Ikuti Blog ini

Pemuda PAS edar risalah dan juadah berbuka puasa di Stesen Bas Puduraya

Program MB padat sepanjang Ramadhan


Oleh : Misbahul Munir
Thursday, 25 September 2008
Program YAB MB Perak padat sepanjang Ramadhan ini. Saya selaku Setiausaha Politik YAB MB Perak memohon maaf kepada semua warga masjid, surau, NGO, rumah anak-anak Yatim, agensi-agensi kerajaan, PAS Kawasan-kawasan, dan orang ramai di seluruh Perak yang mungkin kecewa kerana YAB MB tidak memenuhi jemputan-jemputan berbuka puasa, solat tarawikh dan tazkirah di tempat-tempat mereka.
Jemputan untuk YAB MB Perak cukup banyak, sehingga tidak mampu untuk dipenuhi semuanya. Walau bagaimanapun untuk juga tidak mengecewakan, program Qiyamullail, Sahur dan Kuliah Subuh bersama rakyat diatur bagi membolehkan rakyat dapat bersama MB Perak pada waktu-waktu tersebut.

Ternyata program Kuliah Subuh MB mendapat sambutan luar biasa oleh masyarakat. Ternyata MB Perak cukup disayangi dan disenangi oleh rakyat walaupun sebilangan yang lain menggambarkan kononnya MB Perak boneka DAP dan berbagai tohmahan lagi. Telahan tersebut ternyata meleset.

Jadual yang diatur sepanjang Ramadhan ini meliputi berbuka puasa bersama Duli-Duli Tuanku selama 15 malam di Istana Iskandariah dengan tetamu-tetamu jemputan dari kalangan tentera, PDRM, agensi-agensi kerajaan, guru-guru, IPTA, NGO's, dann juga beberapa buah masjid terpilih di negeri Perak. Selain itu, YAB MB Perak juga menganjurkan beberapa kali majlis berbuka puasa di kediaman rasminya, memenuhi jemputan-jemputan pihak lain, menyampaikan tazkirah selepas tarawikh dan kuliah Subuh serta kuliah Zohor.

Namun kepadatan jadual programnya sepanjang Ramadhan masih boleh diambil kesempatan untuk YAB MB Perak menziarahi ibunya di Kg Air Hitam Labu, pada waktu malam selepas selesai program solat Tarawikh dan Tazkirah di Masjid Seberang Perak sewaktu pulang ke kediaman. Orang tua tetap tidak dilupakan walau sibuk sekalipun. Inilah contoh pemimpin tauladan dan ikutan umat.

Kerajaan Pakatan majoriti Islam - Anwar

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa majoriti ahli parlimen Islam dan bumiputera tetap akan dipertahankan sekiranya Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan baru kelak.

"Saya berikan ketegasan bahawa majoriti ahli parlimen Muslim dan bumiputera itu dapat dipertahankan.

"Pakatan rakyat termasuk DAP menerima kenyataan ini. Tidak jadi masalah sama sekali," kata Anwar dalam satu sidang media di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.

Sebelum ini Di MARANG, Terengganu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu bersedia untuk mengubah kerajaan dengan syarat kerajaan yang lebih baik daripada yang sedia ada.

PAS juga, katanya meletakkan syarat supaya kerajaan baru itu dikuasai Islam.

“Pertama, PAS meletakkan syarat kerajaan itu dikuasai oleh Islam. Jika Islam tidak majoriti, perubahan itu tidak akan disertai oleh PAS. PAS akan tarik diri terang-terang jika tidak majoriti Islam.

“Kedua, kerajaan itu mesti sebuah kerajaan yang kukuh dan bukan kerajaan yang lemah. Dan kerajaan kukuh mestilah oleh wakil-wakil rakyat yang konsisten (istiqamah) dan bukan yang penakut. Terang-terang kita sebut, jika wakil rakyat itu penakut, bagaimana hendak buat perubahan. Perubahan itu sementara sahaja,” ujarnya.

Difahamkan, semasa pertemuan tiga penjuru antara Anwar, Abdul Hadi dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu, syarat majoriti Islam itu juga diberikan kepada Anwar oleh Abdul Hadi.

Dalam pertemuan itu, Anwar dikatakan telah memberikan penerangan tentang kaedah pembentukan kerajaan baru yang akan dibuat oleh beliau dan rakan-rakan Pakatan di Kuala Lumpur.



Berbilion-bilion dikaut, 10 sen dipulangkan


KUALA LUMPUR, 25 Sept - Meskipun ramai yang beranggapan tindakan kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak RM0.10 selepas mesyuarat kabinet pada 24 September lalu merupakan bukti keprihatinan kerajaan ianya masih tidak meringankan beban rakyat.

Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata dengan kadar harga minyak dunia sekarang, kerajaan sebenarnya mampu menurunkan harga minyak pada kadar yang asal.

"Adakah itu(RM0.10) sahaja yang layak bagi rakyat sebagai angpow raya?" katanya kepada Harakahdaily.

"Sedangkan kita layak untuk mendapat kadar harga asal,"

Beliau yang juga ahli parlimen Kuala Krai melahirkan kekecewaan dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Menteri Kewangan yang baru dilantik, Dato' Seri Najib Razak.

"Menteri baru pun tidak yakin untuk memberikan sesuatu yang lebih kepada rakyat.

"Sudahlah rakyat kini terbeban dengan kadar inflasi tertinggi sebanyak 8.5 sepanjang 26 tahun ini," ujarnya.

Jelasnya, apa yang sedang berlaku sekaligus menggambarkan kegagalan kerajaan dalam menguruskan ekonomi negara.

Bahkan menurutnya, dalam kiraan tertentu mengenai hal ini menunjukkan bahawa rakyat pula yang perlu menanggung subsidi minyak bagi pihak kerajaan.

"Apa pun saya tetap mencadangkan agar kerajaan mengembalikan harga asal minyak,"

Penurunan minyak semalam adalah merupakan kali kedua selepas kali pertama dengan kadar RM0.15 menjadikan jumlah setakat ini adalah RM.25 dengan kadar harga semasa minyak dunia pada tahap USD92 setong.

Sesetengah pihak mengandaikan contoh formula yang kerajaan gunakan untuk menaikan harga minyak semasa harga minyak dunia melambung ke USD 146 setong.

Persoalan yang dibangkitkan sekarang adalah, apakah alasan yang diberikan kerajaan untuk tidak menggunakan formula yang sama apabila minyak kini berharga kurang USD 92.7 setong.

Mengikut formula kerajaan ketika menaikkan harga minyak :

Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01

Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 2.01 - RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.45 sen

Beza kerajaan tipu Rakyat Malaysia = RM 2.45 - RM 1.71 = RM 0.74 per liter.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .