Ikuti Blog ini

Mahathir buka mulut, undi Melayu untuk BN menurun




KUALA LUMPUR: PAS melihat pengaruh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak langsung menjejaskan undi kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan datang.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, Pakatan Rakyat tidak pernah risau apabila Dr Mahathir membuka mulut mengkritik apa sahaja yang beliau kehendaki.

"Saya melihat Dr Mahathir memang mempunyai pengaruh tetapi ia tidak langsung memberi kesan undi kepada mereka yang menyokong Pakatan Rakyat.

"Tetapi ia akan memberi kesan secara langsung kepada sokongan Umno Barisan Nasional," jelasnya kepada Harakahdaily.

Jelas Mahfuz, tindakan Dr Mahathir membuka mulut atau mengkritik sebenarnya menimbulkan kerisauan kepada pemimpin Umno.

Malah, mereka beranggapan setiap kali Dr Mahathir membuat kritikan sokongan yang mereka perolehi dari undi orang Melayu akan menurun.

"Kita lihat bagaimana Dr Mahathir mengkritik mengatakan pemberian BR1M adalah seperti membeli undi, dan ini secara langsung akan terus mengurangkan sokongan kepada Umno Barisan Nasional.

"Inilah yang dirisaukan oleh Umno apabila Dr Mahathir menyuarakan pendapat, mereka bukannya mendapat peningkatan sokongan malah semakin berkurang," kata beliau lagi.

Mahfuz yang menyatakan, pengaruh Dr Mahathir adalah penentu kedudukan pemimpin Umno di dalam parti mereka sendiri bukannya penentu kepada kedudukan Pakatan Rakyat.

"Pemimpin Umno perlu tahu, pengaruh Dr Mahathir adalah penentu kedudukan mereka pada pemilihan dalam Umno itu sendiri bukannya penentu kedudukan Pakatan Rakyat.

"Pakatan Rakyat tidak pernah risau apabila Dr Mahathir bersuara tetapi pemimpin-pemimpin Umno perlu risau kerana kedudukan mereka belum terjamin lagi," sambung beliau lagi.

Tambahnya lagi, setiap kali Dr Mahathir mengkritik sokongan kepada Pakatan Rakyat terus bertambah sama ada dari undi Melayu mahupun kaum-kaum lain.

Manakala, Umno terus tertekan untuk menepis setiap kritikan tersebut apatah lagi bila melibatkan keputusan yang dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional. -Hrkh

BN Kini Terperangkap Dengan Isu Soros

Muhyiddin dakwa isu Soros bukan untuk keuntungan politik


Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa BN tidak menggunakan isu jutawan George Soros – yang didakwa membiaya NGO tempatan untuk menjatuhkan kerajaan – demi keuntungan politik parti.

Beliau dipetik akhbar Mingguan Malaysia sebagai berkata, perkara itu hanya ditimbulkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir sebagai peringatan bahawa bantuan Soros itu "tidak membantu negara."



"Rakyat boleh menilai, kalau kita biarkan bermakna kita mahu kuasa asing menguasai negara dan Soros mahu menggunakan kuasa wang untuk menimbulkan masalah dalam negara kita.

"Kita tidak menggunakan itu (demi keuntungan politik) tetapi kenyataan yang perlu dijelaskan," katanya dalam laporan akhbar milik Umno itu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyatan timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pada Khamis lalu yang bimbang serangan BN ke atas Soros akan "memakan diri sendiri".

Dalam laporan edisi hujung minggu Utusan Malaysia itu lagi, Muhyiddin berkata isu sama ada perkara itu menimbukan kesan buruk kepada BN tidak timbul kerana dakwaan tersebut telahpun dipersoalkan banyak pihak.

"Umum mengetahui peranan Soros di banyak negara, ini satu kenyataan yang perlu kita sedari kerana kalau rakyat tidak menyedarinya, ia adalah sat perkara bahaya.

"Peringatan Tun Mahathir adalah satu kenyataan dan badan yang mengharap bantuan Soros perlu sedar tindakan itu tidak membantu negara," katanya.

Projek memburuk-burukkan pembangkang dengan jutawan George Soros – seperti yang dilaporkan meluas oleh media sekarang – telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini.

Melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim didakwa mendapat dana spekulator mata wang dunia itu bagi menghadapi pilihan raya umum.

Dengan menonjolkan beliau sebagai ejen Yahudi Zionis, Soros melalui Institut Masyarakat Terbuka (OSI) didakwa membiaya Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang disertai Anwar.

"... Anwar merupakan antara ahli majlis eksekutif ICG ... sebahagian besar (pemimpin) dalam ICG adalah berbangsa Yahudi," buku setebal 322 halaman itu dipetik.

"Soros mengkritik tindakan kerajaan Malaysia dan membela Anwar semasa beliau didakwa atas (tuduhan) salah guna kuasa."

Hubungan Soros-Anwar ini dimuatkan dalam bab "Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) dan hubungan Zionis", satu daripada 22 bab yang disusun bagi menjawab isu dan program yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sehingga Jun lalu.

SPRM Alat BN, Tutup Skandal RM40 juta UMNO Sabah


“Adakah SPRM telah membuat siasatan penuh termasuk mengambil kenyataan Datuk Seri Musa?” tanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Semalam, katanya kerajaan BN bangga mengumumkan pembebasan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman daripada skandal wang tunai S$16 juta (RM40 juta) ekoran tindakan SPRM untuk menggugurkannya daripada dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Menurutnya, mengikut jawapan bertulis Parlimen Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, Pejabat Ketua Peguam Negara tidak menjumpai apa-apa elemen rasuah dalam kes seorang ahli peniagaan Sabah yang ditahan di Hong Kong kerana menyeludup wang berjumlah RM40 juta dalam mata wang Singapura.

Katanya, Nazri berkata bahawa siasatan menunjukkan duit itu sebenarnya merupakan sumbangan politik kepada Umno Sabah dan bukan kepada Musa.

“Adakah BN ingat bahawa rakyat Malaysia senang tertipu dengan cerita sebegini dan menerima bahawa tidak ada masalah kerana duit yang diseludup itu adalah untuk Umno Sabah dan bukan untuk Musa?” soalnya dalam satu kenyataan.

Tanya beliau lagi, apakah syarat-syarat di sebalik sumbangan RM40 juta itu dan kenapakah ia dilakukan dengan mata wang Singapura.

Bagi Ahli Parlimen Bagan itu, sekali lagi SPRM cuba untuk menutup skandal politik wang oleh BN.

“Skandal penyeludupan RM40 juta wang tunai ini menyusul selepas dua lagi skandal yang melibatkan dua orang lagi ketua menteri BN,” katanya.

Baru-baru ini, ujarnya sebuah NGO Switzerland telah mendakwa bahawa kekayaan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dianggarkan mencecah RM46 bilion, lantas menobatkannya sebagai orang terkaya di Malaysia.

“Lepas itu, kita berhadapan dengan majlis kenduri kahwin anak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam, di mana 130,000 orang tetamu telah dijamu dalam sambutan yang memecah rekod.

Sehingga hari ini, ujarnya Ali Rustam masih lagi gagal menjelaskan bagaimana beliau mampu menanggung kenduri yang begitu mewah yang mendakwa kosnya hanya RM600,000 dan mendapat tajaan.

Justeru, kata Lim, rakyat Malaysia sudah tidak boleh tahan dengan keangkuhan pemimpin-pemimpin BN yang bukan sahaja mengaut kekayaan yang luar biasa tetapi juga menonjolkannya di khalayak umum. -HD

Hanya Kanak-Kanak Sambut Najib Di Kudat?


Kehadiran perdana menteri Najib Altantuya ke Daerah Kudat di utara Sabah disambut dingin penduduk walaupun penganjuran karnival jelajah janji ditepati diadakan di daerah itu.
Buktinya, jika dilihat sambutan yang diberikan ternyata yang hadir di tapak karnival di Kompleks Sukan Kudat itu hanya kanak-kanak yang kelihatan yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu berada di kawasan tersebut.
Seperti biasa Najib Altantuya terus menghentam Pakatan Rakyat tanpa rasa malu melihatkan betapa pembangunan di negeri ini jauh ketinggalan dari negeri-negeri lain walaupun sudah mencapai kemerdekaan sejak 49 tahun lalu.
Najib Altantuya yang tiba dengan helikopter dari Penampang, 190 kilometer dari Kudat itu diiringi Ketua Menteri Musa Aman dan Bernard Dompok hanya seketika saja melawat tapak karnival berkenaan.
Jelajah tersebut yang dianjurkan Telekom Malaysia (TM) dengan kerjasama media pencacai Umno nombor satu, Media Prima Berhad seperti biasa terpaksa mengerah beberapa artis tanah air membuat persembahan untuk cuba menarik perhatian penduduk setempat.



Cuma kira-kira 25 minit berada di tapak berkenaan, Najib Altantuya kemudian terus menghala ke pekan Kudat apabila melihat rata-rata pengunjung yang hadir hanya kanak-kanak yang diupah memakai baju t karnival berkenaan yang teruja dengan kehadiran beberapa personaliti media pencacai Umno itu seperti Fara Fauzana, Sharifah Aleya dan penyampai berita.

Tiba di pekan, Najib Altantuya bertemu dengan penduduk yang rata-ratanya berusia 50 tahun ke atas termasuk pemilik kedai kopi yang sudah pasti bukannya anak muda seperti yang dilaporkan Bernama dalam beritanya sebentar tadi:

"Sebaik tiba, Perdana Menteri terus ke Pekan Kudat dan beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai di situ.
Beliau juga bersarapan pagi bersama-sama ketua-ketua suku kaum dan kapitan China di sebuah kedai kopi paling lama beroperasi di situ.
Pemilik kedai kopi itu, Fong Hon Khiong yang kelihatan gembira dengan kunjungan Najib itu berkata beliau begitu "gementar" dan teruja Perdana Menteri memilih untuk singgah di kedainya."
Nampaknya apa yang berlaku semasa program yang sama di Teras Jernang, Bangi, Selangor, beberapa bulan lalu kini berulang kembali dan beberapa sumber memberitahu Najib Altantuya kurang senang dengan sambutan penduduk di pekan itu. ~jalanpulang
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .