Ikuti Blog ini

Mahathir Terus Perlekeh Undang-Undang Islam

Hudud: Hasrat PAS akan wujudkan dua sistem tak adil, dakwa Mahathir

KUALA LUMPUR — Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud dengan hari ini menegaskan, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim.

“Mereka mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi, jika ada kecurian melibatkan seorang rakan Cina, mereka akan memotong tangan tetapi rakan Cina atau rakan India, mereka (hanya) akan dapat hukuman penjara dua bulan.

“Jadi, bagi PAS itu keadilan. Sudah pasti, jika anda melakukan (kesalahan) lain, mereka akan memotong kepala anda,” kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan teh anjuran Perodua di sini hari ini.Laporan media semalam menyebut kerajaan Kelantan terus meletakkan harapan mahu mencapai hasrat dua dekad melaksanakan hukum hudud mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan perkara tersebut sebaik sahaja segala pendekatan berkaitan selesai diadakan.


Isnin lalu, pentadbiran Nik Aziz mengumumkan pembentukan jawatankuasa teknikal berhubung pelaksanaan hukum hudud.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata pihaknya sudah pun menghantar surat kepada Najib berhubung cadangan mengadakan pertemuan dengan kerajaan persekutuan.

Mohd Amar berkata pertemuan rasmi dengan Najib belum ada lagi dan ia akan dilakukan apabila semuanya sudah sedia.

Bulan lalu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh mengadakan pertemuan dengan Najib jika masih berhasrat meneruskan usaha melaksanakan hukum hudud.

Dalam satu surat kepada Nik Aziz pada 1994, Dr Mahathir menolak rancangan Kelantan atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Kelantan terus mendakwa hukum hudud gagal dilaksanakan ekoran pendirian dan sekatan kerajaan pusat.

Polemik bermusim ini muncul semula akhir bulan lalu dengan wujud pelbagai pandangan iaitu Kelantan boleh melaksanakannya dan pada masa yang sama ia juga bercanggah dengan undang-undang pusat. Jeebond

Janda-janda kesepian di Perlis perlukan perhatian.



KANGAR – Sebahagian besar golongan janda di negeri ini yang berjumlah 5,400 orang menghadapi sindrom kemurungan selepas berlaku perceraian sekali gus mengakibatkan mereka langsung tidak berminat untuk bersolek selepas perceraian.

Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis, Muhamad Hazimin Jamaludin berkata, golongan tersebut sama ada dicerai atau ditinggalkan suami mempunyai persepsi negatif bahawa mereka sudah tidak laku lagi untuk dipinang oleh mana-mana lelaki selepas menjadi janda.

Beliau berkata, paling memberi tamparan yang hebat kepada golongan tersebut ialah apabila mendapati suami meninggalkan mereka gara-gara berkahwin dengan wanita dari negara jiran yang dikatakan lebih cantik.

“Justeru tidak hairan tabiat golongan itu yang sebelum ini suka bersolek tiba-tiba berubah sehingga mereka trauma untuk bergincu atau berbedak kerana menganggap diri mereka tidak laku lagi.

“Situasi ini menyebabkan wanita tersebut akan menghadapi masalah kemurungan ekoran malu dan perasaan rendah diri untuk berhadapan dengan masyarakat,” katanya selepas dialog Memperkasakan Wanita dan Ibu Tunggal 2011 di sini semalam.

Majlis tersebut yang disertai lebih 100 ibu tunggal itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keluarga dan Masyarakat negeri, Mansor Jusoh.

Muhamad Hazimin berkata, berikutan itu, golongan tersebut lebih suka mengurung diri dalam rumah kerana bimbang pandangan serong masyarakat kononnya mereka sudah tidak cantik lagi.

Katanya, berdasarkan statistik sehingga September lalu, seramai 5,400 ibu tunggal di Perlis berdaftar dengan JPWN.

Ibu tunggal yang paling muda dikesan baru berusia 24 tahun dan menyara seorang anak. -sumber

Mengapa Perlawanan Akhir Piala Malaysia Di Stadium Shah Alam, Bukan Di Bukit Jalil?

Nyawa peminat sukan jadi pertaruhan? – Oleh Muhamad Izwan

Kenapa perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 akan di Stadium Shah Alam dan tidak di Stadium Nasional di Bukit Jalil seperti kebiasaannya? Itu antara persoalan yang bermain dalam kepala sebaik sahaja Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan gelanggan final tahun ini.

Selepas isu tersebut menjadi tanda tanya tanpa sebarang alasan diberikan, hanya baru-baru ini jawapannya diketahui.

Namun, kalau dahulu faktor padang rosak boleh dijadikan alasan, kali ini apabila alasan yang sama cuba diberikan, ia pasti mengundang lagi rasa sangsi di kalangan orang ramai.

Bumbung stadium berskru longgar dan karat

Laporan media mendedahkan bahawa bumbung Stadium Nasional Bukit Jalil sebenarnya sudah tidak selamat digunakan sejak 2006 malahan proses membaik pulih masih belum berjalan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, bumbung stadium itu telah tamat tempoh jaminan tiga tahun lalu dan memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan segera demi keselamatan dan keselesaan pengguna.

Laporan itu yang menyatakan “sebahagian besar bumbung didapati telah terkoyak dan skru kabelnya longgar dan berkarat” turut mendedahkan punca masalah, iaitu kelewatan dan ketiadaan kelulusan peruntukan daripada kerajaan.

Lebih mengejutkan ialah apabila pihak yang menguruskan stadium tersebut, iaitu Merdeka Stadium Corporation (MSC), mengatakan permintaan mereka kepada pihak kerajaan sebanyak empat kali telah ditolak tanpa alasan.

Kalaulah insiden tidak diingini semasa perlawanan jelajah kelab Liga Perdana Inggeris Arsenal, Liverpool dan Chelsea baru-baru ini berlaku, di manakah hendak letak muka dan maruah negara kita?

Lebih membingungkan lagi, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh mana-mana pihak terutamanya para menteri. Beginikah pemimpin yang dikatakan mahu mementingkan rakyat?

Sudah kebiasaan, sikap kerajaan adalah “bila terhantuk baru terngadah”.

Stadium di Malaysia pernah roboh

Kalau insiden roboh di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 2009 berulang di Bukit Jalil, apakah reaksi daripada kerajaan? Adakah dengan sekadar menyalahkan orang lain dan menunding jari dapat menyelesaikan masalah?

Dalam kekalutan permasalahan isu Stadium Nasional Bukit Jalil, dua lagi berita wajar dijadikan perbandingan dan congakan peminat sukan tempatan negara.

Dilaporkan sebanyak RM6 juta telah dibelanjakan untuk membeli 23 kuda tetapi daripada jumlah itu, hanya lima sahaja layak beraksi di World Endurance Championship (WEC) 2008. Bukankah ini satu pembaziran?

Begitu juga projek ternakan lembu milik kerajaan berjumlah RM73.64 juta yang gagal mendatangkan hasil seperti yang ditetapkan.

Ke mana perginya wang rakyat?

Kemanakah wang-wang ini semua pergi? Adakah Datuk Seri Najib Razak boleh menjawabnya atau sekadar lari daripada memberi jawapan?

Kesimpulannya, memang wajar cadangan daripada wakil DAP Tony Pua yang mahu mewujudkan Suruhanjaya Ketelusan Kewangan (FAC) bagi mengambil tindakan ke atas pegawai kerajaan yang bersalah menguruskan kewangan yang ditetapkan, disokong penuh.

Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP mencadangkan supaya FAC itu dianggotai oleh pakar profesional dalam bidang audit dan integriti seperti Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) dan Transparency International (TI) Malaysia.

FAC hanya perlu bertanggungjawab kepada Parlimen dan diberi kuasa menghukum serta mengenakan tindakan disiplin terhadap mana-mana pegawai yang didapati bersalah.

Mungkin ini dapat mengatasi masalah pembaziran dan salah guna kuasa yang bukan sahaja merugikan rakyat tetapi membahayakan nyawa kita.

Sampai bilakah pembaziran dan kekorupan pegawai kerajaan harus berlalu hingga akhirnya yang merana kita rakyat biasa?

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. – Roketkini


Menteri: Selain bumbung, JKR juga diminta kaji struktur Stadium Nasional


Kementerian Belia dan Sukan juga telah meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) agar mengkaji semula struktur binaan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, yang dilaporkan telah melebihi tempoh jaminan, sama ada masih selamat digunakan selain isu bumbung.


Laporan Ketua Audit Negara 2010 mahu bumbung stadium itu yang siap dibina pada 1998 diselenggara dengan segera demi keselesaan dan keselamatan pengguna.


“Kementerian Belia dan Sukan akan meminta JKR melakukan kajian semula bagi mengetahui tahap keselamatan stadium terbabit sebelum berlaku sebarang perkara yang tidak diingini,” kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di sini hari ini.


Beliau mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang menyebut bahawa bumbung Stadium Nasional Bukit Jalil (gambar) daripada jenis membrane dari Jerman itu mempunyai tempoh jaminan selama 10 tahun, namun semakan audit mendapati ia masih diguna sehingga kini dengan sebahagian besar bumbung telah terkoyak dan skru kabelnya longgar serta berkarat.


Laporan Audit itu turut menyatakan bahawa kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan pada Disember lalu untuk membaiki bumbung stadium itu.


Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kapasiti 90,000 penonton merupakan venue sukan utama negara dan bertaraf antarabangsa antaranya seperti Sukan Komanwel (1998), Sukan SEA (2001), perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Indonesia (2010), perlawanan akhir Piala Malaysia dan pernah dikunjungi pasukan ternama EPL seperti Manchester United, Liverpool, Arsenal dan Chelsea.


Ahmad Shabery berkata kementeriannya menyerahkan tanggungjawab membaiki bumbung Stadium Nasional kepada JKR demi keselamatan pengguna.


Dipetik Bernama Online, kata beliau, tanggungjawab itu diserahkan kepada JKR kerana kementeriannya tidak mempunyai kepakaran dalam hal tersebut.


“Kita tidak boleh membaiki sebahagian sahaja daripada bumbung yang bocor kerana ia perlu diganti semua bahagian yang mana kos boleh mencecah RM40 juta,” katanya.


Mengenai pembelian 23 ekor kuda bernilai RM5.6 juta oleh Institut Sukan Negara (ISN) tanpa kelulusan Kementerian Kewangan seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, Ahmad Shabery berkata pembelian tersebut tidak mengikut tatacara kerja yang betul.


Katanya pembelian secara terus itu berlaku kerana ISN berdepan dengan masalah kesuntukan masa mencari kuda yang berpotensi untuk menyertai Kejohanan Kuda Lasak Dunia Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (WEC) pada 2008 dan Pertandingan Ekuestrian Kebangsaan dan Sukan Asia di Guangzhou, China pada 2010.


“Pada masa itu ISN tidak mempunyai kepakaran dalam hal berkaitan kuda namun jika wujud unsur terbuka ataupun penyalahgunaan kuasa, maka saya akan pastikan perkara ini disiasat,” katanya.


Semakan Audit Negara 2010 mendapati kesemua kuda yang dibeli oleh ISN telah dibuat melalui rundingan terus tanpa mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan terlebih dahulu.


Mengikut laporan tersebut, perolehan kuda juga dibuat tanpa disertakan dengan surat tawaran ataupun perjanjian yang menggariskan tanggungjawab pembekal. -TMI

Pengebumian rahsia Gaddafi

HHRS 2.0 - Diktator Libya yang digulingkan dan dibunuh Muammar Gaddafi dan anaknya telah dimakamkan pada hari Selasa lalu di sebuah lokasi rahsia di Gurun Sahara.

Namun saluran berita Al-Aan dari Dubai mendakwa bahawa mereka telah menerima video dokumentasi sebelum pemakaman tersebut.
Menurut Telegraph, bekas Menteri Pertahanan Abu Bakar Yunis juga turut menghadiri pemakaman Gaddafi dan anaknya. Upacara ini juga dihadiri oleh dua keluarga bekas penguasa Libya tersebut.

Setelah pemakaman, peti keranda mereka diserahkan kepada pegawai dalam kerajaan peralihan yang kemudian menguburkan mereka di sebuah lokasi rahsia. Diterjemah dari eramuslim.com

Mat Zain dakwa Najib tahu salah laku Gani Patail

KUALA LUMPUR, — Datuk Seri Najib Razak pernah mengatakan Tan Sri Abdul Gani Patail tidak wajar terlibat dalam kerja memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam 1998 Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian menurut seorang bekas pegawai kanan polis yang mendakwa bertemu secara peribadi dengannya pada Oktober 2008.

Ketika itu Najib merupakan timbalan perdana menteri dan menjadi perdana menteri pada April 2009.
Datuk Mat Zain Ibrahim, yang sedang menggerakkan kempen seorang diri untuk mengalihkan peguam negara itu berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Najib untuk membincangkan dakwaan pembabitan Abdul Gani dan juga Ketua Polis Negara masa itu Tan Sri Musa Hassan.

“Komen YAB terhadap Gani Patail antara lainnya, ‘memang salah untuk memalsukan keterangan. Walaupun boleh jadi tujuan Gani adalah untuk menolong IGP’ (merujuk kepada bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor), membuat keterangan palsu, adalah suatu kesalahan dan tidak patut dia lakukan,” kata Mat Zain dengan merujuk kepada apa yang diperkatakan oleh Najib pada pertemuan mereka.

Rahim digantikan oleh Tan Sri Norian Mai dan kemudian oleh Musa sebagai ketua polis negara.

Mat Zain seterusnya menulis, “komen terhadap Musa Hassan pula, YAB menyatakan antara lainnya, ‘saya mendapat tahu peranan Musa tidaklah seteruk Gani. Saya rasa beliau (Musa) boleh  melepaskan diri.”

Mat Zain mengatakan demikian dalam surat terbuka kepada Najib.

Dalam surat terbuka itu, Mat Zain menambah, “selanjutnya YAB telah memberi jaminan akan membincangkan perkara pelantikkan panel bebas dengan Perdana Menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu) oleh kerana YAB mengatakan tidak tahu-menahu mengenai pelantikkan panel ini, jika saya tidak maklumkan pada hari tersebut . . .”

Mat Zain merupakan pegawai yang bertanggungjawab menyiasat Rahim berhubung kejadian mata lebam membabitkan Anwar ketika bekas timbalan perdana menteri itu ditahan pada September 1998.

Rahim kemudian mengaku mencederakan Anwar, kini Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Pakatan Rakyat.
Mat Zain sebelum ini mendakwa Abdul Gani, yang mengetuai pendakwaan kes liwat dan rasuah ke atas Anwar sebelum ini dan Musa, telah mereka bukti dalam kes mata lebam.

Dalam suratnya bertarikh 20 Oktober, Mat Zain berkata, sebagai menunaikan permintaan Najib beliau telah memberi taklimat berkaitan dakwaan pemalsuan keterangan dalam insiden mata lebam, di pejabat Menteri Kewangan pada 23 Oktober 2008,  lebih kurang pukul 10.30 pagi.

“Saya percaya butir taklimat saya adalah tidak penting lagi. Perkara yang ingin saya ketengahkan ialah komen YAB sendiri terhadap kedua-dua Gani dan Musa dalam perkara ini,” katanya.

Kata Mat Zain, seterusnya Najib turut memperakukan bahawa dakwaan terhadap Abdul Gani akan dibawa berbincang dengan penasihat-penasihatnya untuk meneliti implikasi tindakan jika diambil ke atas beliau kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kes liwat Saiful merupakan yang kedua membabitkan Anwar dan sedang didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“YAB sendiri secara sepintas lalu telah menyatakan keterangan dalam kes Saiful adalah 'bagus'... saya tidak sedikit pun membangkitkan kes ini semasa perbincangan.

“Saya ambil komen-komen sedemikian itu sebagai bermaksud YAB mempunyai maklumat yang mustahak mengenai hubungkait Gani Patail dengan kes liwat kedua serta mengetahui keterangan-keterangan penting dalam kes tersebut,” kata bekas pegawai polis kanan ini.

Mat Zain juga menulis bahawa beliau sedar tidak layak untuk menegur seorang perdana menteri dalam apa hal jua pun.

“Namun sebagai seorang rakyat, saya mempunyai hak untuk memberikan pendapat saya berdasarkan dari peristiwa yang saya sendiri tempuhi dan tahu serta yakin sebagai benar.

“Bukan sahaja undang-undang negara mewajibkan saya untuk bercakap benar, malah ,Islam juga mewajibkan saya menjadi seorang saksi yang bercakap benar walaupun terhadap kedua ibu dan bapa saya.”

“Saya menyatakan bahawa YAB Datuk Seri telah bertindak secara tidak adil, kepada rakyat jelata dan kakitangan awam, dalam penguatkuasaan keadilan awam.

“Walhal YAB sendiri yang telah beberapa kali berjanji kepada rakyat akan mempastikan undang-undang dilaksanakan mengikut keluhuran undang-undang,” katanya lagi.

Mat Zain menegaskan apabila tiba kepada giliran untuk mengambil tindakan terhadap Abdul Gani sendiri, pendirian Najib menjadi “lemah dan lesu seperti tidak bermaya.”

“Walhal YAB dan seluruh Kabinet sedar, beliau telah melakukan, penipuan, pemalsuan, salah guna kuasa, rasuah serta termasuk menyembunyikan keterangan untuk mengelirukan Kabinet.

“Lebih menyedihkan, YAB dilihat sebagai terpaksa membiarkan sahaja dan merestui tindakan pihak tertentu, memanipulasikan fakta dan keterangan, bagi mengelirukan dan mengabui mata rakyat untuk menyelamatkan Gani daripada dikenakan hukuman undang-undang,” katanya lagi.
- MI

Kaum Cina Suka Pemimpin Amanah, Bersih Walaupun Dari Parti Islam.

Dakwaan seorang ahli akademik kononnya kaum Cina cenderung memilih pemimpin yang korup berbanding pemimpin yang menegakkan negara Islam ditolak pemimpin Pakatan Rakyat berbangsa Cina.

Adun Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin berkata kenyataan Dr Ridhuan Tee Abdullah dari Universiti Pertahanan Malaysia adalah satu provokasi yang ekstrem sedangkan pada hakikatnya kehadiran beliau tidak mendapat tempat di kalangan masyarakat cina.

Tze Tzin berkata majorit kaum cina hari ini membuat pengiraan kepentingan kebajikan dan persekitaran ekonomi yang sihat dalam memilih pemimpin.

"Itu tidak benar (kenyataan Ridhuan), kita sedia maklum ramai pemimpin PAS mendapat tempat dihati kaum cina seperti Nizar Jamaluddin yang mana beliau mendapat undi lebih 80 peratus daripada kaum cina di Bukit Gantang, pemilihan ini dibuat atas sebab karisma dan peribadi baik beliau dan berjaya membawa pembaharuan di Perak.

"Walaupun beliau PAS, tiada masalah untuk kaum cina memilih beliau."katanya.

Ridhuan Tee yang juga merupakan Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia melontarkan pendapatnya itu dalam Wacana Sinar (Siri-8) Hudud-Dilema dan Pelaksanaan dipremis Kumpulan KarangKraf baharu-baharu ini.

Beliau berkata hujahnya berasaskan kajian yang pernah dilakukan ke atas tren pengundi Cina.

Sementara itu Adun Sekinchan, Ng Suee Lim turut berpendapat bahawa kaum cina lebih cenderung memilih pemimpin yang berwibawa seperti apa yang diterjemahkan pada pilihanraya lalu.

Lim menambah, kejayaan Pakatan Rakyat merampas lima buah negeri adalah antara bukti bahawa kaum cina di Malaysia bertindak memilih pemimpin yang berintegriti, berkebolehan, bersih dan amanah tanpa mengira mana-mana parti yang dipertandingkan termasuk parti Islam PAS.

"Perkara ini telah dibuktikan pada 8 Mac 2008, dimana masyarakat cina majoritinya telah menolak kepimpinan Barisan Nasional.

"Walaupun ia kelihatan hanya pada lima buah negeri, tetapi saya yakin tren ini akan berterusan pada PRU-13 dimana masyarakat cina sudah bersedia secara majoritinya 70 peratus ke atas sekali lagi akan memilih pemimpin yang amanah, bersih dan telus."
jelasnya.

Lim yang dihubungi TvSelangor turut menyifatkan kenyataan Ridhuan sebagai pandangan peribadi yang berkait rapat dengan pengalaman lampau penceramah bebas itu.

Mengulas lanjut, Lim berkata tiada masalah untuk masyarakat majmuk menerima undang-undang Islam sekirannya diberi penjelasan yang tepat serta tidak menimbulkan konflik dan ketengangan antara kaum.

"Tetapi harus diingatkan bahawa dunia sudah berubah, sekirannya terdapat satu benda yang baik (kepimpinan) dan mampu ditarbiah untuk penjelasan yang meyakinkan, masyarakat majmuk semua akan menyokong kecuali perkara itu banyak menimbulkan kontroversi."katanya.

Adun Kinrara, Teresa Kok Suh Sim berkata peranan Ridhuan dilihat seperti agen Umno dan kenyataannya itu secara tidak langsung mencerminkan bahawa beliau terperangkap dalam kekeliruan dirinya sendiri.

"Seorang yang keliru dari segi pemikirannya, kenyataan yang dilontarkan itu (kajian) tidak tepat kerana keputusan pilihanraya lalu membuktikan kaum cina dan masyarakat bandar memilih PAS, walaupun parti itu berpandukan ideologi Islam."katanya.

Teresa turut berpandangan kaum cina berharap untuk melihat sistem dua parti diamalkan di Malaysia dalam merealisasikan negara demokrasi.



Rashid: Dah pencen baru nak bercerita...

Rashid: Kajian penggunaan dakwat kekal 'lawak besar'
Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang dibidas teruk kerana menarik balik keputusan untuk menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya 2008 berkata beliau masih tetap menyokong penggunaan dakwat berkenaan.

Malah, katanya, tamparan akibat penarikan keputusan itu beberapa hari sebelum pilihan raya umum 2008 sebegitu hebat, sehingga beliau menganggapnya sebagai kegagalan terbesar dalam tempoh 26 tahun perkhidmatannya.
"Saya juga menimbangkan kemungkinan  meletakkan jawatan, tetapi dinasihatkan oleh banyak kawan-kawan yang rapat supaya tidak berbuat demikian bagi mengelakkan krisis perlembagaan,” dedahnya dalam dalam satu temu bual menerusi e-mel dengan Malaysiakini minggu lalu.

Menurut Abdul Rashid, belia menyokong penggunaan dakwat bukan kerana terdapat bukti penipuan berlaku tetapi untuk meyakinkan orang ramai dengan integriti pilihan raya.

Justeru, kata beliau, dakwaan SPR hari ini yang mengaku sedang  mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar".

Mungkin enggan mencari musuh-musuh terutama sebagai seorang pesara, Abdul Rashid memilih untuk tidak membuat kecaman terus dalam jawapannya kepada Malaysiakini, terutamanya mengenai topik pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.

Katanya, sikap beberapa sektor kerajaan yang menyumbang kepada keputusan penggunaan dakwat kekal ditarik balik sebagi "tidak bertamadun dan bodoh". Tindakan itu, menurut beliau sedikit sebanyak menyumbang kepada bantahan yang merebak ke jalanan pada Julai lalu.

Abdul Rashid, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai isu-isu yang lebih kontroversi, seperti kenaikan secara mendadak bilangan pengundi, khususnya di Sabah. -M'kini

Rakyat mesti bangkit; walau berdepan dengan apa jua halangan.

MARANG - Rakyat Terengganu mesti bangkit menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) walau berdepan dengan apa jua halangan.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata apa jua halangan mendatang tidak dapat menyekat kebangkitan rakyat Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Kampung Kubu, Pengkalan Berangan, dekat sini.

Katanya, Kehadiran puluhan ribu rakyat ke program Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno (PGU) kali pertama, kedua dan ketiga, membuktikan kebangkitan rakyat bersama PAS.

Beliau yang juga Pengarah PGU 100K di Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu 15 Oktober lalu berkata, pelbagai halangan telah dilakukan oleh Umno sejak program PGU diadakan pada Januari lalu.

Ketika PGU diadakan di Chukai Kemaman, penguatkuasa Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah mencabut bendera-bendera PAS yang dipasang.

Sedangkan pada masa yang sama, katanya, bendera Umno dipasang di bangunan MPK.

[Gambar - Bukti...... Pengrah Unit Amal Terengganu Ustaz Saiful Ambia Darusa menunjukkan paku payung yang ditabur diatas jalan]

Apabila PGU di adakan di Jerteh, Besut, Umno telah menganjurkan ceramah besar-besran dengan memanggil Ummi Hafilda dengan tujuan mengganggu program PGU.

"PGu di Kuala Terenggan) rancangan program PGU akan diadakan di Kampung Tanjung Kuala Terengganu telah dihalang oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

"seminggu sebelum diadakan program ini, Umno dan BN dibawah pimpinan Dato' Seri Ahmad Said telah bersegera menghalang himpunan kita,

"Tapi, AlhamduliLlah, walaupun berpindah tempat ini ia tidak menghalang rakyat untuk bersama-sama dengan kebangkitan bagi menumbangkan Umno dan Barisan Nasional,"tegasnya.

Beliau mendedahkan, perbuatan 'khianat' pihak tertentu pada PGU100K juga dilakukan bagi menyekat kemaraan rakyat.

Menurutnya, pasukan kawalan trafik Unit Amal telah menemui berpuluh-puluh 'paku payung' yang ditaburkan diatas jalan pada simpang empat Chendering.

"Ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menabur paku-paku ini, yang dicat dengan warna hitam supaya mengelirukan,

"cuba membocorkan tayar kereta pengunjung PGU100K, sekaligus cuba menakut-nakutkan rakyat untuk menyokong PAS,"ujarnya. - BO
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .