Ikuti Blog ini

HOT !! Petunjuk Dun Perak bakal dibubarkan !

1. Penggantungan Zambry dan Exconya sah.
2. Speaker telah menyatakan tarikh bersidang April.
3. Nasihat QC dijangka cenderung kepada tindakan PR adalah sah.
4. Satu satu jalan untuk PakLah buat situasi sibuk dari hujung Mac hingga pertengahan April.

Pembubaran Dun akan menghidupkan kembali alasan keperluan kepada PakLah untuk stay sekurang kurangnya sebagai Menteri Kanan. Dan dibawah adalah sebahagian foto terkini yang diambil pada petang tadi ketika MB Perak YAB Nizar berkunjung ke Pengkalan Hulu.


Selepas memberi ucapan yg berapi-api MB kita amat dahaga tu.....

Unit Amal bergambar kenangan bersama MB Nizar dan pemimpin-pemimpin pakatan rakyat parlimen gerik

Dihujung sekali yg mengangkat tanda OK tu pengerusi tetap PKR Bahagian Gerik

Rakyat mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan MB Nizar yang disayangi

Sokongan padu pakatan rakyat parlimen gerik kepada Menteri Besar yang sah

MB Nizar sedang memberi ucapan dan penerangan tentang kedudukan kerajaan perak yang mempunyai 2 MB. Menteri besar nizar yg sah (PR) dan MB Zambry (UMNO BN) yang haram seharam-haramnya.

Polis turut memberi kerjasama tentang keselamatan semasa perjumpaan dengan rakyat di daerah hulu perak

Sebahagian rakyat yg hadir untuk memberi sokongan kepada MB Nizar

MB Nizar ketika tiba di Pengkalan Hulu petang tadi.

Menikmati hidangan lauk kampung

Tambah lagi Mb..tambah lagi..ikan bakor cecah ayor asam tu !

Ustaz roslan mewakili pakteh menyampaikan cenderahati dan surat penhargaan atas pengurniaan tanah kepada pondok pakteh seluas 45 ekar

Sebahagian tetamu yg hadir semasa taklimat menteri besar




PPSMI: Khairy setuju debat dengan Pemuda PAS



Timbalan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyatakan kesediaan beliau secara pribadi untuk berdebat dengan Pemuda PAS dalam isu PPSMI.

Kira-kira jam 11.30 pagi tadi tadi calon Ketua Pemuda UMNO itu menerima surat jemputan debat daripada Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Dalam sidang media di lobi parlimen itu, Khairy berjanji akan membawa surat tersebut untuk dibincangkan dalam mesyuarat Pemuda UMNO.

Selain itu Khairy turut sepakat dengan Salahuddin untuk berbincang berkenaan dengan isu ISA. Perbincangan tersebut dijadualkan pada minggu depan di lobi parlimen. Walau bagaimanapun masa dan tarikh akan ditetapkan kemudian.

Dalam pada itu, Salahuddin turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana melantik beliau sebagai salah seorang ahli jawatankuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya beliau berjanji akan melaksanakan amanah dan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.

Sidang media pagi tadi turut dihadiri oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar, Exco Pemuda PAS Pusat, Firdaus dan Kamaruzaman Mohamad

Video berkaitan : Pemuda UMNO Takut Berdebat

Serahan surat untuk berdebat di dalam isu PPSMI tidak dapat disampaikan kepada Pemuda UMNO kerana Ketua Pemuda UMNO, Hishamuddin Tun Hussein tidak hadir di Dewan Rakyat.



Perhimpunan ‘Semangat 46 Lembu’ petang esok!

logokeadilanbaru1

AMK Malaysia bersama dengan AMK Selangor akan melancarkan program yang dinamakan “Perhimpunan Semangat 46 Lembu“. Perhimpunan ini akan diadakan dengan bertujuan untuk menunjukkan mesej bahawa SPRM telah menjadi Lembu Cucuk Hidung terhadap kerajaan UMNO-BN dulu, kini dan mungkin selamanya.


Oleh itu, semua pimpinan dan pendokong parti2 komponen Pakatan Rakyat dikehendaki dan dijemput hadir ke majlis yang telah dirancang seperti di bawah:-


Tarikh : 25-Februari-2009

Masa : 2.00 petang

Tempat : Lobi Belakang Plaza Massalam, Seksyen 9,
Shah Alam


Agenda : Perarakan Lembu ke SPRM


Tempat Berkumpul : Berkumpul di MacDonald Seksyen 9 dan
bergerak menuju ke Pejabat SPRM, Plaza
Massalam, Seksyen 9, Shah Alam


Bahan-bahan : Sila bawa replika Lembu atau gambar Lembu




Rafidah Hina Qur’an

Inilah pemimpin Umno. Menggunakan Qur’an bila terdesak. Pun begitu penggunaan yang bagi mereka sudah cukup Islamik ini sebenarnya telah menghina Qur’an itu sendiri. Qur’an bukan untuk dibuat bersumpah. Ianya di turunkan sebagai petunjuk kepada seluruh manusia.

Kalau setakat meletak Qur’an di hadapan kita semasa bermesyuarat tidak membawa apa-apa erti selagi kita tidak mengikuti apa yang disuruh dan apa yang dilarangnya.

Qur’an menyuruh kita menjalani kehidupan sebagaimana yang digariskannya. Menutup aurat. Berpolitik secara Islam. Berhias secara Islam. Bersosial secara Islam. Berekonomi secara Islam. Tidak berjudi, minum arak dan berpeleseran.

Oleh itu Rafidah kena jaga tatatertib bila bersama dengan Qur’an. Kena ada wudhuk dan menutup aurat. Tiada keduanya, maka sah suatu penghinaan kepada Kitab Suci itu.

Di mana Ulama-Ulama Umno atau mufti-mufti yang hebat-hebat itu. Tegurlah kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno dahulu sebelum menegur orang lain. Rosak pemimpin maka rosaklah rakyatnya. Dan apa yang penting jangan pula Ulama yang rosak. Jangan kamu takut kepada pemerintah tapi takutlah kepada Allah SWT.

Akhirnya apabila Al-Qur’an sebagai perhiasan dan bukannya untuk dibaca dan diamal maka inilah jadinya….. Tidak menghiraukan lagi soal halal dan haram.

Apa yang jelasnya, Umno hanya menggunakan Al-Qur’an semata-mata demi kepentingan politiknya sahaja. Semasa meminda perlembagaan untuk memansuhkan imuniti Raja-Raja dahulu, Islam juga digunakan bagi menghalalkan apa yang mereka mahukan. Imuniti bercanggah dengan Islam itulah alasannya. Dan apabila mereka mahu menggunakan Raja-Raja semula untuk tujuan politik mereka seperti apa yang berlaku di Perak sekarang ini, alasan derhaka kepada Raja adalah dosa besar.







PANAS...!!! siasatan keatas speaker DUN Perak dihentikan serta-merta..!!



Polis telah mengarahkan semua siasatan terhadap pengantungan Menteri Besar BN Zambry Kadir dan enam exconya dihentikan serta-merta setelah lebih dua jam menjalankan siasatan terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar.

Dalam satu kenyataan yang di keluarkan selepas empat angota polis dari Jabatan Siasiatan Jenayah Komersial di pejabat peguam Sivakumar dekat Ipoh, Siva menjelaskan bahawa walaupun beliau telah berkerja sama dengan pihak polis namun pihak polis mungkin telah bertindak dengan ‘ultra-vires’.


“Saya merasa lega sebab semua siasatan keatas exconya adalah melanggar peruntukan undang-undang sah di negara ini,” kata Sivakumar.


Menurutnya lagi, di bawah pembentukan undang-undang dewan enakmen 1959 dan artikel 72 Kerajaan Pusat telam memberi imuniti mutlak kepada Speaker dan hak istimewa ahli dari semua tindakan keatas undang-undang sivil dan jenayah.


Laporan media telah menyatakan seramai 19 orang angota polis telah membuat laporan polis menganai Sivakumar yang menggantung dan mangharamkan Zambry dan enam exconya untuk menghadiri persidangan selama 12 sehingga 18 bulan.


Satu lagi kegagalan institusi


Siasatan polis telah di buka di bawah section 124/120B Penal kod. Tertuduh di bawah Sesyen 124, yang memaksa wakil yang di pilih di gugurkan dari tugas dan kuasa sah boleh menerima hukuman maksima tujuh tahun penjara dan denda jika disabitkan kesalahan.


Sementara itu, pengamal undang-undang dan pemimpin Pakatan Rakyat telah mengecam tindakan polis dan manyatakan bahawa ini merupakan satu kelemahan institusi awam yang seharusnya bertindak bebas politik.


Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad juga mengkritik bahawa laporan polis bekenaan.


Di dalam blog beliau www.chedet.com : “jika keputusan oleh Speaker itu dianggap jenayah, apa akan terjadi bila Seaker di Parlimen menggantung ahli pembangkang atas apa jua alasan,”


“Dan perkara ini sering berlaku. Adakah setiap ahli pembangkang itu akan membuat laporan polis? Jika mereka boleh, adakah kita boleh menggangap bahawa pihak polis ada kuasaa untuk mengambil alih kedudukan Speaker Parlimen?” jelas Mahathir di dalam bolgnya.


Minggu lalu, Majlis Peguam telah mengeluarkan satu kenyataan berkata tindakan Sivakumar tidak boleh di bawa ke mahkamah.


“Tidak kira juga apa jenis prosidur yang di ikuti Speaker dan ahli keistimewaannya di bawah artikel 72 konstitusi pusat, tindakan Speaker dan kesahihan tindakan undang-undang adalah harus di buat di luar mahkamah,” Kata President Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan.


“Dalam perkara ini kita melihat perbezaan kuasa di antara pentadbir dan undang-undang. Menteri Besar mungkin orang yang paling berkuasa di dalam pentadbiran manakala undang-undang di tentukan oleh Speaker,” jelas peguam hak asasi manusia Malik Imtiaz Sarwar.


Hasil siasatan lebih dua jam terhadap V Sivakumar.




Lakukah tandatangan MB Dr Zamry di Perak? Bajet negeri macam mana Yob?

POLITIK Perak makin merimaskan MB BN yang baru, Dr Zamry Abdul Kader. Barangkali, sebelum "perampasan kuasa" dilancarkan, Najib Tun Razak dan Zahid Hamidi tidak perasaan tentang kuasa Speaker Dun.

Apa yang Najib dan Zahid bincangkan ialah soal bagaimana mahu "mempengaruhi" istana agar MB yang baru ditabal dan usaha menyingkirkan MB lama, Nizar Jamaluddin dijalankan secara penuh keliru.

Setelah berasa, mereka hebat dalam menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak ini, tiba-tiba Speaker Dun, Sivakumar yang tidak boleh dipecat dan tidak lut dek undang-undang dan siasatan polis, mengaum. Ia benar-benar menakutkan pemimpin BN dan Zamry.

Baik Pak Lah, Zahid dan Zamry, semuanya mengelabah dan mula bercakap "lembut" dalam keras bagi menagih simpati rakyat. Kini dah jelas, Zamry dan saf exconya telah digantung dan tidak boleh sertai Dun termasuk tiga lagi Adun melompat. Semuanya sembilan orang. Ramai tu.

Jadi, apakah nasib Zamry, MB yang tiada power dan saf exco yang duduk saja. Bagaimanakah bajet mahu dibentang dalam Dun? Bagaimana mahu bayar gaji dan elaun? Peruntukkan jabatan-jabatan? Benarkah ada pelabur yang mahu melabur seperti dakwa Zamry, ketika ini? Siapalah yang pelabur yang "bangang" nak melabur sedangkan MB tak sah? Tandatangan pun tak laku? Banyak proses undang-undang sedang berjalan?



UMNO-BN Perak Takut Dengan Kerajaan Pakatan Rakyat – Ustaz Norazli

http://buletinonline.net/images/berita/toliban1.jpg

Kemaman
– UMNO dan Barisan Nasional (BN) takut dan bimbang pencapaian cemerlang kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak akan menyebabkan negeri-negeri lain dibawah kekuasaannya tumbang.

“Pencapaian kerajaan negeri Perak dalam masa 11 bulan sangat cemerlang, sebab itu UMNO dan BN bimbang dan bertindak merampas kuasa kerajaan yang dipilih oleh rakyat,”kata Ketua Dewan Pemuda PAS Perak Ustaz Norazli Musa selepas majlis penerangan PAS DUN Chukai, di Dataran Geliga, di sini semalam.

Menurutnya kejayaan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS berjaya memecahkan tembok kepercayaan karut, hanya UMNO/BN sahaja yang boleh memerintah, sehingga menyebabkan suatu kejutan budaya kepada pimpinan UMNO-BN Perak.

Beliau berkata, sebagaimana kerajaan Barisan Alternatif yang diterajui PAS di Terengganu pada tahun 1999 – 2004, kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah memberikan tanah kepada rakyat Perak yang layak tanpa mengira kaum, ugama dan latarbelakang politik.

Oleh itu, katanya kejayaan tersebut menjadikan pelbagai lapisan masyarakat tertarik untuk menyertai dan menjadi ahli PAS termasuk orang asli.

“Sampai orang asli pun minat dengan PAS, saya pergi naik pacuan empat roda ke Pos Poi, Sungai Siput Perak untuk terima
borang keahlian,

“seramai 55 orang asli, menjadikan ia adalah cawangan PAS dikalangan orang asli yang pertama di dunia,”kata Norazli yang juga Pengawai Khas kepada Exco Pendidikan da Ugama Perak.
http://buletinonline.net/images/berita/programchukai230209.jpg

Katanya keberkatan dari tindakan kerajaan manaikkan elaun guru-guru ugama telah meningkatkan hasil kutipan zakat bagi seluruh negeri Perak dari RM43 juta pada tahun 2007 kepada RM 57 juta pada tahun 2008.

Ketokohan Menteri Besar, katanya, telah berjaya mewujudkan perpaduan diantara kaum dan silaturRahim diantara kakitangan kerajaan negeri.

“Perpaduan kerajaan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, India, China dan juga Sikh meninggalkan kesan dikalangan kakitangan,

“ketokohan YB Hj Nizar yang mesra dengan kakitangan menyebabkan ada dikalangan mereka menitiskan air mata apabila beliau (Nizar) dipaksa meninggalkan bangunan Perak darul Ridzuan,”ujarnya.

Oleh yang demikian, kata beliau, UMNO/BN menjadi takut sehingga tidak ada jalan lain, kecuali merampas kuasa.

Beliau turut menyeru kepada semua ahli-ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat agar dapat membantu PAS dan Pakatan Rakyat negeri Perak menghadapi pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang yang akan diadakan pada 7 April, 2009.

Turut hadir dalam Majlis Penerangan anjuran MTD Chukai adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman Hj Ismail Harun dan Timbalannya, Hj Hanafiah Ramly @Mat dan Ketua Penerangan Ustaz Alias



SPR: P'raya Batang Ai perlu diadakan

Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kawasan Batang Ai perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dublin Unting hari ini.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini kerana penggal DUN itu baru berusia lebih dua tahun dan mengikut Perlembagaan Negeri Sarawak, penggal akhir DUN itu ialah pada Julai 2011.


"Maknanya, ada dua tahun lebih. Jadi, pilihanraya kecil perlu diadakan," katanya kepada Bernama di Putrajaya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkara itu selepas Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dublin, 53, meninggal dunia di Normah Medical Centre di Kuching pada pukul 1.25 pagi ini akibat serangan angin ahmar.


Mendiang juga Menteri Muda Sukan dan Pertanian Sarawak.


Ditanya mengenai tarikh pilihan raya kecil itu akan diadakan, Abdul Aziz berkata perkara itu perlu dibincangkan terlebih dahulu.


Beliau berkata Speaker DUN Sarawak belum memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan kerusi DUN berkenaan dan menjangka akan menerima surat daripada Speaker berkenaan dalam tempoh sehari dua lagi.


Dalam pilihanraya negeri 2006, Unting menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak (Snap). Batang Ai merupakan kawasan majoriti pengundi Iban.


Unting menang dengan majoriti 806 undi, apabila mendapat 3,295 undi manakala Bawin mendapat 2,489 undi.


Bawin telah menyertai PKR dan dilantik sebagai naib pengerusi parti tersebut.


Jika pilihanraya kecil diadakan, ia merupakan ujian pertama bagi Pakatan Rakyat di Sarawak sejak pilihanraya umum pada Mac 2008.


Tidak seperti negeri-negeri lain, Sarawak tidak mengadakan pilihanraya negeri serentak dengan pilihanraya umum.


Pilihanraya negeri Sarawak diadakan pada Mei 2006 di mana parti pembangkang DAP berjaya memenangi beberapa kerusi dalam kawasan kubu kuat BN, yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dari PBB.

Enggan mansuh PPSMI golongan celaka - Presiden

p1100051




Kuala Lumpur - Presiden PAS, YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, menyifatkan pimpinan UMNO yang enggan memansuhkan PPSMI adalah golongan celaka yang akan melenyapkan Bahasa Melayu.


Beliau berpidato di dalam majlis himpunan dan ikrar mansuh PPSMI. Menurut beliau, tamadun bangsa yang pernah wujud mempunyai bahasa masing-masing dan kemajuan tamadun ini berkembang bersama dengan perkembangan bahasa mereka.


Beliau menggesa supaya rakyat di didik dengan ilmu dengan menggunakan bahasa sendiri dan bukan dengan bahasa asing. “Tidak salah belajar bahasa asing tetapi rakyat perlu di ilmukan dengan bahasa kebangsaan.”


p1100019

Lebih kurang 20 orang pemuda yang dipimpin oleh Kamaruzaman Mohamad membaca ikrar taat setia dan berjanji akan mempertahankan Bahasa Kebangsaan.

p1090986

Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina itu turut diserikan dengan bacaan sajak oleh Dinsman.

p11000061


Dun Kelantan kutuk kekejaman Yahudi


AdvertisementKOTA BHARU - Dewan Negeri Kelantan yang bersidang semalam mengambil ketetapan mengutuk tindakan kejam rejim Yahudi di bumi Palestin yang menyebabkan lebih 1,300 penduduk menjadi korban.


Usul mengenai perkara itu dibentang Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Menurut Menteri Besar kekejaman bangsa Yahudi tidak boleh dimaafkan kerana ia telah merampas hak bangsa lain dan tindakan yang dilakukan rejim itu melampaui nilai-nilai kemanusiaan.


Katanya kekejaman Yahudi tidak boleh dibendung lagi sekiranya umat Islam tidak bersatu.


Beliau berkata Gaza merupakan tempat lahirnya ulama seperti Imam Syafie dan seharusnya umat Islam mempertahankannya.


"Mengenai cadangan supaya wakil rakyat membuat sumbangan dengan sebulan elaun kepada mangsa kekejaman Yahudi, ia tidak menjadi masalah.


"Bagi saya, tak dak masalah. Saya setuju gaji saya dipotong, yang lain tu kena bincang dululah," ujar beliau.


Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob ketika menyokong usul tersebut berkata, kekejaman dilakukan Yahudi bermula pada 1948, di mana penduduk Palestin telah ditindas.


Katanya juga orang Yahudi juga merupakan bangsa yang mengasaskan perniagaan secara riba seperti diamalkan bank di negara-negara barat sekarang.


"Kelalaian umat Islam di bumi Arab juga menjadi faktor penting Yahudi bertindak sewenang-wenangnya menindas bangsa Palestin," katanya pada persidangan kali pertama bagi tempoh penggal kedua Dewan Undangan Negeri Kelantan yang ke-12 hari ini.

Image


Usul tersebut juga disokong pembangkang yang diwakili Abdul Aziz Derasid (BN - Kuala Balah) yang turut mengutuk keras serangan Yahudi terhadap bumi Palestin.


Beliau turut mencadangkan wakil rakyat di Kelantan memberi sumbangan sebulan elaun mereka untuk didermakan kepada kerajaan Hamas di Palestin.


"Kita akan beri sumbangan itu kepada Hamas kerana ia merupakan kerajaan yang dipilih rakyat Palestin dan bukannya kumpulan Fatah yang diketuai Mahmood Abbas," katanya ketika menjawab soalan dibangkitkan Ustaz Hassan Mohamood (PAS - Tawang) yang mahu memastikan kepada pihak mana bantuan akan disalurkan.


Ramai anggota Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) bangkit mencelah ketika Aziz berucap menyokong usul tersebut.


Dr Muhammad Md Daud (PAS - Tendong) berkata, Yahudi bukan sahaja memusuhi umat Islam, malah ia menjadi musuh kepada seluruh bangsa di dunia.


"Yahudi beranggapan mereka adalah bangsa yang mulia di bumi ini dan kaum lain dianggap sebagai setaraf dengan haiwan, justeru itu mereka sanggup membuat apa saja untuk menegakkan negara Yahudi," ujar.


Menurutnya bangsa Yahudi merupakan golongan penakut di mana tenteranya akan berundur sekiranya ada di kalangan mereka mati dalam peperangan.


Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS - Mengkebang) mencadangkan kerajaan mengemukakan teori '8 D' bagi mengutuk kekejaman rejim Yahudi ke atas umat Islam di Palestin.


8 D yang dimaksudkan iaitu demontrasi, dana, desak, dedah, delegasi, dakwah, didik dan doa.


Beliau juga merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri melalui Tabung Cakna Palestin yang bersedia menaja pelajar-pelajar dari Palestin meneruskan pengajian di negara ini.


Ustaz Abdullah Ya'kub (PAS - Air Lanas) pula mengimbau sejarah permulaan kekejaman kaum Yahudi bermula pada 1898 berdasarkan kepada ketetapan di Geneva yang ingin menjatuh kerajaan Othmaniah di Turki.

Image

Katanya, Yahudi telah bertindak awal mencari seorang anak tempatan yang pintar, Mustafa Kamal Atartuk yang dididik sehingga berjaya melanjut pelajaran ke Harvard, kemudian diangkat menjadi pemimpin di Turki dengan menjatuhkan kerajaan Othmaniah.


Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS - Pasir Tumbuh) berkata terdapat perbezaan dalam menggunakan nama Israel dan Yahudi, di mana Israel adalah merupakan satu kaum yang terdiri daripada nabi iaitu keturunan Nabi Yaakub a.s.


Sedangkan Yahudi ialah mereka yang lahir dari keturunan Israel yang terlalu jahat sehinggakan sanggup membunuh nabi-nabi.


"Oleh itu saya berharap kita menggunakan nama Yahudi dalam apa jua perkara yang menggambarkan kekejaman mereka di Palestin sekarang," ujar.


Ustaz Muhammad Mustapha (PAS - Demit) meminta kerajaan pusat mengiktiraf kerajaan Hamas di Palestin kerana kemenangannya mengikut demokrasi melalui cara yang sah.


Beliau berkata, Malaysia juga seharusnya menyalurkan sumbangan yang khusus terhadap kerajaan Hamas bagi membantu umat Islam di Gaza.


Katanya, kerajaan juga perlu memberi penerangan yang jelas berhubung kerajaan Hamas yang dipilih rakyat Palestin secara sah.


"Kita tidak mahu sumbangan disalurkan kepada kumpulan Fattah yang langsung tidak ada hubung kait dengan peperangan dengan Yahudi baru-baru ini," ujarnya.


Beliau juga menyarankan Malaysia turut mengambil sikap menyokong untuk mendakwa rejim Zionis di Mahkamah Keadilan Antarabangsa kerana telah menceroboh hak asasi manusia sejagat.


Beliau turut menyarankan kerajaan Kelantan memberi ruang kepada kanak-kanak Palestin meneruskan pengajian di negeri ini iaitu di kolej-kolej swasta atau awam sebagai aset bagi masa depan mereka.


"Yahudi akan melekakan umat Islam bagi mengikis rasa kecintaan yang kental terhadap perjuangan Islam agar ia semakin terhakis," ujarnya.


Sementara itu, badan-badan bukan kerajaan (NGO) menyerah memorandum bantahan terhadap kekejaman Yahudi kepada Menteri Besar di lobi Dewan Undangan Negeri, ketika persidangan berhenti rehat.


Memorandum itu diserahkan Ketua Sekretariat Misi Cakna Palestin, Nazri Deraman.


Nazri berkata, penyerahan memorandum itu sebagai melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan Kelantan yang turut sama mengutuk kekejaman Yahudi.


Sekretariat terbabit menggabungkan 30 NGO dari seluruh negeri berganding bahu menganjurkan program-program bagi membantu meringankan beban kesengsaraan rakyat di Gaza.


"Kami mewakili pelbagai golongan dan lapisan masyarakat turut sama menyatakan sokongan ke atas langkah pihak kerajaan Kelantan yang amat prihatin terhadap isu ini," ujar beliau.


SPRM Tak Ubah Seekor Lembu Gila

Gara-gara kerana menjadikan diri mereka dicucuk hidung oleh UMNO-BN, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan akan dihadiahkan seekor lembu oleh Agkatan Muda Keadilan.

Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mengenai ada bukti kukuh untuk mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dianggap Angkatan Pemuda KeADILan (AMK) Kelantan sebagai berniat jahat.

Sebanyak 36 laporan polis dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri dan bahagian di seluruh negara terhadap Ahmad Said Hamdan berhubung kenyataannya itu.

Pada 20 Februari lalu, Ahmad Said dilaporkan berkata pihaknya mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa oleh menteri besar Selangor itu berkaitan dakwaan sumbangan 46 lembu korban dan kos selenggaraan kereta Lexus milik peribadinya menggunakan dana kerajaan negeri.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pengumuman Ahmad Said jelas menunjukkan penyalahgunaan kuasa kerana Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 memperuntukkan kuasa mendakwa hanya kepada Jabatan Peguam Negara.

"Tindakan beliau juga kelihatan selari dengan usaha jahat dan terancang oleh Umno-BN yang mahu mengganggu gugat kestabilan kerajaan Negeri Selangor khususnya dalam keadaan tampuk pemerintahan negara bakal diambil alih oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .