![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJkvmLZ1Rv0KifX9gu1DqPa6wUDo2NdoB4nPdkSAFJpdDrOaMxuXQyZN_ApeYMFfQUXPvCg-ZNnlKvnirak_f5aFilaQBv9eeRaOyjQKVshg6Q9O_6VPT7gI_M5zZmVPzIggGsTQczYlid/s400/tbc2.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQ7IVhMe7-WxQ2ZJMGEU7dVFCqPL09PUgotV8afb5EkjhGnG-5Xl99s8pSNYJDXvIrL_dg4YRH2IpVRE4MCuRh4dXBIG3Y8DqrfSbvWn6-BZ4GRUKUeYDWKHYAceRiNulUwKsAIMdhTyP-/s960-r/nik+aziz+cina%5B1%5D.jpg)
Mungkin kerajaan memandang sebelah mata sahaja cadangan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan untuk mengadakan demonstrasi membantah penganjuran konsert Rihanna Live In Kuala Lumpur, 13 Februari ini. Bagi KEKWA siapalah sangat Pemuda Pas Wilayah.
Celcom pun tak kisah sangat dengan bantahan itu. Bagilah alasan apa pun, bagi KEKWA dan Celcom, jangankan tergugat atau luruh bulu roma, gatal pun tidak.
Pemuda Pas tidak membantah acara hiburan total asalkan ia mempunyai tatacara yang sesuai.
Inilah sebahagian daripada kelaian Pas dengan Umno. Perbezaan cara berfikir Pas dengan Umno. Hairannya, kemana pemuda Umno termasuk para agamawan dalam pergerakan itu. Adakah mereka turut merestui Rihanna memijak bumi negara ini? Tak bolehkah Hishamuddin pengaruhi sepupunya Najib atau Khairi pengaruhi bapa mentuanya Abdullah untuk menilai semula konsert ini? Batalkan terus atau gantikan dengan artis lain?
Mengapa KEKWA pula bermati-matian mempertahankan konsert artis wanita itu? Mengapa pula Celcom sanggup untuk berbelanja besar demi Rihanna?
Jangan lihat suara itu datang daripada siapa tetapi fikirkan mengapa suara itu datang. Ketua Pemuda Wilayah adalah pemuda Pas. Adakah salah untuk Umno mendengar suara pemuda Pas untuk kebaikan negara dan masyarakat?
Kalau tak mahu dengar suaranya sebagai orang Pas, dengarlah suaranya sebagai anak muda Malaysia yang bakal mewarisi negara ini suatu masa kelak. Salahkah dia melakukan sesuatu untuk negaranya dan kebaikan generasi akan datang supaya dia tidak dikutuk mereka kerana membiarkan kerosakan berlaku di zamannya.
Kalau KEKWA dan Celcom nak teruskan juga konsert itu, apa salahnya panggil Yusof Islam? Dia pun bukan calang-calang artis. Albumnya terjual sebanyak 60 juta unit di serata dunia. Agaknya melebihi jualan album Rihanna.
Kalau KEKWA dan Celcom panggil Yusof Islam tentu ramai mereka yang berketayap putih dan berserban seperti penyanyi itu hadir menyaksikannya. Tentu hebat...
Barisan Nasional (BN), yang tewas kepada Pakatan dalam pilihanraya umum Mac lalu, kini tinggal 27 kerusi negeri.
"KUALA LUMPUR - "Umno di bawah pemimpin Dato' Seri Abdullah sudah menyimpang jauh dari jalan yang lurus, dan perjuangan Umno yang sebenar."
Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad menyifatkan Umno dibawah pemimpin Dato Seri Abdullah sudah menyimpang jauh dari jalan yang lurus, dan perjuangan Umno yang sebenar.
"Malah katanya oleh sebab itu ahli-ahli Umno pun tidak lagi pegang kepada matlamat perjuangan untuk bangsa, agama dan negara termasuk setia dan patuh kepada pemimpin tanpa mengambilkira apa yang dilakukan olehnya.
"Sesungguhnya banyak kesalahan dan dosa yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan UMNO dan konco-konconya.
"Saya boleh senaraikan semua kesalahan yang dilakukan oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden Umno dan Perdana Menteri. Tetapi ia terlalu panjang. Memadai jika saya sebut beberapa sahaja yang menyebabkan saya tolak Umno sekarang," katanya dalam blog peribadi beliau.
Antara kesalahan yang dilakukan kata Mahathir iaitu memberi kuasa kepada anak dan menantu dalam urusan parti dan kerajaan sehingga calon-calon PRU 12 ditentukan oleh mereka dan hampir semua dari mereka yang dipilih menjadi calon kalah dalam pilihan raya tersebut.
"Penglibatan anak menantu dalam perniagaan yang dikuasai oleh Kerajaan. Bantuan Kerajaan kepada perniagaan mereka. Umpamanya pengambilalihan Avenue Asset oleh ECM Libra.
"Kegiatan beberapa pembantu khas yang ditempatkan di tingkat 4. Mereka lebih berkuasa dari Kabinet," katanya yang mengulangi kritikannya sebelum ini
Katanya Umno di bawah pimpinan Abdullah telah jadi begitu lemah sehingga dikecam sewenang-wenangnya oleh kaum-kaum lain dan parti mereka.
Dalam pada itu beliau yakin apabila dalam Mesyuarat Agung Mac ini calon-calon yang diketahui menyogok wang kepada wakil ke mesyuarat agung menang, Umno akan dipandang jijik oleh rakyat semua kaum dan Umno akan kalah pada PRU 13.
"Biarlah kekalahan Umno di Kuala Terengganu menjadi pengajaran pada Umno. Janji-janji memberi wang untuk pembangunan tidak lagi berkesan kepada pengundi umum.