Ikuti Blog ini

Hairie Tak Mahu Jadi Hantu Lagi


Kuala Nerus – Selebriti dan pelakun tersohor Hairie Othman atau dikenali sebagai ‘Leftenan Adnan’ yang telah menjadi ahli PAS sebulan yang lalu, kembali mengadakan jelajah berceramah ke negeri Terengganu

Sehari selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat di Johor pada 28 Jun lalu, beliau telah menyampaikan ceramah pada program PGU04 dan Himpunan Hijau ke Putrajaya di Marang.

Beliau berkata sejak sebulan lalu itu, beliau tidak berlakun lagi dalam mana-mana filem atau drama.

Katanya, kali akhir beliau berlakun adalah sebagai watak hantu dalam drama bersiri ‘WARIS’.

Menurutnya, pada pelancaran ‘siri hantu’ yang kini ditayangkan di sebuah stesyen TV, beliau telah pun membuat pengumuman tidak mahu lagi jadi hantu.

"Pada majlis pelancaran saya dah buat pengumuman tak mahu jadi hantu, samada dalam filem atau di luar filem,"jelasnya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penerangan di Kampung Petai Bubus dekat sini, Isnin 30 Julai

Sehubungan itu, beliau menyeru anak-anak muda menyertai satu pembaharuan sebagaimana golongan artis yang sudah berani berubah.

Menurutnya perbandingan dan penilaian boleh dibuat oleh anak-anak muda berdasarkan media yang ada pada masakini.

"Sekarang bukan hanya ada TV1, TV2, dan TV3 tetapi sudah ada media internet laman web, you tube, facebook dan twitter,

"Anak-anak muda boleh bersama perubahan golongan artis yang kini berani menyatakan kebenaran,"tegasnya.

Turut menyampaikan ceramah pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Ridhuan Hashim dan Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani. -BO
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .