KOTA BHARU
- Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk berehat.
Setiausaha Akbarnya, Fadli Shari berkata, pemimpin itu tiba pada jam 2 petang tadi setelah dinasihatkan oleh doktor supaya menghabiskan cuti hujung minggu di hospital.
“Beliau tidak mengalami apa-apa masalah, sekadar berehat,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Terdahulu di sebelah pagi, Nik Aziz menghadiri majlis pecah tanah pembukaan Pavilion di Tunjung, dekat sini. -SH