Presiden PAS dan Timbalannya, Dato' Seri Abdul Hadi Awang (MP Marang) dan Nasharuddin Mat Isa (MP Bachok)
Kelihatan AJK PAS Pusat, Idris Ahmad di bekalang Dato' Dr Hassan Ahmad dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah sebelah kiri Dato' A Samad Said
Pemimpin GMP dari kiri Hasni Abbas, Ainon Mohd, Dr Abdullah Hassan dan Dr Shaharil Mohd Zain sertai perarakan.
APA masalahnya dengan kehadiran pemimpin pembangkang pada demontrasi 100,000 Bantah PPSMI 7 Mac lalu? Sejak awal lagi, Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) sudah mencari tempat berpaut bagi menggerakan demontrasi itu. Tiada isu tentang kaitan pembangkang pada demontrasi ini. Mereka semua adalah rakyat Malaysia.
GMP telah mencari Pemuda Umno dan wadah Umno itusendiri tetapi gagal memberi reaksi. Sebabnya mudah. Macam mana Umno dan respons kerana merekalah "hantu jembalang" yang menerima dan melaksanakan dasar PPSMI itu.
Merekalah (Umno) yang melanggar Akta Pendidikan, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Perlembagaan Malaysia 152. Tidak mungkin, Umno akan membantu dan menyokong GMP. Jadi kenapa, Hisyamuddin Husein kata himpunan itu didalangi oleh pembangkang.
Memang pemimpin parti pembangkang seperti dari PAS, Presidennya sendiri turun padang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Dr. Mohd Hatta Ramli, Dato' Kamaruddin Jaffar dan ramai lagi pemimpin peringkat negeri dan kawasan turun.
Kerana apa? Kerana mereka bergelar rakyat. Kerana anak mereka juga terperangkat dengan PPSMI. Kerana mereka prihatin. Kerana mereka tidak mahu bangsa Melayu mati. Kerana mereka tidak sanggup tengok bahasan Melayu di bunuh.
Mana pemimpin Umno? PAS sejak awal lagi sudah mengumumkan sebagai pembantu kepada menggerakkan himpunan ini. PAS mengerakkan road show bantahan ke seluruh negara. PAS gerakkan ahli-ahlinya yang besar untuk turun. Di mana salahnya? Macam juga Umno gerakan GPMS, Pekida, pelbagai NGO yang mandom, MBM, MAYC, Belia 4B dan lain-lain untuk sokong Umno bila tersepit dan terjepit.
Melihat Modus Operandi perhimpunan membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di ibu negara, Sabtu pasti ada benarnya dakwaan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa insiden yang hampir cetus keganasan itu didalangi pembangkang.
Sejak awal lagi, GMP menghantar memorandum kepada PAS dan PKR pada pilihan raya kecil di Kuala Terengganu. Kemudian menyerahkan lagi memorandum kepada kedua-dua parti itu di Perlimen. Mereka juga serah memo yang sama kepada Umno di Kuala Terengganu. Serah juga kepada Hisyemuddin di Parlimen. Apa yang tak kena?
Umno sudah dimaklumkan. Tak mahu dengar, itu memang perangai Umno. Pekak badak. Buta tuli. Sebab Umno yakin tidak ada siapa yang akan turun demo anjuran PPSMI itu. Isu bahasa, siapa nak beriya-iya. Orang PAS lagi tak mahu turun. Itu perkiraan pemimpin Umno. Bile meletup 7 Mac lalu, berulah Pak lah terkejut dan terkedu.
Berdasarkan apa yang berlaku sehingga memaksa polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyurai perarakan kira-kira 100,000 pembantah PPSMI yang merempuh sekatan polis menuju ke Istana Negara, jelas tindak tanduk sebahagian mereka bukan berasas kepada perjuangan bahasa mahupun pendidikan. Bagi Hishamuddin, apa yang berlaku ‘ibarat sudah terang lagi bersuluh’, dengan kehadiran pemimpin-pemimpin pembangkang terutama PAS dan PKR yang mengheret sebahagian daripada mereka terbabit demonstrasi jalanan.
Hisyamuddin sedang mencari alasan. Untuk menafikan kebangkitan orang Melayu. Kalau Melayu itu dikatakan Umno bermakna, orang Umno akar umbi sudah bangkit. Menikam Umno. Menujah pemimpin Melayu dari Umno. Bukan senang nak gerakan orang Melayu bangkit. Hari ini, 7 Mac orang Melayu sudah bangkit. Orang Cina tak ada. Orang India jauh sekali. Kalau ada sokongan moral tidak dinafikan.
Ini bukan demontrasi BERSIH dua tahun dulu. Semua kaum ada. Cina dan India turun padang pada angka yang besar. Demo PPSMI ini, solid orang Melayu yang datang. Berhimpun. Berarak menunju Istana Negara. Soal pembangkang jadi dalang tidak timbul. Tapi sebagai parti pemerintah, mengaitkan pembangkang lebih mudah menyelesaikan masalah.
Adakah berhenti setakat itu? Umno juga akan bermesyuarat tergempar membincangkan trend sokongan orang Melayu. Pada PRU lepas, orang Cina dan India menyokong pembangkang. Umno dan BN hanya menang di kawasan orang Melayu. Adakah orang Melayu akan bersama Umno dan BN selepas ini?
Setelah mereka lihat reaksi negatif Hisyamuddin dan pemimpin Umno terhadap PPSMI? Najib membisu seribu bahasa? Hanya menumpang kenyataan Hisymuddin semata-mata. Setelah memerhati apa yang terjadi di Perak. Umno bukan lagi dilihat payung orang Melayu sebaliknya sudah menjadi "musuh ketat" orang Melayu.
Kalau Hisyamuddin dan pemimpin Umno seangkatan dan sewaktu dengannya masih berperangai buta mata, pekak badak, keras hati, bahut dan keras kepala, maka terimalah akibatnya pada pilihan raya umum akan datang. Jawapannya sudah ada dan boleh dicongak-congak. Trend pengundian orang Melayu kini sudah berubah!