Ikuti Blog ini

Himpun dan Ingat; Peringatan Kepada Rakyat Supaya Menolak Umno/BN Dalam PRU-13


KUALA NERUS – PAS menyifatkan Kejadian bangunan dan binaan runtuh yang berlaku di negeri Terengganu adalah peringatan yang ditunjukkan oleh Allah kepada rakyat negeri Terengganu, ekoran tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) merobohkan institusi pendidikan dan masjid yang dibina oleh rakyat.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, pada tahun 1991 kerajaan Umno/BN telah merobohkan Institut Berakan, sebuah sekolah swasta Islam yang mendidik pelajar tercicir.

“Allah nak tunjuk depan mata kita pasal apa, ia bermula pada tahun 1991 zaman Tan Sri Wan Mokhtar, dia (Umno/BN) runtuhkan Institut Berakan,

“sekolah kita dan rakan-rakan tubuhkan untuk membantu melahirkan (mencapai kejayaan) anak-anak muda anak-anak Terengganu yang tercicir dari sekolah biasa,”ujarnya.

Selepas itu kata beliau, sewaktu Dato’ Ahmad Said menjadi Exco di Kemaman pada tahun 2005, beliau telah meruntuhkan masjid Bujal di Kijal.

“Kita kata masjid, dia kata markaz, Umno tidak kenal antara masjid dan markaz, tempat kita sembahayang tempat kita kita mengaajar, dia buat pelbagai alas an (untuk) dia peruntuh masjid hasil sumbangan orang ramai,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dihadapan 5,000 orang khalayak yang hadir pada program ‘Himpun dan Ingat’ yang diadakan di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Ging Badak dekat sini pada Jumaat 8hb Jun

Menurutnya, program ‘Himpun dan Ingat’ akan diteruskan bagi memberi peringatan kepada rakyat Terengganu tentang  tindakan pembaziran, rasuah, salah guna kuasa dan kerakusan pemimpin Umno negeri Terengganu.

Beliau menyebut senarai panjang, selain stadium tersebut yang runtuh bumbungnya pada tahun 2009, terdapat lebih enam bangunan dan binaan yang runtuh dan punah serta rosak sejak Umno mengambil alih pemerintahan kerajaan daripada PAS pada tahun 2004.

Sebelum itu, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu Dr Alias Razak menegaskan kejadian yang menimpa stadium Sultan Mizan Zainal Abidin adalah satu sejarah pembaziran Umno/BN yang nyata.

Menurutnya, stadium yang yang dbina dengan belanja sebanyak RM300 juta itu hanya dapat digunakan selama setahun sahaja.

Katanya dengan wang sebanyak itu, kerajaan boleh memberikan biasiswa kepada 15,000 orang mahasiswa anak Terengganu sehingga tamat peringkat ijazah pertama.

“buat stadium RM300 juta, setahun pakai (digunakan) habis runtuh, tahu tak banyak mana RM300 juta? (Wang sebanyak) RM300 juta boleh beri biasiswa kepada 15,000 orang anak Terengganu boleh belajar (secara) percuma untuk dapat ijazah (pertama),”ujarnya.

Beliau menyifatkan Umno/BN tidak lagi boleh diberi kepercayaan kerana telah ‘nyanyuk’,  setelah memerintah negara terlalu lama.

Justeru beliau mengajak seluruh rakyat menolak Umno/BN pada pilihanraya umum yang ke-13 akan datang.

Turut menyampaikan ucapan dalam Perhimpunan aman ‘Himpun dan Ingat’ adalah Ahli Jawtankuasa PAS Pusat Dato’ ustaz Abu Bakar Chik, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Dr. Khairuddin Aman Razali, Penolong Setiausaha PAS Terengganu Zakaria Dagang, Ketua Pemuda Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Pengarah Perhimpunan Ustaz Ridhuan Hashim

Tetamu kehormat program tersebut, Sasterawan Negara Datuk A.Samad said telah mendeklamasikan puisi khas ‘Luka Riaadah’, sebuah sajak kritis mengenai kejadian runtuhnya bumbung Stadium yang tidak diperbaiki sejak tiga tahun yang lalu. -BO











Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .