Laporan yang mendedahkan punca sebenar tercetusnya tragedi 13 Mei ini telah disiarkan oleh Malaysiakini pada 11 Mei 2007..
"Ketika orang ramai masih berhimpun untuk perbarisan tersebut, 
pergaduhan berlaku di Kampung Baru berhampiran, di mana dua lori orang 
Cina telah dibakar. 
"Pada jam 7.15 petang, saya dapat lihat satu
 gerombolan berkumpul seperti lebah di persimpangan Jalan Raja Muda dan 
Batu Road. Lebih banyak kenderaan dipecahkan dan rumah kedai orang Cina 
dibakar. 
"Pekedai Cina dan India di Batu Road telah bergabung 
membentuk satu 'pasukan pertahanan kawasan' dengan bersenjatakan apa 
sahaja yang sempat dicapai � parang, kayu, batang besi dan botol� 

"Apabila
 kumpulan orang Melayu beredar, maka penduduk terbabit terus tertindak 
balas. Bahagian depan kedai dan kereta yang disyaki milik orang Melayu 
telah dipecahkan atau dibakar� 
"Polis tiba kira-kira jam 9 malam
 tetapi tidak berkawal di situ. Kemudian, trak yang membawa anggota Unit
 Simpanan Persekutuan (pasukan pencegah rusuhan) dan Regimen Askar 
Melayu beredar dari situ�" 
(Petikan daripada catatan 
wartawan Far Eastern Economic Review, Bob Reece, mengenai apa yang 
disaksikan dengan matanya sendiri berlaku pada 13 Mei 1969 selepas 
sekumpulan pemuda Melayu berkumpul di luar rumah Menteri Besar Selangor,
 Datuk Harun Idris lewat petang hari berkenaan). 
Sudah hampir empat dekad berlalu selepas tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 
Bagaimanapun,
 apakah yang mencetuskan rusuhan paling buruk dalam sejarah 50 tahun 
Malaysia, yang mengorbankan 196 nyawa (mengikut rekod rasmi), masih 
menjadi rahsia, dan sehingga ini terdapat pelbagai versi mengenainya. 
'Versi
 rasmi' menyebut rusuhan tersebut berpunca daripada tindakan provokasi 
penyokong pembangkang yang didominasi kaum Cina, yang merayakan kejayaan
 mereka dalam pilihanraya umum yang menyaksikan Parti Perikatan kalah 
teruk. 
'
Semuanya karut' 
Bagaimanapun,
 pihak pembangkang telah menyangkal kebenaran versi tersebut. Terdapat 
teori-teori lain yang mendakwa rusuhan itu telah dirancang untuk 
menggulingkan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman. 

Kekurangan
 maklumat awam mengenainya menjadi batu penghalang bagi mereka yang 
ingin mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku. Tetapi satu set dokumen 
yang baru dideklasifikasikan di London, telah membuka peluang kepada 
ahli sosiologi, Dr Kua Kia Soong untuk mencari kebenarannya. 
Pada
 akhir tahun lalu, Pengetua Kolej New Era itu telah mengambil cuti 
belajar selama tiga bulan untuk meneliti rekod dan dokumen di Pejabat 
Rekod Awam di London mengenai tragedi 13 Mei yang telah 
dideklasifikasikan selepas luputnya tempoh 30 tahun dokumen berkenaan 
dideklasifikasi sebagai rahsia. 
Hasil kajiannya ke atas dokumen 
yang dideklafisikasikan itu � yang telah dikompilasikan dalam buku 
terbaru Dr Kua yang akan dilancarkan Ahad ini � mendapati rusuhan 13 Mei
 itu bukanlah berpunca daripada keganasan kaum, sepertimana yang telah 
digambar kepada rakyat Malaysia. 
"Sejarah (rasmi peristiwa) 13 
Mei penuh dengan karut-marut, ia tidak mendedahkan apa-apa. Ia 
meletakkan kesalahan itu ke atas parti pembangkang yang sebenarnya tidak
 benar, mereka bukan menjadi puncanya," kata Dr Kua kepada 
malaysiakini dalam satu temubual baru-baru ini. 
"Buku
 saya itu menunjukkan bahawa pihak yang bertanggungjawab adalah golongan
 kapitalis (dalam Umno), elemen-elemen dalaman yang merancang dan 
melaksanakan pelan ini. Ada rancangannya berdasarkan kepada mereka yang 
berkumpul di kediaman menteri besar (Selangor). 
"Terdapat 
dokumen dan laporan risikan yang menunjukkan perkara itu. Sejarah rasmi 
perlu mendedahkan kebenaran dan bukannya meletakkan kesalahan kepada 
setiap orang yang sepatutnya tidak harus dipersalahkan," kata aktivis 
sosial dan pendidikan itu. 

Dr
 Kua menegaskan bahawa peristiwa 13 Mei merupakan satu 'coup d'etat' 
atau rampasan kuasa terhadap Tunku oleh golongan kapitalis Melayu yang 
muncul ketika itu � yang disokong oleh polis dan tentera � untuk 
merampas kuasa daripada aristokrat lama untuk melaksanakan agenda baru 
Melayu. 
Plot menumbangkan Tunku 
Beliau
 berpendapat, rusuhan itu adalah perbuatan 'samseng Melayu' yang 
disokong oleh ahli-ahli politik di belakang rancangan rampasan kuasa 
tersebut. 
Sebagai contohnya, kata beliau, "sekumpulan samseng 
tiba-tiba muncul dari semua penjuru" pada 13 Mei untuk berkumpul di 
kediaman Datuk Harun dan tindak-tanduk polis dan tentera yang boleh 
dipersoalkan yang hanya berdiri dan memerhatikan sahaja apa yang sedang 
berlaku. 

Tambahnya,
 dokumen-dokumen itu juga menunjukkan, kurang daripada seminggu selepas 
rusuhan tersebut, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, 
yang mempengerusikan Majlis Operasi Negara, diberikuasa penuh untuk 
mentadbir negara � satu petanda wujudnya komplot mengenainya. 
Manakala
 perbincangan mengenai perancangan masa depan telahpun dijalankan 
sebelumnya, termasuk Dasar Kebudayaan Negara (diumumkan pada 1971). 
Satu
 dokumen rahsia dari pejabat kabinet Britain yang dimuat dalam buku 
tersebut, menunjukkan, tidak sampai seminggu selepas rusuhan itu 
berlaku, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dapat mengesan apa yang sedang 
dirancang oleh Tun Razak � 'untuk memperkukuhkan ketuanan Melayu, 
meminggirkan kaum Cina dan mengenepikan Tunku'. 
Dr Kua turut mempersoalkan peranan anggota pasukan keselamatan dalam peristiwa berdarah 13 Mei itu. 
"Malah,
 ketika itu, kalangan diplomatik (juga bertanya-tanya) mengapakah, pada 
hari rusuhan itu berlaku, Razak bertemu dengan pegawai tertinggi polis 
dan tentera, tetapi mereka tidak berbuat apa-apa," katanya. 

Lebih
 menarik lagi, kata Dr Kua, pasukan keselamatan Malaysia adalah sebuah 
pasukan yang berpengalaman luas sewaktu melancarkan peperangan terhadap 
pengganas komunis antara tahun 1948 dan 1960 dan bereputasi tinggi. 
"Merekalah
 yang berjaya menghapuskan penentangan komunis yang membabitkan operasi 
yang lebih sukar daripada mengawal rusuhan, tetapi mereka tidak dapat 
mengawal (rusuhan) pada 1969 selama berhari-hari, berminggu-minggu," 
soalnya. 
Ekoran itu, Dr Kua membuat kesimpulan: "Peristiwa 13 
Mei adalah satu helah untuk merampas kuasa�saya bukanlah orang pertama 
yang berkata bahawa ia adalah satu rampasan kuasa, tetapi saya 
menyediakan dokumen yang menunjukkan bahawa ia adalah satu rampasan 
kuasa." 
Jumlah korban tidak diketahui 
Dokumen
 yang telah dideklafisikasikan itu termasuk laporan-laporan yang dibuat 
oleh wartawan asing yang berada di Kuala Lumpur pada masa itu, laporan 
kakitangan Pesuruhjaya Tinggi British yang memantau insiden tersebut dan
 pelbagai lagi laporan sulit dari kalangan diplomat. 
Ini 
dianggap pertamakalinya satu catatan lengkap mengenai tragedi tersebut 
akan dapat ditatapi rakyat Malaysia, kerana banyak laporan wartawan 
asing telah diharamkan di samping tiada akses terhadap dokumen tempatan.
 
Bagaimanapun, apa yang tidak dapat dipastikan dalam buku 
tersebut adalah satu lagi rahsia, iaitu jumlah sebenar korban tragedi 
tersebut. 
Angka rasmi korban rusuhan 13 Mei adalah 196 orang, 180 cedera akibat
 senjatapi dan 259 lagi cedera kerana senjata lain, 9,143 orang 
ditangkap dan 5,561 daripadanya didakwa di mahkamah, 6,000 kehilangan 
tempat tinggal, dan sekurang-kurangnya 211 kenderaan dan 753 bangunan 
telah musnah atau mengalami kerosakan. 

Dokumen
 yang telah dideklasifikasikan dan dokumen antarabangsa yang lain pada 
masa itu menganggarkan jumlah korban yang lebih tinggi tetapi angka 
sebenarnya tidak diketahui, tetapi majoriti korban tersebut dikatakan 
dari kalangan orang Cina. 
Dr Kua berkata, beliau berharap dapat memecahkan mitos tersebut melalui penerbitan bukunya. 
"Iaitu
 rusuhan kaum akan berlaku bila orang Melayu tidak merasa senang, itulah
 sebabkan mengapa kita perlukan Dasar Ekonomi Baru, polisi tindakan 
afirmatif dan yang lain-lainnya, jika tidak orang Melayu tidak merasa 
senang dan rusuhan akan tercetus. 
"Ini adalah mitos pertama yang
 kita perlu uraikan kerana dokumen-dokumen menunjukkan sesetengah mereka
 yang mencetuskannya (tragedi 13 Mei) bersubahat dengan pihak polis dan 
tentera," katanya. 
Mitos kedua, kata Dr Kua, ahli akademik dan 
ahli teori majmuk yang memegang pandangan bahawa rusuhan akan berlaku 
secara semulajadi dalam negara yang rakyatnya terdiri dari berbilang 
kaum. 
Sebaliknya, kata beliau, orang Melayu, Cina dan India tidak secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk bergaduh sesame mereka. 
"Ia tidak berlaku macam itu," tambahnya. 
Ditanya
 sama ada beliau bimbang pihak berkuasa akan bertindak mengharamkan 
bukunya itu sepertimana yang berlaku kepada buku mengenai pergaduhan di 
Kampung Medan, Dr Kua berkata: "Dalam zaman internet, apa maknanya 
apabila sesebuah buku itu diharamkan? Kita boleh siarkannya di lamanweb,
 anda boleh buat apa saja". 
-Mkini