


TEMERLOH, 28 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa pemilihan pucuk pimpinan utama pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 minggu depan membuktikan PAS adalah parti yang berani.
Ini, katanya kerana pemilihan itu diadakan dalam tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan diadakan.
Beliau yang juga ahli Parlimen Marang berkata, sedangkan ada parti yang menangguhkan pemilihan apabila berhadapan dengan PRU.
"Kita berani buat pemilihan walaupun dalam tempoh pilihan raya diadakan sedangkan parti lain menangguhkan pemilihan," ujarnya pada sidang media tengah malam tadi selepas berucap pada majlis ceramah sempena Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau.
Hadir sama ialah Naib Presiden dan AJK PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mazlan Aliman.
Tuan Guru Abdul Hadi yang diisytiharkan menang tanpa bertanding jawatan Presiden PAS bagi sesi 2011-2013 menyatakan demikian ketika diminta mengulas berhubung calon-calon yang mengesahkan bertanding dalam pemilihan parti pada muktamar kali ini.
Petang semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman mengumumkan senarai-senarai yang mengesahkan bertanding pada muktamar kali ini.
Mengulas lanjut senarai calon-calon yang bertanding, beliau berkata ia menunjukkan wujudnya demokrasi di dalam PAS.
Jelasnya, PAS memberi hak kepada calon untuk bertanding dan perwakilan untuk membuat pilihan.
Baginya, pemilihan pucuk pimpinan di dalam PAS tidak mendatangkan masalah kerana ianya mempunyai kawalan moral. -Hrkh
Pada tahun 2002, beberapa kumpulan hak asasi telah memprotes pembelian tiga buah kapal selam yang mereka dakwa tidak sesuai dan melibatkan kos yang terlalu mahal.
Mereka percaya tawaran serta komisen yang diberikan kepada Razak Baginda untuk menguruskan pembelian kapal selam adalah untuk suapan Najib.
Kedua-dua Najib dan Razak Baginda juga diyakini mempunyai hubungan sulit dengan wanita jelita warga Mongolia, yang boleh bertutur 4 bahasa termasuk Russia. Wanita Mongolia berkenaan diyakini telah membantu Razak Baginda dengan terjemahan sepanjang perundingan dengan pihak DCNS.
Najib, yang ketika itu merupakan Menteri Pertahanan, telah meluluskan pembelian tiga buah kapal selam berkenaan.
Walaupun pelbagai dakwaan timbul yang menjurus dan mengarah kepada seseorang yang berkedudukan tinggi di negara ini, siasatan yang dilakukan tidak pernah dilakukan ke atas Najib.
Dua orang bekas pengawal peribadi Najib telah pun dijatuhi hukuman mati kerana didapati bersalah melakukan pembunuhan kejam ke atas wanita jelita Mongolia. Bagaimanapun Razak Baginda terlepas daripada menerima sebarang hukuman dan telah dibebaskan. Beliau kemudiannya terus terbang ke United Kingdom untuk meneruskan pengajiannya.
Pihak berkuasa terus-menerus menolak dan mengelak daripada mendedahkan butiran lengkap urusan jual-beli kapal selam berkenaan, walaupun didesak oleh pelbagai golongan rakyat hingga akhirnya memaksa NGO terbesar Malaysia, SUARAM mengemukakan aduan di Paris terhadap DCNS.
SUARAM berusaha untuk mendapatkan semula wang rasuah daripada DCNS yang mungkin telah dibayar untuk memperolehi kontrak membekalkan ketiga-tiga buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia, di mana keseluruhan bayaran telah ditanggung menggunakan wang pembayar cukai Malaysia.Sementara itu, maklumat baru telah muncul bahawa wujud 'orang ketiga' (selain wanita Mongolia dan Razak baginda) yang telah melakukan perjalanan ke Eropah untuk membincangkan urusan dan perjanjian pembelian kapal selam. Maklumat ini sekali lagi, tidak dapat tidak, akan kembali menjurus kepada Najib.
"Para peguam kami telah memberitahu kami bahawa nama orang ketiga muncul ketika penyiasatan," kata Cynthia Gabriel, Pengarah SUARAM kepada Malaysia Chronicle, namun Cynthia menolak untuk memberikan butiran lanjut.
Pihak berkuasa Perancis telah menyatakan persetujuan untuk mendengar aduan terhadap DCNS yang telah dikemukakan oleh SUARAM dalam tempoh satu atau dua bulan.
Peguam yang akan mewakili SUARAM dalam perbicaraan kes ini di Perancis, dijadualkan tiba di Kuala Lumpur untuk memberi taklimat kepada pelanggan mereka (SUARAM) dan kumpulan warga prihatin yang lain sebelum kes ini mula dibicarakan di Paris.
- Malaysia Chronicle (Terjemahan M@RHAEN)
Malaysia Kini: