
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas apabila ditanya mengenai
kes di mahkamah Perancis berhubung dakwaan bayaran kepada pegawai
tinggi Malaysia berhubung pembelian kapal selam Scorpene. "Saya tak mahu
komen... Saya tak perlu komen, terima kasih," katanya ketika ditanya
hari ini dalam sidang media di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang
hari ini. Najib ditanya sama ada beliau akan memberi keterangan di
mahkamah Perancis memandangkan namanya dikemukakan sebagai saksi oleh
Suaram ke mahkamah itu.
Suaram mengemukakan namanya memandangkan
beliau merupakan menteri pertahanan yang terlibat dalam perolehan kapal
selam tersebut. Sidang media ringkas itu, tidak sampai selama sepuluh
minit, juga segera ditamatkan.
MK