
Saya ucap terima kasih kepada pihak kerajaan Pakatan Rakyat negeri Pulau Pinang kerana bersedia untuk menerima kunjungan hormat dan lawatan kerja Dewan Pemuda PAS Malaysia . Sungguhpun
short notice , kami tidak menghadapi halangan untuk menjadi tetamu kerajaan negeri Pulau Pinang . Kehadhiran kami disambut baik .

Saya mengambil kesempatan ini untuk bertukar - tukar pandangan selain rakan - rakan EXCO DPPP di samping mendapat maklum balas dari ketua Menteri Lim Guan Eng terhadap pelbagai isu menimpa negeri Pulau Mutiara itu . Umum mengetahui bahawa kini Pulau Pinang menjadi sasaran utama pihak kerajaan UMNO dan BN setelah mereka sebelumnya puas membuli kerajaan negeri Kelantan , Perak , Kedah , Selangor dan kini Pulau Pinang . Tidak bolehkah negeri - negeri ini dibiar memimpin dengan selesa dan tenang atas mandat yang mereka terima secara sah dan demokratik daripada rakyat mereka .
Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengemukakan aduan dan rasa tidak puas hati sebahagian rakyat Pulau Pinang khasnya ummat Islam di atas beberapa isu yang berlaku seperti kes perarakan maulidurrasul , roboh kedai serta rumah kediaman dan pelbagai lagi . Kesimpulannya saya menyebut bahawa pihak kerajaan negeri Pulau Pinang hendaklah senantiasa bersedia
untuk turun dan mendengar sendiri aduan dan rasa tidak puas hati rakyat samaada dari pihak individu atau ngo - ngo seperti Forum Penjelasan Ummah yang menggabungkan lebih 25 buah ngo bersamanya .

Kerajaan negeri Pulau Pinang melalui Ketua Menterinya Lim Guan Eng telah
menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan ngo - ngo Islam jika ada perkara - perkara yang perlu diselesaikan atau timbul rasa tidak puas hati dikalangan mereka terhadap tindakan kerajaan negeri . Situasi menang - menang pastinya menjadi pendekatan dalam menyelesaikan beberapa isu yang agak rumit dan membabitkan sentimen