![](http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/577/470x275xcf57f29af38fd59917ce1eb28e297a00.jpg.pagespeed.ic.YL_r6M4STk.jpg)
![NONE](http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/577/300x220x292eb0513607962018ef7a7ffe9a1877.jpg.pagespeed.ic.10XLDqGVWG.jpg)
Ahli perniagaan itu bagaimanapun tidak menyatakan bentuk arahan dan lokasi berkenaan ketika Najib didakwa memberi arahan tersebut.
Deepak mendakwa tindakan itu dibuat kerana Najib "tidak mahu didedahkan bahawa ahli keluarganya telah mendapat duit untuk meluluskan pemindahan tanah ini kepada kita".
Sehubungan itu juga, beliau menggesa Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik balik saman yang difailkan ke atas Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.
![NONE](http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/577/300x230x7e852e9ee1bfc6320f723b8ee7cbd7c5.jpg.pagespeed.ic.mLsCtrKews.jpg)
Deepak berkata, beliau berharap Ahmad Zahid dapat menarik balik tindakan undang-undang tersebut kerana Rafizi menurutnya "tidak tahu perkara ini".
"Apa-apa tindakan (sepatutnya) diambilkan ke atas Datuk Seri Najib kerana dia telah mengarah perkara ini berlaku.
"Jadi, saya minta kepada Datuk Zahid, tak payah ambil tindakan kepada Rafizi," katanya lagi dalam sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin kanan PAS hari ini.
Boustead pada 27 Disember lalu mengumumkan anak syarikat milik penuhnya Bakti Wira Development Sdn Bhd mengambil alih 80 peratus kepentingan dalam Astacanggih.
![NONE](http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/576/200x220xf1f58a14b96470b8af624c6ac896e133.jpg.pagespeed.ic.XfMrRi_tCV.jpg)
Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor pada masa itu menyatakan bahawa langkah berkenaan merupakan tindakan korporat Boustead Holdings Bhd yang berasaskan pertimbangan komersil.
Urusniaga menjadi sasaran kritikan PKR yang menyifatkannya sebagai pelaburan "tidak masuk akal" memandangkan tanah berkenaan masih dimiliki kerajaan persekutuan.
Parti itu menyebut tanah berkenaan tidak dimiliki Awan Megah dan tertakluk pada kebenaran pindah milik dan pembangunan oleh kerajaan Selangor. -M'kini