Ikuti Blog ini

Bina segera Masjid Cina di KL


Pembinaan Masjid Cina telah pun diusahakan oleh kerajaan PAS Kelantan. Masjid Jubli Peraka atau Masjid Cina terletak di Rantau Panjang Kelantan hasil dari cetusan idea MB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat. Tuan Guru mahu menggambarkan bahawa Islam ini bukan milik orang Melayu semata-mata, ia universal dan malah dirantau Timur ini orang Cina lah antara yang terdahulu memeluk Islam.


Masjid Cina ini apabila siap dan beroperasi sepenuhnya akan dipimpin dan ditadbir oleh imam dan para pegawai keturunan Cina. Kalau kita lihat senibinanya pun rata-rata berkonsepkan seni bina Cina.

Lalu saya tidak terkejut malah bersetuju dengan cadangan ahli parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Zulkifli Nordin di Dewan Rakyat agar kerajaan membina sebuah masjid Cina di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Biar segala aktiviti, kuliah dan khutbahnya dijalankan dalam bahasa Mandarin bagi memudahkan masyarakat Cina yang beragama Islam disamping berdakwah mendekatkan masyarakat Cina yang belum Islam kepada Islam.



Masjid Cina di Rantau Panjang, Kelantan

Kata YB Zul biarlah masjid itu nanti dibina di tapak Penjara Pudu sekarang kerana ianya dikelilingi oleh masyarakat Cina, dan itupun saya percaya ramai antara kita yang akan setuju.

Di Kuala Lumpur sekarang pun kita sudah ada masjid India dan masjid Pakistan (ada yang panggil masjid Benggali) yang menjalankan aktiviti dan khutbah dalam bahasa masing-masing, jadi saya tidak nampak mengapa kita tidak pula boleh membina sebuah Masjid Cina.

Semoga idea ini akan diberikan perhatian oleh pihak kerajaan dan saya percaya jika dana yang menjadi halangan, masyarakat Islam seluruh negara termasuklah tokoh-tokoh korporat Islam dan kerajaan negeri Kelantan dan Kedah boleh menyumbang ke arah pembinaannya. Tahniah YB Zul atas cetusan idea berkenaan.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .