Ikuti Blog ini

Pemimpin Pakatan Rakyat memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Teoh.

Kesedihan menyelubungi mereka yang menanti kenderaan yang membawa jenazah Teo Beng Hock di Taman Peringatan Nirvana , Semenyih. Jenazah mendiang sebelum itu dibawa balik ke Melaka bagi membolehkan acara sembahyang dan memberi penghormatan terakhir di kampong halamannya. Pakatan Rakyat dan DAP khasnya kehilangan seorang anak muda yang sungguh berdedikasi terhadap perjuangan membela rakyat

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersama pemimpin Pakatan Rakyat dilihat hadir memberi penghormatan kepada mendiang dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Turut hadir Tn. Hj. Mohd Sabu, YB Dr. Shafie Abu Bakar, YB Dr. Abd. Rani, YB Khalid Samad, YB Lee kim Sin.



Jumpa Ehud Barak : Zahid biadab dengan umat Islam



Pas mengecam tindakan Menteri Pertahanan Malaysia yang berjumpa dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa Pertunjukan Udara Paris di Perancis Jun lepas (NST 19 Julai 2009). Pertemuan yang berlangsung selama 35 minit dengan Barak adalah satu pertemuan yang mengguriskan perasaan umat Islam di Palestin dan saudara seagama di Asia Barat.

Persoalannya adakah kerajaan Malaysia sudah mengiktiraf kerajaan haram ini. Zahid mesti disiasat kenapa beliau berani berbuat demikian. Paling merbahaya beliau ialah Menteri Pertahanan yang sanggup berjumpa dengan manusia yang saban hari menyembelih umat Islam di Palestin. Siapakah Zahid yang hendak berlagak hendak tunjuk hero kepada dunia untuk berbincang dengan Israel. Seperti sedia maklum bahawa pemimpin Israel bukan bangsa boleh berbincang.


Israel hanya faham dengan bahasa jihad sahaja. Buktinya berapa banyak perundingan mengenai masalah Palestin terutamanya, telah gagal kerana dikhianati oleh Israel. Tentu kita masih ingat Dr Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulupun menafikan pertemuan dengan pemimpin Israel kerana takut umat Islam marah. Sudah pasti pertemuan ini medapat restu daripada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib, ini satu lagi hadiah 1Malaysia pada rakyat. - Ustaz Idris Ahmad



Anwar mahu KPN, Ketua Pesuruhjaya SPRM bertanggungjawab


Lebih 2,000 orang menghadiri upacara pengkebumian mendiang Teoh Beng Hock di Alor Gajah. Mayat Teoh dibawa ke Nirvana Memorial Park di Semenyih. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir memberikan penghormatan terakhir.


ALOR GAJAH: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bertanggungjawab atas kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.


Bercakap kepada media selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Hock di kediaman keluarganya di Taman Sri Kelemak Jaya, di sini, pagi ini, beliau berkata kerajaan tidak boleh berdolak dalik berhubung kes itu kerana ia membabitkan kematian.

"Ketua Polis Negara dan Ketua Pesuruhajaya SPRM harus bertanggungjawab atas kematian Teong Beng Hock," katanya selepas turut mengucapkan takziah ibu bapa Beng Hock iaitu Teoh Leng Hui, 60, dan isterinya, Cheong Siew Hua, 56.Beng Hock, Setiausaha Politik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Perumahan dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, ditemui mati di koridor tingkat 5, Plaza Masalam, Khamis lalu, beberapa jam selepas disoal siasat SPRM bagi membantu siasatan kes salah guna peruntukan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

Anwar berkata, pemimpin Pakatan Rakyat akan mengadakan satu mesyuarat khas dalam tempoh terdekat ini untuk menentukan tindakan seterusnya.





Saudara Abu Khir bersama Khairul Che Lah



Saudara Aminuddin Jalil bersama ayahanda kepada Teoh Beng Hock



Duit rakyat dibelanjakan untuk Polis

Disebabkan satu pilihanraya kecil...tak pasal-pasal duit rakyat lesap begitu sahaja.
Apa rasional membeli sehingga 5,000 tilam di Manik Urai.

Dengan melihat pada saiz DUN dan pengundi dan tarikh penamaan dan pengundian PRK Manik Urai tiada justifikasi sehingga 5,000 tilam terpaksa dibeli.

3 tilam dengan harga RM10 ringgit dijual kembali pada rakyat, tapi yang kita nak tahu berapa dana yang kerajaan belanjakan untuk membeli 5,000 tilam tersebut.
Itu belum kira lagi elektrik, air, minyak, makan dan minum anggota yang bertugas. Elaun dan pelbagai lagi perbelanjaan.

Pengundi cuma 10,000 lebih, maksudnya 1 polis untuk 2 pengundi di Manik Urai. Apa rasionalnya? Sama-samalah kita renungkan bersama...wallahu'alam


Tilam Untuk Polis Di Manik Urai Dilelong

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA KRAI, 19 Julai (Bernama) -- Sebanyak 5,000 buah tilam yang digunakan bagi penginapan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai baru-baru ini dilelong kepada penduduk tempatan.

Pengurus Operasi Mad Global Resources Sdn Berhad iaitu syarikat pembekal tilam itu kepada PDRM, Azlina Adni berkata syarikatnya diarah melelong tilam jenis span itu pada harga RM10 untuk setiap tiga unit kepada penduduk kampung di kawasan Manik Urai.

"Kita anggarkan pendapatan daripada hasil jualan ini sebanyak RM15,000 dan sebahagiannya disumbang kepada pihak yang memerlukan sumbangan," katanya kepada Bernama selepas majlis lelongan tilam itu di sini, Ahad.

Syarikat itu membekalkan tilam bagi kegunaan penginapan kepada lebih 3,000 pasukan polis sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN itu yang bermula 6 Julai hingga Selasa lepas.

Azlina berkata pihaknya membuat tiga lelongan di tiga tempat berasingan, di Manik Urai sebanyak 1,000 unit, Chuchuh Puteri (1,000 unit) dan di Laloh, 3,000 unit.

Beliau berkata jualan pada harga murah kepada penduduk tempatan merupakan sebahagian daripada program kebajikan yang disalurkan oleh syarikat itu kepada orang ramai.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .