Kehadiran perdana menteri Najib Altantuya ke Daerah Kudat di utara Sabah
disambut dingin penduduk walaupun penganjuran karnival jelajah janji
ditepati diadakan di daerah itu.
Buktinya, jika dilihat sambutan yang diberikan ternyata yang hadir di
tapak karnival di Kompleks Sukan Kudat itu hanya kanak-kanak yang
kelihatan yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu berada di kawasan
tersebut.
Seperti biasa Najib Altantuya terus menghentam Pakatan Rakyat tanpa rasa
malu melihatkan betapa pembangunan di negeri ini jauh ketinggalan dari
negeri-negeri lain walaupun sudah mencapai kemerdekaan sejak 49 tahun
lalu.
Najib Altantuya yang tiba dengan helikopter dari Penampang, 190
kilometer dari Kudat itu diiringi Ketua Menteri Musa Aman dan Bernard
Dompok hanya seketika saja melawat tapak karnival berkenaan.
Jelajah tersebut yang dianjurkan Telekom Malaysia (TM) dengan kerjasama
media pencacai Umno nombor satu, Media Prima Berhad seperti biasa
terpaksa mengerah beberapa artis tanah air membuat persembahan untuk
cuba menarik perhatian penduduk setempat.
Cuma kira-kira 25 minit berada di tapak berkenaan, Najib Altantuya
kemudian terus menghala ke pekan Kudat apabila melihat rata-rata
pengunjung yang hadir hanya kanak-kanak yang diupah memakai baju t
karnival berkenaan yang teruja dengan kehadiran beberapa personaliti
media pencacai Umno itu seperti Fara Fauzana, Sharifah Aleya dan
penyampai berita.
Tiba di pekan, Najib Altantuya bertemu dengan penduduk yang rata-ratanya berusia 50 tahun ke atas termasuk pemilik kedai kopi yang sudah pasti bukannya anak muda seperti yang dilaporkan Bernama dalam beritanya sebentar tadi:
"Sebaik tiba, Perdana Menteri terus ke Pekan Kudat dan beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai di situ.
Beliau
juga bersarapan pagi bersama-sama ketua-ketua suku kaum dan kapitan
China di sebuah kedai kopi paling lama beroperasi di situ.
Pemilik
kedai kopi itu, Fong Hon Khiong yang kelihatan gembira dengan
kunjungan Najib itu berkata beliau begitu "gementar" dan teruja Perdana
Menteri memilih untuk singgah di kedainya."
Nampaknya
apa yang berlaku semasa program yang sama di Teras Jernang, Bangi,
Selangor, beberapa bulan lalu kini berulang kembali dan beberapa sumber
memberitahu Najib Altantuya kurang senang dengan sambutan penduduk di
pekan itu. ~jalanpulang