Ikuti Blog ini

BERSATU MERUNTUHKAN HEGEMONI BN

YONG TECK LEE nampaknya telah memulakan langkah yang lebih berani dengan membawa keluar Parti Maju Sabah (SAPP) daripada BN, iaitu setelah tiga bulan beliau secara terbuka menyatakan rasa hilang percaya terhadap kepemimpinan Abdullah Badawi. Tindakan SAPP ini adalah satu pukulan maut daripada rakyat Sabah terhadap BN setelah mahkamah mengisytiharkan kemenangan calon BN di kerusi Pensiangan tidak sah. BN benar-benar tergugat di Sabah sekarang ini, lebih-lebih lagi adanya desas-desus bahawa mereka akan meninggalkan BN beramai-ramai dalam masa terdekat ini. Apa tidaknya, kerana mereka adalah ‘anak tiri’ yang tidur ‘di tepi tandas’ dalam banglow BN yang dikuasai oleh menantu tuannya.

Anehnya, desakan-desakan ini tidak dilayan oleh Abdullah Badawi, sebaliknya tekanan ke atas rakyat dipertingkatkan. Sudah tiga orang ditahan di bawah ISA, tiga akhbar diberikan amaran, beberapa penulis blog ditahan di bawah Akta Hasutan dan macam-macam lagi. Nampaknya bajet kerajaan prihatin sudah tidak berguna lagi sekarang ini. Selepas Panglima ATM bersuara tentang isu perkauman, Abdullah Badawi melakukan pertukaran suka sama suka dengan Najib dan seterusnya mengambil alih tugas sebagai Menteri Pertahanan dan menyerahkan Kementerian Kewangan kepada Najib. Ini satu langkah yang dilihat oleh rakyat untuk mengulangi tragedi 13 Mei 1969. Saya tahu Najib Razak tidak selesa dengan langkah ini kerana beliau lebih selamat berada di gudang bom C4 daripada menjaga kepuk duit di Perbendaharaan. Mungkin Abdullah Badawi memilih untuk mengetuai sendiri Kementerian Pertahanan supaya rahsia-rahsia sulit Najib Razak masuk ke tangannya – maka sukarlah Najib bersuara sebelum 2010. Nampaknya sumpah Najib tidak diyakini oleh Abdullah juga.

Di sebalik percaturan Abdullah-Najib dalam menghadapi pemilihan Umno Disember ini, tiba-tiba muncul Dr Mahathir untuk menyatukan kem Tengku Razaliegh dengan Muhyiddin Yassin tidak boleh dipandang ringan oleh penganalisis politik. Dr Mahathir mungkin hanya bermaksud untuk menggagalkan rancangan Anwar dan menjatuhkan Abdullah Badawi, tetapi ia memberi kesan besar kepada Umno. Regu Ku Li-Muhyiddin yang bakal diwujudkan ini akan melenyapkan impian Najib. Najib sendiri mungkin tidak selesa dengan peralihan 2010 kerana kedudukan beliau sendiri terancam. Tidak cerdik bagi bakal perdana menteri berpasangan dengan perdana menteri yang tidak popular untuk menentang pasangan calon yang lebih berkarisma. Tetapi Abdullah menjerat lebih awal dengan ’menaikkan pangkat’ Najib dan beliau mengambil alih Kementerian Pertahanan. Namun begitu, mesyuarat MT Umno pada hari khamis 18 September telah mendesak supaya Abdullah lebih awal dari formula peralihan kuasa jun 2010. Ini untuk mengelak daripada penghijrahan ahli-ahli Parlimen BN yang tidak berpuashati dengan BN kepada PR. Oleh itu, mesyuarat MT Umno berkehendakkan Abdullah membuat pengumumam bahawa penguduran beliau akan berlaku lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan sebelum ini, dan mereka mengharapkan proses peralihan tersebut berlaku pada tahun ini juga. Jika Abdullah gagal membuat pengumumam ini sebelum bermulanya Mesyuarat Agung Tahunan Umno Bahagian-bahagian, ada kemungkinan Umno Bahagian-bahagian akan mencalonkan orang lain.

Jika kita menganalisis perkembangan politik ini, suasananya lebih panas daripada 1987. Ketika itu, Ku Li dan Dr Mahathir bersaing pengaruh, MCA pula membangkitkan isu-isu perkauman seperti mana hari ini. Ketika Najib Razak mengetuai Pemuda Umno untuk bertempur dengan Lee Kim Sai, tiba-tiba lebih 100 orang pemimpin pembangkang dan NGO disumbat ke dalam ISA. Plotnya hampir sama, cuma pengarahnya berbeza. Boleh jadi kerana itu maka ramai pemerhati berkata bahawa penahanan Raja Petra dan Taresa Kok adalah permulaan kepada pengulangan ini. Ia adalah langkah desprate Umno/BN setiap kali mereka tersepit. Tetapi kali ini mereka benar-benar tersepit dan mula diserang dari dalam oleh kalangan mereka sendiri.

Serangan dari luar, terutama oleh Pakatan Rakyat yang mensasarkan untuk mengambil alih kerajaan dalam masa terdekat ini memang sangat dirasakan oleh Abdullah Badawi walaupun beliau masih mampu untuk ’control macho’. Melarikan 49 orang MP ke Taiwan itu satu langkah segera untuk menyelamatkan keadaan, tetapi belum tentu berjaya. Apabila ada menteri meletak jawatan, mahkamah pun memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat di Pensiangan, Sanglang dan Manir, SAPP pula keluar BN, maka rombongan ihya Ramadhan di Taiwan itu kehilangan makna. BN hanya menunggu untuk runtuh sahaja. Dasarnya sudah reput, pucuknya sudah layu, batangnya hanya menunggu untuk tumbang sahaja. Mereka masih bertahan kerana kosmetik politik yang disolekkan sahaja.

Rakyat sudah tahu siapa UmnoBN. Sudah banyak harta kekayaan negara dimusnahkan oleh mereka. Kaum kroni dan anak menantu mereka kini kaya raya walaupun rakyat tertekan oleh bebanan kos hidup yang tinggi. Mereka tidak amanah dalam menguruskan khazanah negara. Politik kita juga cacamerba dan huru-hara. Bukan kerana tazkirah Ramadhan, tetapi kerana kebobrokan amalan politik mereka sendiri. Rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, kezalman dan penindasan berlaku di mana-mana. Rakyat sudah jelek dengan keadaan ini. Kehidupan sosial masyarakat juga berada pada tahap yang paling buruk. Gejala sosial remaja sudah tidak tertangan, jenayah semakin berleluasa, kebajikan tidak terjaga. Inilah hakikat yang patut diakui oleh pemimpin BN bahawa mereka sudah tidak layak untuk memimpin lagi.

Kini, tinggal lagi persoalan kesediaan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan. Rakyat mesti diyakinkan bahawa Pakatan Rakyat boleh menawarkan pakej pentadbiran bersih, adil dan berkebajikan untuk mereka. Tetapi rakyat masih keliru apabila pemimpin Pakatan Rakyat tidak bersatu hati. Kita terjerat oleh gerakan sulit BN untuk melaga-lagakan pemimpin Pakatan Rakyat. Kita mengharapkan parti-parti komponen Pakatan Rakyat samada PAS, PKR dan DAP agar tidak melakukan apa-apa perkara ataupun membuatkan kenyataan yang boleh menimbulkan kesangsian di kalangan rakyat yang mana tentunya akan menyebabkan terhakisnya kepercayaan rakyat kepada PR. Pimpinan PR hendaklah menunjukkan satu kebulatan tekad untuk membawa mandat rakyat bagi menamatkan hegemoni BN. Inilah satu harapan yang hendak saya lontarkan supaya kita dapat bersatu bagi meruntuhkan kuasa Barisan Nasional.

YB Tn Hj Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
Ketua Penerangan PAS Pusat



9 Oktober, paku terakhir buat 'keranda' Pak Lah?


TELAHAN Dato' Mustapha Ali tentang '16 September' sebenarnya berasas dari segi fakta. Atas sifir itu, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menuntut agar Parlimen mengadakan sidang tergempar Selasa ini membahaskan usul tidak percaya terhadap kerajaan. Tetapi sudah ditolak mentah Perdana Menteri.

Anwar menghantar surat kepada Abdullah bagi membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinannya, selewat-lewatnya 23 September ini. Tapi ia sudah berakhir dengan respon Abdullah menolaknya. Parlimen dijadual bersidang semula pada 13 Oktober ini.

Anwar hanya ada satu pilihan. Menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk membuktikan beliau punya majoriti lebih dari yang dibolot Abdullah.

Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang juga mengiyakan sudah membelek-belek sebahagian nama-nama mereka yang datang dari Sabah dan Sarawak. Dakwa Anwar, seramai 35 Ahli Parlimen BN akan 'melompat' ke Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

Apakah Anwar akan menghadap Agong dalam masa terdekat ini? Anwar memang tidak boleh memaksa Parlimen bersidang. Itu adalah kuasa Agong atas nasihat Perdana Menteri. Ini bermakna, kunci Parlimen ada ditangan Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan pengaruhnya untuk memujuk Perdana Menteri mengadakan sidang Parlimen, jika itu yang diinginkan oleh baginda.

Dalam hiruk-pikuk dan gelabah sakan Abdullah bergelut dengan masalah dalaman Umno, beberapa langkah dratik diambil bagi meredakan semua senario yang boleh mentalqinkan karier politiknya.

Bukan sahaja wartawan Shin Chew Daily, Tan Hoon Cheng dilepaskan tetapi Terasa Kok juga dibebaskan. Dan tentulah selepas ini Raja Petra Kamaruddin menyusul. Tangkapan dibuat bagi meningkatkan 'ketengangan' emosi rakyat.

Selepas itu mereka dibebaskan satu persatu untuk membuktikan 'kebaikan' Abdullah. Barangkali beliau hanya mahu 'berlakon' penuhi kehendak MT Umno, agar ISA digunakan untuk memadamkan 'api perkauman' yang dikatakan cukup membakar!

Abdullah sendiri, sudah maklumkan beliau tidak ada rancangan menangkap Anwar dengan ISA, selepas Terasa, Tan dan Raja Petra dicekup. Langkah ini bagi meredakan amarah rakyat kononnya Anwar termasuk dalam rancangan untuk disumbat ke Kem Tahanan Kamunting, kerana 'modus operandinya' mengancam keselamatan negara.

Cerita Anwar mahu menawan Putrajaya menerusi ‘pintu belakang’ cukup ditakuti Abdullah dan Najib. Tekanan MT Umno pada 18 September, agar Abdullah undur secara terhormat, masih dicuba untuk diatasi.

Akhirnya, memujuk kumpulan Najib, diserahkan kuasa Menteri Kewangan 1 kepada TPM dan beliau menggalas kuasa Menteri Pertahanan. Sebenarnya, Abdullah cukup-cukup terjepit dengan sebarang kemungkinan untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri lebih awal daripada yang dirancang mengikut pelan peralihan 2010.

MT dan akar umbi mahu Abdullah meletak jawatan sebelum 9 Oktober ini. Iaitu tarikh bermulanya mesyuarat bahagian yang akan berlangsung selama sebulan sehingga 9 November. Sebanyak 193 Bahagian Umno akan membuat pencalonan bagi jawatan bermula daripada Presiden hingga MT untuk bertanding dalam pemilihan parti Disember ini.

Apakah Abdullah mampu raih 30 peratus atau 58 pencalonan dari bahagian untuk layak bertanding jawatan Presiden? Ia berbeza sebelum ini. Beliau memegang jawatan Presiden tanpa bertanding. Kali ini, rentaknya amat berbeda.

Apa yang akan dijulang Anwar untuk menghentak BN selepas ini belum diketahui tetapi amukan akar umbi Umno sudah memanaskan punggung Abdullah. Silap-silap perkiraan, 9 Oktober pula jadi penentu hayat Presiden Umno ini.

Apakah tarikh ini akan menjadi paku terakhir untuk 'keranda' Abdullah?



‘Kek Yang dibawa Mungkin Beracun’ – Pengawal Keselamatan HSNZ


http://buletinonline.net/images/berita11/sany0091.jpg
Meskipun PAS tidak memerintah Negeri Terengganu, namun pendokong dan pimpinan PAS tetap meneruskan usaha dakwah dan memberikan khidmat kebajikan kepada rakyat Terengganu.


Masyarakat umumnya memberikan sokongan dan dapat menerima baik kehadiran PAS, namun usaha murni PAS sentiasa diragui malah digeruni oleh sesetengah penyokong UMNO yang agak tertutup dan fanatik.


Tidak cukup dengan sekatan media massa dan elektronik, sesetengah mereka yang tidak faham cuba menyekat usaha kebajikan PAS Terengganu yang turun kepada masyarakat menerusi program-program yang melibatkan institusi atau agensi kerajaan.


http://buletinonline.net/images/berita11/19092008148.jpgPengalaman saya mengikuti program Lujnah Kebajikan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu kelmarin memberikan satu kenyataan, betapa masih ada sesetengah petugas jabatan kerajaan yang masih berfikiran ‘dibawah tempurung’ dalam dunia ‘langit terbuka’ sekarang.


Usaha kebajikan tidak harus terhalang dengan sentimen politik kepartian, namun mungkin mereka yang memandang sinis dan berusaha pula untuk menyekat usaha Lajnah Kebajikan PAS Terengganu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), adalah mereka yang telah terkunci pemikirannya dan menganggap hanya UMNO sahaja yang segala-galanya.


Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan Eidul Fitri yang bakal tiba, PAS Negeri Terengganu cuba menghidupkan budaya ‘memberi dan menerima’ dengan melaksanakan program ziarah pesakit yang terlantar di wad di HSNZ.


Program tahunan ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan duit dan kuih raya serta memberi semangat dan perangsang bagi pesakit-pesakit.


Antara pimpinan yang turut hadir bersama ialah YB Dato’ Tengku Hasan, ADUN Ladang, YB Dr . Alias Razak, ADUN Bukit Tunggal dan Ustaz Abu Bakar Abdullah, Pengerusi Lajnah Kebajikan serta Pengarah Program Dr. Muhammad Abdullah.


Manakala muslimat pula turut disertai Datin Seri Puan Hajjah Zainab, isteri YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abd. Hadi Awang, Presiden PAS, isteri YB Dr . Alias dan isteri Ustaz Abu Bakar Abdullah.


http://buletinonline.net/images/berita11/img_4263.jpgLawatan dan sumbangan kebajikan itu disambut dengan baik dan mesra oleh semua pesakit dan kakitangan HSNZ, namun terdapat seorang dua kakitangan yang berpandangan negatif terhadap program ziarah ini, cuba menyekat dengan pelbagai alasan.


Antara yang paling mengejutkan ialah ada kakitangan keselamatan yang menuduh rombongan ini datang untuk berkempen pilihanraya dan kek yang dibawa mungkin mengandungi “racun”.


Beberapa pelawat dan pesakit yang menyedari sikap petugas yang tidak professional itu hanya menggelengkan kepala tanda kesal dengan kekasaran sikap mereka.


Keadaan seperti itu pasti tidak berlaku sekiranya petugas Barisan Nasional pula yang turun untuk menyampaikan sumbangan.

Meskipun ruang dan peluang tidak dibuka sepenuhnya, PAS Terengganu tetap bersyukur dan gembira atas respon yang diberikan. Semua pesakit yang diziarahi menghargai kedatangan dan pemberian rombongan kebajikan ini.


Semoga selepas ini, PAS diberi peluang yang lebih luas bagi mendekati dan sama-sama berbakti pada rakyat tanpa prejudis untuk tujuan kepentingan politik semata-mata




Mujahid: Pakatan hantar surat pada Agong

Pakatan Rakyat telah mengutuskan surat rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong beberapa hari lalu, memohon mengadap Seri Paduka, kata Ahli Parlimen PAS bagi Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dalam forum anti-ISA di Pulau Pinang malam tadi.

Jika Seri Paduka memberi perkenan, sepertimana yang diharapkan oleh pemimpinan Pakatan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyerahkan senarai nama ahli Parlimen yang menyokongnya untuk meyakinkan Seri Paduka bahawa peralihan kuasa di Putrajaya tidak dapat dielakkan.

mujahid yusof rawaMujahid berkata, Pakatan bergantung kepada Seri Paduka untuk menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memanggil sidang khas Parlimen untuk berdepan dengan usul tidak percaya yang mahu dibentangkan oleh Pakatan.

Sambil melahirkan keyakinannya bahawa Seri Paduka akan campurtangan untuk menangani krisis politik sekarang, Mujahid berkata, pihak pembangkang dirangsang oleh campurtangan istana dalam menyelesaikan isu pelantikan menteri besar di Perak, Perlis dan Terengganu selepas pilihanraya umum Mac lalu.

Mengikut perlembagaan

Beliau berkata, keutamaan Pakatan ialah untuk menggunakan semua cara yang diperuntukkan dalam perlembagaan untuk memastikan peralihan kuasa berjalan dengan lancar.

Katanya, Pakatan tidak akan menggunakan cara yang tidak mengikut perlembagaan dan tidak demokratik tetapi akan terus menggunakan cara yan gdiperuntukan dalam perlembagaan untuk memastikan peralihan kuasa secara lancar.

Anwar mendakwa Pakatan mendapat sokongan majoriti daripada 222 ahli Parlimen (MP), termasuk yang MP Barisan yang didakwanya melompat menyertai pembangkang, bagi mengambil alih kerajaan.

Setakat ini, usaha Pakatan untuk mengambil alih kuasa secara perlembagaan belum berhasil.

Abdullah juga enggan bertemu dengan Anwar untuk membincangkan peralihan kuasa. Beliau juga menolak permintaan pembangkang supaya memanggil sidang khas Parlimen bagi membentangkan usul tidak percaya terhadap kepimpinannya.

Oleh itu, kata Mujahid lagi, langkah seterusnya ialah Istana Negara dan Pakatan berhadap Seri Paduka akan campurtangan dan menasihatkan perdana menteri supaya memanggil sidang khas Parlimen.

Dengan cara itu, kata beliau yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, dapat membuktikan siapa yang mendapat sokongan majoriti di Parlimen.

Sebelum itu, ketika bercakap di forum tersebut di Georgetown, Mujahid mendesak pemimpin BN, terutama dari Umno, bahawa mereka tidak akan memerintah untuk selama-lamanya.

isa 3 teresa raja petra tan hoon chengSebaliknya, kata beliau, BN harus menerima realiti politik dan bersedia menyerahkan kuasa kepada Pakatan.

Ekoran penahanan ahli Parlimen DAP, Teresa Kok, Raja Petra Kamarudin dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah ISA, pembangkang telah menganjurkan siri pertemuan dan majlis menyalakan lilin, untuk membantah undang-undang tersebut.

Pakatan juga turut mengambil peluang daripada pertemuan-pertemuan tersebut untuk mendapatkan sokongan badan-badan sivil dan rakyat untuk menrealisasikan usaha peralihan kuasa tersebut. Berita asal


BUKTI KESUNGGUHAN PAS DALAM PR


Inilah adalah salah satu bukti kesungguhan dan keikhlasan PAS dalam menjayakan Pakatan Rakyat. Justeru janganlah hendaknya terdapat ahli PAS yang masih meragui, bersikap skeptikal, mempersoalkan sama ada syraie atau tidak kerjasama ini. Diharap percakapan di kedai-kedai kopi serta penulisan di blog tentang hubungan PAS serta kerjasama yang sedia erat di kalangan parti komponen PR hendaklah positif sehingga terbukti sebaliknya. Tahalluf syiasi serta sebarang bentuk perjanjian dihormati dan dipelihara

Tangan yang menyuap nasi itu masih perit merasa dipatuk ular UMNO yang pernah mengusir PAS dari BN sehingga Nik Aziz tinggal seorang diri di Dewan Rakyat. Sebab itu Tuan Guru tidak rela melihat PAS mengalami nasib yang sama.

DBKL halang Dr. Lolo bantu rakyat miskin!


Permohonan pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa bagi mendapatkan senarai nama penerima bantuan untuk tujuan menyalurkan sumbangan telah ditolak oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pada 18 September, Pegawai Ahli Parlimen Titiwangsa, Shahir Abu Hassan telah mengemukakan surat kepada DBKL. Namun tanpa berfikir panjang, pada hari yang sama Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial DBKL, Dr. Ismail Stapa membalas surat itu dan menolak permohonan yang dikemukakan atas alasan maklumat itu adalah hak milik DBKL dan tidak boleh di edarkan kepada pihak luar.

Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’ Lo’ binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali berasa kecewa dengan sikap tidak prihatin DBKL.

“Saya nak tahu maklumat penerima bantuan yang layak kerana saya ingin turun memberikan bantuan. Saya tidak minta DBKL bagi duit.”

“Saya dan ahli-ahli Pas telah mengutip sumbangan orang ramai dan ingin serahkan kepada yang layak.” kata Dr. Lo’Lo lagi.

Pada masa ini Dr. Lo’Lo’ terpaksa meminta bantuan kakitangan beliau bersama ahli-ahli Pas Kawasan untuk turun padang bagi mengenalpasti rakyat yang kurang bernasib baik. Dr. Lo’ Lo’ turun sendiri menziarahi rakyat dari rumah ke rumah dan masjid surau bagi mendapatkan maklumat serta menghulurkan bantuan.

Dalam masa yang sama, DBKL bertungkus lumus membantu Ahli Parlimen BN Setiawangsa yang juga Menteri Wilayah, Zulhasnan Rafique untuk mengedarkan bantuan bagi kawasan parlimen itu.

Sebelum ini Menteri Wilayah dan Datuk Bandar telah memberikan jaminan untuk membantu rakyat walaupun di dalam kawasan Parlimen yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, namun akhirnya pembohongan mereka terbongkar.

Bukan sahaja enggan bekerjasama memberikan maklumat, bantuan kewangan juga tidak dihulurkan. Sehingga kini, semua ahli Parlimen Pakatan di Wilayah Persekutuan menggunakan dana sendiri dan bantuan orang ramai bagi menjalankan aktiviti bersama rakyat dalam kawasan masing-masing.

Setakat ini kerjasama DBKL amat terhad dan mereka hanya tertumpu kepada Kawasan Parlimen Setiawangsa.

Rakyat begitu kecewa kerana ahli Parlimen yang dipilih oleh mereka tidak mendapat layanan yang adil dari DBKL, walhal rakyat telah membayar cukai yang banyak kepada DBKL setiap tahun.

Surat Dari Pejabat Dr. Lo’Lo’

Surat Dari DBKL

*penulis adalah Setiausaha Politik bagi Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’ Lo’ binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali



RIBUAN BANJIRI QARYAH RAMADHAN

Qaryah Ramadhan sekali lagi di penuhi jemaah seluruh negeri Kelantan untuk sama-sama memeriahkan 'Ghazwatul badr'yang di adakan sempena Nuzul Quran,Program tersebut di isi dengan Tadarus Al-Quran yang di pimpin oleh Ketua Dewan Ulama' serta Majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Kelantan.

Majlis yang di hadiri lebih daripada 5000 orang pada kali ini turut sama menunaikan solat sunat Teraweh yang diimamkan oleh imam dari Mesir dan majlis ceramah 'Ghzwatul badar'yang di sampaikan oleh YAB.Tok guru,Ust.Nasarudin hj.Daud dan Dato'Husam.


Keseluruhan Qaryah Ramadhan pada malam itu penuh sesak dengan hadirin yang datang dari seluruh kelantan malah ada yang datang dari Ipoh,K.Trengganu dan Selangor.

Bagi yang sampai lewat terpaksa bersembahyang diatas rumput perkarangan Stadium.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .