Ikuti Blog ini

Kampar Dilanda Banjir Teruk, Nizar Turut Sama Bantu

Kampar: Seramai 400 penduduk empat buah kampung di sini dipindahkan pagi ini setelah kediaman mereka dinaiki air sedalam tiga meter berikutan air melimpah dari Sungai Kampar.

Gambar: KEDIAMAN penduduk di Kampung Nyior, Kuala Dipang dekat Kampar dinaiki air akibat hujan lebat sejak tengah malam tadi. Banjir terburuk sejak 30 tahun itu menyebabkan penduduk berkenaan terpaksa ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar, Perak, hari ini. - Foto L Manimaran

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Abdul Aziz Salleh berkata Kampung Baru, Kampung Pasir, Kampung Kuala Dipang dan Kampung Malaya itu telah dipindahkan ke Sekolah Menenengah Kebangsaan Kampar.

Hujan lebat sejak petang pada Rabu menyebabkan air sungai melimpah dan membanjiri kampung terbabit sehingga sampai ke bumbung rumah.

Abdul Aziz berkata tiada laporan dibuat mengenai mangsa yang hilang atau mengalami kecederaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Rela, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir itu. - BERNAMA


Kampar dilanda banjir, 124 keluarga dipindahkan


KAMPAR: Kira-kira 500 penduduk dari 124 keluarga yang tinggal di beberapa kampung di sekitar Kuala Dipang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka dinaiki air sehingga ke paras bumbung sejak jam 5 pagi tadi.

Banjir terburuk sejak 30 tahun itu menyebabkan penduduk berkenaan terpaksa ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar.

Pegawai Daerah Kampar, Ismail Hassan, berkata banjir kilat mula berlaku jam 5 pagi dengan kawasan terjejas termasuk Kampung Kuala Dipang, Kampung Pasir, Kampung Baru Kuala Dipang dan Kampung Nyior.

Beliau berkata, kejadian berpunca limpahan air Sungai Kampar akibat hujan lebat sejak tengah malam tadi dan diburukkan lagi dengan kejadian dua tebing sungai yang pecah.
-BH



UPDATE: Banjir di Kuala Dipang semakin buruk


KAMPAR: Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan ke dua pusat pemindahan banjir di Kuala Dipang meningkat kepada 1,145 orang daripada 254 keluarga.

Sebelum ini, kira-kira 500 penduduk dari 124 keluarga yang tinggal di beberapa kampung di sekitar Kuala Dipang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka dinaiki air sehingga ke paras bumbung sejak jam 5 pagi tadi.













Tanah Kerajaan Yang ADUN Besut ‘Baham’ Bernilai RM1.5 juta

BESUT – Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Besut, Abdul Halim tausah (Abe Din) mendakwa tanah kerajaan yang diperolehi oleh Ahli-ahli yang Berhormat Umno di kawasan Dendong Mukim Tembila Besut dekat sini adalah bernilai RM1.5 juta setiap satu.

Beliau berkata tanah di kawasan tersebut adalah bernilai RM100, 000 bagi setiap lot.

“Tanah di sini (Dendong) beri kepada orang kampung (1 lot) satu ekar dibahagikan kepada enam (bahagian), yang bahagian depan menghadap ke laut, dia (YB Umno) ‘baham’ ked ia dua setengah ekar seorang,

“Abdullah Md Zin Lot No. PT 6964, Nawi (Lot No.) 6904 Yang berhormat demo sini, lepas tu Mohd Pehemi (ADUN) Kampung Raja baham dua setengh ekar, yang hujung sekali yang comel (baik) sikit (Lot. No.) PT 6902 Dato’ Idirs Jusoh ‘baham’ jugok,

“bererti dia boleh 15 lot (setiap seorang) satu lot tanah di situ (bernilai) RM100,000, (oleh itu) nilai tanah ini (yang diperolehi oleh ADUN Umno itu) bernilai RM 1.5 juta!,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam ceramah isu semasa yang diadakan di Kampung Bukit Payong pada Rabu malam, 11 April.

Menurut Abe Din, yang juga bekas ahli Umno Bahagian Besut , sekiranya pihak ADUN Umno merasakan apa yang didedahkannya adalah satu penipuan, beliau mencabar supaya perkara itu dibawa ke mahkamah.

Turut menyampaikan ceramah dalam majlis tersebut adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Timbalan yang DiPertua PAS Besut Shalahuddin Jaafar dan aktivis mahasiswa, Siti Nurul Piteriyah Abdul Halim. -BO


Perak Bakal Kembali Ke Tangan Pakatan - Ku Li Minta Nizar Bersedia

DS Nizar: Ku Li usul PR Perak bersedia untuk peralihan kuasa

SHAH ALAM, 12 April — Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini berkata, pihaknya telah disarankan olehTengku Razaleigh Hamzah untuk bersiap sedia untuk kembali mengambil alih Perak memandangkan Umno di negeri itu berkemungkinan tewas ketika pilihan raya umum akan datang.

Adun Pasir Panjang itu menjelaskan, dalam pertemuan dengan Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) itu di Hotel Syuen di Ipoh pada 1 April lalu, veteran Umno itu menasihatkan Pakatan Rakyat (PR) Perak supaya bersedia untuk perubahan kuasa di negeri tersebut.

“Terdapat khabar angin Umno Barisan Nasional (BN) mungkin hanya mampu mengekalkan tiga negeri sahaja dalam pilihan raya kali ini,” katanya merujuk kepada Tengku Razaleigh Hamzah.

“Ku Li pernah memberitahu saya untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya peralihan kuasa di Perak dalam perjumpaan kami pada 1 April di Ipoh.”

Jelas Nizar, situasi itu dibuktikan dengan kekerapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Perak berbanding negeri-negeri lain.

Menurutnya, masyarakat di kawasan pedalaman sudah menolak Umno BN kerana mereka melihat Umno BN sudah tidak lagi mampu membawa suara mereka berhubung skandal Pusat Fidlot Nasional dan juga isu pembelian cincin isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

“Masyarakat di kawasan pedalaman sudah menolak Umno. Mereka terkesan dengan isu penternakan lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC), dan juga cincin (Datin Seri) Rosmah Mansor,” katanya ketika memberikan ucapan sewaktu pidato bertajuk “Pendidikan Percuma: Apakan Sekadar Mimpi” anjuran Malaysia Bangkit di sini.

“Kita dapat lihat perdana menteri lebih kerap berjunjung ke Perak berbanding negeri lain.”

Jelas pemimpin PAS ini, kedua-dua isu tersebut bakal mengalih undi masyarakat pedalaman dan PR berkemungkinan bakal mengambil alih Perak.

“Kita akan terus gunakan isu-isu tersebut sebagai kempen pilihan raya. Rakyat peka dengan isu-isu seperti ini.

“Mungkin kita akan buat dua poster berkenaan isu-isu itu dan edarkan di Perak sebagai salah satu strategi kempen kami,” katanya lagi. -TMI

PAS sepatutnya menang dalam PRK Tenang - TG Abdul Hadi



(wawancara wartawan Harakahdaily dengan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang)

KUALA LUMPUR, 12 April: PAS sebenarnya boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil Tenang, Johor sebelum ini jika Umno tidak main kotor.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, dalam pilihan raya itu, Umno telah bermain kotor dengan melepaskan air di empangan dan menyebabkan banjir berlaku dengan segera dan menghalang pengundi.

Abdul Hadi berkata demikian dalam wawancara khas dengan Harakahdaily baru-baru ini.

"Yang terkini, maklumat baru yang kita terima, sepatutnya pilihan raya kecil Tenang kita menang.

"Umno main kotor dengan lepas air di empangan menyebabkan banjir berlaku dengan segera dan menghalang pengundi.

"Mereka pula membuat persiapan awal untuk mengangkut pengundi-pengundi mereka. Ini satu penipuan yang sangat kotor dan tidak demokratik," kata Abdul Hadi.

Sehubungan itu, kata beliau, apa yang berlaku di Tenang menunjukkan PAS boleh menang di kawasan Felda, "menandakan perubahan boleh berlaku dan kita boleh menang."

Atas dasar itu, kata Abdul Hadi, beliau yakin perubahan di kawasan-kawasan lain juga boleh berlaku sebagaimana berlakunya dalam pilihan raya 2008, di mana PAS menang dua kerusi di Johor yang dianggap kubu Umno dan Barisan Nasional.

Melalui lawatan beliau ke negeri Johor juga, Abdul Hadi berkata, sambutan ceramah yang sangat menarik dengan jumlah yang mencecah ribuan manusia yang kebanyakannya di kalangan muda.

"Sekurang-kurangnya ini menunjukkan masa depan yang baik bagi PAS. Seboleh-bolehnya perubahan untuk pilihan raya yang ke 13," katanya.

Dalam temubual itu, Abdul Hadi memberitahu, beliau telah selesai pusingan pertama menjelajah seluruh negara melalui konvoi Lajnah Penerangan PAS Pusat

Di samping itu, beliau telah selesai melawat tiga negeri melalui lawatan yang diuruskan oleh Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat iaitu Johor, Terengganu dan Pahang.

"Persiapan awal telah dibuat oleh semua peringkat parti..kursus peringkat dun dan parlimen," beritahu beliau hasil lawatan beliau itu.

Menurutnya, PAS bukan sahaja menyediakan jentera pilihan raya bahkan ada negeri yang sudah siap jentera untuk hari pilihanraya.


Pengundi muda


Menurut beliau, pengundi muda akan menjadi penentu dalam pilihan raya akan datang ini dengan 30 peratus dari pengundi adalah yang berumur antara 21 hingga 40 tahun.

"Pengundi muda jadi undi penentu, mungkin sebab itu BN teragak-agak untuk tentukan tarikh pilihan raya walaupun projek bagi duit dah jalan. Ia beri kesan kepada pengundi tua sahaja.

"Bagi pengundi muda, mereka belum yakin di samping hal-hal ekonomi dan lain-lain," katanya. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .