Ikuti Blog ini

Pakatan Sasar Bina 10 Universiti Dan RM5 Ribu Sara Hidup Pelajar Setahun

SHAH ALAM : Dalam tempoh 10 tahun selepas memerintah, Pakatan Rakyat (PR) mensasarkan membina10 buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan anggaran kemampuan menampung kira-kira 100,000 pelajar.

Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, disamping menanggung yuran pengajian, kerajaan yang ditadbir PR juga akan menyediakan biasiswa sebanyak RM5,000 setahun sebagai sara hidup pelajar.


“Bertambahnya tempat di IPTA akan melahirkan persaingan sihat sesama Institut Pengajian Tinggi Swasta(IPTS) di negara ini, mereka terpaksa meningkatkan kualiti dan mewujudkan jurusan yang tidak ditawarkan di IPTA bagi menarik minat pelajar .

“Pada masa ini terdapat pelajar lulusan IPTS yang tanggung hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tetapi sukar dapat kerja kerana ijazah kolej swastanya ‘tidak laku’ dipasaran,” kata beliau dalam Konvensyen Antarabangsa Pendidikan di Universiti Selangor (Unisel) pagi tadi.

Ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Pendidikan Percuma: Implikasi Kewangan Kepada Malaysia’ itu, Rafizi turut berkata langkah PR itu bukan sahaja tidak akan memufliskan negara, malah merupakan suatu pelaburan jangka panjang yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

“Kalau ada yang menganggap membina menara 100 tingkat dengan belanja RM5 bilion itu sebagai pelaburan, kenapa memberi pendidikan percuma tidak dianggap sebagai pelaburan,” kata beliau lagi.

Menurut Rafizi, melaksanakan pendidikan percuma hanya memerlukan RM6.5 bilion setahun termasuk bayaran balik berjumlah RM2 bilion setahun selama 15 tahun kepada PTPTN.

Pada masa ini jumlah hutang PTPTN yang perlu ditanggung adalah sebanyak RM25.9 bilion.

Konvensyen dua hari yang dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu turut menampilkan beberapa ahli akademik dan tokoh muda lain sebagai pembentang kertas kerja.

Antara yang terlibat, mantan Profesor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .