SHAH ALAM

 : Tidak wujud istilah penggunaan ‘kafir harbi’  selagimana 
tidak tertegaknya sebuah pentadbiran negara Islam yang  sebenar, tegas 
Datuk Dr Haron Din.
 
 
Dr
 Haron yang merupakan Timbalan Mursyidul Am PAS ketika dihubungi  
TVSelangor berkata, polemik itu perlu hentikan segera kerana ia ditakuti
  boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dalam negara.
 
Ujar beliau definisi kafir harbi itu merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh umat Islam.
 
Beliau
 juga mengingati agar mana-mana pihak yang mahu mengeluarkan  kenyataan 
dan melabelkan sesuatu golongan itu agar berhati-hati serta  berdasarkan
 hujah yang kukuh dalam menyampaikan pandangan.
 
“Kafir
 harbi ini merujuk kepada golongan yang perlu diperangi oleh  orang 
Islam, saya menegaskan istilah kafir harbi ini hanya timbul dengan  
sendirinya apabila wujud sebuah pentadbiran negara Islam yang sebenar.
 
“Dalam
 konteks ini negara ini masih belum lagi memenuhi ciri-ciri  sebuah 
negara Islam, justeru penggunaan istilah kafir harbi dan  sebagainya 
tidak wujud,” katanya.
 
Sementara
 itu, memetik laporan Malaysiakini,Timbalan Menteri  Pengajian Tinggi, 
Datuk Saifuddin Abdullah berkata tidak perlu  mengisytiharkan haram 
kepada umat Islam untuk menyokong DAP kerana ia  hanya berkaitan 
perbezaan pandangan dalam politik.
 
Katanya, ia hanya persoalan politik dan bukan berkaitan soal apa yang boleh atau tidak seperti dalam bidang kesalahan jenayah.
 
Sebelum
 ini, kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan,  Abdullah 
Sa’amah, dipetik Utusan Malaysia menyatakan bahawa umat Islam  haram 
menyokong DAP kerana ia menolak Islam dan tergolong dalam kafir  
harbi.TVS