Ikuti Blog ini

Isteri pertahan reputasi Zaid

Anak kepada Dato' Zaid Ibrahim dikelilingi petugas Jabatan Amal

HULU SELANGOR : Walaupun banyak tuduhan yang telah dilemparkan terhadap Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat daripada PKR untuk pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, namun beliau tahu bahawa isterinya mampu menyokong dan mempertahankan reputasinya.

Datin Suliana Shamsuddin, isteri Zaid sejak 31 tahun yang lepas, adalah seorang wanita mempunyai kebolehannya sendiri.

Datin Suliana berbeza daripada kebanyakan isteri ahli politik, yang lebih suka menyokong suami mereka dari tempat naungan, lapor blog www.zaiduntukrakyat.com.

Ibu kepada tiga anak dewasa, telah berkempen dengan penuh semangat bagi pihak suaminya di kawasan seluas bandar Melaka walaupun tanpa suaminya di sisi.

“Saya tiada masalah bertemu dengan rakyat bersendirian,” Suliana yang berbadan ramping memberitahu wartawan selepas berkempen untuk suaminya di sebuah kampung Cina kecil di sini.

“Kerja ini memenatkan tetapi saya rasa puas hati,” kata Suliana, menceritakan kesibukan dan waktu kerjanya yang lewat sebab perjalanannya yang panjang setiap hari ke kawasan pilihan raya kecil ini di desa.

Datin Suliana yang berasal dari Perak, menunjukkan kekuatan mentalnya dalam masa yang singkat di kampung itu, tidak tersentak atau menjerit apabila nampak anjing-anjing berkeliaran di atas jalan.

Beliau juga tidak takut menjawab isu tuduhan bahawa suaminya minum arak.

“Kalau kamu nak tanya benda buruk, tanyalah musuh kamu; kalau kamu nak benda baik, tanyalah kawan. Itu hanya sebahagian daripada proses,” kata beliau apabila menjawab tuduhan bahawa suaminya seorang peminum arak dan kaki perempuan.

“Itu dah selesai. Isu yang utama adalah apa yang dia boleh beri kepada rakyat,” katanya lagi.

Tenaga dan keyakinan beliau menunjukkan pengalaman beliau.

Suliana memberitahu bahawa beliau telah berkempen untuk Zaid yang mewakili Umno pada pilihan raya umum 2004 di parlimen Kota Bharu.Walaupun menang kerusi itu tetapi tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum yang seterusnya.

Beliau datang ke Hulu Selangor untuk memperkenalkan Zaid kepada penduduk tempatan dan memupuk keyakinan mereka supaya memberikan undi kepada suaminya Ahad ini.

“Dia seorang yang tulus, dia bukan bermuka dua. Dia pegang kepada kebenaran,” katanya dalam satu ceramah.

Beliau memberitahu kepada 30 orang yang datang mendengar ceramahnya dengan membawa anak kecil bahawa Zaid adalah seorang yang murah hati.

Zaid menubuhkan sebuah yayasan di Kelantan 11 tahun yang lalu iaitu Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (Yokuk).

Mesejnya mudah, kata Suliana: Zaid Ibrahim ialah harapan baru untuk menyelamatkan Malaysia.-Hrkh

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .