dirampas kamera dan kad memori mereka sedangkan wartawan Al Jazzera dan Malaysiakini terpaksa berputih mata melihat harta mereka dirosakkan sekelip mata?

2) Apakah Standard Prosedur Operasi (SOP) polis terbaru mula diaplikasikan dengan merampas bahan bukti bergambar dan video sebagai satu langkah melindungi keganasan mereka?

3) Siapakah sebenarnya yang memberi arahan sekejam ini dengan mengarahkan anggota bawahan yang menyamar sebagai peserta menggunakan harta awam seperti kereta peronda untuk mencetuskan provokasi dan melanggar orang awam sesuka hati hingga cedera parah?

Ternyata dua anggota polis yang cedera tidak mampu melawan kecederaan rakyat yang beribu kali ganda lebih teruk hingga kununnya menagih simpati rakyat atas keganasan yang mereka sendiri mulakan.



Bukti paling jelas, pada jam 635 petang, puluhan 'peserta baju t Bersih' menedang kon milik polis ke arah polis beruniform tanpa ada sebarang tangkapan di hadapan ibu pejabat bank milik Singapura, OCBC di Jalan Tun Perak.

Provokasi yang dicetuskan dengan cara sebegitu menyebabkan polis beruniform dan meriam air mara kununnya untuk menembak air ke arah 'peserta' tetapi sebenarnya disasarkan ke arah peserta Bersih tulen yang berkumpul di perkarangan Masjid Jamek.

Apa yang tinggal lagi dengan pasukan polis kita di bawah Menteri Dalam Negeri yang juga sepupu Najib, Hishamuddin Hussien?

Integriti? Profesionalisme? MESRA RAKYAT????

Tepuk dada tanyalah iman.



Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar.

Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu.

Untuk menyelamatkan orang yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai menterbalikkan kereta peronda polis. -jln Pulang



(Kereta peronda polis yang remuk teruk di hadapan selepas melanggar tembok Sogo dan tiga peserta perhimpunan. Ia menunjukkan ia dipandu dengan laju sebelum melanggar peserta perhimpunan.)

Menurut seorang aktivis dari Terengganu yang menyertai perhimpunan hari ini, kejadian itu berlaku di depan mata beliau berhampiran pasaraya Sogo.

"Ambe (maksudnya saya) petang (tadi) jadi saksi kejadian polis rempuh pendemo. YA! Memang ade provokasi tapi setelah check-check, rupanya yang start lempar botol air mineral kat kereta polis tu adalah Sahabat Bodoh (SB)...!

"Mana tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO.

"Berita yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis, sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan wanita tu.

"Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo.

"Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu.

"Suasana pilu, tangisan kedengaran melihat insiden itu.

"Ya, memang ada yang mulakan provokasi, dah kejar orang tu tapi tak sempat sebab dia naik motor lari," cerita saksi itu dalam facebooknya.

Cerita yang beliau tulis itu amat sepadan sekali dengan video yang disiarkan oleh Malaysiakini di bawah ini.

Ia dapat disahkan apabila seorang wanita yang bersuara nyaring dalam video ini berkata, "Astaghfirullah... angkat-angkat" sementara seorang lagi peserta demonstrasi melihat ke bawah kereta peronda polis itu.

Melalui video yang lain pula, pemandu kereta polis itu dilihat memandu secara laju.

Kereta itu kemudiannya merempuh orang ramai yang berada di sekitar Sogo itu dan kemudiannya merempuh tembok.

Orang ramai membelasah pemandu yang bertopi keledar itu tetapi membawa keluar dengan baik anggota polis yang turut berada dalam kereta itu.

Kereta itu kemudiannya diterbalikkan kerana menganggap masih ada orang yang terperangkap di bawah kereta itu.

DENGAR SENDIRI PENGAKUAN SAKSI KEJADIAN!!

SIAPA SEBENARNYA PEMANDU KERETA PERONDA POLIS??

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .