Ikuti Blog ini

Ijtimak IdulFitri PERANTAU ; Sarat Persoalan PRU-13

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/EidulFitriPerantau%20056.jpg
KUALA TERENGGANU - Ijtimak IdulFitri Anak-anak Terengganu di Perantaun (PERANTAU) yang diadakan semalam, 3 Syawal bersamaan 12 September 2010, sarat dengan persoalan bagaimana persiapan dan persediaan PAS serta Pakatan Rakyat menghadapi Pilihanraya Umum ke -13 akan datang.

Lebih 1000 orang peserta yang hadir, mewakili pelbagai kelompok, bukan sahaja dikalangan Perantau domestik, malah mereka yang bermastautin di luar negara.

Sesi dailog yang mencungkil pelbagai keresahan dan kebimbangan, datang dari nurani mereka yang yang cintakan Islam dan PAS sebagai sebuah parti politik serta gerakan Islam.

Bukan hanya soal fikrah perjuangan, aqidah dan pegangan, perhimpunan Ijtimak IdulFiri yang diadakan di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu itu telah merungkai kerangka persiapan PAS sebagai 'Kerajaan Menunggu' di negeri Terengganu dan pelan laluan (road map) ke Putrajaya. -BO

Tengku Muhammad Faris Petra Dimasyhurkan Sebagai Sultan Kelantan Pada Hari Ini

Tengku Muhammad Faris Petra akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13 September 2010

Kelantan Insider:

1. Dengan izin Allah, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, dijangka akan dimasyhurkan (tetapi bukan ditabalkan) sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13 September 2010 Masihi bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah.

2. Pemasyhuran ini adalah dibuat berdasarkan kepada peruntukan Perkara 23A yang telah dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) melalui Warta Kerajaan Kelantan bertarikh 22 Julai 2010.

3. Perkara 23A ini berbunyi:
“Kelucutan Takhta Kerajaan kerana kecacatan yang besar dan berat
23A. Jika sekiranya setelah disiasat dengan sepenuhnya dan secukupnya, Majlis Perajaan Negeri berpendapat bahawa Raja ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk menjadi Raja, maka seorang Pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja mengikut syarat-syarat di bawah Bahagian ini.”

4. Kemasukan Perkara 23A ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) ini pula adalah dibuat berdasarkan kepada Perkara 3(2) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua)

5. Perkara 3(2) ini berbunyi:
“Syarat-syarat mengenai -
(a) naik Takhta Kerajaan dan pangkat kebesaran adat istiadat Melayu;
(b) pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada Takhta Kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun ahli-ahli Majlis Pangkuan Raja bagi Negeri;
(c) pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada Takhta Raja itu atau bakal Raja ataupun bakal-bakal Rajanya;
(d) pelantikan dan sifat Ketua-Ketua Pemerintah ataupun pangkat kebesaran adat istiadat Melayu yang serupa itu dan ahli-ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Majlis Penasihat Raja ataupun badan-badan yang serupa itu; dan
(e) penubuhan, aturan, pengesahan dan pelucutan pangkat-pangkat, gelaran, kehormatan, kebesaran adat istiadat Melayu dan pekurniaan serta sifat pemegang-pemegangnya dan kawalan bagi istana, balai-balai penghadapan dan istana-istana raja,
bolehlah dipinda oleh Yang Maha Mulia dengan Perwawai yang dikeluarkan dengan persertaan dan persetujuan Majlis Penasihat Raja, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain.”

6. Selaras dengan perasaan kasih sayang yang mendalam Pemangku Raja Kelantan kepada ayahanda dan bonda Baginda, Baginda telah memastikan bahawa taraf dan kedudukan mereka setelah pemasyhuran Baginda kekal terpelihara melalui satu lagi peruntukan yang telah turut dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

7. Perincian mengenai kesemua perkara ini dijangka akan dijelaskan oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Aiseri Alias, di dalam satu sidang media yang dijangka akan diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, pada jam 2 petang hari yang sama.

8. Sukacita ditegaskan bahawa Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, memang bercakap benar apabila menyatakan bahawa beliau belum menerima surat jemputan rasmi untuk menghadiri upacara ini sewaktu beliau berkata demikian.

9. Ketidakselesaan kami ke atas tindakan sebuah akhbar tempatan mendedahkan, di samping ketidaksediaan kami mengumumkan, perkara ini lebih awal adalah disebabkan kesedaran kami mengenai wujudnya cubaan untuk menggagalkan upacara ini.

10. We hereby would also like to take this opportunity to reply to lawyer Rashid Zulkifli’s assertion, as reported in today’s Malaysiakini, that he will challenge the legality of this proclamation on the ground that the Regent, by virtue of the Regent being only the Regent instead of the Sultan, does not have the power to make these constitutional amendments.

11. Our simple answer to lawyer Rashid Zulkifli is: Please kindly take the trouble to read, if you had not, or reread, if you had, the ruling made by the High Court judge, Justice Mohamad Ariff Md Yusof, on 29 January 2010, with regard to this matter.

12. For the benefit of everyone, here is what the learned judge said:
(i) “the definition of the term “His Royal Highness” under the Kelantan Constitution would refer to the Regent in cases when the Sultan is incapacitated from attending to the affairs of the state”.
(ii) “there is no limitation imposed to the Regent to exercise his power and functions during the period”.

Di sini disertakan laporan akhbar mengenai keputusan Hakim Mohamad Ariff Md Yusof yang disebutkan. Disebabkan kami perlu memenuhi janji kami tetapi dalam masa yang sama kami menghadapi masalah untuk meng"upload" dokumen-dokumen rasmi kerajaan yang berkaitan, maka dokumen-dokumen ini akan dimuatkan di dalam Posting 33 yang akan disiarkan di dalam blog ini sebaik sahaja proses peng"uploadan"nya diselesaikan.

ALLAHU AKBAR!
Lihat dokumen di sini

PAS Tidak Akan Bersama Dengan PERKASA yang Rasis

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/EidulFitriPerantau%20100.jpgKUALA TERENGGANU - Sekiranya umat Islam mencari kemuliaan dengan selain daripada Islam, maka umat Islam akan menerima penghinaan daripada Allah SWT.

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Ijtima' Idulfitri Anak- Anak Terengganu di Perantauan yang berlangsung di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai, disini, hari ini 12 September.

Dengan itu, beliau menegaskan PAS tidak berminat dengan perjuangan PERKASA yang diterajui oleh Ahli Parlime Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali.

"Sebab itu, PAS tidak boleh bersama PERKASA, (PAS) tidak berminat dengan pelbagai perjuangan yang berlandaskan kepada perjuangan perkauman yang di jadikan aqidah,"ujarnya.

Menurutnya, tidak salah seseorang individu sayang kepada bangsa dan sayang kepada kaum, namun, menjadikan kecintaan kepada bangsa dan kaum sebagai aqidah atau ideologi perjuangan adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

Katanya, untuk menyatukan manusia mestilah dengan perasaan dan dengan hati, bukan setakat jasad sahaja.

Oleh itu, menurutnya, PAS sebagai sebuah parti Islam, menyatukan manusia dengan iman dan kemanusiaan.

"Untuk menyatukan perasaan dan hati mestilah dengan satu konsep yang diterima oleh fitrag, sifat semulajadi manusia, yang pertama menyatukan manusia dengan iman dan yang kedua menyatukan manusia dengan kemanusiaan,"jelasnya.

Sehubungan dengan penegasan Presidennya itu, PAS menjelaskan bahawa parti itu tidak akan bersama PERKASA yang jelas menjadikan kaum atau bangsa Melayu sebagai ideologi perjuangannya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata PAS tidak akan bersama dengan kelompok yang rasis.

Menurutnya, PAS hanya akan bersama-sama sesiapa sahaja yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan atau pun mereka yang menerima dasar-dasar Islam dalam perjuangannya.

"Kita (PAS) Tidak bersetuju dengan langkah PERKASA, bahkan kita sekali-kali bersama dengan kelompok yang mendokong perkauman, kita akan hanya bersama-sama dengan mereka yang menjadikan Islam sebagai teras kepada perjuangan(nya),

"ataupun mereka yang menerima dasar-dasar Islam, walaupun dia (suatu kumpulan) bukan Islam,"tegaanya.

Bahkan, katanya, PAS akan menentang, walaupun kumpulan tersebut terdiri dari orang Melayu, yang mendokong perjuangan perkauman.

Justeru, beliau yang juga Ahli Jawtankuasa PAS Pusat berkata, PAS bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat sedang mengorak langkah menuju masyarakat Malaysia yang sejahtera dan keadilan untuk semua, menolak sebarang elemen perkauman yang sempit. -BO

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .