Kajang:
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Tan Sri Muhyiddin
Yassin menjelaskan kepada rakyat siapakah yang membayar sewa rumahnya
ketika dia mula-mula menjadi menteri di Kuala Lumpur.
"Saya nak tanya siapa bayar sewa rumah dia tatkala dia jadi menteri di Kuala Lumpur.
"Saya tahu sebab masa itu saya bos dia, saya timbalan perdana menteri.
"Jawab la...nak lawan sangat," katanya dalam nada mencabar.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah Merdeka Rakyat di Stadium Kajang di sini malam tadi.
Menurut
Anwar, selepas menjadi menteri besar Johor, Muhyiddin dilantik menjadi
menteri dan ketika itulah sewa rumahnya dibayar oleh orang lain.
Beliau
membuat cabaran itu bagi menjawab gesaan Muhyiddin semalam yang mahu
Anwar menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu kononnya
mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.
Anwar turut
mengulangi kesediaanya untuk sedia mendedahkan akaun banknya dengan
syarat Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri sedia berbuat
perkara sama.
"Muhyiddin Yasin, kamu nak siasat saya tiada masalah.
"Ok, cek akaun kamu, dan cek akaun saya," katanya.
Dalam pada itu, lebih 5,000 orang membanjiri stadium kajang malam tadi.
Biarpun hujan renyai-renyai, mereka tidak berganjak mendengar kupasan isu-isu terbaru dari pimpinan Pakatan rakyat.
Selain
Anwar, antara pimpinan utama lain yang turut berceramah malam tadi
adalah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham
Shaharin, AJK PAS Pusat Dr. Mujahid Yusof dan Menteri Besar Selangor Tan
Sri Khalid Ibrahim.
Pada ceramah terbut juga menyaksikan 150 orang menyerahkan borang menyertai PKR cabang Hulu Langat.
Ceramah malam tadi diakhiri dengan tembakan bunga api sejurus selesai ucapan Anwar. -HD
Ahmad Maslan, Menteri Felda berkata kakitangan layak menerima 2.5 peratus saham FeldaGlobal Ventures Holding (FGVH) manakala peneroka juga layak mendapat 2.5 peratus.
“Kakitangan dan peneroka Felda
masing-masing menerima saham sebanyak 2.5 peratus, namun disebabkan
bilangan peneroka lebih ramai berbanding kakitangan, agihan saham yang
diterima peneroka kelihatan lebih kecil berbanding kakitangan.
“Kita mempunyai 112,635 peneroka di seluruh negara manakala bilangan kakitangan hanya 23,000 orang,” katanya kepada pemberita
Peneroka akan menerima 800 unit saham FGVH yang bernilai RM4.55 seunit dan bayangkan berapa yang diperolehi kakitangan Felda.
Ini bijak sifir yang dibuat oleh Ahmad
Maslan dan Isa Samad dan sekutu mereka. Isa samad tentunya mendapat laba
yang lebih besar.
Ahmad Maslan juga berkata peneroka
mempunyai banyak kelebihan lain berbanding kakitangan Felda antaranya
mereka akan memperoleh dividen setiap tahun daripada Tabung Amanah Felda
yang memiliki 20 peratus ekuiti FGVH.
Agak-agaknya berapa sen yang peneroka
dapat melalui dividen sekiranya banya yang tak betul dari yang betul
tentang penyenaraian saham ini. Lebih-lebih lagi puak-puak ini yang
menguruskannya.
Selepas kalah teruk dinegeri Kelantan dalam pilihanraya uum 1990, Umno
sekali lagi bertembung dengan Raja-Raja. Dalam Perhimpunan Agung Umno
1991, pemimpin dan perwakilan Umno menghamburkan kritikan-kritikan yang
pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap Raja-Raja Melayu.
Istana Kelantan dihentam secara terbuka dan dituduh bertanggungjawab
terhadap kekalahan calon-calon BN ditangan calon-calaon Angkatan
Perpaduan Ummah (APU) ketika pilihanraya umum. Raja-Raja negeri lain
turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan termasuk
penyalahgunaan kedudukan untuk mendapat perlbagai kelebihan dan peluang
perniagaan, mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya.
Ahli MT Umno, Ibrahim Ali mengetuai demonstrasi dihadapan Bangunan Umno
Kelantan membantah kekalahan Umno. Antara sepanduk yang dijulang ketika
demonstrasi itu tertulis kata-kata penghinaan “Hei Smail (Sultan Ismail Petra) kalu berani masuklah politik…, Anis (Raja Perempuan) diatas Smail dibawah.)"
Dalam Perhimpunan agung Umno, dato Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno
Kelantan) melafazkan ungkapan “Raja Adil Raja Disembah, raja Zalim raja
Disanggah) sebagai amaran kepada Sultan Kelantan agar jangan mencampuri
urusan politik.
Media kawalan Umno menyiarkan berita bergambar tentang tindakan Sultan
Kelantan melarikan kereta Lamborghini Diablomilik baginda dari stor
simpanan kastam.Peristiwa ini berlaku ketika kemuncak krisis imuniti
raja-raja Melayu.
Seterusnya, Umno menggerakkan usaha besar-besaran menghina dan memalukan
Raja-Raja Melayu dengan tujuan mendapatkan sokongan orang ramai bagi
meminda perlembagaan persekutuan dan negeri-negeri dalam hal berkaitan
dengan keistimewaan tertentu Raja-Raja.
Umno Selangor pimpinan Muhamad Mohd Taib telah menetapkan resolusi empat
perkara untuk dikemukakan dalam Perhimpunan agung Umno 1991.
Pertama:
Menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dan menyenaraikan semua
harta, tanah dan projek yang telah diluluskan kepada Raja sama ada
secara langsung atau melalui “Kapitan Cina”.
Kedua:
Meminta Presiden Umno supaya bertindak tegas atau memecat mana-mana ahli
Exco atau wakil rakyat yang hipokrit dan bermuka-muka sedangkan mereka
terlibat menghasut Raja-Raja untuk kepentingan sendiri.
Ketiga:
Meminda perlembagaan supaya kuasa mutlak melantik Menteri Besar, ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, setiausaha Kerajaan, Penasihat
Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri adalah dalam bidang kuasa
pucuk pimpinan parti yang memerintah, bukan dalam bidang kuasa
Raja-Raja.
Keempat:
Memberi mandat dan sokongan penuh kepada Presiden Umno dalam menghadapi
dan mengetuai isu Raja-Raja Melayu secara umumnya, sama ada menerusi
pindaan perlembagaan atau apa juga langkah yang perlu.
Pada 18 Januari 1993, Umno membentangkan Rang Undang-Undang Akta
Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang bertujuan menghapuskan imuniti
Raja-Raja Melayu.
Berikut adalah petikan sebahagian daripada butiran ucapan Perdana
Menteri (Umno) ketika membentangkan Rang Undang-Undang tersebut.
Perenggan 3. “…semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem
feudal dengan kuasa ditangan raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu
lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar kacir. Negeri-Negeri
ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang.
akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri dibawah naungan
kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. akhirnya, semua negeri
Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan
British melalui Perjanjian diantara Raja-Raja memerintah dengan pihak
Kerajaan British.”
Perenggan 7, “…Namun ada Raja yang sanggup menyerahkan negeri sendiri kepada kuasa asing tanpa menghiraukan Perlembagaan.”
Perenggan 21,”…sama ada dengan pindaan atau tidak, maka rang
undang-undang itu akan menjadi undang-undang yang sah dalam jangkamasa
30 hari (Perkara 66/4) Perlembagaan) walaupun tidak ditandatanganai oleh
Yang Dipertuan Agong.
Ustaz
Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di
hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak
kira dimana, ribuan yang hadir.
Dahulunya Ustaz seorang gitaris
dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan
sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.
Setelah
kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik
diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik
bukannya untuk mencari glamor.
Ustaz yang aktif bersukan dan
pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan
menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal
meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan
ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.
Ustaz
Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu
sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz
mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik
dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara
bersungguh-sungguh.
Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.
Perubahan
diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana
kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan
apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara
daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini
belajar di Patani.
Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.
Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.
# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6. # Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985 # Mulai belajar agama sekitar tahun 1990. # Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun. # Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
Boleh
tengok video ceramah kat bawah ni yang diambil dari salah satu kuliah
beliau, Ustaz Azhar Idrus cerita sendiri sejarah dan riwayat hidupnya:
Lampiran:
S: Saya masih muda, mana patut saya pilih dulu, haji atau kahwin?
Ust:Kalo kamu tengok tiang lampu nampak macam awek, wajib kahwen dulu.
S: Selepas dengar ceramah ustaz malam ini apa patut dibuat?
Ust: Balik rumah makan nasi la, tanya aku plak, mana aku tau.
S: Ular dan Kala jengking sunat dibunuh, boleh ustaz terangkan tentang haiwan ini?
Ust: Buka channel Astro "Animal Planet". Aku bukan pakar hewan.
S: Apa hukum besarkan payudara?
Ust: Adoi macam-macam, guna bahan kekal seperti silikon haram, tp dgn cara bersenam, nak besar mana pon boleh..
S: Bolehkah bergambar bersama dengan makwe?
Ust: Boleh jika bertiga, dan bapak makwe tu duduk ditengah-tengah.
S: Apa hukum asyik teringat kekasih lama?
Ust: Ini soal hati, x berdosa,sedangkan selipar jepun yang hilang pon kita teringat2
S: Ketika berwudhu' saya selalu terasa nak terkentut,Tolong saya ust..
Ust: Nak kentut pon mintak tolong aku..Kentut kena tahan sendirilah.
S: Betul ke ustaz kata pakai tudung tu xwajib?
Ust: Betul, boleh tutup rambut pakai baldi asalkan x nampak..tapi tebuk sikit lubang untuk mata..
S: Dimana ustaz beli kopiah?
Ust: Mentang2 boleh tanya soalan, itupon tanya, nasib baik xtanya kat mana aku beli underware..
Dalam apa yang nampaknya seperti percubaan menutup kesalahan yang
terbaru, timbalan presiden MCA, Liow Tiong Lai sekarang mengaku pula
bahawa nombor pendaftaran plat kereta WWW 15 yang telah dibidanya
sebenarnya diberi secara percuma.
“Saya telah menerima notis rasmi daripada jabatan itu bahawa nombor
plat itu adalah percuma. Tiada sebarang pembayaran dilakukan. Jika ada
sebarang pertanyaan, harus dimajukan kepada JPJ. TQ,” kata Liow dalam
mesej twitternya.
Nombor pendaftaran itu telah dijual pada harga RM24,200 pada laman
web JPJ. Berita bahawa Liow, yang juga merupakan menteri kesihatan telah
berjaya membida nombor tersebut menimbulkan banyak persoalan
terutamanya bagaimana dia mampu membelinya jika dibandingkan dengan gaji
yang diperolehinya sebagai menteri.
Apabila diasak pertanyaan, Liow berkeras bahawa dia bahkan
Kementeriaan Kesihatan tidak membayar satu sen pun untuk nombor tersebut
dan sebaliknya telah mendapatnya secara percuma.
Kesemua menteri boleh mendapatkan satu nombor; saya tidak pernah
menggunakan keistimewaan itu sebelum ini. Nombor ini tidak penting bagi
saya. Apa yang penting adalah khidmat kepada rakyat,” kata Liow kepada
pemberita.
“Liow si penipu” kembali lagi
Akan tetapi, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa seorang
pegawai JPJ memberitahu plat nombor itu dibeli diatas nama Liow sendiri,
jadi, yang membayarnya tentulah tuan empunya nama.
Pegawai tersebut memberitahu akhbar itu bahawa kesemua nombor
pendaftaran WWW ditawarkan melalui tender terbuka dan JPJ tidak
meletakkan sebarang tempahan atas nama menteri kecuali jika diarahkan
begitu.
Skandal terbaru itu bukan berita baik bagi Liow, seperti di
perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai 9, 2011 di mana dia telah
mempertahankan polis, menegaskan bahawa mereka tidak melepaskan gas
pemedih mata ke dalam perkarangan Hospital Tung Shin. Ini ternyata tidak
benar, ini menjadikan orang nombor dua MCA ini popular dengan nama
samaran ' Liar Liow’ (Si penipu Liow).
Pada tahun 2009, Liow telah didakwa menerima kereta percuma, sebuah
Toyota Alphard yang bernilai RM 574,884.10 daripada Axis Construction
Sdn Bhd. Kereta Alphard itu mempunyai nombor pendaftaran WSB 15.
Liow menyangkal dakwaan tersebut dan dia berserta isterinya akhirnya dibebaskan dari dakwaan itu oleh SPRM.
Nizar dituduh menghasut
Selain Liow, Sultan Johor juga telah mendapat kecaman kerana
membelanjakan kerana membelanjakan RM520,000 untuk nombor pendaftaran
WWW1.
Apabila pemimpin PAS, Nizam Jamaluddin memberi komen bahawa wang itu
boleh digunakan untuk kebajikan rakyat di Johor, dia pula disiasat atas
tuduhan menghasut.
Umno dan MCA dikatakan memutarbelit kenyataan Nizar untuk
menjatuhkannya dan pemimpin Pakatan Rakyat pada mata rakyat Johor
terutamanya komuniti Melayu untuk menyekat kemaraan pembangkang di
bahagian selatan.
KUALA NERUS –
PAS menyifatkan Kejadian bangunan dan binaan runtuh yang berlaku di
negeri Terengganu adalah peringatan yang ditunjukkan oleh Allah kepada
rakyat negeri Terengganu, ekoran tindakan kerajaan Umno dan Barisan
Nasional (BN) merobohkan institusi pendidikan dan masjid yang dibina
oleh rakyat.
Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut,
pada tahun 1991 kerajaan Umno/BN telah merobohkan Institut Berakan,
sebuah sekolah swasta Islam yang mendidik pelajar tercicir.
“Allah
nak tunjuk depan mata kita pasal apa, ia bermula pada tahun 1991 zaman
Tan Sri Wan Mokhtar, dia (Umno/BN) runtuhkan Institut Berakan,
“sekolah
kita dan rakan-rakan tubuhkan untuk membantu melahirkan (mencapai
kejayaan) anak-anak muda anak-anak Terengganu yang tercicir dari sekolah
biasa,”ujarnya.
Selepas itu kata beliau, sewaktu Dato’ Ahmad
Said menjadi Exco di Kemaman pada tahun 2005, beliau telah meruntuhkan
masjid Bujal di Kijal.
“Kita kata masjid, dia kata markaz, Umno
tidak kenal antara masjid dan markaz, tempat kita sembahayang tempat
kita kita mengaajar, dia buat pelbagai alas an (untuk) dia peruntuh
masjid hasil sumbangan orang ramai,”jelasnya.
Beliau berkata
demikian ketika berucap dihadapan 5,000 orang khalayak yang hadir pada
program ‘Himpun dan Ingat’ yang diadakan di perkarangan Stadium Sultan
Mizan Zainal Abidin di Ging Badak dekat sini pada Jumaat 8hb Jun
Menurutnya,
program ‘Himpun dan Ingat’ akan diteruskan bagi memberi peringatan
kepada rakyat Terengganu tentang tindakan pembaziran, rasuah, salah
guna kuasa dan kerakusan pemimpin Umno negeri Terengganu.
Beliau
menyebut senarai panjang, selain stadium tersebut yang runtuh bumbungnya
pada tahun 2009, terdapat lebih enam bangunan dan binaan yang runtuh
dan punah serta rosak sejak Umno mengambil alih pemerintahan kerajaan
daripada PAS pada tahun 2004.
Sebelum
itu, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu Dr Alias Razak menegaskan
kejadian yang menimpa stadium Sultan Mizan Zainal Abidin adalah satu
sejarah pembaziran Umno/BN yang nyata.
Menurutnya, stadium yang yang dbina dengan belanja sebanyak RM300 juta itu hanya dapat digunakan selama setahun sahaja.
Katanya
dengan wang sebanyak itu, kerajaan boleh memberikan biasiswa kepada
15,000 orang mahasiswa anak Terengganu sehingga tamat peringkat ijazah
pertama.
“buat stadium RM300 juta, setahun pakai (digunakan)
habis runtuh, tahu tak banyak mana RM300 juta? (Wang sebanyak) RM300
juta boleh beri biasiswa kepada 15,000 orang anak Terengganu boleh
belajar (secara) percuma untuk dapat ijazah (pertama),”ujarnya.
Beliau menyifatkan Umno/BN tidak lagi boleh diberi kepercayaan kerana telah ‘nyanyuk’, setelah memerintah negara terlalu lama.
Justeru beliau mengajak seluruh rakyat menolak Umno/BN pada pilihanraya umum yang ke-13 akan datang.
Turut
menyampaikan ucapan dalam Perhimpunan aman ‘Himpun dan Ingat’ adalah
Ahli Jawtankuasa PAS Pusat Dato’ ustaz Abu Bakar Chik, Setiausaha Dewan
Ulamak PAS Pusat Dr. Khairuddin Aman Razali, Penolong Setiausaha PAS
Terengganu Zakaria Dagang, Ketua Pemuda Ustaz Mohd Nor Hamzah dan
Pengarah Perhimpunan Ustaz Ridhuan Hashim
Tetamu kehormat
program tersebut, Sasterawan Negara Datuk A.Samad said telah
mendeklamasikan puisi khas ‘Luka Riaadah’, sebuah sajak kritis mengenai
kejadian runtuhnya bumbung Stadium yang tidak diperbaiki sejak tiga
tahun yang lalu. -BO
Banyak desas desus mengatakan bahawa dia tak boleh menang kalau bertanding di tempat lama iaitu DUN Pasir Panjang.
Namun... itu cuma andaian orang, tetapi kita tak tahu ketentuan Allah SWT. Berserah dan bertawakkal.
Apa-apa pun, dia kata... dia tetap setia pada rakyat DUN Pasir Panjang dan akan terus berkhidmat untuk mereka.
For better or for worse... Nizar Jamaluddin MB Rakyat Perak akan tetap bertanding di DUN Pasir panjang, insyaAllah...
PRU13: Nizar kekal di Pasir Panjang
SITI SAFA MOHD NOR
9 Jun 2012
Mohammad Nizar membonceng motosikal salah seorang penduduk untuk menuju ke pekan Bota Kanan bagi mengedar risalah.
BOTA - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar
Jamaluddin menegaskan, beliau akan tetap bertanding di kerusi Dewan
Undangan Negeri (Dun) Pasir Panjang pada Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13).
Menurutnya, kawasan itu sudah diwakili sejak empat tahun lalu dan tidak akan meninggalkan kawasan itu.
“Saya sudah empat tahun di sana dan situlah tempat saya berkempen bagi pilihan raya akan datang.
“Khabar angin saya akan bertanding di tempat lain memang banyak. Ada
kata saya akan bertanding di Selangor, di Kelantan dan sebagainya tetapi
itu hanya sekadar khabar angin sahaja,” katanya ketika ditemui semasa
Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Pas Kawasan Parit di sini, hari
ini.
Hadir sama, Yang Dipertua Pas Kawasan Parit, Muhammad Ismi Mat Taib.
Dalam program itu Mohammad Nizar bersama ahli Pas mengedarkan risalah
kepada penduduk di Pekan Bota Kanan dan selepas itu menjala ikan di
Sungai Perak.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan senarai calon bagi PRU-13,
beliau berkata, calon Pas sudah dimuktamadkan 100 peratus.
“Bagi calon Pakatan Rakyat (PR) pula sudah 95 peratus siap dan Pas akan meletakkan dua calon wanita nanti.
“DAP dan PKR pula akan meletakkan lebih calon wanita berbanding Pas,” jelasnya yang juga Pengerusi Sekretariat PR Negeri.
Ketika ditanya sama ada Dun Jelapang mahu diberikan kepada Parti
Sosialis Malaysia (PSM), beliau berkata, sehingga kini tidak ada
sebarang keputusan mengenainya kerana kawasan itu akan ditandingi oleh
DAP.-SH
BESUT: PAS kawasan Besut berjaya menembusi kubu Umno di
Jertih yang kini diwakili oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga mantan Menteri Besar
Terengganu.
Seramai
54 orang bekas ahli Umno turut menyertai PAS dengan menyerahkan borang
keahliannya kepada Presiden PAS, Datouk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Sehubungan
itu, PAS Besut berjaya menambah sebuah lagi cawangan barunya dengan
menjadikan PAS cawangan Kampung Bukit Yong dalam jajahan Besut sebagai
cawangan parti yang ke-101.
Ahli baru, Mohd Rahimi Mat Nazir, 34,
dari Kampung Lak-Lok, Jertih berkata penyertaannya dalam PAS setelah
melihat kebenaran perjuangan parti itu.
Menurutnya, jika
mana-mana pihak yang mengkaji Islam serta mempelajari ilmu agama akan
dapat melihat kebenaran perjuangan parti PAS.
Justeru, beliau bertekad bersama rakan-rakan yang baru menyertai PAS akan berjuang demi kedaulatan Islam.
“Sebelum ini, saya berkhidmat bersama dengan Umno dan pimpinan Umno yang berjawatan tinggi dalam parti hari ini.
“Setelah usia saya semakin meningkat dan mempelajari ilum-ilmu agama. Saya dapat lihat kebenaran antara parti Umno dengan PAS.
“Sebab
itu, saya dan rakan-rakan lain ambil keputusan untuk bersama dengan
PAS, berjuang dalam PAS dan meninggalkan Umno-Barisan Nasional,
Insya’Allah,” jelasnya kepada Harakah selepas Majlis Ceramah Umum
“Selamat Tinggal Umno” di Kampung Bukit Yong, Jertih, semalam.
Pada
majlis tersebut wakil penajanya, Mohd Sharif Abdul Majid menyerahkan
borang keahlian PAS serta menerima baju ‘PAS Ganti Umno’ sebagai
simboliknya.
Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan
Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Pesuruhjaya PAS Negeri
Sembilan, Mohamad Taufek Abd. Ghani dan Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz
Wan Azhar Wan Ahmad. -Hrkh