Ikuti Blog ini

Pelaksanaan Hukum Hudud Hanya Untuk Orang Islam



SHAH ALAM - Masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum Hudud dilaksanakan di negara ini kerana pelaksanaannya hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata golongan bukan Islam sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu.

"PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam. Pada kita, tidak timbul lagi soal Hudud kerana ia telah diluluskan di DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu pula telah diwartakan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan kempen 'Jom Sertai Pas' di Dataran Shah Alam di sini, Sabtu.

Abdul Hadi berkata demikian ketika ditanya sama ada PAS akan memberi penerangan kepada pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat yang masih kurang senang dengan hasratnya untuk melaksanakan hukum Hudud jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara pada masa akan datang.

Ditanya sama ada PAS akan membawa usul mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Parlimen untuk dibahaskan, beliau berkata belum tiba masanya untuk berbuat demikian.

Abdul Hadi dalam pada itu mengakui sukar untuk melaksanakan hukum Hudud di negara ini kerana ia hanya boleh dilakukan jika rakyat negara ini berada dalam keadaan yang stabil.

"Masalah pengangguran masih ada lagi dan untuk laksanakan hukum ini kedudukan rakyat Malaysia mesti stabil contohnya daripada segi pendidikan, kehidupan, dan hubungan keluarga juga kena dijaga," katanya.


Pelancaran kempen "JOM SERTAI PAS"

Ucaptama oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi
bin Awang (Presiden PAS)


Temuramah oleh para wartawan kepada YB Dato' Seri
Tuan Guru.....di sebelahnya Ust Hj Ahmad Awang,
Kept (B) Zahar Hashim dan YB Dr. Halimah Ali...

YB Dato' Seri Tuan Guru melancarkan "JOM SERTAI PAS"


Orang ramai yang membanjiri dataran Shah Alam....


Kaunter pendaftaran kepada ahli baru yang menyertai
Pas, hari ini sahaja telah mencecah 300 orang yang mengisi
borang ahli Pas....Takbir...


YB Khalid Samad sedang memperkatakan sesuatu kepada
Tuan Guru Hj. Abd. Hadi.



Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Mangkat



SEREMBAN - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.

"Baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi dan pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,'' kata beliau pada sidang akhbar khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini.

Turut hadir ialah anggota kerabat diraja Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Arifin Omar.

Norzam berkata ketika dua pakar itu tiba di Istana Hinggap pada pukul 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan supaya baginda di bawa ke HTJ untuk rawatan segera.

"Berdasarkan itu, baginda telah dibawa ke HTJ dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh doktor pakar termasuklah memberi rawatan kecemasan.

"Saya ingin memaklumkan di sini bahawa Tuanku Ja'afar telah mangkat pada pukul 11.45 pagi di HTJ," katanya.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa jenazah Almarhum baginda akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah petang ini untuk majlis penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.

Katanya jenazah Almarhum baginda akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai.

Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan pada hari Isnin selepas solat asar.

Sehubungan itu, Norzam berkata tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari, bermula hari ini.

"Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan hendaklah mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan.

"Semua majlis rasmi kerajaan akan ditangguh dalam tempoh tujuh hari. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian juga hendaklah ditangguhkan selama tujuh hari bermula hari ini,'' katanya.

Katanya Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini bercuti di London telah dimaklumkan mengenai kemangkatan Tuanku Ja'afar pagi ini dan dijangka tiba di sini pada pukul 10 pagi esok.


Ayuh meriahkan kempen 'JOM SERTAI PAS' hari ini!

SHAH ALAM - Orang ramai khususnya pencinta, pendokong dan penyokong perjuangan Islam dialu-alukan dan dijemput untuk hadir bagi memeriahkan lagi kempen 'JOM SERTAI PAS' yang diadakan hari ini.

Kempen tersebut diadakan di Dataran Shah Alam, dekat sini manakala Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan merasmikan kempen 'JOM SERTAI PAS' itu pada jam 3 petang di tempat yang sama.


Sebelum ini Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof memberitahu, majlis tersebut sebagai langkah pro aktif PAS untuk mengajak masyarakat mendekati dan menyertai PAS sebagai sebuah parti Islam yang memperjuangkan kepentingan semua rakyat dengan adil dan saksama.


Menurut beliau, antara yang akan hadir ialah bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Dato' Zahar Hashim, yang baru-baru ini mengisytiharkan diri menyertai PAS bersama 13 AJK Bahagian dan 28 Ketua Umno cawangan dalam bahagian tersebut.


Orang ramai dijemput hadir ke majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat dan Lajnah Pemerkasaan PAS Pusat tersebut.


Bila Nik Aziz bercakap pasal cinta

“Nik Aziz bercakap pasal cinta? Wow ini sudah bagus.”
Itulah persepsi awal apabila Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan akan berceramah di Bandar Tasik Puteri, Rawang Sabtu lepas.

Nik Aziz telah digandingkan dengan seorang tokoh kontroversi PAS Selangor dalam ceramah itu iaitu anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Turut serta adalah Yang Dipertua PAS Selayang, Haji Muhamad Abdul Rahman dan juga Ketua PKR Selayang, Abdul Rahim.
Padang permainan kanak-kanak di bandar baru yang penduduknya 90 peratus Melayu itu penuh dengan penonton walaupun hujan turun renyai-renyai menjelang ceramah itu.

Di malam itu, Nik Aziz bercakap dengan penuh semangat walaupun memberitahu penulis, “letihlah” sebaik sahaja tiba dari Rumah Kelantan ke situ.

Dengan umurnya 78 tahun, memang Nik Aziz kelihatan letih sebaik sahaja tiba dengan diiringi motor superbike dari tol Rawang ke Bandar Tasik Puteri.
Namun, kerana di depan beliau adalah penonton baru yang mungkin tidak pernah beliau temui, Nik Aziz kelihatan bersemangat luar biasa.

Nik Aziz menghuraikan cinta yang sepatutnya ada pada umat manusia. Bukan setakat cinta sesama makhluk tetapi juga kepada pencipta manusia iaitu Allah.
Beliau melahirkan rasa hairannya dengan sikap manusia yang sentiasa menanamkan benih-benih benci sesama manusia atas alasan berlainan bangsa.
“Lihat isu bahasa papan tanda di Pulau Pinang. Papan tanda tak mahu bagi tulis tulisan Cina padahal bercakap dibenarkan. Bahasa ini adalah hak semua manusia,” kata beliau.

Khalid Samad pula menghuraikan kepentingan para penyokong Pakatan Rakyat untuk menolak segala benih-benih kebencian dan kekeliruan terhadap kerajaan negeri Pakatan khasnya Selangor yang cuba dicucuk Umno sekarang.


“Puas hatilah…ini kali pertama saya mendengar dia ceramah secara live,” kata seorang penyokong PAS di situ kepada penulis.
Di majlis itu, Nik Aziz melancarkan buku ulasan beliau, Kisah Cinta dari Al Quran.
Selepas majlis pelancaran, berpuluh-puluh penonton berbaris panjang untuk mendapatkan tandatangan beliau ke atas buku yang diterbitkan semula dengan ulasan beliau itu.

Yang mendahului adalah pimpinan PAS kawasan Selayang sendiri yang jarang-jarang bertemu secara langsung dengan beliau.
“PAS kawasan mengucapkan tahniah di atas kejayaan penganjuran ceramah semalam,” tulis Yang Dipertua PAS Selayang, Muhamad Abdul Rahman terhadap majlis itu.



Darah penulis blog ini HALAL untuk di bunuh !!


Cari penulis sebenar blog ini dan sekiranya penulis ini seorang islam maka, ayuhh..'HALAL'lah darahnya untuk dibunuh dan humbankan dia ke neraka !!! Mari kita flag blog ini [ link ] Takbirrr !!!!


Mungkinkah wajah di sebelah ini dapat 'mengenali' siapa penulisnya ?? Jika ia dapat mengingati kepada 'siapa' diberikannya fotonya ini, tentu mudah untuk pihak berkuasa mencari 'penulis' laknat itu !! Tak kan posing 'maut' dengan wajah seksi macam ni, hang lupa kot hang bagi kat sapa ?

Merujuk kepada posting sebelum ni berkenaan blog anti Islam (baca posting, sila klik link di atas), baru kejap tadi ada sorang sahabat dah berjaya berhubung dengan Adibah untuk penjelasan. Ikut penjelasan dari Adibah, dia kene sabotaj. Aku tengah tunggu fax salinan report polis Adibah untuk pengesahan. Jadi untuk kengkawan, teruskan flag blog tu... jangan malu dan jangan segan. (perisik_rakyat) lagi berbagai ulasan disini [link] dan di sini [link], juga di sini [link]

PALING CEPAT NAK JADI POPULAR DAN HILANG IMAN DI DADA

Blog yang baru dibina dan menjadi blogger sejak bulan Disember 2008, kini telah mencapai lebih 8000 pengunjung yang ingin melihat anak siapakah gerangan yang begitu biadap dan kurang ajar. Kehebatannya ialah ia berani meletakkan no telefon untuk dihubungi.

Semoga diberi taufik dan hidayah dan dijauhi dari kemurkaan ALlah. Bertaubatlah sebelum terlambat.






Di atas merupakan posting yang terdapat dalam blog laknat ini. Contoh gambar telah diambil sebagai bukti kebobrokan blog ini.



Pengundi Cina, Makan ’Umpan’ Tapi Jangan Makan ’Mata Kail’


http://buletinonline.net/images/berita15/umnocina.gif

Kuala Terengganu
- Pengundi Cina Kuala Terengganu diingatkan supaya makan ‘umpan’ tetapi jangan makan ’mata kail’, berikutan agihan ’angpau’ dana khas kerajaan Persekutuan yang kini mula diagihkan oleh pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) bermula kelmarin.


Pengerusi DAP cawangan Kampung Cina Kuala Terengganu, Encik Ng Chai Hing berkata mereka yang menerima angpau tersebut boleh mengambil duit itu kerana ia adalah hak mereka, tanpa merasa terhutang budi.

“Pengundi kaum Cina yang terima RM 300 duit angpau boleh ambil kerana ia adalah dari wang royalti yang menjadi hak rakyat Terengganu, tak perlu rasa terhutang budi sebab bukan duit peribadi pemimpin atau pun duit parti MCA/ Barisan Nasional,

“ambil duit dan buat belanja tetapi undi calun PAS dalam Pilihan Raya Kecil pada 17 Januari depan, kita (pengundi) tidak tidak perlu gadai maruah hanya kerana ‘habuan’ RM300 sahaja,” jelasnya kepada Buletinonline, hari ini.

Beliau berkata demikian kerana yakin para pengundi dan rakyat di Terengganu terutama kaum Cina sudah matang berpolitik serta dapat mengikut arus perubahan tsunami politik seluruh negara.

Kata Encik Ng, pemberian dana khas (ang pau) itu sememangnya patut diberikan kepada semua rakyat yang layak dan bukan di kalangan pengikut serta penyokong MCA dan kerajaan BN sahaja.

“Orang (BN) bagi duit ambil, orang bagi kain pakai, orang bagi gula kacau, tetapi tiba masa mengundi kita (rakyat) tolak BN undi PAS,” ujarnya mengambil kata-kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata masyarakat Cina di Kuala Terengganu masih tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya meski mempunyai seorang wakil rakyat dari kalangan parti MCA.

Katanya, pelbagai masalah gagal diselesaikan oleh kerajaan BN termasuk kesesakan jalan di Bandar, kekurangan parkir kereta, longkang tersumbat, banjir kilat dan pembangunan tidak seimbang.

Selain itu, beliau berkata beberapa isu nasional yang berlaku baru-baru ini telah memberi kesan kepada pemikiran orang-orang Cina di Kuala Terengganu sehingga ada dikalangan mereka yang mempersoalkan apakah jenis pimpinan yang sedang memimpin negara sekarang ini.

“Isu satu sekolah yang dinyatakan oleh Mukhriz dan isu pemberian tanah di negeri Perak adalah antara isu yang meninggalkan kesan di hati pengundi Cina Kuala Terengganu,

“mereka (pengundi Cina) menganggap pemimpin Barisan Nasional tidak langsung memperdulikan sensitiviti masyarakat Cina,”jelasnya




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .