Ikuti Blog ini

Warkah Terbuka Kepada Ustaz Fathul Bari oleh anak murid beliau.



Warkah Terbuka Kepada Ustaz Fathul Bari dan Sahabatnya


Murabbi yang ana kasihi,

Penyertaan ustaz ke dalam UMNO, bukanlah suatu yang sangat mengejutkan ana kerana ana sedia maklum hubungan ustaz dengan UMNO sebelum ini.

Ana tahu ustaz, bahawa UMNO sedang mempergunakan ustaz dan geng- geng ustaz sebagai alat politik mereka. Kita boleh menutup mata bila berdepan dengan sejarah, tetapi sejarah tidak pernah menipu kita. Lihat apa yang terjadi kepada saudara Anwar Ibrahim. Mereka sangat memerlukan undi Melayu pada saat ini kerana pilihanraya semakin hampir.

Cumanya pada kali ini, ana memilih untuk berlaku naif. Ana bukannya tidak dapat membaca tindakan politik UMNO yang saya benci, tetapi kethiqahan ana kepada Ustaz menyebabkan ana terasa ingin menasihati ustaz.

Oleh kerana parti adalah wasilah dan segala jamaah adalah wasilah , oleh sebab itulah wasilah- wasilah ini dengan realiti yang ada sentiasa berijtihad bahawa cara ustaz antara cara terbaik.

Kita tahu bahawa parti politik hanyalah sebuah wadah perjuangan dan hukum menyertai UMNO bukanlah bermaksud menjadi kafir atau murtad.

Kita bersetuju sekiranya kemasukan ke UMNO itu adalah dengan niat untuk berdakwah dan mengubah keburukan menjadi kebaikan dengan cara mendekati penyokong UMNO.

Itu adalah bidang ijtihad yang tiada siapa berhak menghukum dosa dan pahala kecuali Allah SWT.

Jujurnya memasuki pada waktu genting seperti ini membawa beberapa tanggapan yang bercampuk aduk ketika ini. Memasuki UMNO ketika UMNO sangat pro- Amerika dlm pendirian praktis dan lisan menyebabkan ustaz akan ditimpa masalah imej dikalangan rakyat. Sedangkan menerima hadiah daripada pemerintah pun dielak oleh salafussoleh agar mulut mereka tidak takut menegur kesalahan pemerintah.

Ana mengharap para ustaz yang masuk kali ini, oleh kerana mereka banyak menegur dan membasmi kejahatan walaupun bid'ah yg kecil dalam ceramah mereka sebelum ini(satu perkara yg baik), maka kalau ustaz membisu dengan kemaksiatan yg nyata dilakukan oleh UMNO, kedudukan ustaz akan terhina di sisi umat.

Syeikh yang ana kagumi,

Ana ingin mencabar ustaz menggunakan wasilah yg ada untuk membasmi kezaliman UMNO yang nyata dan pendirian politik antarabangsa pemimpin UMNO yang ke arah cara pemerintahan kafirin sekarang ini. Harap ustaz merealisasikan usul- usul perjuangan Sheikh Muhammad yang jelas menentang MUWALAT ini dalam kebanyakan kitab beliau. Kalau tidak , tinggalkan nama perjuangan sunnah ustaz kerana ustaz sedang merosakkan nama pejuang sunnah itu.

Sesungguhnya tugas Ustaz sangatlah berat apabila berada dalam UMNO. Mana Ustaz nak tangkis fitnah dari pentaksub parti pembangkang lagi, mana nak berdepan dengan najis mughallazah dalam UMNO sendiri dan sebagainya.

Ustaz Fathul Bari yang ana muliakan,

Seperkara lagi Ustaz, ana harap Ustaz berjaya melakukan ta'awun bukannya tuhdod. Ta'awun maksudnya di sini pengislahan sistem UMNO yang sekular kepada Islam. Dalam masa ustaz melakukan kerja dakwah ustaz, jangan pula melakukan tuhdod yakni membantai kerja dakwah pejuang di sebelah sini, PAS. Kalau ustaz hentam kerja dakwah ulama' PAS, ustaz tunggu ana langgar ustaz. Hehe...

Apapun ana ucapkan selamat berjaya kepada ustaz. Ana mengambil ketetapan falsafah bahawa UMNO atau PAS atau pemimpin HANYAlah asbab sementara sahaja. Bukan akidah.

Ana tidak beriman kepada jenama PAS atau pemimpin Hadi atau Nik Aziz. Jika wujud keperluan menjatuhkan sesesuatu demi Allah, demi sistemNya, Nik Aziz pun ana akan langgar. Muktamad!

Berbalik kepada Ustaz Fathul Bari dan sahabat, pertamanya, ana ucapkan selamat berjaya kepada beliau. Menanti dan meneliti bentuk jalan apakah yang boleh dilakukan Ustaz Fathul Bari dan sahabat demi Allah dan sistemNya. Kemudian, seandainya kami dapati ustaz semakin menajiskan dirinya, maka, ana akan langgar.

"Ya Allah, Tuhan kami semua. Jika Ustaz Fathul Bari dan sahabat benar keranaMu, Ya Allah, berikan kekuatan kepada beliau. Jika Ustaz Fathul dan sahabat semakin melanggarMu, atau melewatkan proses tegaknya sistemMu, maka; berikan kekuatan kepada kami atau mana- mana golongan yang Kau hadirkan untuk melanggarnya. Amin."

Ketahuilah ustaz, mungkin orang yang paling tajam mengkritik ustaz adalah orang yang paling mengasihi ustaz, berbanding orang yang memuja dan memuji di sekeliling kita. Ana hanya seorang murid ustaz, dan kekal murid sebelum dan selepas kritikan ini.

Allah tahu yang terbaik.

- asyrafmuiz.blogspot.com

Info : kenali bola-bola Piala Dunia..

Kehangatan deman Piala Dunia masih berlangsung dan semakin panas. Apa kata kalau kita mengenali bola-bola yang pernah digunakan dalam piala yang begitu tersohor di planet bumi untuk pengetahuan bersama.

1930-Uruguay 13 Julai-30 Julai 1934

1934-Itali, bola yang sama pada 1930 27 Mei-10 Jun 1934

1938-Perancis

04 Jun-19 Jun 1938


1950-Brazil

24 Jun-16 Julai 1950

1954-Switzerland 16 Jun-14 Julai 1954

1958-Sweden 8 Jun-29 Jun 1958



1962-Chile 30 Mei-17 Jun 1962



1966-England 11 Julai-30 Julai 1966



1970-Mexico 31 Mei-21 Jun 1970. Telstar-Adidas




1974-Jerman Barat 13 Jun-07 Julai 1974. The Telstar Durlast-Adidas



1978-Argentina 01 Jun-25 Jun 1978. Tango Durlast-Adidas



1982-Sepanyol 13 Jun-11 Julai 1982. Tango Espana-Adidas



1986-Mexico 31 Mei-29 Jun 1986. Azteca Mexico-Adidas



1990-Itali 08 Jun-08 Julai 1990. The Unico Etrusco-Adidas



1994-Amerika Syarikat 17 Jun-17 Julai 1994. Questra-Adidas



1998-Perancis 10 Jun-12 Julai 1998. Tricolore-Adidas



2002-Korea Selatan & Jepun 31 Mei-30 Jun 2002. Fevernova-Adidas



2006-Jerman 09 Jun-09 Julai 2006. Teamgeist- Adidas


2010-Afrika Selatan 11 Jun-11 Julai 2010. Jabulani-Adidas

Bermula 1970. Bola Piala Dunia dikuasai oleh Adidas. Kita cuma ada Adibah, itupun tidak mampu untuk disepak dan ditanduk.

2110. Malaysia menyertai Piala Dunia. Boleh ke???

ANTARA 2 PEMIMPIN

Klik gambar untuk besarkan..

Tengok nii...Malangnya Nasib Sasterawan Negara Yang Pro Pembangkang..!!

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said merajuk lagi selepas dua tahun — kali ini dilaporkan mahu menempatkan khazanah sastera miliknya di New Zealand selepas kecewa dengan layanan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam menyediakan penempatan untuk koleksinya.

Samad berkata, menerusi rundingan bersama beberapa temannya di negara Kiwi itu, beliau mendapati New Zealand lebih menghargai segala usaha penggiat seni, termasuk sasterawan.

Dua tahun lalu beliau merajuk tidak mahu menggunakan lagi gelaran Sasterawan Negara dan memutuskan untuk tidak akan menerima sebarang jemputan ceramah atau program berkaitan Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

“Mungkin saya lebih selesa bergerak atas nama individu dalam kegiatan-kegiatan sastera dan jika ada jemputan, lebih baik atas nama peribadi,’’ kata Samad dua tahun lalu.

Mengulas perkembangan isu terbaru, beliau berpendapat bahawa melalui pemerhatian bersama temannya yang bermastautin di negara itu juga mendapati golongan seni di sana lebih dihargai berbanding di negara ini yang disifatkan seperti tidak mahu kewujudan khazanah yang sudah dicipta menerusi golongan sasterawan.

“Saya sebenarnya sudah memberi peluang kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk terus menerima khazanah saya, namun nampaknya tiada sebarang tindakan yang boleh dipegang setakat ini.

“Mereka (kementerian) ada menghubungi saya sejak setahun lalu dan sudah melihat hasil kerja saya, tetapi sehingga kini tiada lagi hubungan (susulan) dilakukan.

“Saya menganggap bahawa mereka tidak mahu. Oleh itu, saya berpendapat pihak berkenaan berasakan khazanah ini tidak penting dan selepas ini jangan salahkan saya pula,” kata beliau dipetik Berita Minggu hari ini.

Samad berkata, beliau juga berasakan New Zealand sememangnya mempunyai kawasan penempatan untuk dibangunkan sebagai khazanah Melayu.

“Jika rundingan bersama teman saya berjalan lancar, tidak mustahil ia akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Jadi, selepas ini mereka berminat untuk mendekati atau mahu tahu mengenai hasil cipta, sumbangan, diari, manuskrip dan lukisan saya selepas ini, mungkin terpaksa ke sana,” katanya.

Judi: Himpunan 3 Julai diteruskan


KUALA LUMPUR, 27 Jun: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan keputusan kerajaan membantah judi sebagai keputusan Jemaah Menteri, bukan keputusan melibatkan Majlis Tertinggi Umno semata-mata.

Pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, GMJ bersyukur dan menyambut baik keputusan berkenaan namun ianya mesti diumumkan secara jelas kepada rakyat bahawa ianya merupakan keputusan kerajaan Barisan Nasional.

"Kita menerima keputusan ini dengan menyatakan bahawa ia tetap perlu dilontarkan atau diumumkan daripada keputusan jemaah menteri, bukan daripada keputusan satu parti politik (Barisan Nasional) sahaja" katanya pada sidang media di Rumah Pena, di ibu negara hari ini.

Azmi juga menegaskan, GMJ tidak akan dimansuhkan begitu sahaja walaupun kerajaan menarik balik pemberian lesen judi, sebaliknya akan meneruskan kempen membantah judi secara berpanjangan.

Ini kerana, ujarnya keputusan menarik balik lesen judi itu hanyalah keputusan kecil sahaja sedangkan industri membabitkan perjudian sedang berkembang pesat di negara ini.

"GMJ akan berterusan secara berpanjangan kerana keputusan yang diumumkan oleh Perdana Menteri hanya sebahagian daripada isu judi dan industri judi yang sangat besar dan ini tidak bermakna tamat GMJ ini.

“GMJ akan diperkukuhkan di peringkat kebangsaan dan di peringkat negeri dan kita akan lanjutkan kempen dengan lebih agresif supaya hasrat dan matlamat kita tercapai," katanya lagi.

Dalam pada itu, GMJ akan tidak akan membatalkan perhimpunan pada 3 Julai ini, cuma ianya tidak disertakan dengan perarakan bagi menyerahkan memorandum ke Istana Negara.

Azmi memberitahu, perhimpunan akan tetap diadakan di Masjid Negara dimulakan dengan solat Zuhur dan solat hajat dan disusuli dengan ucapan daripada wakil-wakil parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantah judi.

Perhimpunan itu dinamakan Himpunan Tak Nak Judi sebagai tanda bantahan rakyat pelbagai kaum terhadap segala jenis judi.

"Kita telah buat keputusan hari ini bahawa perhimpunan 3 Julai ini akan diteruskan kerana berpandangan negara harus diselamatkan daripada judi.

"Kita tidak akan berarak tapi akan berhimpun di pekarangan Masjid Negara selepas solat Zuhur dan solat hajat agar negara kita terselamat daripada musibah akibat judi. Pimpinan parti politik dan wakil NGO akan berucap dan kita sasarkan 10 ribu rakyat untuk hadir," katanya.

Menurutnya juga, semua parti politik termasuk Umno sendiri dialu-alukan untuk menyertai himpunan itu.

Sementara itu, jurucakap Sekretariat Wanita PR Membantah Judi (Sendi), Salbiah Abdul Wahab melahirkan rasa lega dengan keputusan itu kerana ianya sedikit sebanyak mengurangkan tekanan kepada wanita-wanita yang mempunyai suami kaki judi.

"Kami bagi pihak wanita sedikit lega dengan keputusan ini kerana bagi mereka yang mempunyai suami yang kuat berjudi, sekurang-kurangnya aktiviti perjudian dapat dikurangkan atau dihentikan apabila tiada lesen judi dikeluarkan. Jika tidak wanita dan anak-amak terpaksa menanggung kesan akibat suami dan ayah yang menghabiskan wang untuk berjudi," katanya yang juga Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat.

Turut bersama pada sidang media itu ialah Timbalan Pengerusi GMJ, Rahimi Abdul Rahim daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Setiausaha GMJ, Suhaizan Kaiat yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, bendahari, Nahar Md Nor daripada Jemaah Islam Malaysia (Jim) dan wakil-wakil NGO yang lain. -Hrkh

Jumpa Najib, bukan semua masuk Umno

Umno dalam usaha memperbodohkan minda orang2 melayu dengan kemasukkan ahli2 agama ini untuk penyucian imej mereka yang telah kotor dan berkarat hanya dengan mengunakan umpan perkataan "ULAMA"

KANGAR, 27 Jun: Walaupun begitu gah Umno mencanangkan di media massa bahawa seramai 40 orang ulama muda telah menyertai parti itu kelmarin, namun maklumat yang diperolehi hanya sebahagian sahaja yang benar-benar berbuat demikian.

Sebaliknya pula, ada sebahagian daripada mereka yang berada di dalam majlis tersebut telah terpedaya dengan mainan politik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Menurut Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, ada beberapa orang yang datang dari Perlis untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan yang lain, sebaliknya telah terperangkap dengan sandiwara politik mainan Shahidan.

"Shahidan telah mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka untuk tujuan politiknya. Mereka mewakili Persatuan Al-Islah Perlis yang pergi untuk berjumpa Najib bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu terkini iaitu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.

"Salah seorang mereka adalah tenaga pengajar di sekolah kita di Jejawi, Ustaz Wahab Abdullah. Dia bukan pergi serah borang Umno, tapi untuk membersihkan nama persatuannya dari dilabel sebagai pengganas. Maklumat yang kita dapat bukan sampai 40 orang pun yang menyertai Umno," jelasnya dalam majlis ceramah di Markas Tarbiah PAS Padang Besar di Santan dekat sini malam tadi.

Ustaz Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (MADI), salah sebuah sekolah kelolaan PAS Perlis. -Hrkh

KEMBARA AMAL SEMARAK HIJAU (KASEH II) DI PUCHONG PERMAI MERIAH


Konvoi bermotor Pimpinan PAS Puchong bersama remaja Puchong Permai


Kembara Amal Semarak Hijau (KASEH II) telah berlangsung dengan meriahnya di Padang MPSJ Puchong Permai dengan penuh meriah. Program Anjuran PAS Puchong & Pusat Khidmat Dun Sri Serdang dan ISIS ini merupakan siri yang kedua.

Pelbagai program dijalankan bertujuan mengenali dengan lebih dekat antara Pimpinan PAS Puchong dan masyarakat Puchong Permai. Selepas ini diharap lebih banyak program dapat dirancang bagi menyantuni maryarakat di Puchong Permai ini.

Pihak penganjur merakamkan jutaan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Berarak ke Balai Masyarakat Puchong Permai

Bacaan Doa Oleh Ketua Urusan Ulama Ust. Hayazi

Ucapan Timbalan Pengerusi JKP, Abg. Kadir

Ucapan Perasmian oleh Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sri Serdang juga merangkap Ketua Pemuda Pas Puchong , Saudara Yeop.

Sebahagian penduduk yang hadir

Pemeriksaan Kesihatan

Pertandingan mewarna kanak-kanak tadika

Perlawanan futsal untuk remaja

Bengkel Smart Solat dikendalikan oleh ISIS

Program Pendemokrasian Rakyat turut dijalankan

Gotong Royong Memasak oleh Jabatan Amal

Aksi Ronaldo (berbaju merah) dalam perlawanan pertunjukan
Pemuda vs Ulama

Dewan Ulama menunjukkan skill masing-masing

Kehadiran YDP PAS Puchong di sambut meriah

Para penerima program bantuan rakyat

YDP menyampaikan sumbangan.

Mari kenali salah seorang kumpulan 'ulamak' muda Umno...



Pada bulan 2 Mac 2010, Anak bekas Mufti Perlis, Fathul Bari Mat Jahya bersama pengikutnya telah ditangkap oleh sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Hah Ehwal Agama Islam N.Sembilan dgn kerjasama pihak polis atas tuduhan mengajar di negeri terbabit tanpa tauliah..Dan pada 25 Jun baru2 ini, beliau bersama 40 rakannya yg lain dilaporkan telah bertindak menyertai Umno...

Persoalan kini, apakah ulama muda UMNO ini akan diberikan tauliah dan bebas mengajar di mana2 surau dan masjid di sekitar N.Sembilan dan dinegeri2 lain setelah menyertai Umno? Apakah beliau sememangnya mempunyai agenda dan tujuan tertentu menyertai Umno? Apakah tujuan itu semata2 utk memudahkan 'pergerakan' dan misi 'dakwahnya' selepas ini?..sama2 kita tunggu dan saksikan...wallahua'lam..


Berita terdahulu..

Pendakwah perlu ada tauliah - JHEAINS

SEREMBAN 2 Mac - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) tidak pernah menghalang mana-mana pendakwah untuk berdakwah di negeri ini dengan syarat mendapat tauliah.

Pengarah JHEAINS, Johani Hassan berkata, pendakwah yang hendak mengajar atau berceramah di negeri ini perlu terlebih dahulu mendapatkan pengesahan dan tauliah daripada jabatan itu.

"Tidak wujud soal menghalang pendakwah untuk berdakwah di negeri ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, JHEAINS tidak pernah berkompromi dalam soal itu, malahan bertegas terhadap perkara berkaitan tauliah demi kepentingan umat keseluruhannya.

"Ikutlah spesifikasi dan peruntukan undang-undang yang ditetapkan oleh JHEAINS sebelum berceramah, mengajar atau menganjurkan program sedemikian," jelasnya.

Mengenai penahanan anak bekas Mufti Perlis, Fathul Bari Mat Jahya, 30, sewaktu berceramah di Maahad Ittiba Sunnah, Kuala Pilah pada 28 Februari lalu, Johani berkata, surat pemakluman telah pun diberikan kepada pihak penganjur.

"Kita ada bukti mengenainya. Sebelum ini pihak penganjur telah diberitahu yang majlis berkenaan tidak boleh diteruskan kerana penceramah perlu mendapat tauliah.

"Sebab itulah anggota penguat kuasa JHEAINS membuat intipan dan akhirnya menahan Fathul Bari serta pengikutnya pada hari tersebut,'' jelas beliau.

Mengenai dakwaan Fathul Bari yang dia langsung tidak dihubungi pihak JHEAINS mengenai tauliah, Johani menjelaskan, surat telah dihantar kepada penganjur untuk menjelaskannya kepada Fathul Bari.

Dalam pada itu Fathul Bari yang menghubungi Utusan Malaysia di sini hari ini turut menafikan kenyataan Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan), Ahmad Husaini Mustafa kononnya dia berdegil mengadakan ceramah walaupun telah dimaklumkan tentang keperluan tauliah tersebut.

''Sekiranya Ahmad Husaini maksudkan JHEAINS telah menghubungi saya, maka ia adalah tidak tepat. Tetapi jika pihaknya telah menghubungi Maahad Ittiba Sunnah, saya tiada pengetahuan mengenainya," kata beliau.

Fathul Bari juga melahirkan rasa hairan mengapa pihak penguat kuasa JHEAINS yang dikatakan berada dalam majlis yang sama dan mendengar ceramah tidak memperkenalkan diri serta memaklumkan lebih awal mengenai perkara itu.

''Apabila beberapa pegawai penguat kuasa JHEAINS dan polis tiba barulah tindakan diambil," katanya.

-Oleh: Pria Malaya

‘Jom Kawan’ Anjur Konsert Islami Untuk Palestin

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/M2U01306_WMV%20V9_0001.jpgKUALA TERENGGANU – ‘Jom Kawan’, kumpulan sukarelawan bagi Lajnah Pendidikan PAS Pusat akan menganjurkan satu konsert Islami dengan tujuan mengumpulkan dana untuk membantu rakyat Palestin.

Pengerusi Lajnah tersebut, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata, konsert itu akan diadakan pada Jumaat, 9 Julai di Dataran Masjid Ma’ahad TahFiz Wal Tarbiyah, Tok Jiring, dekat sini.

(Gambar - dari kiri; Ustaz Mohd Zahib, Mustafa Ismail, Ustaz Abu Bakar & Azhan Atan)

Beliau mengumumkan penganjuran konsert tersebut bersama ‘Duta Jom Kawan’, Azhan Atan, bekas juara Akademi Nasyid yang dianjurkan TV9.

Turut hadir adalah wakil Yayasan Amal Cawangan Terengganu, Mustafa Ismail dan Mudir Ma’ahad Tahfiz, Ustaz Mohd Zahib Mohd Zain.

Menyentuh isu semasa yang berlaku di negeri Terengganu, Dato’ Abu Bakar berkata walaupun Menteri Besar membuat rombakan barisan Exco kerajaan negeri, namun katanya, rakyat tidak melihat apa-apa perubahan yang berlaku dalam negeri Terengganu. -BO

Maut diserbu pencegah maksiat


HOTEL tempat seorang anggota polis dipercayai terjatuh ketika cuba mengelak serbuan anggota JHEAIK di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mati selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di bandar ini dipercayai ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIK) dalam kejadian awal pagi semalam.

Anggota polis terbabit disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selepas dipercayai mengalami pendarahan teruk di kepala.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi, ketika mangsa dipercayai berada dalam sebuah bilik di hotel tersebut sebelum diserbu oleh penguat kuasa agama.

Sumber hotel memberitahu, sebelum kejadian, hotel tersebut telah didatangi sepasukan pegawai JHEAIK yang meminta kebenaran untuk menjalankan pemeriksaan dan ketika serbuan di salah sebuah bilik di tingkat tiga didapati seorang wanita duduk berseorangan di bilik berkenaan.

Beberapa minit kemudian, menurutnya, seorang peniaga bersebelahan hotel itu memaklumkan terdapat seorang lelaki terjatuh dari bangunan hotel dalam keadaan berlumuran darah.

"Ketika ditemui, lelaki itu mengerang kesakitan dan kakitangan hotel kemudian menghubungi ambulans sebelum lelaki terbabit dibawa ke HRPZ II untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .