Ikuti Blog ini

Siapa kata Nizar Boneka?

Sebagai ketua kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan Panglima dibarisan hadapan sekali; menghadapi tentangan musuh. Dia bukan jenis panglima yang sekadar berada dibarisan belakang memberi arahan. MB sering menjadi sasaran dan dia sendiri terpaksa menepis dan menangkis segala macam tohmahan dan fitnah yang dilemparkan musuh.

Tuduhan yang sering dilontarkan musuh ialah kononnya Kerajaan Perak yang diterajui Nizar sebagai MB tidak mempunyai kuasa sebaliknya hanya sebagai 'Boneka' DAP.


Mereka menuduh tanpa asas yang kukuh bahawa banyak kepincangan berlaku dari isu rasuah hinggalah pentadbiran kerajaan negeri yang tidak bersikap adil, telus dan amanah bagi menjaga kebajikan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Mereka gembar-gemburkan pemberian tanah kepada sekolah persendirian Cina dan geran hak milik kekal kepada Kampong-kampung Baru dan Kampung-kampung tersusun.

MB Nizar telah pun menjelaskan bahawa kerajaan PR akan menganugerahkan tanah dengan keluasan yang difikirkan bersesuaian kepada Sekolah Agama Rakyat bagi menjana pendapatan dan ekonomi.

Lalu mereka mempertikaikan dan bertanya pula kenapa kerajaan negeri tidak membantu sekolah sama sekolah Tamil?

Tidakkah mereka sedar bahawa tidak ada sekolah persendirian Tamil di negeri Perak ini dan kesemua sekolah Tamil yang ada di Perak adalah dibawah Kementerian Pelajaran.

Kalau benar ; Menteri Besar dan kerajaan PR adalah boneka DAP, bagaimana Kerajaan PR mampu mengembalikan semula bantuan perkapita kepada seluruh SAR yang melibatkan RM 1.3 juta untuk diagihkan kepada 23 SAR? Yang selama ini Umnolah yang menjadi petualangnya.Bukankah Umno yang menyekat bantuan tersebut?

Berhubung dengan hak milik kekal kepada Kampung Baru dan Kampung Tersusun, sebenarnya cadangan tersebut datangnya daripada Sepuluh Tawaran PAS dan PKR dalam Manifesto BA dalam Pilihanraya Umum ke-12 lalu.

Sebagai memenuhi janji dalam Manifesto tersebut, perkara itu telah dibawa ke mesyuarat kerajaan negeri dan dipersetujui oleh DAP.

Tawaran geran milik kekal atau pegangan bebas itu ditawarkan secara pilihan kerana mereka juga ditawarkan pemilikan pajakan samada 30, 60 atau 99 tahun – bergantung kepada kesediaan dan kemampuan mereka membayar premium atas pemilikan itu.



Taman Desa Pusu Tiga Banjir – YB Umno/BN Tidak Turun

http://buletinonline.net/images/berita14/ababanjir1.jpg
Kuala Nerus – Kawasan kampung Pusu Tiga khususnya Taman Desa Pusu Tiga telah dinaiki air sedalam satu meter kira-kira jam 11 pagi ini. (Gambar - Ustaz Abu Bakar bertanyakan bersama-sama penduduk mengharung air banjir.......)
Timbalan Ketua Cawangan PAS Kampung Pusu Tiga, Mohd Salehuddin Ibrahim, 49, (gambar - baju biru muda) berkata semua ahli-ahli cawangan tersebut telah berjaga sejak semalam bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

Seorang mangsa, Hasbullah Mamat, 40, berkata kawasan rumahnya agak rumhanya agak tinggi, air belum naik tinggi, tapi bagi jiran-jiranya di sebelah barat taman itu, air telah memasuki rumah mereka seawall jam 3.00 pagi.http://buletinonline.net/images/berita14/salehuddin.jpg

Pengerusi Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) Fauzi Abu Samah (gambar kanan) yang turut ditemui di kawasan tersebut memaklumkan bahawa Mampat telah turun memberikan bantuan sejak jam 7.00 pagi.

“Saya berada disini sejak jam 7.00 pagi dan telah mengagih-agihkan bantuan keprluan harian berupa beras, minyak dan lain-lain,”kata beliau.

Bantuan tenaga dan kenderaan serta bot sedang diusahakan oleh Unit Amal Kuala Nerus yang turut membantu memindahkan barang-barang berharga penduduk.
http://buletinonline.net/images/berita14/penegrusimampatbanjir.jpg

Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemsyarakatan PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah yang berada di tempat kejadian mengatakakan beliau dimaklumkan air mula membanjiri kawasan tersebut sejak jam 2.00 pagi.

Belia berkata sebuah tempat perpindahan sementara telah dibuka di Surau Taman Desa Pusu Tiga di mana bantuan telah diagihkan.

“Pusat pemindahan sementara disini, di Surau Taman ini, bantuan telah dihantar dan mangsa-mangsa akan makan tengahari disini,

“mereka akan berada disini sebelum dipindahkan ke pusat pemindahan tetap memandangkan kawasan surau ini agak sempit,”ujar beliau.

Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana menurutnya beliau dimaklumkan oleh penduduk setempat bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tepoh tidak turun membantu.

“Saya dimaklumkan YB tidak turun, dia (YB) kata ini bukan kawasannya, bukan pengundinya,” tambah Ustaz Abu Bakar Abdullah.

Tinjauan medapati kereta YB ADUN Tepoh ada di bawah garaj di sebuah rumah berhampiran Taman Desa Pusu Tiga yang dipercayai menjadi rumah sewa beliau.

http://buletinonline.net/images/berita14/ybdukaajaa.jpg



MB T'ganu akui saingan sengit rebut K.T'ganu dengan PAS

KL: Barisan Nasional (BN) akui saingan sengit dengan PAS pada pilihan raya kecil kawasan itu nanti, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

Katanya, tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen itu dimenangi Pas pada pilihan raya umum Mac lalu manakala hanya satu kerusi DUN dimenangi BN.

“Kita akui mungkin berhadapan pertandingan sengit tapi kita akan tetap akan pertahankan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. / Utusan


Calon-calon parlimen K.Terengganu 8 Mac lalu, dari kiri Maimun Yusof 89 (Bebas), Md Sabu (PAS) dan Allahyarham Razali Ismail (BN)


'Redha pemergian empat anak saya'- bekas KP Harakah

KUALA LUMPUR, 1 Dis - 'Masuk ini yang sudah empat orang anak saya meninggal dunia. Mereka semua mendahului saya dan kini hanya tinggal seorang anak sahaja...namun saya redha atas ketentuan illahi.'

Demikian ungkapan penuh pilu bekas Ketua Pengarang Harakah Shuhaimi Mokhtar ketika ditemui Harakahdaily sejurus selepas menunaikan solat jenazah anak perempuannya, Sajaratudul, 29 di Masjid Damansara petang tadi.

Beliau memberitahu anaknya itu meninggal dunia kira-kira 5.35 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat lemah jantung dan berada di sisi Sajaratudul sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir. Image

"Semalam dia sempat menunai solat Maghrib dan Isyak. Sepanjang tinggal di wad, dia tidak pernah meninggalkan solat sampailah ajalnya ketika masuk waktu subuh tadi," katanya.

Turut hadir sama memberi penghormatan terakhir ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dato' Dr Hasan Ali dan pemimpin veteran PAS dan Kolumnis Subky Latif.

Kira-kira 150 orang menunaikan solat jenazah anak bekas Ketua Pengarang Harakah yang juga bekas Timbalan Pengarang Utusan dan jenazah telah dikebumikan di Bukit Kiara. Image

Ketika van jenazah berangkat ke perkuburan, Shuhaimi kelihatan tidak dapat menahan sebak dan menangis sambil cuba ditenteramkan oleh Hassan Ali.

Sementara itu Subky menyifatkan ujian yang dilalui oleh Shuhaimi cukup getir dan berharap beliau tabah dan sabar mengharungi cabaran yang tentukan oleh Allah SWT.


Pinda ISA: Pemimpin MCA sokong Kayveas

Seorang pemimpin kanan MCA menyokong kenyataan Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk M Kayveas yang mendesak kerajaan supaya meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

kayveasKayveas juga dilaporkan berkata, PPP akan keluar dari Barisan Nasional (BN) sekiranya kerajaan tidak membuat sebarang pindaan yang bersesuaian terhadap ISA sebelum Pilihanraya umum akan datang.

Dalam satu kenyataan hari ini, anggota jawatankuasa pusat MCA, Wong Nai Chee berkata beliau bersetuju dengan desakan Kayveas supaya kerajaan meminda ISA.

"Kerajaan perlu memindan peruntukan-peruntukan dalam ISA yang tidak sesuai dan yang sudah ketinggalan zaman, bagi mengelak ISA disalahguna oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, dan memulihkan keyakinan terhadap kerajaan," tegasnya.

wong nai cheeWong berpendapat, ISA perlu dipinda bagi menyediakan lebih banyak 'semak dan imbang' untuk dijalankan oleh pihak mahkamah.

"Ini dapat memastikan semakan kehakiman boleh dijalankan untuk menyiasat alasan-alasan tahanan dibuat dan sama ada alasan berkenaan mengikut semangat Akta tersebut," tambahnya.

Bagaimanapun, Wong yang juga pengerusi biro parlimen dan perundangan Pemuda MCA katanya, aspek pencegahan dalam ISA masih penting dalam mengekang keganasan

Beliau merujuk kepada serangan pengganas di Mumbai, India yang dilaporkan telah mengorbankan 195 nyawa dan 295 lagi cedara.

Wong berkata, beliau memahami kebimbangan yang disuarakan oleh Kayvaeas yang rakyat Malaysia memandang berat isu-isu berkaitan ISA dan jika BN tidak membuat pembaharuan, rakyat akan hilang keyakinan terhadap gabungan tersebut.

isa internal security act vigil 050108"Malalui saluran BN dan juga wakil kita di Kabinet, MCA akan terus mendesak kerajaan supaya meminda ISA. Parti juga berharap semua parti komponen BN berkerjasama dengan MCA, untuk mendesak ISA dipinda bagi mencegahnya daripada disalahgunakan," tegasnya.

Dalam kenyataannya semalam, Kayveas dilaporkan berkata, kerajaan seharusnya berdepan dengan gesaan masyarakat supaya membuat pindaan ke atas ISA dalam senario politik dan sosial masa ini dengan ramai berpendapat akta tersebut telah disalahgunakan untuk menyekat kebebasan bersuara.

Bagaimanapun, menurut beliau, pihaknya masih akur kepada hakikat bahawa kewujudan ISA pada sesetengah keadaan dan masa telah membantu masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk hidup dengan aman, bersatu dan selamat.

''PPP bukan meminta supaya ISA dihapuskan, tetapi meminta kerajaan membuat pindaan yang realistik dan bersesuaian dengan keadaan semasa.

''Kami tidak ingin melihat keadaan yang mana orang ramai beranggapan bahawa ISA merupakan 'senjata' alternatif kerajaan untuk menghapuskan musuh politiknya,'' katanya selepas merasmikan persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita PPP di ibunegara semalam.


Dr Mohd Asri dipelawa menyertai Pemuda PAS


KUALA LUMPUR, 1 Dis - Dewan Pemuda PAS Pusat mengajak bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul menyertai PAS bagi memudahkan beliau melaksanakan misi dan visi menyebarluaskan ajaran Islam kepada masyarakat.

Harapan itu dinyatakan oleh Timbalan DPPP, Ustaz Nasharuddin At-Tantawi ekoran berakhirnya jawatan Mufti pada 30 November lalu yang diamanahkan kepada Dr Asri selama dua tahun.

Menurut beliau, sebelum ini Dr Asri pernah mencuba satu ruang bersama pihak kerajaan melalui Jabatan Mufti memainkan peranan membawa fahaman Islam kepada masyarakat.

Bagaimanapun, katanya, disebabkan kekangan daripada pihak kerajaan apa yang dihasratkan itu tidak terlaksana.

"Kenapa Dr Asri tidak mencuba satu peluang bersama gerakan Islam (PAS) untuk memperjuangkan Islam. Mudah-mudahan beliau lebih berpeluang untuk melaksanakan misi dan visi membawa Islam kepada masyarakat," tegasnya.

Nasharuddin turut melahirkan kekecewaan kepada pihak Utusan Malaysia yang tidak membenarkan ruangan Mufti disambung oleh mufti lain sebaliknya diganti dengan Awang Selamat.

"Kenapa tidak dikekalkan ruangan itu untuk diisi dengan mufti lain. Sepatutnya pandangan mufti diletakkan diatas bukan hanya berdiam dan menanti atau melihat orang politik membuat keputusan negara," tegasnya.

Sepatutnya tambah beliau mufti perlu berperanan mendahului pandangan dan berani mengeluarkan pendapat berhubung dengan isu negara.

Walaupun Dr Asri gagal melaksanakan misi dan visinya, Nasharuddin tetap mengucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya membawa isu agama walaupun menimbulkan kontrversi.

Tambah beliau, tetapi sekurang-kurangnya ia mengundang dan menghidupkan perbahasan dikalangan tokoh-tokoh agama.


Tawaran PKR ditimbang, Arif putus waktu terdekat


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah masih mempertimbangkan tawaran untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketika dihubungi sebentar tadi, Arif Shah berkata, beliau memerlukan masa untuk meneliti tawaran tersebut dari pelbagai sudut.

Antara lain, kata Arif Shah, beliau ingin melihat sama ada Umno masih memerlukan khidmatnya.

"Jika betul, mereka perlu bekerja secara sama... jangan menindakkan usaha ikhlas saya untuk memberi khidmat kepada masyarakat," kata beliau menjelaskan soalan mengapa tidak menolak tawaran tersebut.

Awalnya beliau memberitahu masih meneliti perkara tersebut.

"(Tawaran) tak tolak (terus)," katanya.

Kata Arif Shah, tawaran itu diterima menerusi seorang individu yang dekat dengan PKR baru-baru ini.

Sambil menegaskan status quo masih kekal, Arif Shah berkata, keadaan belum mendesakknya untuk mengambil keputusan segera untuk keluar Barisan Nasional (BN) dan menyertai PKR.

Ketika ditanya sama ada akan membuat keputusan dalam waktu terdekat: "Ya, mungkin."

Arif Shah pernah bertanding dalam pilihan raya kerusi Parlimen Permatang Pauh menentang Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ogos lalu.

Kerusi itu dimenangi Anwar.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak menafikan khabar angin yang mengatakan Arif Shah akan menyertai PKR.

Bagaimanapun beliau tidak mengesahkan sejauh mana kebenaran khabar angin yang mula tersebar itu yang kononnya penyertaan Arif Shah ke PKR kerana kecewa dengan penyokong BN di Pulau Pinang.

Arif Shah, satu-satunya ADUN yang berjaya mengekalkan kerusi negeri untuk penggal kedua di bahagian Permatang Pauh berkata, beliau sedang serius mempertimbangkan kedudukan politikynya itu berikutan apa yang disifatkannya sebagai penyalahgunaan kuasa yang teruk dalam kepimpinan Umno bahagian itu yang diketuai Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.




Banjir: Terengganu makin pulih

PEKARANGAN Masjid Hadhari di bandar Jerteh digenangi air ketika tinjauan semalam. Masjid Hadhari yang terletak di pinggir Sungai Jerteh kelihatan seolah-olah terapung-apung apabila banjir menenggelamkan hampir 60 peratus kawasan sekelilingnya akibat limpahan air Sungai Jerteh. Banjir yang melanda negeri Terengganu kali ini menyebabkan daerah Besut antara daerah yang paling teruk terjejas dengan bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan mencecah seramai 1,371 orang daripada seramai 347 keluarga.

KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di Terengganu semakin pulih, terutama di Hulu Terengganu apabila semua pusat pemindahan banjir di daerah itu ditutup hari ini.

Kesemua baki sembilan orang mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Hulu Terengganu dibenar pulang ke rumah masing-masing malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata sehingga pukul 9 pagi ini seramai 292 orang masih berada di pusat pemindahan di tiga daerah di negeri ini.

Seramai 124 orang berada di pusat pemindahan di Besut, 143 orang di Marang dan 25 orang di Setiu, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau bekata, jumlah mangsa banjir di daerah Marang dijangka bertambah berikutan hujan lebat sejak pukul 2 pagi hingga 6 pagi ini dan pihaknya sedang mengumpul maklumat terkini mengenai jumlah mereka yang dipindahkan di daerah itu.

Paras air sungai Marang di Pengkalan Berangan kini berada pada paras waspada iaitu 12.73 meter manakala sungai Setiu di Kampung Bukit mencatat 12.13 meter iaitu melepasi paras, katanya.

Jalan-jalan yang masih ditutup ialah jalan Jertih-Hulu Besut, Jalan Pengkalan Berangan-Pulau Kerengga, Jalan Sungai Tong-Pelong, Jalan Matang-Telemong dan Jalan Permaisuri-Hulu Seladang kerana ditenggelami air sedalam antara 0.45 meter dan 1.5 meter.

Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang juga ditutup kepada semua kenderaan kerana Jambatan Temala rosak, kata jurucakap itu.




P Raya Kecil Kerusi Kuala Terengganu Anwar Beri Jaminan Akan Kerja Keras


PARTI Keadilan Rakyat (PKR) akan memberi sokongan sepenuhnya kepada mana-mana calon Pakatan Rakyat yang akan diletakkan bertanding dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu yang akan diadakan 58 hari dari sekarang.
Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim memberi jaminan itu ketika berucap menggulung perbahasan pada hari akhir kongres nasional parti itu di Stadium Melawati Shah Alam semalam.

Menurutnya, pihaknya akan mematuhi apa-apa saja keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat berhubung parti manakah yang akan meletakkan calon.

"Di sini saya tegaskan bahawa Kadilan akan memberi sokongan sepenuhnya untuk merampas kerusi berkenaan," ujarnya.

Beliau memberi reaksi itu apabila ada perwakilan yang mahu supaya kerusi Parlimen Terengganu itu diserahkan kepada PKR.

Tegas Anwar kerana kerusi itu tradisinya adalah hak Pas pihaknya menghormati apa yang akan dipersetujui kelak. "Apa yang penting ialah kita kena rampas kerusi berkenaan," tegasnya disambut tepukan bergemuruh.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .