Ikuti Blog ini

Pasca Muktamar: Hadi diaju 2 isu kontroversi.



Presiden PAS menjelaskan tidak ada lagi kerjasama dengan Umno dan sudah banyak rundingan bersama Sister In Islam gagal.

Posting berkaitan : Hadi: PAS belum bincang semasak-masaknya




Mustafa Ali SU Agung, Husam, Bang Mat masih dihargai






PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi telah mengumumkan perlantikan Dato' Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung.


Idris Ahmad pula dilantik sebagai Ketua Penerangan.


Dr Hatta Ramli yang tewas pada pemilihan Muktamar tempoh hari dikekalkan sebagai Bendahari Agung parti itu.


Dato' Halim Rahman pula dilantik Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat yang dikosongkan Mustafa Ali.


Manakala Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat yang dilantik adalah Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Taufek Ghani, Dr Mariah dan Anuar Tahir.


Berikut adalah senarai penuh jawatan lantikan PAS pusat:


Ahli jawatankuasa baru yang dilantik:


Datuk Husam Musa, bekas naib presiden
Mohamad Sabu, bekas naib presiden
Mohd Anuar Tahir, bekas setiausaha agung PKR
Mohd Taufik Abdul Ghani, ADUN Paroi
Dr Mariah Mahamud,
Wan Ubaidah Wan Omar
Asmuni Awi
Ahmad Dollah


Senarai pesuruhjaya PAS negeri



Hashim Jasin (Perlis)
Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Kedah)
Saleh Man (Penang
Abu Bakar Husin (Perak) – dulu Ahmad Awang
Datuk Nik Aziz Nik Mat(Kelantan)
Datuk Harun Taib (Terengganu ) – dulu Datuk Mustafa Ali
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang)
Datuk Dr Hassan Ali (Selangor)
Mohd Noor Mohamad (Wilayah Persekutuan)
Zulkifli Mohd Omar (Negeri Sembilan)
Abdul Ghani Abdul Rahman (Melaka)
Datuk Mahfodz Mohamad (Johor)
Mohamad Abdullah (Sabah)
Osman Moras (Sarawak)


Mat Sabu, Husam Musa dilantik AJK Pas pusat


Warna-warni majlis perasmian Bangunan PAS Pahang







Haji Hadi Tak Pernah Sebut Pun Kerajaan Perpaduan Yang Kita Dok Berpolemik Pasai Apa?




ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengingatkan semua pihak agar tidak terlalu ghairah dengan cadangan kerajaan perpaduan sehingga terkeliru dengan maksud Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak akan menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak.

Katanya, sepanjang pengetahuan beliau yang menghadiri Muktamar Pas Ke-55 di Stadium Malawati di Shah Alam minggu lalu, Abdul Hadi tidak pernah menyebut mengenai kerajaan perpaduan.

Malah, katanya yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, beliau sendiri belum pasti mengenai maksud sebenar Presiden Pas itu dan akan mendapatkan penjelasan mengenainya pada mesyuarat parti itu di Kuala Lumpur, esok.

Justeru, beliau menasihatkan semua pihak agar tidak terburu-buru menyatakan pandangan sementara mendapat butiran yang jelas mengenai maksud Abdul Hadi.

“Presiden kata bahawa Pas sentiasa sedia untuk berunding dengan sesiapa sahaja. Kita berunding dengan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dulu dengan UMNO. Tapi bentuk kerajaan perpaduan ke, tak perpaduan ke saya tak tahulah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

(Sumber: KedahLaNie)

Siapa sebenarnya mengendalikan pilihan raya – SPR atau PDRM?

PDRM sepatutnya mencontohi keadaan semasa tempoh kempen pilihan raya dalam Pilihan Raya Kecil N.12 Penanti di mana kehadiran bilangan polis yang minima membolehkan penduduk Penanti menjalankan kegiatan harian mereka tanpa gangguan dari kesesakan lalulintas.

PDRM sepatutnya mencontohi keadaan semasa tempoh kempen pilihan raya dalam Pilihan Raya Kecil N.12 Penanti di mana kehadiran bilangan polis yang minima membolehkan penduduk Penanti menjalankan kegiatan harian mereka tanpa gangguan dari kesesakan lalulintas.


1,000 Polis di Manek Urai



Wanita KEADILAN memandang serius perkembangan terbaru di mana PDRM bercadang menugaskan 1,000 orang anggota polis pada hari mengundi di Manek Urai. Nisbah anggota polis kepada pengundi ialah lebihkurang seorang anggota polis bagi setiap dua-belas orang pengundi (1:12). Ini melebihi jumlah kakitangan SPR sendiri yang akan bertugas pada hari mengundi dalam Pilihan Raya Kecil N.41 Manek Urai.


Ini jelas bukan untuk menjaga ketenteraman awam. Sebaliknya, ini akan memberi kesan menyukarkan keadaan bagi penduduk tempatan dan mengganggu mereka dalam menjalankan kehidupan seharian sepanjang tempoh pilihan raya kecil ini.


PDRM sepatutnya mencontohi keadaan semasa tempoh kempen pilihan raya dalam Pilihan Raya Kecil N.12 Penanti di mana kehadiran bilangan polis yang minima membolehkan penduduk Penanti menjalankan kegiatan harian mereka tanpa gangguan dari kesesakan lalulintas.


Kita sedia maklum bahawa kebanjiran anggota polis setiap kali pilihan raya kecil semenjak Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu sudah menjadi cemuhan penduduk dan pengundi di Malaysia. PDRM sepatutnya mengambil iktibar agar kehadiran mereka dihargai dan bukan dicemuh.


Kita juga merasa ragu-ragu; apakah peranan yang akan dimainkan oleh anggota polis dari Bukit Aman? Kita dapat lihat dengan jelas pemasangan kamera pengawasan oleh pihak polis di kedua-dua belah pintu masuk pusat pengundian semasa proses pengundian di Penanti. Adakah ini salah satu daripada syarat mengendalikan pilihan raya?


Wanita KEADILAN ingin bertanya kepada SPR; siapa sebenarnya mengendalikan pilihan raya – SPR atau PDRM?


YB HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita KEADILAN



Gambar Insan Yang Ku Sayangi

Beberapa hari setelah TGNA dilantik MB Kelantan dulu, jiran sebelah rumah (UMNO totok, sekarang dah pindah ke tempat lain) kata: Paling lama Nik Aziz jadi MB tiga bulan. Orang pakai serban mana tau mentadbir. Mana tau hal-hal dunia. Mana faham hal ekonomi. Dia hanya tau ugama sahaja.

Alhamdulillah, TGNA dah hampir 20 tahun jadi MB Kelantan. Semoga lanjut usia, sehat wal-'afiyat sentiasa. Ketahuilah! Kami sentiasa sayangkan TG.




PRK Manek Urai; Pemuda Yakin Pertahan Kemenangan Peti Undi Laloh

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita6/simpanglaloh.jpgMANEK URAI – PAS yakin mempertahankan kemenangan di Peti Undi (UPU) Laloh (Lakloh) dalam Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (PRK) N.41 Manek Urai yang akan berlangsung pada 14 Julai depan.

Ketua Urusan Pengundi Muda DUN Manek Urai, Mohd Zamri Hassan berkata kemenangan sebanyak 187 undi di UPU Laloh akan dapat ditingkatkan dengan pelbagai program yang dirancang.

“InsyaAllah, kita akan mempertahankan kemenangan di Peti Undi Laloh dan juga kemenangan PAS dalam DUN Manek Urai,

“kita yakin kemenangan sebanyak 187 undi di peti undi ini (Laloh) sekurang-kurangnya akan kekal, bahkan mungkin akan bertambah,”katanya ketika di temui dekat Bilik Operasi UPU Laloh, Kampung Laloh, di sini semalam.


Beliau berkata beberapa program besar pra-penamaan calon, akan diadakan termasuk Pesta Sukan PASTI Negeri Kelantan yang akan diadakan pada 11 Jun (hari ini) di Padang Awam Majlis Daerah Dabong di Kampung Laloh.http://www.buletinonline.net/images/stories/berita6/zamri.jpg

Menurutnya terdapat dua kampung besar dalam UPU Laloh iaitu Kampung Laloh dan Kampung Sungai Rek dan beberapa kampung kecil iaitu Lebor, lela Jasa dan Pecah Pulai.

Pengundi dalam UPU Laloh, katanya, berjumlah 1600 orang dan akan membuang undi di Sekolah Menengah Laloh, di Kampung Laloh.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita6/UPULaloh.jpg

Tinjauan ke UPU Laloh adalah berikutan makluman dari Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN) Terengganu, bahawa kontingen PAS Terengganu akan ditempatkan di UPU tersebut bagi membantu jentera pilihanraya PAS Kelantan.

Walau bagaimana pun, Ariffin Deraman yang dihubungi Buletin Online kelmarin berkata JPN Terengganu akan bermesyuarat dengan pihak negeri Kelantan pada Sabtu 13 Jun.

“Berapa ramai petugas, skop tugas dan bila mula bertugas akan diketahui selaps mesyuarat dengan JPN Kelantan,”katanya.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita6/sukanpasti.jpg

Sementara itu, tinjauan Buletinonline ke DUN Manek Urai mendapati persiapan awal pilihanraya telah pun dibuat
.

Markaz Induk yang terletak di jalan utama Kuala Kerai ke gua Musang mula dikunjungi para petugas manakala bilik-bilik operasi bagi UPU Lata Rek dan UPU Laloh telah mula dibuka.

Bilik Operasi UPU Laloh telah dibuka dengan rasminya mulai semalam, selepas satu majlis dihadiri oleh ADUN Galas, Che Hashim semalam.

Justeru untuk ‘pemanas suasana’, bendera PAS telah pun dinaikkan dibeberapa tempat strategik, menjelang hari penamaan calon pada 6hb Julai depan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita6/markazinduk.jpg





Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .