Ikuti Blog ini

Penghormatan untuk MB Nizar di Pakistan



MB Perak dan seluruh pemimpin gerakan Islam dunia turut diraikan oleh Ketua Menteri Negeri Punjab di kediaman rasmi beliau.

MB Perak diberi penghormatan menyampaikan ucapan mewakili semua tokoh-tokoh Islam yg lain.

Dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah kepada Qadhi Husein (Amir Jamiat Islami Pakistan) yang berjaya menganjurkan Ijtima Am dan Berjaya menghimpunkan tokoh-tokoh gerakan Islam sedunia.

Nizar mengajak supaya Islam dijadikan alternatif yang terbaik bagi menerajui perubahan kea rah merealisasikan Islam.

“Pakistan yang majoriti rakyatnya beragama Islam mestilah menjadi penggerak serta pelopor ke arah itu, kerana Pakistanlah antara yang melahirkan tokoh-tokoh Islam bertaraf dunia seperti Maududi, Kursyid Ahmad dan sebagainya, dan Jamiat Islami juga lah yang berjaya mempengaruhi tertubuhnya gerakan Islam di tempat lain seperti Malaysia,” jelas Nizar dalam ucapannya.

TUNDA PEMBELIAN EUROCOPTER: AMARAN PAK LAH KEPADA NAJIB?



Kerajaan ini mengumumkan menangguhkan pembelian helikopter EC-725 keluaran Eurocopter yang bernilai RM1.67 bilion menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan hari ini.

Alasan yang diberikan ialah sebagai langkah berjimat-cermat berikutan krisis kewangan global, kata perdana menteri.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga menteri pertahanan berkata, kerajaan juga memutuskan bahawa sebarang pembelian baru helikopter bagi menggantikan Nuri akan dilakukan selewat-lewatnya sebelum 2011.

Menurut beliau, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Exco Majlis Ekonomi Kebangsaan yang dipengerusikan beliau pada 13 Oktober lalu.

Walau bagaimanapun menurut pandangan saya, tindakan Pak Lah merupakan satu isyarat kepada Najib yang bakal mengambil alih jawatan perdana Menteri dan presiden Umno agar tidak terlalu ghairah dan bersikap cuba lawan 'towkey'. Najib perlu ingat, walaupun pelan peralihan kuasa telah diumumkan pada Mac depan, pada ketika dan saat ini Pak Lah masih lagi Perdana menteri Malaysia. Bermakna beliau masih berpengaruh dan mempunyai kuasa. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

Justeru itu pelbagai kemungkinan dan tafsiran dapat dibuat berdasarkan tindakan Pak Lah ini. Lebih-lebih lagi, Pak Lah dikhabarkan kurang senang dengan perkembangan terkini dalam senario politik negara yang seolah-olah cuba memencilkan beliau dari arus politik perdana. Kenyataan dari Muhyiddin Yassin calon favourite Timbalan Presiden yang menjadi regu Najib baru-baru ini dikhabarkan telah menimbulkan kemarahan Pak Lah. Mungkinkah Pak Lah akan menggunakan 'senjata' yang merupakan rahsia Najib dan menteri kabinet lain untuk memastikan beliau kekal berkuasa ? Sama-samalah kita nantikan perkembangan yang seterusnya.

Mukhriz macam bapak dia...penakut

Hari ni teman terbaca dalam Utusan Meloya...tajuknya berbunyi begini Mohamad Khir Toyo bersedia dan begini Mukhriz tidak setuju...

Kisah 2 calun Ketua Pemuda parti rasuah...seorang sedia menyambut cabaran KJ untuk berdebat dan seorang lagi menolak. Yang mencabar dan menerima teman tak nak ulas...tapi yang dok menolak ni yang seronok teman nak balun.

Dalam zaman serba canggih ni...Ali Rustam pun sedia untuk berdebat. Ini...anak Che Det jadi penakut. Inilah satu2nya sifat yang diwarisi oleh Mukhriz dari bapaknya. Penakut...suka berselindung di sebalik kuasa dan undang2. Nampak aje berani tetapi sebenonye penakut...

Ingat lagi bagaimana Che Det mengelak untuk ke mahkamah dalam kes perbicaraan Anwar Ibrahim dulu? Tuduh orang tu macam2 tapi bila kena sapina...macam2 alasan bagi untuk tidak ke mahkamah. Semua instruments dia guna untuk mengelak...Ghani Patail..Mokhtar Abdullah... Agustine Paul....cheh.! Baca ini Param: Mahathir takut ke mahkamah - Tun Dr Mahathir Mohamad ... dan ini pengecut.

Apa pembaharuan yang Mukhriz nak bawa? Bukan kita suka Umno ni tapi kita nak tengok juga macam mana pemimpin2 muda parti rasuah ni mencorakkan hala tuju Malaysia, kununnya. Kita kena hidupkan budaya intelektual ini. Teman dah lama cadangkan debat2 ni semua...lama sebelum Musa Hitam membuat cadangan.. Debat antara Najib vs Hj. Hadi...

Teman dah lama syak si Mukhriz ni tak berapa bijak jika dibandingkan dengan 2 orang lawan dia tu. 2 orang tu pun bukan boleh pakai tapi tak de lah teruk macam si anak bapak ni. Mamat ni 150% bergantung pada bapak dia. La ni bapak dia tengah dok kempen gila babi punya. Tak percaya baca ni... Snippets ...kempen yob kempen..!!

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

Malaysia Menuju Kehancuran


Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah negara tetapi malangnya satu persatu masalah melanda negara yang kita cintai ini. Kedudukan ekonomi negara yang rapuh, nilai matawang rendah, tahap dan mutu pendidikan jatuh, gejala rasuah berleluasa, masalah keruntuhan akhlak kian meruncing, jenayah tidak terkawal, golongan miskin bertambah dan tidak terbela, gejala murtad sudah mencecah angka ratusan ribu dan pelbagai macam bala' bencana yang berlaku.

Mengapa semua ini berlaku dalam sebuah negara yang didakwa oleh pemimpin UMNO sebagai sebuah negara Islam. Sebenarnya Malaysia bukan sebuah negara Islam tetapi negara umat Islam.

Segala persoalan bagi permasalahan yang sedang melanda negara ini pastinya terjawab jika kita semua umat Islam kembali kepada Allah dan RasulNya. Tapi malangnya apabila sebahagian besar umat Islam di Malaysia yang telah terdidik dengan SISTEM SEKULAR masih tidak sedar malah merasakan sistem toghut inilah yang menjamin dan memberi kesenangan dalam hidup mereka. Sepatutnya kita telah menyedari seawal lagi bahawa segenap aspek kehidupan kita berkiblatkan sistem toghut ini. Dari sudut pendidikan, ekonomi, kewangan dan aspek kehidupan rakyat, semuanya berkiblatkan sekularisma.

Rakyat telah dididik dengan satu sistem pendidikan yang tidak seimbang. Pendidikan agama hanya menjadi sampingan saja. Malahan ibu bapa sendiri lebih marah jika anak mereka tidak ke sekolah rendah atau menengah daripada ke sekolah agama. Adalah menjadi satu kebanggaan bagi ibu bapa jika anak mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang ilmu dunia daripada melanjutkan pelajaran dalam bidang agama. Maka, lahirlah masyarakat yang hidup bertuhankan hawa nafsu dan hartabenda sebagaimana yang kita lihat hari ini.

Kita bimbang dengan segala tindak-tanduk pemimpin negara yang ada hari ini serta cara hidup rakyat yang semakin jauh daripada pegangan Islam akan mengundang kemurkaan Allah serta turunnya bala' bencana yang lebih dahsyat lagi. Kita jangan lupa peristiwa Tsunami yang melanda Aceh sehingga meragut ratusan ribu nyawa dan kemusnahan hartabenda. Allah SWT boleh turunkan bala' yang sama kepada Malaysia jika Dia mahu. Hari ini pun kita telah berhadapan dengan pelbagai bala' samada kita sedari atau tidak.

Tidak ada jalan lain untuk selamat melainkan kita semua umat Islam wajib kembali kepada Al-Qur'an dan Sunnah. Wajib tukar pemimpin negara yang sedang memerintah hari ini. Kita mesti pilih pemimpin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam, kita wajib menginsafi diri dan bertindaklah segera membuat perubahan sebelum terlambat. Setelah ketiadaan kita nanti, kita mahu 'Aqidah Islam anak keturunan kita terpelihara di bawah Pemerintahan Islam yang diredhai Allah.

Jangan sampai anak cucu nanti kencing atas kubur kita disebabkan kesilapan kita memilih pemimpin.

Jazakallah.

Bina segera Masjid Cina di KL


Pembinaan Masjid Cina telah pun diusahakan oleh kerajaan PAS Kelantan. Masjid Jubli Peraka atau Masjid Cina terletak di Rantau Panjang Kelantan hasil dari cetusan idea MB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat. Tuan Guru mahu menggambarkan bahawa Islam ini bukan milik orang Melayu semata-mata, ia universal dan malah dirantau Timur ini orang Cina lah antara yang terdahulu memeluk Islam.


Masjid Cina ini apabila siap dan beroperasi sepenuhnya akan dipimpin dan ditadbir oleh imam dan para pegawai keturunan Cina. Kalau kita lihat senibinanya pun rata-rata berkonsepkan seni bina Cina.

Lalu saya tidak terkejut malah bersetuju dengan cadangan ahli parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Zulkifli Nordin di Dewan Rakyat agar kerajaan membina sebuah masjid Cina di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Biar segala aktiviti, kuliah dan khutbahnya dijalankan dalam bahasa Mandarin bagi memudahkan masyarakat Cina yang beragama Islam disamping berdakwah mendekatkan masyarakat Cina yang belum Islam kepada Islam.



Masjid Cina di Rantau Panjang, Kelantan

Kata YB Zul biarlah masjid itu nanti dibina di tapak Penjara Pudu sekarang kerana ianya dikelilingi oleh masyarakat Cina, dan itupun saya percaya ramai antara kita yang akan setuju.

Di Kuala Lumpur sekarang pun kita sudah ada masjid India dan masjid Pakistan (ada yang panggil masjid Benggali) yang menjalankan aktiviti dan khutbah dalam bahasa masing-masing, jadi saya tidak nampak mengapa kita tidak pula boleh membina sebuah Masjid Cina.

Semoga idea ini akan diberikan perhatian oleh pihak kerajaan dan saya percaya jika dana yang menjadi halangan, masyarakat Islam seluruh negara termasuklah tokoh-tokoh korporat Islam dan kerajaan negeri Kelantan dan Kedah boleh menyumbang ke arah pembinaannya. Tahniah YB Zul atas cetusan idea berkenaan.



Wartawan bekas banduan memeluk Islam


Wartawan wanita yang pernah ditahan di Penjara Afhganistan oleh Taliban, turut menyampaikan ucapan, yang mengajak dunia Islam yang dikepalai oleh Gerakan Islam supaya bangkit menerajui perubahan dgn menolak hegemoni barat.

Masyarakat Barat telah menggambarkan kononnya wartawan tersebut diberikan layanan buruk sepanjang dalam tahanan ; tetapi apabila keluar penjara, wartawan tersebut telah bercerita yang sebaliknya.

Beliau telah menceritakan bagaimana ia dilayan dengan baik dan sempat diceritakan kepadanya tentang Islam lalu memeluk agama Islam tidak berapa lama kemudian.

Beliau merupakan antara tokoh-tokoh yang di jemput hadir ke Ijtima’ tersebut. Antara tokoh-tokoh yang menjadi tetamu Ijtima' tersebut iala Rashid Ghanosi , pemimpin ikhwan Tunisia yg kini dalam buangan di UK, Syeikh Mahmud Siyam , Bekas Imam Masjid Al Aqsa, Syeikh Hamam Said ,Pemimpin Ikhwan Jordan, Syeikh Maulavi Janbaz , Pemimpin Mujahidin Afghanistan dan lain-lain lagi.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .