Ikuti Blog ini

PRK Hulu Selangor : INGATAN UNTUK PENGUNDI P094.

BELAJAR DARI PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG



JANJI DAN JANJI PILIHANRAYA KECIL DI BAGAN PINANG

Ini gambar warga Bangan Pinang yang telah menerima janji ketika Mat Isa bertanding. Apa yang terjadi - papan tanda ini – di dirikan. Ini sebagai tanda dan janji.

Sampai hari ini satu habuk pun tak ada.

Justeru warga di Hulu Selangor wajib berwaspada. Gerombolan ini amat licik dan banyak pengalaman dalam hal menipu rakyat.

Jangan jadi orang Bangan Pinang di Port Dickson.

INI SATU LAGI KES

PORT DICKSON – PROTES BAKAR GERAN
- beritahairan

Projek jalan terbengkalai didakwa punca berlaku banjir, berdebu.

PASIR PANJANG: Berdebu ketika cuaca kering, banjir kilat apabila hujan lebat dan bahaya kemalangan adalah antara kesulitan yang dihadapi kira-kira 40 keluarga di rumah rakyat di sini berikutan projek melebarkan jalan raya depan kawasan perumahan itu terbengkalai. Penduduk cuba menahan sabar, tetapi masalah yang didakwa berlarutan sejak kira-kira enam tahun lalu tanpa penyelesaian menyebabkan penduduk berasakan kesabaran mereka ada hadnya.

Kemuncaknya ialah 32 keluarga berkumpul beramai-ramai dan secara simbolik membakar satu salinan fotostat geran rumah mereka.-Posted by RAKYAT MARHAEN

Koh Urus Jawatankuasa Agama? Mana Menteri Islam? Mana Perkasa?


RAWANG, 12 April — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata orang ramai tidak perlu bimbang berhubung peranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang bertanggungjawab terhadap Jawatankuasa Antara Agama, kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan pertikaian berkaitan agama.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata jawatankuasa itu berperanan untuk memberi ruang dalam usaha mewujudkan persefahaman dan perpaduan di antara kaum dan agama di negara ini.

“Jawatankuasa ini dibuat dalam bentuk pentadbiran di bawah Jabatan Perdana Menteri, mungkin ada hasil-hasil perbincangan yang boleh digunakan sebagai panduan untuk tambah baik perhubungan antara kaum yang boleh kita ambil.

“Tetapi soal-soal tentang kedudukan agama Islam itu tidak akan disentuh, kedudukan dan martabatnya tidak akan disentuh, kita kena hormat antara agama dan wujudkan semangat kerjasama,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan geran permulaan prasekolah swasta Kementerian Pelajaran di Bandar Sungai Buaya di sini hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi membantah Jawatankuasa Antara Agama untuk menyelesaikan pertikaian berkaitan agama diletakkan di bawah tanggungjawab Dr Koh kerana ia membabitkan soal agama Islam.

Mengulas pendapat Pengerusi Perkasa Datuk Ibrahim Ali bahawa pelantikan bekas Anggota Parlimen Kota Baharu Datuk Ilani Ishak sebagai pengerusi jawatankuasa itu juga tidak bertepatan, Muhyiddin berkata Ilani mempunyai
pengalaman dan peluang harus diberikan untuk beliau menerajui jawatankuasa itu.
“Ilani ada pengalaman, kita bagi dia peluang, wakil-wakil dari Majlis Fatwa Kebangsaan pun ada, dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pun ada, saya tak fikir kita harus bimbang,” katanya.

Pada 6 April lalu, kabinet bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Antara Agama yang dianggotai oleh wakil semua agama tanpa campur tangan mana-mana anggota politik bagi memupuk kefahaman antara penganut-penganut pelbagai agama di Negara ini. — Bernama

Anda Rindu Tok Guru? Ni Gambar Terkini Tok Guru DI Mekkah!

Ah'lan wah'shahlan Tok Guru...silakan masuk....
Tok Guru Nik Aziz mendoa kan sesuatu untuk CL..nak tau apa kah DOA nyer..?
Beliau menceritakan sesuatu pada CL...
Bersama sama kami makan malam tadi....alhamdulilah
Bergambar bersama CL sebelum beliau beredar pulang....Tok Guru Nik Aziz adalah insan yang AMAT MULIA serta mempunyai keperibadian yang AMAT tinggi...CL berasa amat bersyukur kerana berkesempatan bersama nye walaupun hanya sejam lebih beliau bersama CL...sempat jugak beliau menceritakan beberapa perkara yang AMAT berguna pada kita semua...Pada BELIAU, CL mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kerana sudi datang berkunjung dan menjamu selera di kamar CL...hanya allah swt sahaja yang dapat membalas budi baik beliau dan DOA CL moga beliau akan senantiasa sihat sejahtera ,panjang umur dan dilindungi Allah swt ...insyalah...syukran TOK GURU NIK AZIZ...

Gempar!! 1 lagi PRK?

Ingat ada satu lagi PRK..rupanya pengsan sat aje..

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs374.snc3/24005_108121812555149_100000719927800_108312_5067113_n.jpg

Timbalan menteri Pelajaran YB Puad Zarkashi...pengsan di hutan dekat Nabawan ketika melawat sekolah di pedalaman Sabah..

cis! melepas lagi satu prk kah kah kah -LovePerak

Speaker DUN Kelantan "Terkejut", Rancang Beli 3 Enjin Jet F5-E

Dato' Nassuruddin Hj Daud yang juga merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan memberitahu para hadirin bahawa beliau mahu membeli 3 buah enjin jet pesawat F5-E termasuk `afterburner'yang berharga RM303,570 setiap satu.

2 dari enjin jet tersebut akan disedekahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sebelum ini baru kehilangan 2 buah enjin jet jenis F5-E, Manakala satu lagi enjin jet tersebut akan digunakan sebagai kegunaan peribadi.

Beliau juga ada menyatakan yang beliau akan memuatkan enjin jet tersebut kedalam kenderaan kegunaan peribadinya untuk menghadiri mana-mana ceramah yang menjemputnya tidak kira di dalam Malaysia atau luar daripada Malaysia.

Beliau juga menyatakan bahawa akan menghantar atau mengambil mana-mana penceramah PAS yang ingin berceramah di Kelantan jika beliau berjaya membeli enjin jet F5-E. Beliau yang dikatakan akan meminta rakyat kelantan supaya menyumbangkan sedikit sebanyak wang dalam membantunya memiliki 3 buah enjin jet tersebut, ada juga yang mengatakan yang beliau akan meletakkan salah satu enjin jet tersebut pada motornya.

Namun betul atau tidak tidaklah dapat dipastikan. Beliau berkata demikian pada ceramahnya bersama Yb Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) di Kg Paya Senang gelanggang takraw belakang SIC Kota Bharu pada pada malam semalam.

Beliau nyata terkejut dengan harga enjin jet yang dikatakan bernilai hanya RM303,570 sahaja. Belia mencabar kerajaan supaya memberitahunya dimanakah boleh didapati enjin jet yang semurah itu yang dijual dan dia sendiri akan merayu kepada rakyat Kelantan supaya menyumbangkan wang untuk membeli enjin jet yang baru bagi menggantikan enjin jet yang hilang tersebut.

Tambahnya lagi, beliau yang terkejut kerana enjin jet yang kononnya merupakan sebuah pesawat keselamatan negara lebih murah berbanding dengan harga sebuah kereta Porche. Beliau juga terkejut dengan kehilangan enjin jet tersebut memandangkan enjin jet tersebut merupakan dibawah kawalan anggota tentera sendiri.

Beliau juga meluahkan rasa kebimbangan dengan keselamatan negara ini yang sebelum ini pernah digemparkan dengan penggunaan C4 yang menunjukkan akta kawalan senjata tentera sangat longgar. Beliau juga terkejut kerana kesemua yang berlaku ini ketika dibawah kementerian Pertahanan yang sama iaitu Dato' Seri Najib yang sekarang merupakan Perdana Menteri Malaysia.

Isu kapal selam juga sangat mengejutkan rakyat kerana Malaysia memiliki sebuah kapal selam yang tidak mampu tenggelam yang merupakan salah satu keajaiban di dalam dunia. Ucapan syabas kepada Najib kerana telah mengharumkan nama Malaysia kerana memiliki sebuah kapal selam yang tidak mampu tenggelam. P'rakyat

Hulu Selangor saksikan Najib-Muhyiddin makin retak?

HULU SELANGOR, 12 April: Menjelang pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, hubungan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipersoalkan oleh sesetengah pemerhati politik kerana berjaya membiarkan Datuk Seri Najib Razak keseorangan berkempen di Hulu Selangor minggu lalu.

Najib selaku Perdana Menteri datang tanpa kehadiran pemimpin kanan Umno, cuma kelihatan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan pemimpin Umno Selangor.

Kalau diambil kira dari segi kepentingan politik, kehadiran pemimpin kanan Umno di Hulu Selangor lebih penting bagi menghadapi pilihan raya kecil kawasan ini pada 25 April ini.

Situasi yang berlaku itu boleh diimbau terhadap pergolakan yang melanda kepimpinan tertinggi Umno sebelum ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menafikan berkali-kali ada masalah dengan timbalannya, sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 2 September 1998.

Begitu juga Dr Mahathir dengan Tun Musa Hitam, sebelum beliau digantikan Tun Ghaffar Baba di kerusi Timbalan Perdana Menteri.

Di Terengganu, konfrantasi antara Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Ahmad Said pada awal dinafikan, akhirnya tembelang pecah juga.

Situasi serupa melingkari Datuk Seri Shahidan Kassim dengan Datuk Dr Mohd Isa Sabu di Perlis.

Dalam dunia politik banyak kali sejarah dicatat, penafian akhirnya menjadi kenyataan. Begitu juga dengan episod Muhyiddin sekarang.

Ketika datang merasmikan program Juara Rakyat di Machang, Kelantan minggu lalu, tiba-tiba beliau menyebut tiada masalah dengan Datuk Seri Najib Razak.

Tiada seorang pun tanya sehingga perlu dijawab begitu. Ramai melihat sebagai seorang pemimpin ‘jujur’ Muhyiddin tidak mampu untuk menyembunyikan apa yang berlaku.

Tidak perlu Muhyiddin untuk menafikan perkara tersebut di khalayak ramai, tanpa udang di sebalik batu. Orang kampung yang tidak mengetahui hubungan dingin Muhyiddin-Najib akhirnya tahu juga.

Mungkin Timbalan Presiden Umno cuba bagi membuat pengakuan jujur di hadapan tiga Naib Presiden Umno di Kelantan, mengambil berkat Serambi Mekah.

Timbalan Perdana Menteri seperti mahu melafazkan pengakuan bersaksi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

Berdasar fenomena itu, Muhyiddin sudah benar-benar gelabah sekarang. Dr Mahathir pernah mempunyai empat Timbalan Menteri Perdana sepanjang berada di puncak kuasa.

“Mungkin fenomena itu boleh diulangi Najib. Ini kerana mentor Najib ialah Dr Mahathir dan bukannya bapanya sendiri.

”Najib banyak terhutang budi kepada Dr Mahathir kerana berjaya menyingkirkan Tun Abdullah Ahmad Badawi lebih awal,” kata seorang bekas pegawai kanan kerajaan.

Hayat Muhyiddin juga tidak mungkin panjang di kerusi sekarang kerana di ibu pejabat Umno di PWTC, Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor dikatakan sudah meletak orangnya menguasai posisi di situ.

Kehadiran Datuk Rauf Yusoff sebagai Setiausaha Kerja Umno Malaysia difahamkan ada kaitan dengan Najib-Rosmah.

Sumber Umno di Kuala Lumpur memberitahu pegawai dan kakitangan di pejabat berkenaan tidak senang dengan kehadiran Rauf.

“Saya diberitahu baru-baru ini ada bantahan di kalangan petugas di pejabat Umno kerana tidak puas hati terhadap tindak tanduk Rauf,” dakwanya.

Cengkaman Najib-Rosmah sudah terbenam jauh apabila didedah ada arahan supaya media kerajaan membuat liputan meluas lawatan Rosmah ke Amerika Syarikat minggu ini.-Hrkh.

Pas buat laporan polis isu APCO


PASIR PUTEH - Ahli Parlimen Pasir Puteh, Mohammad Husain membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh petang semalam mendesak siasatan dilakukan terhadap Syarikat APCO Worldwide dan pembabitannya dengan Kerajaan Malaysia.

Mohammad yang diiringi 30 penyokong Pas berkata, bantahan dibuat kerana beliau bimbang hubungan secara kontrak dengan syarikat Israel itu boleh mengancam keselamatan negara.

Menurutnya, beliau sedih apabila hubungan dengan syarikat terbabit dilakukan dalam keadaan umat Islam ditindas rejim ganas itu.

“Saya memohon siasatan terperinci terhadap APCO dan mereka yang berada di belakang syarikat itu kerana melalui hubungan tersebut, maklumat keselamatan negara diperolehi dengan mudah kerajaan haram Israel.

“Kita mahu mengetahui tujuan sebenar kemasukan syarikat itu ke negara kita, demikian juga dengan pembabitan rakyat Malaysia dalam perhubungan tersebut,” katanya.

Mohammad berkata, salinan perjanjian yang dimeterai pada 4 Ogos 2009 dilampirkan ketika membuat laporan polis semalam.

Katanya, kerajaan Malaysia tidak wajar berurusan dengan syarikat yang mana lembaga pengarahnya terdiri daripada tokoh-tokoh besar Israel sedangkan negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Kerajaan katanya, seperti melanggar keputusan sendiri kerana Parlimen negara pernah mengadakan Sidang Khas bagi mengutuk pengepungan besar Israel ke atas Gaza serta menyekat kemasukan makanan dan ubatan.

“Syarikat APCO mempunyai rekod perjanjian dengan negara haram Israel, kita tidak perlu menjalinkan hubungan dengan syarikat itu,” katanya yang turut melampirkan salinan perjanjian yang membuktikan hubungan kerajaan Israel dengan APCO sebagai rujukan.

Beliau yang diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan, Zainuddin Awang Hamat berkata, APCO Worldwide Sdn Bhd yang beralamat berdaftar di Level 21-Suite 21.01, The Garden South Tower, Mid Valley, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur terlibat dalam perjanjian perkhidmatan iaitu ‘to provide public relatons, daily managememts and goverments relations outreach for Goverment In United States...’.

“Kita bimbang hasil perjanjian itu akan mendedahkan banyak rahsia negara kepada akses negara luar,” katanya ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis, di sini semalam.

Kes Altantuya: SPRM siasat Deepak, Nazim

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan hari ini bahawa Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyoal ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan adik Perdana Menteri, Datuk Nazim Razak.

parliament gobind singh ban over nazri mistake 251108 01Siasatan itu adalah berhubung pengakuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramaniam berkaitan pembunuhan model warga Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu.

Bagaimanapun apabila disoal lanjut, Nazri jelas kurang senang dan tidak mahu melayan soalan wartawan.

“Saya kata kita sudah soal, sudah soal, cukuplah tu.”

Nazri (kiri) sebelum itu bercakap kepada pemberita di lobi parlimen selepas sessi soal jawab.

Pada sessi di parlimen sebelum itu, Nazri menjawab soalan daripada Tian Chua (PKR-Batu) mengenai status siasatan berhubung dakwaan Balasubramaniam.

Menurutnya, SPRM masih tidak boleh meneruskan siasatan kerana belum mendapat pengakuan daripada penyiasat persendirian itu.

p balasubramaniam private investigator altantuya murder case 040708 02"Kita tidak tahu di mana dia berada. Kita tidak boleh meneruskan siasatan tanpa pengakuannya,” kata Nazri.

Menurut beliau lagi, kerajaan tidak dapat mengekstradisi Balasubramaniam bagi menyelesaikan kes pengakuan bersumpahnya kerana lokasi sebenar penyiasat persendirian itu tidak diketahui.

Pada sidang media 3 Julai 2008, Balasubramaniam (kanan) mengedar satu akuan bersumpahnya berkaitan pembunuhan Altantuya, tetapi keesokannya menarik balik akuan bersumpah itu dan mengemukakan satu akuan bersumpah lain.

Dia kemudian menghilangkan diri dipercayai ke luar negara bersama keluarga.

Balasubramaniam pernah mendakwa keluarga perdana menteri memintanya membatalkan akuan bersumpah pertamanya dan bersedia disiasat SPRM dengan syarat ia diadakan di luar negara.-M'kini

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .