Ikuti Blog ini

Amaran Hamas: Intifadhah Ketiga akan meletus ?


Hamas menyatakan amaran meletusnya Intifadhah III di seluruh Palestin jika kejahatan Israel berlanjutan terhadap masjid Al-Aqsa. Ini kerana angkara jahat terhadap al-Aqsa adalah kejahatan terhadap nilai, akidah, kehormatan Palestin, Arab dan Islam.

Dr. Ismael Ridlwan, pimpinan Hamas, meminta bangsa Arab dan negara-negara Islam untuk segera menyelamatkan masjid Al-Aqsa dari kejahatan Israel yang menyerang tempat-tempat suci Islam dan tempat isra Rasulullah saw.

Bekenaan tentera Israel, Gilad Shalit, Ismael Ridwan menegaskan, pemerintah Israel bertanggungjawab penuh atas isu pertukaran tahanan dan tawanan. Ini kerana keputusan di tangan Israel. Selama ini yang berdolak-dalih dalam soal kesefahaman masalah ini adalah Israel.



Nik Aziz yakin tubuh kerajaan baru pusat

Nik Aziz yakin tubuh kerajaan baru pusat, Pakatan setuju pilih Anwar

KOTA BAHRU: Murysidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mengetuai Kelantan sejak 1990, masih yakin Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat sambil menekankan bahawa pihaknya akan tetap memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Keputusan memilih Anwar jika pembangkang berkuasa di peringkat persekutuan, kata Nik Aziz, sudah lama dipersetujui oleh pembangkang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, pembangkang telah memutuskan demikian semasa pihaknya bersetuju untuk mewujudkan barisan alternatif sembilan tahun lalu.

"Cerita Anwar (dipilih sebagai Perdana Menteri) sudah lama... belum pada ini kita ada APU (Angkatan Perpaduan Ummah), lepas itu Barisan Alternatif, masa kita buat (bentuk) BA, kita dah buat keputusan, Perdana Menterinya Anwar... bukan cerita baru," kata beliau ketika ditemui di kediaman beliau di sini baru-baru ini.

Barisan alternatif dibentuk oleh pembangkang ketika menghadapi pilihan raya umum 1999 dan 2004.

Selepas pilihan raya umum Mac lalu pihaknya menamakan ikatan pembangkang sebagai Pakatan Rakyat.

Nama itu diumumkan pada 1 April lalu dengan menyasarkan 16 September bagi membentuk kerajaan baru persekutuan.

Bagaimanapun pada tarikh tersebut kerajaan baru tidak dibentuk, sebaliknya Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat meminta diadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Malah Anwar juga meminta supaya diadakan sidang khas Parlimen untuk membincangkan sokongan anggota Dewan Rakyat pada 23 September lalu.

Kedua-dua permintaan itu telah ditolak oleh Abdulllah.

Ketika ditanya tentang peluang dan kemungkinan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat, Nik Aziz berkata: "Kami mesti ambil alih kecuali dia (kerajaan) kacau, diguna ISA, ditangkap, itu lainlah."

Tambah beliau, jika demokrasi dilaksana dengan sepenuhnya, sudah lama Umno digantikan dengan kerajaan baru.

"Kami yakin, syaratnya demokrasi diberi peluang penuh, tiada gangguan ISA, tiada ditangkap, kecuali dia ditangkap macam komunis," katanya.

Apabila ditanya mengenai perbezaan pandangan dan tidak puas hati dalam isu pembentukan kerajaan oleh Pakatan Rakyat dan diketuai Anwar jika menjadi, Nik Aziz berkata, masalah itu tidak wujud secara keseluruhan.

Cuma, jelas Nik Aziz, wujud sedikit perasaan ragu-ragu memandangkan Anwar dituduh kerana dituduh liwat sedangkan mahkamah sudah lepaskan beliau.

Anwar, kini Ketua Pembangkang di Parlimen, pernah berhadapan dengan kes liwat 10 tahun lalu tetapi dibebaskan dan berhadapan dengan tuduhan buat kali kedua Ogos lalu.


Desak Ibrahim Frog Kosongkan Kerusi Parlimen Pasir Mas

Adakah tindakan beliau akhir – akhir ini boleh membawa maksud beliau sudah dan telah meludah ke muka TGNA , yang telah “memunggut“ beliau di tepi longkang di Pasir Mas ?

Adakah tindakan beliau akhir – akhir ini boleh membawa maksud beliau sudah dan telah meludah ke muka TGNA , yang telah “memunggut“ beliau di tepi longkang di Pasir Mas ? Adakah ianya sesuai dengan perumpamaan ini , iaitu “melepaskan anjing yang tersepit“ , atau “mendokong biawak hidup“ ?

Referendum Pasir Mas: Desak Ibrahim Ali Kosongkan Kerusi Parlimen !!! Setuju ?

Terlihat , maksudnya bukan sengaja nak lihat , dalam TV1 , masa siaran langsung persidangan parlimen 14 okt , selasa, lepas habis tu ada pulak slot bicara dengan tetamu , kebetulannya ia terdiri daripada ahli parlimen , YB Pasir Mas, Ibrahim Ali , bersama dgn YB Batu Pahat

Dah TV depan meja makan , nak elak tak dapat , kena lah dengar lawak jenaka kedua – dua tetamu.

Apa yang nak dikatakan di sini , bukan isu baru , semua dah tahu dengan perangai YB Ibrahim Ali ni , iaitu yang nak difokuskan seperti tajuk di atas adalah sangat berkait rapat dengan pendirian dan sikap YB ni sejak akhir – akhir ni

Intro

PRU – 12 , baru – baru ni , beliau bertanding atas ehsan YB MB Kelantan , TGNA , dengan menggunakan tiket & lambang PAS.

Maknanya , PAS dengan seluruh kekuatan , jentera dan dibantu dengan PKR & DAP , bekerja keras memenangkannya.

Tidak mustahil , tanpa PAS & PR , beliau akan kalah.

Tidak lah diketahui , samada terdapatnya perjanjian hitam putih dengan TGNA atau tidak , tetapi sewajarnya sekali pun tidak ada , beliau harus tahu harga diri , reti membawa diri , menjaga penampilan dan pembawaan diri , serta seharusnya memelihara hubungan baik dengan TGNA , PAS & PR.

Strategi
Tidak lah diketahui apakah strategi sebenar TGNA membenarkan beliau bertanding dengan menggunakan tiket PAS dalam PRU-12 lalu !!!

Mungkin boleh diagak , beliau hanyalah sebagai alat sahaja , bagi dijadikan sebagai peluru untuk mematikan “perang psikologi“ bagi DUN Pengkalan Pasir yang telah “dimenangi“ oleh umno/bn dalam piihanraya kecil beberapa bulan sebelum daripada itu dan tidak lebih daripada itu.


Barangkali ada kebenarannya sangkaan di atas !!! Wallahu’allam

Rasanya , ada benarnya , kalau lah dilihat kepada prestasi antara yang terbaik pernah dibuat oleh PAS di Kelantan , iaitu hasil sumbangan beliau yag telah dijadikan sebagai “alat“ dan kubu bagi menyerang dan menahan serangan umno/bn yang bertali arus ketika itu.


Padan muka mung Ibrahim Ali !!!!
Tapi masih tak sedar diri

Ulasan seterusnya
Apa yang diperhatikan dalam temubual dengan pengacara tersebut , beliau banyak menghentam dan memperlekehkan YB DSAI , PKR & PR , iaitu salah satu komponen utama dan “key maker“ & “key player“ dalam PR , tempat dimana beliau mengharapkan belas ehsan dan simpati serta memunggut sisa – sisa namanya yang masih berbaki sebagai ahli politik tanah air.

Adakah tindakan beliau akhir – akhir ini boleh membawa maksud beliau sudah dan telah meludah ke muka TGNA , yang telah “memunggut“ beliau di tepi longkang di Pasir Mas ?


ATAU

Adakah ianya sesuai dengan perumpamaan ini , iaitu “melepaskan anjing yang tersepit“ , atau “mendokong biawak hidup“ ?

Bandingkan dengan bahana yang menimpa Mustafa Ali , Pesuruhjaya PAS Terengganu , ekoran kenyataan “peribadi“ beliau yang ditafsirkan sebagai menyalahgunakan kedudukannya dalam parti dan juga akhbar HARAKAH , telah menyebabkan imejnya jatuh merudum , punah ranah dan hancur lebur kini ?

Sehinggakan ada yang berani mengesyorkan supaya Presiden parti mengambil tindakan meminta beliau mengosongkan jawatan Pesuruhjaya negeri.


Bagaimana ukuran yang hendak kita letakkan berbanding dengan Ibrahim Ali ini ?

Adakah beliau telah mengadap TGNA , seperti mana Mustafa Ali lakukan , dan memohon maaf, di atas segala keculaparan , “kebiadapan“ , ketidakbertanggungjawapan , dan sebagainya ?

Fikir sejenak !!!!
Adakah mungkin perlu dibuat biopsi , dan ujian darah bagi menentukan warna darahnya , adakah sudah menjadi biru pekat , lebih biru dari darah belangkas maupun orang – orang umno tulin ???

Fikir – fikirkan lah !!!

Macam mana orang – orang Pasir Mas ? Setuju atau tidak kita wujudkan satu NGO mendesak YB yang ada sekarang ni kosongkan kerusi dan satu pilihanraya kecil diadakan , dan kita mintak ‘YB’ Ibrahim Ali bertanding sekali lagi , ikut dialah nak guna tiket mana , kecuali PAS , PKR & DAP.

Kita tengok dimana kekuatannya !!!


Referendum Pasir Mas

Sekiranya dipersetujui , rasanya perlu kepada penubuhan sebuah persatuan atau badan bukan kerajaan , yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan , bagi menggerakkan secara rasmi , membuat aktiviti – aktiviti seperti mengumpul tandatangan penduduk Pasir Mas , juga Kelantan , serta Malaysia , khususnya dari Pakatan Rakyat , yang bersetuju bagi mendesak beliau , iaitu YB Ibrahim Ali mengosongkan kerusi parlimen dan seterusnya diadakan satu pilihanraya kecil.

Sikit je lagi !!!

Dalam hal ini mungkin kita boleh mintak tolong dari umno untuk mendisiplinkan beliau , kerana dalam keadaan sekarang ini , tidak mungkin umno bersedia menghadapi satu lagi pilihanraya kecil , apa tah lagi di Kelantan , memandangkan kes terbaharu di Kulim Bandar Bharu pun , umno ‘tewas’ sebelum berperang , tapi tentera Rusia lebih bermaruah seperti dalam cerita ‘combact’ , angkat bendera putih , itu pun lepas kalah dalam perang dengan tentera Amerika.




Kenangan Majlis Idul Fitri Bersama Masyarakat Tionghua

"Ambo tak pelik mengenai kemenangan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri. Malah bagi ambo ia adalah perkara yang ke 2 atau ke 3.

Yang paling penting bagi kita, bagaimana nak mengurus apa yang dianugerahkan kepada Allah sehingga terbukanya hati orang Cina & India yang sanggup memangkah PAS....."


- YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat






















































Dato' Tuan Ibrahim menyantuni mangsa kebakaran.

Pesuruhjaya Pas Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bersama YDP Pas Rompin ustaz Shukri Hj Ahmad telah berbesar hati mengunjungi sebuah keluarga yang ditimpa musibah baru-baru ini apabila rumah mereka hangus dijilat api.

Mangsa yang juga peneroka felda di Keratong 5 agak terharu dan gembira dengan kunjungan mesra PJ ini.

Kebakaran yang berlaku pada 9 oktober ini telah memusnahkan sama-sekali rumah yang didiami oleh 4 beranak itu hingga mereka tinggal sehelai sepinggang.Turut musnah dalam kebakaran itu ialah sebuah kereta jenis proton iswara dan motosikal.

Menurut mangsa, encik Azmi Rodidon kebakaran itu disyaki berpunca dari api lilin yang digunakan pada malam itu akibat bekalan elektrik terputus disebelah petangnya. Kerugian menurutnya dianggarkan lebih-kurang 86 ribu dan beliau sedang giat berusaha untuk membuat tuntutan insuran kepada rumah dan kenderaannya itu.


Tuan Ibrahim sempat mengadakan tahlil ringkas di tapak kebakaran itu juga mengingatkan Azmi agar bersabar dan redha dengan ujian Allah ini. Allah sentiasa menguji hamba yang dikasihiNya.


Dalam ziarah ringkas ini juga Pas Kawasan, Pas cawangan Keratong 5 dan Dewan Pemuda Pas Kawasan telah rendah dirinya menyumbangkan sedikit bantuan dan barangan keperluan bagi berkongsi sedikit kesusahan yang dideritai mangsa.



Dato' Tuan Ibrahim diakhir lawatannya berharap agar pihak felda dan kerajaan agar mempercepatkan pembinaan semula rumah encik Azmi ini sebagaimana yang dijanjikan. Katanya "Pas Pahang dan Pas kawasan akan sentiasa memantau secara langsung perkembangan dan nasib rakyat dalam peristiwa yang sebegini.








Kes Altantunya: Tanpa Ada Siasatan Polis, PM Tetap Yakin Najib Tidak Salah Guna Kuasa !!

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menolak laporan yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today mengenai penyalahgunaan kuasa oleh Timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. "Saya tak percaya beliau terlibat dalam soal penyalahgunaan kuasa," kata beliau. Beliau mengulas mengenai laporan laman web itu yang menyebut Najib menggunakan kuasanya bagi mencampuri siasatan kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

Laporan Malaysia Today itu menyiarkan dakwaan hubungan mesej teks melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) antara Timbalan Perdana Menteri itu dengan peguam Datuk Shafee Abdullah yang mewakili Abdul Razak Baginda. Ia juga menyebut dengan jelas bahawa Najib mencampuri siasatan pihak polis bagi menyelamatkan Abdul Razak. Sebaliknya Abdullah percaya bakal penggantinya itu akan menjadi seorang pemimpin dan Perdana Menteri yang baik serta mampu menunjukkan kepimpinan yang mantap. "Saya percaya beliau tidak akan salah gunakan kuasanya, kalau tidak bagaimana beliau nak jadi pengganti saya," katanya.

Pengendali laman web tersebut kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menghadapi kes di bawah Akta Hasutan. Dalam pada itu Presiden Umno itu juga melahirkan rasa gembira dengan keputusan yang dibuat oleh 28 Umno bahagian yang mencalonkan Najib sebagai Presiden parti. "Sudah tentulah saya gembira kerana beliau mendapat sokongan, ini perkara baik. Abdullah sekali lagi mengulangi pendiriannya yang mahukan Najib menjadi penggantinya sebagai Presiden Umno yang baru turut meminta agar ahli Umno memberikan sokongan kepada Timbalan Presiden Umno itu. "Saya nak Datuk Seri Mohd Najib gantikan saya, saya nak supaya ahli-ahli parti beri sokongan kepada beliau. Beliau boleh jadi pemimpin yang baik," katanya.

[Mudah benar jawapan Pak Lah tentang Najib dalam kes Altantunya ini. Beliau sepatutnya minta pihak polis menyiasat Najib dan Rosmah dan dibawa ke mahkamah sebagai saksi utama kes ini. Tambahan pula kesemua yang terlibat mempunyai kaitan yang rapat dengan TPM itu. Maka untung benarlah Najib, sedangkan seluruh dunia sudah mengetahui, mendengar, melihat dan mengesyaki beliau terlibat. Apakah dengan berada di luar mahkamah Pak Lah boleh yakin Najib toda bersalah. Sepatutnya, bersihkanlah imej badan kehakiman negara. Jika ada laporan buat siasatan terutamanya dalam isu SMS yang didedahkan. Apakah individu yang mendedahkan perkara ini pula yang akan ditahan ISA kerana menyebarkan maklumat itu?]


Penyokong UMNO Hina Institusi Raja Berpelembagaan – Arahan Lanjut Pendakwaan Ditunggu

Wednesday, 15 October 2008

http://buletinonline.net/images/berita12/natang1.gif
Kuala Terengganu – Rakyat Terengganu khususnya kini menunggu hasil siasatan pihak polis terhadap laporan yang dibuat mengenai satu perhimpunan haram yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Seri Iman pada 23 Mac 2008 lalu.


Menurut surat yang ditandatangani oleh Superitendan Khairi Ahrasa bagi pihak Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Terengganu, beliau sukacitanya memaklumkan siasatan berkenaan perkara tersebut telah selesai dijalankan.
(Gambar - sedutan perhimputan haram yang disiarkan oleh stesyen TV tempatan)


Dalam surat yang ditujukan kepada Muhammad Fauzi Abu Samah, Khairi turut menyatakan pihak beliau menunggu arahan lanjut berkaitan pendakwaan apabila kertas siasatan terhadap kes tersebut telah dimajukan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.


Surat tersebut yang bernombor rujukan (PR) 35/26 bertarikh 16 Sptember adalah respon pihak polis terhadap surat yang dihantar oleh Fauzi kepada pihak polis pada 11 September 2008.

Pada 26 Mac lalu sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) telah membuat satu laporan polis berhubung ‘perhimpunan haram’ para penyokong bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh.

Pengerusi MAMPAT Mohamad Fauzi Abu Samah, 36, berkata salah satu slogan kain rentang yang diangkat semasa perhimpunan haram tersebut telah menghina pihak Istana dan Tuanku Al-Sultan yang berbunyi ‘Kami Nak Idris, Natang’ yang bermaksud ‘Binatang’.

Perhimpunan haram yang telah di ditayangkan kepada umum oleh beberapa buah stesyen tv utama adalah ekoran penentangan ahli-ahli UMNO yang menyokong Idris terhadap pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Dato’ Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.

Surat respon Polis Terengganu telah disiarkan dalam laman rasmi MAMPAT sejak 12 Oktober lalu




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .