Ikuti Blog ini

Najib pecat Lajim tapi berselindung disebalik nama Agong..

Petang ini kebanyakkan media menyiarkan laporan yang mengatakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan membatalkan pelantikan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Tidak langsung disebutkan nama Najib dalam hal pemecatan Datuk Seri Lajim ini, padahal Agong hanya bertindak begitu atas nasihat Najib..

Ini laporan dari Sinar Harian..

Lajim digugur Timbalan Menteri

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan membatalkan pelantikan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkuatkuasa serta-merta, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.
- Bernama

Ini laporan dari Malaysiakini juga tidak menyebutkan nama Najib sebagai dalang pemecatan Datuk Seri Lajim Ukin..

Agong perkenan batal pelantikan Lajim ke kabinet
Pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibatalkan serta merta.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan itu.
Ia adalah mengikut peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersama Fasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan - Malaysiakini

Ini adalah Perkara 43A yang terdapat dalamPerlembagaan Persekutuan Malaysia

(1) Yang di-Pertuan Agong boleh atas nasihat Perdana Menteri melantik Timbalan-Timbalan Menteri daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen; tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Parlimen terbubar, seseorang yang menjadi ahli Dewan Rakyat yang lepas boleh dilantik tetapi tidaklah boleh memegang jawatan selepas permulaan penggal Parlimen yang berikutnya melainkan jika dia ialah ahli sama ada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

(2) Timbalan-Timbalan Menteri hendaklah membantu Menteri-Menteri pada menunaikan tugas dan fungsi mereka, dan bagi maksud sedemikian hendaklah mempunyai segala kuasa Menteri.

(3) Peruntukan Fasal (5) dan (6) Perkara 43 hendaklah terpakai bagi Timbalan Menteri sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi Menteri.

Ini pula adalah sebahagian dari Perkara 43.

(4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

(5) Tertakluk kepada Fasal (4), Menteri-Menteri selain Perdana Menteri hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, melainkan jika pelantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, tetapi mana-mana Menteri boleh meletakkan jawatannya.

Keseluruhan perlembagaan si la baca di ( SINI )

Tujuan tidak disebut nama Najib sebenarnya bagi mengelakkan publisiti kurang baik terhadapnya berikutan pemecatan itu.. oleh itu nama Agong telah diberikan penekanan oleh Pejabat Perdana Menteri.

Hakikatnya Agong hanya memperkenankan atas nasihat Najib.. kalau Najib tak nasihat tak akan dipecatnya..

Untuk menjaga popularitinya,, Najib menggunakan nama Agong bagi melindungi pemecatan Lajim oleh nya...

Hairie Tak Mahu Jadi Hantu Lagi


Kuala Nerus – Selebriti dan pelakun tersohor Hairie Othman atau dikenali sebagai ‘Leftenan Adnan’ yang telah menjadi ahli PAS sebulan yang lalu, kembali mengadakan jelajah berceramah ke negeri Terengganu

Sehari selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat di Johor pada 28 Jun lalu, beliau telah menyampaikan ceramah pada program PGU04 dan Himpunan Hijau ke Putrajaya di Marang.

Beliau berkata sejak sebulan lalu itu, beliau tidak berlakun lagi dalam mana-mana filem atau drama.

Katanya, kali akhir beliau berlakun adalah sebagai watak hantu dalam drama bersiri ‘WARIS’.

Menurutnya, pada pelancaran ‘siri hantu’ yang kini ditayangkan di sebuah stesyen TV, beliau telah pun membuat pengumuman tidak mahu lagi jadi hantu.

"Pada majlis pelancaran saya dah buat pengumuman tak mahu jadi hantu, samada dalam filem atau di luar filem,"jelasnya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penerangan di Kampung Petai Bubus dekat sini, Isnin 30 Julai

Sehubungan itu, beliau menyeru anak-anak muda menyertai satu pembaharuan sebagaimana golongan artis yang sudah berani berubah.

Menurutnya perbandingan dan penilaian boleh dibuat oleh anak-anak muda berdasarkan media yang ada pada masakini.

"Sekarang bukan hanya ada TV1, TV2, dan TV3 tetapi sudah ada media internet laman web, you tube, facebook dan twitter,

"Anak-anak muda boleh bersama perubahan golongan artis yang kini berani menyatakan kebenaran,"tegasnya.

Turut menyampaikan ceramah pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Ridhuan Hashim dan Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani. -BO

[BERGAMBAR] Mahkamah: Rampasan Buku Kartun Zunar Oleh Polis Tidak Sah


Kartunis politik Zulkiflee SM Anwar atau dikenali sebagai Zunar, hari ini menang kes saman ke atas kerajaan dan empat yang lain berhubung tindakan pihak berkuasa merampas 66 buku dan satu lukisannya dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan Zunar.

Pada 15 Jun tahun lalu, Zunar memfailkan saman sivil ke atas kerajaan Malaysia dan empat defenden berhubung penangkapannya dan rampasan terhadap 66 buku Cartoon-O-Phobia serta sebuah lukisan kolaj pada 2010.

Beliau menamakan pegawai yang menahannya ASP Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dipetik oleh The Star hari ini, Zunar berkata, keputusan mahkamah hari ini sebahagian kemenangan bagi kesemua kartunis politik memandangkan Vazeer memutuskan bahawa tindakan menahan buku-buku berkenaan adalah sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang, tetapi penahanan Zunar adalah sah pada waktu itu. -SH

KENYATAAN ZUNAR TERHADAP KEPUTUSAN MAHKAMAH




Keputusan mahkamah terbahagi dua. Pertama Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan bahawa tindakan polis merampas buku saya, Cartoon-O-Phobia dan sebuah lukisan pada September 2010 adalah salah dari segi undang2 dan polis diminta membayar gantirugi kepada saya. (Jumlah akan ditentu kemudian). Namun hakim juga berkata tangkapan yang dilakukan terhadap saya juga pada September 2010 sah dari segi undang-undang.

Komen: Saya bersukur atas keputusan mahkamah. Kejayaan ini bukanlah kejayaan peribadi saya, tetapi adalah kejayaan kartunis-kartunis Malaysia, khususnya yang bergabung di bawah Kumpulan Kartunis Independen (KKI).

Saya dengan ini mencabar pentadbiran Najib supaya mengikut keputusan mahkamah secara moral dengan melaksanakan tuntutan seperti berikut:

* Menarik balik pengharaman ke atas buku-buku saya: 1 Funny Malaysia, Perak Darul Kartun, Isu Dalam Kartun Vol 1, Isu Dalam Kartun Vol 11 dan Isu Dalam Kartun Vol 111.

* Memulangkan buku-buku saya yang dirampas. Terdapat lebih 1000 naskah buku-buku yang masih dalam simpanan polis/KDN. Ini termasuk 408 naskah Gedung Kartun yang dirampas di pejabat saya pada tahun 2009.

* Menghentikan tekanan dan ugutan ke atas pengilang yang mencetak buku-buku saya dan peniaga serta pengedar yang menjual buku-buku saya.

Selain itu, saya telah mengarahkan peguam saya supaya mengemukakan rayuan ke mahkamah lebih tinggi mengenai keputusan hakim yang menyatakan bahawa penahanan saya sah dari segi undang-undang.


DIANTARA KARTUN-KARTUN MENARIK ZUNAR




















(Gambar) Fenomena Pelik Cara Berbuka Puasa Di Bandar Kuantan

Fenomena pelik cara berbuka puasa di bandar Kuantan.. di katakan begitu kerana fenemona ini berlaku di awal Ramadhan pada pada tahun ini. Sebelum nih mungkin berlaku tapi tak semeriah tahun ini. Macam berpesta..
Cara berbuka macam nih memanglah bagus bagi mengeratkan ukhwah sesama kita akan tetapi.. ada tetapinya.. 
Dari pemerhatian Addin melalui gambar-gambar dari blog nih, ada unsur-unsur pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.. itu yang tak berapa bagusnya.
Seperkara lagi.. alangkah baiknya jikalau semua yang berbuka di padang tersebut dapat menunaikan solat berjemaah Maghrib dan terus solat berjemaah Isyak dan solat sunat Terawih di Masjid Negeri yang berdekatan.  

Addin andaikan semua yang berada di situ pergi menunaikan solat berjemaah di Masjid selepas berbuka.
Ye lah.. kita di bulan Ramadhan nih hendak mengejar amal ibadat yang Allah SWT janjikan ganjaran pahala yang  berlipat kali ganda. Jikalau tidak.. rugilah kita semua.
Insya Allah.. balik cuti beraya nanti Addin akan membuat tinjauan sendiri untuk mendapat kepastian berkenaan fenomena pelik ini. 
Kepada sesiapa yang ada info berkenaan isu ini bolehlah e-mel terus ke Addin. Dan juga kepada alim ulamak dan pihak berkuasa mohon membuat pencerahan berkenaan isu ini.. 
Lihatlah gambar-gambar nih..





Lagi gambar di sini.


Kredit gambar ~ lunalanun.blogspot

Ini Dia Polis Yang Mengamuk Hari Itu, Mengapa Beliau Tidak Digari?


Anggota Polis Didakwa Atas Enam Pertuduhan Di Tiga Mahkamah

SEREMBAN: Seorang anggota polis pada Isnin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret berbeza, di sini atas enam tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta dalam kejadian berasingan pada 17 Julai lalu.

Gambar: Anggota polis Insp Mohd Azuan Yasin dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di Seremban selepas mengaku tidak bersalah terhadap enam tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta dalam kejadian berasingan, dua minggu lepas. -fotoBERNAMA

Tertuduh, Insp Mohd Azuan Yasin, 32, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, Haslina Basarudin dan S.Megaswary.

Di hadapan Mohamad Izwan dan Haslina, Mohd Azuan dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan masing-masing terhadap Mohamaed Nadzeem Zainal Larifin, 25, dan Koh Wen Gio, 32, dengan menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai senjata pistol kira-kira pukul 2.50 pagi di lobi Hotel S2 di sini pada 17 Julai lepas.

Bagi kesalahan ini, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda dan sebatan, mana-mana dua dari hukuman tersebut.

Mohd Azuan turut dituduh di hadapan kedua-dua majistret itu melakukan kesalahan dengan menakutkan secara jenayah ke atas kedua-dua mangsa dengan cara menggunakan senjata menyerupai pistol berwarna hitam di lokasi, masa dan tarikh yang sama yang mana sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Satu lagi tuduhan di hadapan Mohamad Izwan, tertuduh didakwa memecah cemin pintu hadapan kereta nombor pendaftaran MBB 1531 milik Tan Chee Luan, 25, yang menyebabkan kerugian RM150 dalam satu kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di sebuah kedai kopitiam di Temiang di sini pada tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Di hadapan Majistret S.Megaswary, tertuduh dituduh memecah pintu kereta belakang sebelah kiri, nombor pendaftaran NBV 8822 milik Tan Chee Hold, 32, yang menyebabkan kerugian RM180 dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di kedai kopitiam dekat Temiang di sini pada tarikh sama dan didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,500 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan kesemua kesnya akan disebut semula pada 13 September depan.

Bagi semua kes, tertuduh diwakli peguam bela Hanif Hassan manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Dalam pada itu, Mohamad Izwan dan Haslina turut mengarahkan agar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar luas di dalam laman sesawang www.youtube.com bertajuk "Polis Memukul Pekerja Hotel di Seremban" berdurasi selama 3 minit 41 saat dikeluar serta merta dari laman berkenaan dan melarang sebarang penyebaran rakaman itu dalam apa jua bentuk saluran bagi mengelak prejudis kepada tertuduh yang minta dibicara. - BERNAMA
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .