Ikuti Blog ini

Siapa Kencing Muhyiddin?


Konvensyen Media Sosial 1Malaysia, Diumpan Cabutan IPAD2, Samsung Tab

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia menerusi tablet iPad di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Rosdan Wahid

Patutlah ramai, dikhabarkan antara 1500-2000 yang hadir. Mereka yang hadir diumpan dengan hadiah cabutan bertuah seperti IPAD2, Blackberry Torch, Samsung Tab 10.1 dan iPhone4 yang disediakan kepada peserta yang bertuah. Hadiahnya ribu-ribu tentulah memikat. Itulah yang disebut blogger Umno yang menghadirinya.

Guan Eng: Pakatan sepakat tentukan tarikh pilihan raya DUN

Lim berkata tidak mahu mengecewakan rakyat Pulau Pinang memandangkan Bajet 2012 baru sahaja diluluskan. — Foto fail
SERDANG — Lim Guan Eng hari ini berkata kepimpinan Pakatan Rakyat secara bersama akan menentukan sama ada Pulau Pinang perlu mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri serentak dengan pilihan raya umum nasional, yang dijangka dipanggil dalam waktu terdekat.
Khamis lalu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan beliau tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri jika pilihan raya umum Parlimen diadakan sebelum Jun depan.
“Itu keputusan Tan Sri Khalid. Sudah tentu beliau ada prerogatif untuk ambil keputusan itu.
“Tetapi pada masa yang sama, meskipun Menteri Besar atau Ketua Menteri ada prerogatif, saya mengambil pendekatan berbeza, saya mahu berunding dengan rakan-rakan saya dalam Pakatan Rakyat,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang ini selepas Persidangan Tahunan DAP Selangor di sini.
Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, beliau tidak mahu mengecewakan rakyat negeri Pulau Pinang memandangkan Bajet 2012 baru sahaja diluluskan.
Baru-baru ini, dengan memberikan lima alasan, Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk memanggil pilihan raya umum tergempar.
Terdahulu Pemuda MCA mendakwa Pakatan Rakyat tidak bersedia untuk mengadakan pilihan raya serentak sama ada “kerana tidak bersedia untuk berhadapan dengan calon-caloan Barisan Nasional atau bebas ataupun gagal dalam menunaikan janji-janji pilihan raya.”/TMI

Rasuah Menjadi-jadi Di Kementerian Pertahanan Sehingga Nyawa Askar Jadi Taruhan

Bekas askar dakwa nyawa dipertaruh kerana rasuah

Beberapa bekas anggota tentera, yang telah berkhidmat selama beberapa dekad, tampil dan mendakwa gejala rasuah dalam Kementerian Pertahanan telah meletakkan nyawa mereka ibarat ‘telur di hujung tanduk’.

Seorang daripada mereka, semasa forum mengenai rasuah dalam industri pertahanan, memberitahu Malaysiakini, bahawa tindakan itu telah menyaksikan beberapa rakannya menjadi ‘kudung’ dan sebahagian besar mereka "menderita secara senyap".

Lelaki yang enggan namanya didedahkan itu kerana khuatir akan dikenakan tindakan tatatertib berkata, pegawai bukan tentera telah menolak cadangan pihak ketenteraan dan sebaliknya membeli peralatan kurang bermutu yang mempertaruhkan nyawa perajurit negara.

"Kita beli mesin gun AK 33 yang selepas tembakan sebanyak tiga pusingan akan tersekat. Ini memaksa askar mencampangkan senapang itu dan berjuang menggunakan parang,” katanya merujuk kepada satu operasi yang tidak dinamakannya.

Contoh lain, katanya, sekitar tahun 1970-an, kaki askar-askar dijangkiti sehingga ada yang terpaksa dipotong kerana but yang dibekalkan mereka karat. Ini kerana but yang dibekalkan itu diperbuat daripada kepingan zink dan bukannya aluminium seperti yang sepatutnya.

But berkenaan bertujuan melindungi kaki askar dari pancang perangkap samar yang tersembunyi ketika peperangan gerila di hutan. Namun, katanya, ia gagal untuk berbuat demikian kerana senang berkarat ketika askar-askar meredah hutan ketika hujan lebat.

Beliau turut memberi contoh, bagaimana, poncho atau baju hujan yang berkualiti rendah itu seringkali menyaksikan perajurit basah kuyup setiap kali hujan.

"Saya dalam kesejukan berada di hutan sedangkan seseorang telah mendapat habuan besar dan berseronok di tempat lain," katanya pada majlis anjuran Transparency International di Subang.

Lelaki itu juga mendakwa mutu makanan yang berkualiti rendah dibekalkan kepada pasukan tentera dan sekiranya pegawai mereka membuat bantahan, mereka pula akan dipindahkan ke tempat lain sebagai hukuman.

"Mereka tidak peduli. Saya percaya ia masih berterusan. Askar-askar kita yang menderita,” rintihnya lagi. -mk


'Pengantara pertahanan punca gejala rasuah'


Keperluan syarat yang mewajibkan syarikat-syarikat asing menubuhkan usahasama dengan syarikat-syarikat tempatan di Malaysia untuk penjualan kelengkapan pertahanan tentera mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk rasuah, menurut seorang pakar antarabangsa mengenai ketelusan perolehan pertahanan.


NONEBercakap kepada Malaysiakini dalam satu temu bual, pengarah program, pertahanan dan keselamatan, Transparency International UK (TI-UK) Mark Pyman berkata sistem seumpama itu bukan tidak diamalkan di seluruh dunia tetapi ia "penuh dengan bahaya".


"Ia bukan satu yang kompetitif, jadi sangat mudah bagi penetapan harga dimanipulasikan. Amat senang bagi tawaran itu digunakan sebagai mekanisme untuk pembayaran rasuah atau mendapatkan pengaruh," kata Pyman, yang merupakan bekas ketua pegawai kewangan firma gergasi minyak dan gas antarabangsa, Shell.


Beliau merujuk kepada keadaan di mana perjanjian itu boleh menyebabkan harga sebenar perolehan menjadi terlalu besar dengan usahsama bersama syarikat tempatan itu menubuhkan syarikat pseudo untuk meraih jumlah komisen yang besar.


NONESenario ini, dapat dilihat terutamanya di Malaysia. Antara, yang paling terkenal adalah perolehan dua kapal selam Scorpene yang dibeli oleh Kementerian Pertahanan menerusi kontrak RM7.3 bilion dengan firma DCNS dari Perancis dan Navantia dari Sepanyol.


Ia menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelbagai pihak kerana syarikat perundingan tempatan, iaitu Perimekar yang ditubuhkan hanya sejurus sebelum perjanjian itu, didakwa menerima 30 juta euro (RM500 juta) dalam bentuk komisen.


Walau bagaimanapun, Kementerian Pertahanan mempertahankan bayaran itu dan menegaskan bahawa ia adalah bayaran bagi urusan 'penyelarasan dan perkhidmatan sokongan. -mk
Bajet pertahanan M’sia tidak telus


Kedudukan Malaysia ini mengecewakan jika dibandingkan dengan Bangladesh, Liberia, Papua New Guinea dan Uganda.


PETALING JAYA: Malaysia mencatat skor 4.5 dari jumlah 12, suatu kedudukan kurang satu tangga dari bawah dalam kaji selidik global tentang ketelusan belanjawan dalam sektor pertahanan.


Kedudukan yang memalukan ini didedahkan oleh Transparency International UK (TI-UK) dalam laporan Bajet Pertahanan Nasional yang melibatkan 93 buah negara yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, demikian menurut The Edge keluaran terbaru.


Tiga faktor menyumbang ke arah kedudukan ini. Pertama, kaji selidik menunjukkan jumlah item rahsia dalam bajet pertahanan Malaysia adalah tinggi, pada sekitar 8.5% dari jumlah keseluruhan. Berbanding dengan Korea Selatan di mana hanya 2% perbelanjaan pertahanan dikategorikan sebagai rahsia.


Kedua, perbelanjaan pertahanan tidak dibenarkan dibahas dalam Parlimen Malaysia, di mana pengarah TI-UK International Defence and Security Programme, Dr Mark Pyman menyifatkannya sebagai “memeranjatkan”.


Ketiga, perbelanjaan pertahanan tidak diteliti dan dihalusi oleh Ketua Audit Negara, tidak seperti di negara-negara lain yang berada pada ranking yang lebih tinggi.


Malahan laporan itu juga mendedahkan kedudukan Malaysia yang mengecewakan jika dibandingkan dengan Bangladesh, Liberia, Papua New Guinea dan Uganda yang berada dalam kedudukan yang lebih baik dari negara ini dari segi ketelusan dalam perbelanjaan pertahanan.


Minat terhadap ketelusan dalam perbelanjaan pertahanan semakin meningkat sejak satu dekad yang lalu, kata laporan itu.


Para pegawai memberitahu TI-UK bahawa mereka begitu peka tentang risiko rasuah dalam pertahanan dan keselamatan kerana menurut mereka, gejala rasuah ini akan mengakibatkan pembaziran sumber, mengurangkan keberkesanan operasi, menghakis keyakinan orang ramai terhadap pasukan keselamatan dan menakut-nakutkan syarikat-syarikat pelabur luar.


Baru-baru ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua membangkitkan isu perbelanjaan yang dibuat Kementerian Pertahanan yang mengakibatkan ketirisan kira-kira RM12 bilion ekoran dari pembelian kereta perisai, helikopter dan kapal perang pada harga yang sangat tinggi.


Pertanyaan yang dikemukakan oleh Pua itu ditolak oleh Speaker untuk dibahas dan menteri berkenaan Datuk Seri Zahid Hamidi berkata beliau langsung tidak tahu menahu tentang butir-butir perbelanjaan dan ketirisan yang didakwa oleh Pua. -FMT


Satim Diman Seleweng Tanah : DPP Puchong Lapor Polis

Puchong – 20 Nov 2011 : Dewan Pemuda Pas Puchong hari ini telah membuat laporan polis, di Balai Polis Bukit Puchong keatas Dato Satim Diman, Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun) Seri Serdang.

Laporan polis dibuat atas isu penyelewengan penjualan tanah anugerah kerajaan negeri Selangor di Science Park 2, Cyberjaya pada tahun 2006. Dewan Pemuda Pas Puchong membuat laporan melalui Ketua Pemudanya, Sdr Mohd Rosharizan B Mohd Roslan yang juga merangkap Penyelaras Dun N29 Seri Serdang.
“ Kami berasa kecewa diatas apa yang telah dibongkarkan oleh YB Dato Menteri Besar Selangor ketika perbahasan Dewan Undangan Negeri Selangor yang lalu, dimana beliau telah mendedahkan Dato Satim Diman terlibat secara langsung dalam isu penyewelengan tanah di Science Park 2, Cyberjaya” katanya.

“Sebagai pemimpin dan juga wakil rakyat, seharusnya beliau menjaga harta, tanah atau apa sahaja aset kerajaan dengan baik, bukannya mengambil kesempatan begini untuk kepentingan peribadi. Dato Menteri Besar mendedahkan bahawa Dato Satim Diman adalah ahli Lembaga Pengarah dan juga pemegang saham terbesar di dalam syarikat Nikmat Inai Sdn Bhd”.

Pendedahan tersebut menyaksikan seorang lagi pemimpin BN Selangor terpalit dengan pelbagai penyelewangan. Tanah dilokasi Science Park 2 seluas 80 ekar di Cyberjaya itu dianugerahkan oleh kerajaan negeri kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Satim yang juga Ketua UMNO Bahagian Puchong, bagaimanapun telah menjual tanah tersebut kepada syarikat sendiri pada harga RM 1.80 sekaki persegi atau RM 6.5 juta.

Sususlan itu, syarikatnya menjual semula kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada harga RM 5.30 sekaki persegi atau RM 19.2 juta sedangkan Nikmat Inai Sdn Bhd masih belum habis bayar lagi kepada PKPS.
Menurut Mohd Rosharizan lagi, “Kami mendesak supaya pihak polis menyiasat kes ini, dan sekiranya sabit kesalahan dan terbukti wujud penyelewangan dan salah guna kuasa, bawa beliau ke muka pengadilan dan beliau mesti didakwa. Begitu juga dengan pihak SPRM, kami mendesak supaya fail siasatan mesti dibuka dengan segera, dan heret beliau ke mahkamah sekiranya dakwaan Dato Menteri Besar ini jelas terbukti benar.”

“ Kami juga meminta supaya Dato Satim Diman tampil mempertahankan diri dengan membawa bukti yang jelas, sekiranya beliau benar-benar tidak terlibat dalam isu penyewelengan tanah ini.  Dewan Pemuda Pas Puchong melihat isu ini dengan serius kerana sebagai pengundi di Dun Seri Serdang, kami sangat “mengasihi” beliau dan tidak mahu lagi rakyat di Dun Seri Serdang tertipu dengan memilih pemimpin sebegini dalam PRU ke 13 akan datang. 
“ Dewan Pemuda Pas Puchong juga mengucapkan takziah kepada beliau atas pembongkaran ini kerana selama ini Dato Satim Diman dilihat sebagai seorang pemimpin UMNO Selangor  yang bersih dari segala bentuk keselahan dan penyewelengan sepanjang tempoh karier politik beliau” katanya. Lagi gambar2 dalam FB Pas Puchong.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .